Monday, February 23, 2009

CERITA PENAT OTAK

Share


Ya Allah,
Penatnya class.
Penatnya kuiz.
Penatnya exam.
Penatnya birokrasi.
Penatnya berblog.
Penat secara banyak.
SEMUA PENAT.

Entah masuk kali ke berapa ntah cakap pasal diri sendiri penat. Bukan nak promosi kepenatan ke apa, tapi memang penat sangat. Maksod saya, saya betul-betul penat. Tak main-main atau cuba mempromosikan penat berulang-ulang.. Rasa mandi tak basah, tidor tak lena (Eceh, macam ayat jatuh cinta, ahahahahah..) sebab penat. Cuba kira berapa perkataan penat skang neh. 13 perkataan penat dalam satu paragraph. Memang tak boleh faham penat saya kan? Tak payah faham. Buat penat kepala otak.. Ya Allah, penat lagi. Tak tipu punya penat.

Main mempengsankan diri seronok tahu kah? Main pengsan-pengsan sampai tak boleh bangun. Nikmatnya pengsan. Kalau boleh pengsan selalu kan seronok.. Harharhar.. Macam merepek sangat. Tengah hari tadi tidur bermati-matian. Balas dendam tak tidur secara proper kerana sebok sangat dengan macam-macam benda. Dan sekarang macam aktif sangat masok bilik JPMDPP campur dengan budak JPMK walaupon tak kenal sapa-sapa dalam tu. Sampai sini yang macam nak nazak sangat. BIROKRASI memang stupid. Buat surat, buat kertas kerja, format surat, format itu ini semua nak kena sempurna. Nak made in heaven ke apa ntah. Hoi! Hoi! Projek ni killinglah! Tak pernah rasa otak padat macam neh. Dush! Dush! Matilah, matilah... Jangan pandang projek lagi. Jangan pandang.. Tekanan perasaan nanti.

Mari main matematik. Buat awan atas kepala. 16 kolej, 70 projek setiap kolej, satu orang SAHAJA layak approve-NC. Sekali NC ambik cuti? Paper work sangkut! Semua benda spoiled.. Sia-sia. Penat. Hati panas, otak overheat macam nak makan orang semua ada. Tolonglah... Birokrasi banyak. Buang masa, buang tenaga semua ada. Ya Allah, penat. Nak cancel project.. Hah, mati akal.. Semua benda rasa menyusahkan. Even nak datang class pon tak larat. Nak larat apa kalau tidur pukul 5 pagi sebab print out surat sepuluh kali setiap surat? Ni kerja apa neh? Birokrasi.. Banyak kerenah.. Banyak syarat, banyak format, banyak pening, banyak soal, banyaklah kau! Pergi main jauh-jauh!

Sekarang memang tak boleh bergerak sangat kerana akan jadi malapetaka sebab kepenatan. Malapetaka tersebot memang akan mensebabkan saya rasa jahanam habis dengan semua benda. Kan seronok kalau ada seorang isteri kekasih hati.. Harharhar.. Mimpi. Saya tak desperate lagi nak kawen. Tak selera lagi nak bersayang-sayang dalam blog. Tak selera lagi nak berindu-rinduan dalam blog. Tak selera sangat nak berpuitis kata-kata cinta setia, bunga-bunga dan sebagainya yang berunsurkan HATI ROMANTIKA. Sekarang hati konkrit. Tak lembut hati lagi dan tak rasa ada masa nak bercakap sayang-sayang. Memang takda sebab nak bersayang-sayang. Muntah hijau. Ni entah apa kes ntah saya cakap macam tak berapa betul.

Konklusinya saya letih. Tak boleh fikir logik dan rasional. Macam-macam lagi nak luah perasaan. Perasaan dah macam nak meletup. Tapi memang tak boleh biar luah suka hati kerana akan mula cakap kotor semua. Tak baik. Nanti blog kotor.. Tapi.. Tapi.. Memang... Ini damn sem! Tak boleh tahan sangat.... Oke, dah lepas. Hati tak lega lagi. Nak balik kampung dan rehat senang lenang.. Harharhar... Hello... Final! Final!! Memang otak rosak sekarang neh. Jumpa pakar sakit jiwa. Em, mengarot. Crap!

*********************************
Update

Tarikh Akhir Projek: 07 Mac 2009
Sponsorship: Tak jalan lagi.
Pengangkutan: Tak jalan lagi.
Perkhidmatan ABM: Tak jalan lagi.
Sebab: “Err.. Pengetua pergi KL, dia tak tandatangan lagi. Dia nak cek dulu surat-surat sponsorship semua tu baru sign- Ex-Officio.

Betol tak apa saya cakap? Betol tak saya cakap birokrasi macam damn gila. Matilah. Matilah secara cepat.. Down... Pergilah bercuti En. Sukeri.. Pergilah... Makan angin.. Semua orang angin... Projek kena settle minggu depan.. Ngkau boleh main jalan-jalan carik makan.. Ni memang dah hangin pening semua ada.. Management kerajaan memang macam ***K! Berambos!~

Down!~

Friday, February 20, 2009

JADI SELEBRITI EKSPRES

Share


Tengok-tengok!! Masok KOSMO!
Rasa kembang macam selebriti.

Paper KOSMO! kat cafe Kak Mona habis secara mendadak. Naseb baek ada member jalan turon Changlun. Paksa beliau beli paper. Tak dapat, jangan balik.. Harharhar... Kejam punya manusia... Eh, ingat senang kaa masok paper? Susah tau kaa? Walaupon muka tak berapa nampak sangat, tapi rasa berkobar-kobar jugak nak memiliki dan meng'koleksi'kan paper neh.. Paper keramat neh... Harharhar.... Beli-beli!! KOSMO!! Dua singgit, dua singgit, dua singgit!!!!

Tuesday, February 17, 2009

KIRI! KIRI! KIRI KANAN KIRI!

Share
Bukan main sakit tekak jerit tak ingat dunia. Bukan main penat bukan sebab kawad, tapi sebab sebok sangat mencapap ambik gambar tak sudah-sudah. Photographer dah bukan main rimas dengan lima kamera sekali dia nak uruskan. Kena jual baru padan muka kami. Yang lain cuma tau posing tak habis-habis.. Eh, pedulik hapa?! Janji ada muka masing-masing dalam kamera. Harharhar..~ Malam Jubli Perak UUM memang meriah. Ni kali pertama lah puji UUM bukan? Harharhar... Takda semangat cintakan institusi langsung. Tapi sebenarnya bukan seronok berlari-lari riang di tengah padang atau mentengok persembahan bunga api besar ke apa, Tapi...... (Cuba rasa suspen sket)..


Faham kaaa apa makna di sebalik pem'publishan' entry neh?? Faham kaaa apakah yang sudah terjadi.. Adakah anda tak berapa sihat untuk fikir dan bertanya "Menangkah? Menangkah?".. Harharharhar!! KAMI JUARA!!!! Champion i tell u!! Macam tak percaya atau malas sangat nak cuba percayalah malam tadi.. Buat 15 Residential Hall lain kalah dan menangis meraung bukan kerja senang. Dari perbarisan yang berterabur macam takda harapan langsung menang, sampai la jadi perbarisan cantik menawan kalbu, semua usaha kami!! Err.. Okey, over. Eheh..

Tengok residential hall lain punya pakaian, kostum semua macam dah tergugat dah. Siap dengan Bluehyppo mereka lah.. Siap pakaian macam penari tradisional lah.. Eh, engkau pergi menari lah.. Apa kes kawad dengan baju macam tuh?? Harharhar... Takbur! Lepas tu siap dengan PALAPES punya perbarisan macam hantu apakah ber'cat' muka semua masuk dalam kumpulan perbarisan.. Nasib baek tak masuk bertanding. Kalau tak sure kalah dah.. Harharhar... Lemah semangat betol lah tengok mereka neh. Jangan lalu depan kamilah lain kali.. Terkejut lah... Harharhar.. Apalah.. Apalah...~



Hamper juara. Tengok betol-betol oke? "KONTINGEN TERBAIK PELAJAR".. Kalau tak bangga, nak rasa apakah? Rasa gila secara ramai memang patotlah bila diumumkan juara bukan? Terjerit, terlalak.. Pelok entah dengan siapa pon tak berapa pasti dah... Yang penting dia lelaki dan macam gemok sikit.. Sapa ntah.. Main belasah jaa pelok.. Harharhar... Hilang akal sekejap. Celebrate tengah padang macam apa ntah. Buat tak dengar event VIP atas stage. Macam dah jadi kami punya celebration day pulak dah.. Harharhar.. Eh, pedulik apakah? Kami nak celebrate.. Tepi sikit! Eheh..~~ Memang happening gila malam tadi... Hilang identiti, hilang pertimbangan akal sekejap, hilang suara, hilang... Err... Maruah tak hilang. Penegasan.. Kali neh tak hilang maruah.. Harharhar... Kerana takda monkey atau kakak pemegang bukti kehilangan maruah kepada monkey... Harharhar.. (Aku dendam ngkau monkey.. Aku dendam..)



Tak boleh nak cakap apa dah. Bukan sebab bisu.. Tapi sebab terkedu dan terkesima sekejap. Masih di awang-awangan, kepala bintang-bintang, mata berpinar-pinar tak percaya lagi. Rasa diri sendiri macam dah menang olimpik ke apa ntah. Dapat laptop dan hamper bukan kepuasan kami. Kepuasan kami cuma kemenangan. Eh, khai, pandang sket skang! Harharhar... Harap maaf, gambar kecik tak puas tengok. Nak puas hati sket lagi, pergi sini>> icemanz's Fotopages. Saya cuba carik video kami dan letak sini oke? Jadi sila tunggu sekejap.

"Kita mungkin akan nampak DPP lain dengan hiasan pakaian mereka! Kita mungkin nampak mereka ada gimik sendiri! Tapi kita ada kelebihan dengan kawad kita! Menang tak penting, yang penting LAPTOP!!!" - Abg Hakim, Jurulatih skuad DPP Bank Rakyat.


TAHNIAH DPP BANKRAKYAT!
ATAS KEMENANGAN KITA!

"BANK RAKYAT MENDAHULUI SEMUA"



Video perbarisan Kontingen DPP Bank Rakyat

video

Meraikan kemenangan..

video

Monday, February 16, 2009

ENTRY APAKAH?

Share
Iklan



UUM lambang perkasa
25 Sejahtera usia
Menjadi pilihan pertama
Di seluruh Malaysia..

Marilah kita bergerak
Menuju medan jaya
Inilah barisan DPP Bank Rakyat
Tegak segak bergaya

Sempena sambutan jubli perak
Kami datang mencurahkan bakti
Kami mohon doa, UUM berjaya
Slogan UUM berbunyi
ILMU BUDI DAN BAKTI...

Latihan perbarisan habis oredi.. Malam neh detik gilang gemilang. Macam excited sangat berkawad malam neh.. Kalau kalah, memang tak boleh maaf. Balik bunuh diri.. Ingat senang ke apa buat latihan sampai 1 pagi dengan baju tak basoh 5 hari pon belasah pakai jugak? Ingat nak cover bau dia tak payah pakai perfume 3 botol? Penggadaian maruah lagi pakai baju tak basoh-basoh. Banyak betol maruah tergadai sejak masok UUM.. Harharhar...~ IKLAN HABIS.

Thursday, February 12, 2009

KEMENTERIAN KERJA PAKSA

Share
Finally paper work dah approved lepas peringkat Timbalan Naib Cancelor, Dr. Faiz (kena tulis penuh supaya nampak macam grand sangat). Gila penat nak tunggu mereka approve. Dahlah call pejabat macam nak pecah henpon tak berangkat. Mana nak cari project manager yang rajin turun naik macam saya neh?? Harharhar... Tambah sesat entah berapa kali lagi kat Pusat Konvensyen tersebot. Entah bila ntah nak jadi expert dengan bangunan UUM neh pon tak tahu. Oke, tak boleh tulis perkara merepek kerana akan membuang masa.



Sekarang ada lagi penyebok kena dikerjakan. Tak boleh tangguh sangat. Sangat..? Macam tak berapa serius nak bersungguh-sungguh.. Harharhar...
  1. Proceed paper work kepada Tan Sri Nordin Kardi, Naib Cancelor UUM. (Tak berapa suka yang neh).
  2. Mid Term exam BM Pengurusan. (Done!)
  3. Kawad kaki perbarisan Jubli Perak UUM.
  4. Asignment BM Pengurusan.
  5. Asignment Political Science.
  6. Asignment International Relation.
  7. Meeting Project sama JPMDPP.
  8. Study Final Exam.
Macam suka nombor 2 tu sangat-sangat. Entah bila ntah saya suka kawad kaki neh.. Macam mengorbankan jiwa raga betul lah bila masuk kawad kaki dan menggelapkan diri. Harharhar... Ni semangat DPP. Tak boleh padam guna khidmat BOMBA dan keselamatan. Jangan gelak sangat. Okay, tak boleh buat entry panjang sangat. Nanti buang masa dan tak boleh jadi insan berjaya.. Harharhar.. Sekian terima kasih.

"Saya busy macam Obama"
.Tak boleh kacau.

Thursday, February 5, 2009

APALAH PUNYA HIDUP

Share


Saya cuba buat entry tak kelakar sangat. Supaya readers tak sakit perot dan komplain macam-macam. Malas layan.

Balik kelas mesti singgah katil sebab penat na'uzubillah. Kalau henpon tak bunyi-bunyi, sumpah tidur tak ingat dunia. Entah-entah tidur langsong tak bangon. Apa kes ntah rasa sem neh memang super penat. Macam nak membunuh pon ada jugak. Kelas punyalah banyak sampai tak tidur malam. Otak penat dan tak boleh fikir logik.. Nak mati kaa apa ntah. Mengucap.. Mengucap.... Kalau kat rumah hidup macam ni for sure kena bebel 4 hari tanpa henti sama bunda. Saya pon tak fahamlah macam mana bunda boleh ada kuasa magik cakap kuat serta menyambung-nyambung perkara lampau secara teratur dan dioutputkan secara bebelan panjang. Lepas tu suka sangat kaitkan dengan perkara takda kaitan dengan topik masalah bebelan dia.. Harharhar.. Derhaka! Derhaka!! Bunda saya best.....! Eheh..

Nak cakap apa pon tak reti sangat. Tapi rasa macam dah lama sangat tak update blog.. Cuma rajin sangat mengecat blog.. Harharhar... Bukan sebab nak sambut Thaipusam atau Hari Gawai ke apa, cuma saya rasa macam layout lama tak berapa nak jelitalah.. Sebab tu tangan tiba-tiba jadi ringan sangat nak tukar sana sini.. Photoshop yang dah tak pernah sentuh sejak dua bulan lepas pon tiba-tiba jadi macam penting sangat sampai sebok carik cs3 lah, cs4 lah.. Entah apa motif pon tak berapa pasti sangat. Hasilnya, blog neh jadi hutan belantara.. Harharhar.. Kenapalah saya suka sangat letak daun-daun semak kat sini... Sekejap lagi nak cari rumput lalang semua letak kasi penuh satu blog. Harharhar.. Sejak duduk 'hutan' neh jadi jatuh cinta sama pokok.. Suka hatilah. Saya rasa cun macam neh.. Eheh..~~ Sila kumen siket hasil kerja tangan saya neh. Kalau nak cakap "Hoi! Tak cantik langsung!" tu, sila simpan. Jangan tulis. Sentap oke?

Paper work untuk projek tak siap lagi. Lembab macam siput babi. Entah apalah yang dibuat dekan tersebot sampai berminggu-minggu tak siap lagi.. Bukan suruh ternak itik dan buat santapan diraja ke apa, cuma tandatangan cakap SETUJU. Itu pon makan masa 2 minggu.. Entah agaknya anak dia cecah empat puluh dua orang atau bini dia mengidam buah mangga masak asam pedas ke apa ntah sampai tak boleh tandatangan. Saya tak sukalah datang office tanya macam orang mengemis kertas kerja. Kemudian kolej macam suka sangat buat meeting malam-malam buta.. Macam kami senang lenang sangat nak turun dengar meeting tak guna tu.. Adoi.. Takda lifelah!! Kau orang nak buat meeting pasal wireless, pasal pengetua baru atau plan nak buat DKG mengarot tu, sila bincang diam-diam.. Kami tak nak tau.. Kami sangat sebok super sekarang. Harap maklum.. Eceh, belom jadi menteri besar dah busy macam nak buat kenduri kahwin.. Kahwin? Aik??~ Oke, jangan gatal sangat. Saya tahu..

Hah, sekarang semester gawat ekonomi. Duit senang sangat buat magik dan hilang tiba-tiba.. Makan pon macam tak tentu hala serupa macam tak makan langsung.. Ni kan macam dah masuk tahap darurat perut.. Harharhar... Apa hal ntah bila takda duit banyak baru rasa macam semua benda mahal dan tak logik atau takda profit bila dibeli. MACAM NAK MENGAMUK LAH SEKARANG NEH..!

Saya Busy.
Tak Layan YM.
Tak Layan Live Messenger.
Tak Layan SIAPA-SIAPA.

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus