Thursday, April 30, 2009

KENANGAN TIDAK PERGI

Share
Parcel lagi..

"Mak, ada orang hantar barang?"- Saya
"Ada, petang tadi"- Bunda.
"Barang apa? Besar tak?"- Saya
"Macam surat. Nak mak tengok ke?"- Bunda
"Eh, tak payah.. Minggu depan tengok sendiri."- Saya

Bunda neh memang suka tengok surat orang.. Bahaya sikit.. HAHAHA.. Masih tak tahu barang apa yang sampai kat rumah tiba-tiba. Lepas tu posmen tu pergi call pulak tu.. Macam urgent ke apa ntah.. Ke posmen tu tak tahu jalan.. HAHAHA... Saya jarang dapat barang melalui POS. Tapi sejak akhir-akhir ni rasa macam popular sikit tiba-tiba banyak barang sampai.

Maghrib tadi saya kemas barang masuk dalam kotak. Saya tak suka kemas barang sebab memang tak seronok. Penat. Rimas.. Semua ada.. Lepas tu punyalah berat kotak tersebot.. Kau tak tahu buku semester ni semua tebal namati.. Sampai tak larat-larat nak bawak pergi class.. Memang buku tersebut duduk dalam bilik dan dibuat rujukan sekali sekala. Memang tak larat bawak. Lebih baik bawak laptop atau girlfriend ke apa.. Eh? HAHAHA.. Itu lah, bila nampak buku, punya semangat nak beli.. Padahal fotostat pon boleh. Err.. Memang boleh.. Tapi tak kuasa lah nak tengok buku takda perasaan hitam putih semata-mata. Oke, bukan nak cerita pasal ini.. Kita move sikit. Sentimental sikit.

********************************************


Lepas kemas bilik, saya terduduk.. Perhatikan bilik... Semester dua memang penat.. Terlampau penat.. Cuma yang baiknya, semester dua jauh lebih baik kalau di fikirkan dari sudut perasaan dan situasi. Semester satu banyak kejutan yang jadi... Sakitnya perkara-perkara yang jadi masih lagi terasa jauh di hati... Cuma yang pastinya, semuanya semakin hilang.. Pergi jauh dari kehidupan... Sebab sekarang saya sedang berjalan. Pergi jauh meninggalkan kenangan. Tapi biasnya kenangan perlu disimpan.. Supaya satu hari nanti dijadikan pengajaran. Bukan semua yang diimpikan dapat digapai tangan.. Ingat, kehidupan adalah laluan.. Cinta, sayang, teman, sekolah, guru, dan pengalaman adalah kenangan. Yang setiap satunya ada cerita. Mungkin kenangan itu terus di landasan cerita.. Mungkin juga tersasar dan menjadi kenangan abadi..

Semester dua mengajar erti ketabahan. Bukan mudah melawan waktu.. Melawan kudrat sendiri. Memaksa diri.. Cuma dengan ketabahan dan kekuatan yang mampu memimpin diri.. Bila berada di semester dua dan menoleh ke belakang, baru saya sedar, banyak perkara sudah ditinggalkan.. Kenangan... Semuanya kenangan.. Yang selalu menjadi pengikat diri. Menjadi tapak kukuh, untuk mengingatkan, siapa kita. Melangkah ke sini, bukan bererti semuanya perlu berubah. Sesekali mata tertancap pada mesej dari guru-guru yang diterima sebelum masuk ke sini.

"Selamat jadi mahasiswa. Ucapkan tahniah pada mak ayah awak yang melahirkan anak yang baik dan pandai. Ingat, ke mana pun kita, pandang ke belakang. Dan paling penting, jangan jadi orang lain"- En. Wazir.

Memandang pada mesej ini, hati saya tersentuh..... Air mata bergenang... Di mana saya pernah berpijak pada alam persekolahan.. Di mana segala kenangan adalah manis belaka.. Bersama teman-teman.. Guru-guru yang tak lekang dengan senyuman.. Di waktu gelak ketawa menjadi peneman... Di waktu ikatan persahabatan erat mengikat.. Di kala diri saya menjadi pemimpin kepada semua..... Semuanya kenangan... Iya, saya merindukan alam itu..... Dan sewaktu saya menerima mesej tersebut, hati saya kuat mengatakan, takkan sekali saya melupakan siapa pun dalam kenangan itu... Walau berjuta teman saya di sini, yang terbaik tetap teman sejati... Guru tetap insan berpekerti.... Saya merindukan semua.. Semua... Tak siapa terlepas dari perasaan ini.. Semua... Guru-guru... Dan sahabat sejati........

Pandang ke belakang untuk berjaya!

Wednesday, April 29, 2009

UPDATE 2

Share
Mintak sori sebab lambat lagi update. Sekarang bukan masa senang lenang nak update blog setiap hari. Sekarang masa untuk struggle final exam. Tinggal 1 paper lagi. Lepas tu bukan main banyak benda nak buat sebelum balik kampung. Kena kemas barang masuk kotak, kena basuh segala baju yang ntah berapa lama simpan dalam bakul tak sempat-sempat nak basuh. Bila masuk waktu final exam macam ni lah. Rasa macam segala benda tak boleh buat sebab nak fokus study. Err.. Kononlah.. Study macam sawan apa ntah sampai tak tidur dua hari, tak makan, tak minum sebab hati memang tak senang nak buat perkara lagha (lagha bukan biskut meri.. Mind u!) tersebot.. Eceh~ HAHAHAHA... Kau riak lah, riak.. Oke, straight to da point. Jangan buat paragraph membazir banyak-banyak.



Semalam exam Principal of Management yang macam apa ntah. The toughest objective paper ever! Rasa macam nak shoot kepala lecturer sebab memang pecah kepala nak jawab. Dah lah study sampai tak tidur-tidur malam sampai buku hempap-hempap muka lepas tu muka tersembam sembam dekat buku.. Dah lah lapar semacam.. Dah lah dewan sejuk macam kat Antartika ke apa ntah. Lepas tu dapat paper macam tak pernah bukak buku sepanjang semester. Memang tawakkal.. Tawakkal.. Kalau dapat C, kau memang cari nahas.. Ni paper objective.. Dapat C adalah ciri-ciri malu yang teramat sangat. Jangan letak dalam transkrip.. Jangan letak. Sumpah malu nanti. Tapi ngkau kena ingat, paper neh memang susah.. Baik ngkau simpan paper 3 thousand dari ngkau simpan paper 1 thousand yang macam neh.. Kau menyesal nanti.. Menyesal.. Saya cakap dengan siapa? Dengan anda lah.. HAHAHAHA... Anda peduli apakah kan?

Tension sekejap lepas tu sampai tak lalu makan. Ehem.. Lepas tu makan megi 2 bungkus. HAHAHAHA... Lapar kau tahu tak? Lapar. HAHAHA... Siapa suruh tensen macam frust bercinta kan? Kan? Padan muka saya. Jangan ingat lagi pasal exam tersebut.. Nanti lapar. Baik cerita pasal hadiah sesat kedua.. Sejak akhir-akhir neh banyak pulak orang hantar parcels.. Tadi ada orang Pos Laju telefon kata nak hantar barang. Ntah barang apa ntah tak tahu lah. Semalam my dear friend, PENG-PENG hantar hadiah birthday lagi.. Err.. Peng-peng bukan kartun dalam TV macam Wonderpet ke apa.. Dia kawan saya.. Kawan saya.. Dia kata,
"Hakim, sorry lambat.. Saya cari punyalah cari present untuk you.. Susah la nak cari present untuk lelaki.. Aiyoo~ Saya cari Mario nak bagi kat awak, tapi dah habis.. Jadi saya beli ini la.. Sorry aa??"

Bila dia cakap pasal hadiah lelaki, saya ingat nak cari T-Shirt ke apa.. Kira adalah connection sikit dengan lelaki kan..? Rupanya tak jugak.. Dia pergi beli si kuning neh..



HAHAHA.. Apsal rasa macam tak hensem langsung bila dapat benda kuning neh..? HAHAHA.. Kau jahat lah Hakim.. Bersusah payah tu pergi carik hadiah 3 bulan baru dapat.. Thanks Peng-peng.. Appreciate it sooo much.. Sekarang boleh puji U.. U dah kurus.. SIKIT. HAHAHAHA.... Thanks a lot.. Ngkau tahu, Peng-peng neh kalau cakap siap keluar fatwa mana ntah di rembat.. Siap kata nak mati Jihad lah.. Apa lah.. Lepas tu volume suara tak payah cerita... Ngkau buang lah Hi-Fi, ngkau buang woofer semua.. Memang tak boleh challenge suara puaka dia.. HAHAHA..

Sekarang dalam kesungguhan mengkemas barang. Bukan nak bawa balik kampung.. Ingat balik kampung naik kontena nak bawak barang macam dekat gudang neh? Kemas dan letak dalam stor.. Untuk 2-3 hari neh blog memang akan up to date secara kerap.. Tapi tak boleh goreng ayat sangat.. Sebab dah terikut ayat buku teks.. Jangan muntah-muntah ke apa.. Kotor blog nanti... HAHAHA.. Oke, sekian. Ya Allah, siap jugak entry tak seronok neh....

Telefon.. Telefon berbunyi…
Telefonn.. Kami datang..
Telefon.. Telefon berbunyi…
Ada haiwan dalam bahaya.. Ada haiwan dalam bahaya…
Ada haiwan dalam bahaya di sana..

Wonderpets, Wonderpets, kami datang..
Membantu binatang dalam kesusahan ..
Kami tak besar dan kami tak kuat..
Bila bekerjasama kami jadi kuat…
Heyy.. Wonderpets.. Yeyyyy


Apa yang perting.. Kerjasama.. Apa yang penting.. Kerjasama..

Lenny Tuck dan Ming Ming juga...
Wonderpets datang membantu..
Ini seriyesss..

HAHAHA... Lirik neh tiada motif.. Tiada motif.. HAHAHA

Saturday, April 25, 2009

HADIAH SESAT DAN OTAK PADAT

Share
Sekarang detik-detik terakhir dalam semester 2. 2 paper lagi yang tinggal. Secara jujurnya sekarang mood exam semakin kurang. Entah kenapa ntah tak berapa pasti sangat. Tapi selagi ada sisa-sisa semangat yang tinggal, saya akan terus cuba berjuang. Walaupun tak tidur malam (padahal sejak akhir-akhir neh asyik gagal bangun pukul 3 pagi).. Walaupun tak cukup makan.. Walaupun tak berapa faham tengah baca pasal apa. Teruskan berjuang.



Tak seronok lah mentulis entry dengan ayat serius macam baca pengumman darurat neh. Macam bukan dalam Icemanzwalking lah bukan? HAHAHA.. Macam dalam blog Al-Maunah ke apa ntah.. Oke, back to da topic (kembali kepada topik). Patriotisme betul lah sekarang. Beberapa hari lepas saya terima satu bungkusan. Sempena hari lahir saya Januari lepas. Punyalah lama baru sampai hadiah. Tak besar. Tapi seronoklah pertama kali dapat present dari readers.. Hadiah dari Jordan dan diposkan dari Sungai Petani, Kedah Darul Aman.



Bookmark dari Jordan.



Pesanan penaja.. HAHAHA.. Sepatutnya cakap "sori lambat 3 bulan".

Cantik. Terima kasih. Memang takkan guna sebab memang jadi tabiat saya tak kan guna hadiah orang bagi. Kecuali baju, jam tangan dan apa-apa barang yang boleh diakai sebagai aksesori sebagai tanda penghargaan. Selain tu akan disimpan dalam almari.. HAHAHA.. Terima kasih Ulya Hlovate.

P/S: Entry pendek sebab tak kuasa nak buat entry panjang. Esok exam Principal of Management. Doakan saya. Semoga mampu menjawab soalan dengan sebaik-baiknya.. Amin..~

Monday, April 20, 2009

UPDATE 1

Share
Tora datang lagi!! Walaupun tak berapa ada masa sangat nak menconteng-conteng tak tentu pasal padahal masih ada 3 paper tak habis lagi. Tapi sebab saya kesian dengan blog neh macam dah tak berpenghuni.. Anak mati parents ke apa ntah.. Duduk sorang-sorang kalau bukak asyik nampak gambar saya ambik masa blackout dan terbau wangi colok India tu.. Kau tahu hari tu India depan neh pasang colok dia sampai penuh asap satu bilik.. Lepas tu siren kebakaran bilik dia berbunyi. Boleh pulak dia marah siren tu bunyi dengan bahasa dia yang macam sanskrit tu. Ntah tak cukup akal ke apa ntah dia neh. Cuba aku tanya ngkau sikit macam mana ngkau boleh tidur punya nyenyak dengan asap macam kilang terbakar pun ngkau boleh steady? Err.. Oke, ini bukan entry nak cakap pasal India ke apa.. Move! Move!!

Saya sebenarnya mentaip entry sebab saya tidak bersebab. Maksud saya, mentaip entry tanpa arah tujuan. Jadi, entry ini tidak bercerita apa-apa selain apa yang ada dalam kepala otak yang semacam lesu sebab hari-hari menghadap buku tebal. Jadi kalau anda rasa entry saya tak seronok atau buat anda mual-mual bila baca, sila pergi dari SINI! HAHAHA.. Sekarang tengah sebok sangat dengan final exam yang buat saya tak lalu tidur, tak lalu makan, tak lalu mandi, tak lalu keluar bilik, tak lalu tulis entry.. Semua tak lalu.. HAHAHA.. Tumpang lalu. Jadi normal lah bukan kalau blog tiba-tiba macam tak berpenghuni sikit... Ngkau bukan tak tahu bila final semua benda jadi tak berapa normal. Lepastu satu lagi perangai bila final exam, semua tak sabar tunggu sale kotak. Sale kotak? Sebab nak kemas barang dah. Balik kampung.. Ya Allah suka. Habis mukadimah. Mari masuk isi.

Seminggu lepas adalah dua tiga orang pergi PM saya di YM. PM adalah private message, bukan Perdana Menteri. Apakah hal kaitan perdana menteri dengan entry saya? Oke, mereka tanya kenapa pergi tukar blog? Kenapa tukar cara tulis blog? Kenapa tak buat entry dalam English? Nampak style sikit. Sebab apa macam tu? Sebab apa macam ni? Semua benda dia tanya. Kau tahu macam kena serang pulak dah.. HAHAHA.. Saya assume mereka readers dari blog lama dulu. Oke, saya jawab semua soalan sekarang.

1. Kenapa pergi tukar blog?

Sebab memang dah tak tahu nak pergi mana lagi. Jadi pergi tukar blog lah.. HAHAHA.. Kau tukar struktur ayat sikit. Oke, jawab.. Jawab.. Saya tukar blog sebab saya rasa saya kena buat kehidupan baru.. (Macam mana nak buat ayat tak emosi sangat neh?). Sebab bila kita rasa semua kenangan dalam blog lama sudah TIADA, jadi takda makna nak stay dengan blog lama. Nanti akan timbul macam-macam soalan. "Yang dulu mana?", "Siapa tinggal siapa?", "Eh dulu tengok elok je cerita dalam blog?".. Kau tahu punya menyampah dengan soalan-soalan takda makna neh. Kau berani, tanyalah! Tanya! Tanya! Meh sini saya lempang muka anda beramai-ramai.. HAHAHAHA... (Kasar neh, kasar..)

2. Kenapa tukar cara tulis dalam blog?

Sebab kadang-kadang kita tak perasaan kita mentukar cara penulisan. Sebab manusia akan sentiasa berubah dari sudut apa pun. Sudut. Bukan sedut.. Kau baca baik-baik sikit. Tapi sejak ditanya macam neh, saya rasa memang ada perubahan. Memanglah.. Sebab saya membesar. Bila besar, cara pemikiran akan berubah.. Sudut pandangan akan berubah dan cara bercakap akan berubah. Tapi hati tak berubah. Mind u!! HAHAHA.. Dan penulisan neh macam lebih ada energy dari blog lama. Bukan? Tak suka? Pergi baca blog lama saya dua ratus kali. Mesti kau rasa boring jugak. Mari, kita berubah.. Eheh..

3. Kenapa tak buat entry dalam English? Style sikit.

Sebab kau kena faham sikit blog neh untuk semua lapisan masyarakat. Dari Perdana Menteri sampai ke penoreh getah, pengutip sampah, peminta sedekah semua pun boleh baca. Kalau saya tulis dalam English, jadi hal pulak orang nak faham. Jadi, ringkasnya, blog ini berjiwa Malaysia.. Dibangunkan oleh manusia yang sederhana, untuk semua. Kau tengok, dah macam manifesto pilihanraya ke apa ntah ni. HAHAHA.. Lagipun entry dalam English macam takda perasaan sikit. Bosan dan tak dapat nak goreng ayat sangat. Nanti bila ayat tak sedap kau kata pulak saya tak pandai tulis dah.. Kan susah. Ingat jadi blogger prihatin ni senang?

4. Tak sayang blog lama?

Tak. Completely not. (Completely not bermakna LANGSUNG TIDAK). Jangan tanya kenapa. Mestilah jawapan dia saya memang tak sayang dah. (Padahal dalam hati..). Kan saya selalu cakap.. Jangan ingat kenangan menyakitkan hati.. Jangan ingat.. Pergi buat kenangan baru.. Hidup baru.. Tulisan baru.. GF baru..? Meh sini pipi kau!! HAHAHA.. Lepas ni buat entry pasal wanita idaman lah pulak.. Tiba-tiba dapat idea. Boleh? Tak? Pedulik apakah.. Blog saya.. HAHAHA..

5. Mana belajar buat ayat?

Belajar sendiri. Ingat ada cikgu Bahasa Melayu yang nak ajar ayat tunggang lagang tapi sedap macam neh? HAHAHA... Ayat dalam blog haruslah dari dalam jiwa, bukan ayat doktor dan bukan ayat macam nak buat ucapan umum.. Kau bayangkan saya buat ayat macam neh:

"Assalamualaikum. Hari ini sangatlah penat. Saya berkehendakkan ABC di kedai pakcik mall. Tapi apakan daya beliau tak berniaga pada hari ini. Diikutkan hati, ingin sahaja saya membakar kedai dia kerana saya memang mengidam ABC beliau.. Tetapi nanti buruk pula padahnya kerana saya pasti tak akan dapat makan ABC beliau lagi"

Kan nak muntah macam tu? Suka? Kau keluar skang!! HAHAHA.. Kasar.. Kasar... Oke. cukup 5 soalan sebab soalan lain berbentuk peribadi. Tak payah tanya soalan peribadi. Maksud saya hubungan saya dengan sesiapa pun jangan tanya. Soalan atau statement berbaur keperibadian tak akan disentuh dalam blog. Sebab? Sebab saya tak suka. Buang masa. Kalau kahwin nanti boleh cerita dalam blog. Oke? Baik, move lagi. Move!!

Kau nak move apa? Sekarang nak tutup entry.. Esok entry neh bakal diedit sebab kena masuk gambar hadiah sesat.. Jumpa esok.. Kau tidur.. Tidur..

JADUAL EXAM SAYA ADALAH SEPERTI BERIKUT:

  1. 10 APRIL: Process Writing.
  2. 16 APRIL: Information of Communication and Society.
  3. 18 APRIL: Malay Language for Management.
  4. 19 APRIL: Ethnic Relations.
  5. 24 APRIL: International Relations.
  6. 28 APRIL: Principal of Management.
  7. 04 MEI: Introduction to Political Science.

Saturday, April 11, 2009

SENJA NAN WANGI

Share



Senja tadi seluruh Bukit Kachi ketiadaan bekalan elektrik. (bila saya cakap senja, bermakna sudah pukul 7 petang ke atas, bukan pukul 4 petang. Tak seram)
Mula-mula, saya duduk bilik diam-diam.
Mentaip SMS. Bilik dah gelap. Samar-samar.

Tiba-tiba terbau wangian. Tak kuat. Antara bau dan tidak.
Saya tak ambil kisah sangat sebab saya kan berani sikit.
Bilik makin gelap. Bau tersebut makin kuat.
Tiba-tiba berpeluh. Sejuk. Saya mula fikir.
Saya nak control berani lagi atau menyerah jadi pengecut sekejap.
Oke, sebelum tenampak apa-apa benda, baik menyerah.

Saya bangun dari katil.
Pergi ke pintu. Nak keluar pergi bilik member di tingkat dua.
Jalan ke pintu perlahan-lahan.
Hati saya teringin nak pandang belakang.
Tapi.. Kau jangan cari pasal. Ini SENJA.
Dekat pintu, bau semakin kuat.
Ya Allah, apa punya kritikal waktu neh.
Kuak pintu perlahan-lahan.

Saya menyumpah dalam hati.
Sebab jiran India depan bilik ni..
Pasang colok nak sembahyang.

PATUTLAH WANGI. Tak guna kau.

Wednesday, April 8, 2009

INTERVIEW DIA!

Share
video

Oke, rindu anak buah saya..
Ngkau dengar bunyi gajah dia..
HAHAHA..

Ngkau belum tengok lagi cara dia protect dia punya coklat.. Bersungguh-sungguh, berpeluh-peluh macam coklat dia cuma tinggal satu dalam dunia. Ngkau belum tengok dia mengajuk mak dia marah. Ngkau belum tengok lagi dia ketuk pintu bilik saya setengah jam sebab nak pulangkan duit 5 sen yang dia jumpa depan bilik. Ngkau belum tengok lagi aksi dangerous dia suka buat percubaan letak jari dekat bilah kipas lepas tu kena marah dan lari dari bilik.. HAHAHA.

Mintak sori, video panjang sikit.

HAPPY MORNING!

Share
Kau tahu, hari ni saya bangun secara happy go lucky sampai terkinja-kinja saya dibuatnya. Selalu saya bangun macam bad mood tak tentu pasal sebab tak cukup tidur sampai mata pedih-pedih semua ada. Seksa tau membangon tidur dan keluar dari bilik secara tehuyung hayang.. Macam manusia mabuk todi, dengan muka berkerut-kerut sebab tatahan dengan silau lampu neon (Eceh, macam cerita novel punya spesifik padahal pakai lampu kalimantang).... Kadang-kadang terlupa bawak sabun mandi sampai dah jirus air baru teringat. Lepas tu memang mensumpah-sumpah diri sendiri stupidlah. Naseb baik tak pernah lupa bawak towel. Kalau tak, ada manusia seksi berlari-lari riang pergi masuk bilik ambik towel. HAHAHAHA..

Sabar.. Sabar.. Jangan tanya dulu kenapa saya bangun tidur secara happy.. Ngkau ni tak tahu buat introduction ke apa..? Buat mukadimah panjang sikit bukan salah pun.. Ngkau baca slow-slow oke? Jangan bising. Nak buat entry panjang sikit macam ni lah cara dia. Membazir paragraph dengan cerita-cerita mengarut sikit.. Lepas tu communication dengan readers kena ada. Macam ni lah.. Nanti kalau buat entry pendek, ada orang bising kata saya dah tak pandai mentulis entry. Ngkau ingat hari-hari ada benda nak tulis panjang-panjang? Ingat saya pergi holiday sampai hari-hari ada aktiviti menarik hati nak cerita dalam blog? Takkan saya makan nasik dengan ikan bilis hari-hari pon kena cerita (Ya Allah, kesian). Oke, mari kita cerita pasal bangun tidur secara happy go lucky.. (Diam lama-lama..).. Iyalah, dah habis introduction! Move-move!

Kenapakah saya membangun tidur secara happy go lucky:

1. Sebab kelas secara rasminya dah habis. Ini bermakna saya tak perlu lagi bangun tidur dan terus mandi pagi-pagi buta. Macam kena seksa dengan NAZI rasanya kau tahu?? Tidur pukul 4 pagi dan membangonkan diri pukul 6.45 pagi. Lepas tu kena jirus air punya sejuk sampai tak ingat sabun mandi tak bawak. Lepas tu kena keluar dalam keadaan basah kuyup pergi ambik sabun dalam bilik yang sentiasa pakai kipas speed dia 5. Seksa betul. Lepas tu kena tunggu bas beramai-ramai sampai kena beratur punya lah panjang macam nak buat IC dekat Pejabat Pendaftaran. Nasib baik tak kena ambik nombor ke apa.


Bas Kitaran UUM.

Tambah pulak bila kena naik bas penuh. Terpaksa berdiri. Bila dah berdiri, memang tunggang langganglah sebab driver bus sini 'rider' kau tahu? Kalau setakat 120 km/j tu memang lumrah lah (Bas no. 12! Bas no. 12!!) . Ngkau tahu hari tu bas driver ni pergi bawak bas punya laju sampai budak-budak neh berterabur file-file dia? Lepas tu pegang kerusi bas sekuat hati macam kena ribut tropika ke apa ntah. Tu belum lagi yang emergency pegang kepala orang lain sambil terjerit-jerit histeria. Sekali jatuh terduduk. Perempuan pulak tu. Sumpah malu muka dia. Lepas tu kena fikir driver yang suka buat lap maut cecah lutut semua. Oke, itu tipu. Itu belum lagi masuk tragedi mengkelam kabut pergi kelas yang kena cancel. Ngkau tahulah sakit hati macam mana.

2. Akan pergi membeli tiket balik kampung. Ngkau tahu tak perasaan orang yang tak pernah duduk asrama tiba-tiba kena duduk hutan ni 4 bulan tak balik-balik macam mana? Baik pergi PLKN ke apa. Dapat jugak cuti sehari-dua pergi balik kampung. Dahlah tiket bukan main mahal sampai kena fikir dua ratus kali nak balik. Rindu nak balik SELANGOR. Sampai nyanyi lagu Negeri Selangor setiap hari. Patriotik betul. Nasib baik takda lagu Asam Pedas Bunda Saya. Kalau ada, sure nyanyi setiap hari sebab sekarang memang teringin makan asam pedas bunda buat. Dekat sini manalah ada asam pedas sesedap buatan ibu? (Eceh!) Rindu anak-anak buah saya, rindu sama rumah yang super cantik dengan kipas remote control semua, rindu bilik kuning saya, rindu kucing (Ini tipu, jangan percaya. Saya takda kucing). Rindu girlfriend TIADA. Sebab saya TIADA girlfriend di KAMPUNG BUKIT KAPAR. Sumpah TIADA. Sebab apa saya guna upper case untuk perkataan TIADA? Sebab ada orang tak cukup akal cakap saya ada affair sama budak sekampung. Oke, apalah punya stupid.


Anak buah saya.

Saya sudah berprinsip tidak akan mempunyai kekasih hati sekampung. Sebab tak seronok bila raya, tak dapat jalan jauh-jauh pergi rumah mertua. Lepas tu kalau ada kekasih hati di kampung akan ada tabiat jalan-jalan naik motor waktu petang lalu rumah girlfriend buat-buat tak pandang padahal tunjuk muka konon macho. Sebelum tu mesti call dulu,"Saya nak lalu depan rumah ni".. Lepas tu balik rumah akan ditelefon oleh girlfriend dan dipuji-puji hensem. Lepas tu rasa punyalah bahagia. "Esok lalu lagi yaa?". HAHAHAHA. Kelakarlah bila teringat cinta monkey saya dulu. Tengok rumah girlfriend pon punya suka macam monkey dapat flower. Sekarang tiada. Oke? TIADA. SUMPAH TIADA!

3. Ayam. HAHAHA.. Kau tahu hidup di sini tak pernah dengar ayam berkokok waktu pagi? Saya kan pencinta ayam. Nanti akan balik ke kampuang dan menunggu ayam berkokok waktu pagi. Oke, point ni tak bermakna apa-apa. Abaikan. Kalau cerita pasal ayam, memang boleh cerita sampai empat lima entry. Sebab dulu saya penternak berjaya. Boleh cerita pasal ayam tersepit bakul, boleh cerita ayam besar kejar padahal masa tu baru balik bersunat, boleh cerita pasal melupuskan ayam buat kari roti canai.. Semua boleh cerita. Oke, lain kali cerita. Sekarang, perlu bersiap pergi Alor Setar beli tiket balik. Iktakimas!!

Wednesday, April 1, 2009

SERAHKAN LAPORAN OVER!!!

Share
Hari neh rasa macam mensentap otak sikit. Buat laporan projek pon macam setengah mati. Ngkau bayangkan print out RM25 berapa punya tebal? Lepas tu bayangkan kena reject sebab dia nak ikut pendapat dia. Ni siapa pengarah sekarang neh?? Dahlah periksa laporan macam cekgu Bahasa Melayu. Salah tatabahasalah konon. Meh sini ngkau aku buat exam KOMSAS sket. Felo neh setakat jadi felo pon berlagak macam jadi NC. Dahlah pemalas tak ikot program, lepas tu banyak cakap konon paham sangat perjalanan projek. Nasib baik aku tak ikut S/U pergi jumpa ngkau. Kalau tak memang aku shoot kepala ngkau sampai mati di tempat kejadian... HAHAHAHA.. Oke, tak berani sangat. Kalau berani memang ekstrim lah saya neh.

Lepas tu cakap resit tak logik. Sewa kereta dengan minyak RM50 ngkau cakap tak logik. Ngkau ingat sewa kereta pergi kedai runcit beli belacan ke apa? Kuala Nerang tau. 1 jam driving. Ngkau cakap guna resit lain atau masukkan dalam resit cenderahati. Ngkau ingat resit cenderahati pengetua budiman tu nak tengok? Sana cakap lain, sini cakap lain. Ngkau paham makna PARIA tak? Macam ngkau lah. Cakap tunggang langgang. Lepas ni tak rujuk sama ngkau. Malas. Sebab ngkau suka berlakon macam pandai padahal tak berapa pandai. Kan dah merepek setengah entry. Mesusahkan betul lah orang-orang tua neh. Padahal bukanlah nak tengok sangat semua benda dalam projek. Sampai HEP, approved pejam mata. Siap. Ngkau lah banyak sangat cakap.

Jom kita bertanding tangkap monkey. Tengok ngkau terer tak mentangkap monkey DPP Bank Rakyat. Monkey sini samseng tau? Kita lari-lari carik monkey dan mentangkap dan mentarik hidung dia. Ngaku jangan pulak buat cabaran baru suruh tangkap ulat beluncas. Sumpah aku tak nak. Sampai kiamat pon aku tak nak tangkap ulat beluncas. Sebab aku memang trauma sket dengan ulat beluncas................ Oke, trauma banyak sampai boleh lari sebatu kalau nampak ulat beluncas. Kalau ngkau buat cabaran ulat beluncas, oke, kau menang tanpa bertanding. Ulat beluncas adalah makhluk paling powerful di dunia. Singa boleh tahan lagi, ular takda masalah. Ulat beluncas, mintak sori. Aku terajang kalau kau bagi.. HAHAHAHA.. Kalau bagi patung ulat beluncas pon kau siap. Siap!!

Oke lah. Tiba-tiba macam terfikir ngkau nak ugut aku guna ulat beluncas. Oke, aku siapkan sama S/U laporan gila tebal neh. Lepas tu ngkau main jauh-jauh.

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus