Saturday, February 27, 2010

KISAH HIGHWAY ANEH DAN MANUSIA ANEH

Share
Saya ingat lagi kali pertama saya keluar ke Alor Setar. Pertama kali memandu kereta di negeri Kedah Darul Aman. Serius, waktu tersebut saya melihat jalan raya di Kedah sangat aneh dan cacat. Keanehan yang pertama ialah jalan raya di Kedah bersifat kemengantukan. Maksud saya, highway dia. Highway dia sangat lurus dan panjang.. Dan tiada apa-apa.. Dan sangat rata (bukan macam Shah Alam yang bergelombang jalan dia HAHAHA)... Padan lah kemalangan yang terjadi di negeri-negeri utara Malaysia ini sangat tragic. Memang thrill punya excident. Nak tengok kemalangan dahsyat? Duduk lah di tepi highway di kedah.. Nanti mesti kena langgar bas Sani Ekspress.. HAHAHAHHAHAHAHA...

Kedua, jalanraya di Kedah suka main U turn. Dekat highway pon ada U turn.. Entah apa-apa.. Dah lah dua lorong, U turn sebelah kanan.. Lorong kanan kan untuk kenderaan bergerak pantas. Tiba-tiba ada U turn.. Memang mengundang padah lah bukan??? Tapi saya tak pandai guna U turn dekat sini.. Macam mengancam nyawa saja.. Dah lah kenderaan sebelah bergerak laju gila tak nak kasi can kita masuk.. Heh.. Oke, pasal pemandu tiada hati neh akan diterangkan kemudian. Saya berani jamin, orang Selangor kalau datang Kedah mesti terasa prihatin betapa jalanraya di Kedah sangat TIDAK LOGIK.

Ketiga, lampu isyarat pon macam tak berapa betul isyarat dia. Oke, buat awan atas kepala sekarang.. Baik, bayangkan anda berada di simpang empat. Kalau di Selangor, lampu isyarat akan mentunjuk lampu hijau untuk kenderaan yang nak belok ke kiri dan terus dalam satu masa bukan?? Tapi di Kedah, ada satu jalan dia neh tunjuk lampu ke kiri saja. Kemudian satu lagi lampu untuk kenderaan di arah yang bertentangan belok ke kanan.. Jadi macam mereka ni nak bertemu di tengah simpang.. Err.. Kau faham?? HAHAHA.. Jadi untuk kali pertama saya melalui jalan ini, saya jalan terus sekali dengan kenderaan yang nak belok ke kiri.. Kemudian kena hon dengan kenderaan depan sana.. HAHAHA.. Berani mati.. Kemudian mensumpah lampu isyarat yang aneh itu.. T_____T

Kemudian bila bercakap tentang etika pemanduan, kau akan rasa pemandu di sini sangat selfish. Kalau jalan dia tu kan, tak kesah lah dia nak bertembung dengan bulldozer sekali pun, dia tetap mempertahankan maruah jalan dia jugak... Dia tak kisah.. Dia takkan kasi can.. Even dia pakai kancil tak sedar kecik saja.. Dia punya muka angkuh gila macam naik BMW 7 series.. HAHAHA.... Kalau orang silap masuk jalan one way, dia takkan berundur kasi can orang bersalah tu jalan. Dia duduk diam saja sambil buat muka bengis suruh orang tersebot berundur.. Jadi orang bersalah tersebut berundur lah dengan terkial-kial.. Dah lah belakang dia ada 4 kereta lagi yang salah masuk jalan.. HAHAHAHA...

Parking?? Blerghhh!!!!~~~ Selagi dia sedap nak belok, dia main belok saja masuk parking.. Tak kira lah kereta dia makan 2-3 lot parking sekalipon.. Dia masuk saja tak kesah orang lain nak parking macam mana.. Ini memang sifat mereka yang paling mensakitkan hati.. Parking tak pernah lurus.. Mesti makan parking orang lain punya. Saya bab macam ni memang tak boleh tahan. Kalau dah takda parking sangat, saya masuk saja parking yang diambil secara tidak berhemah tersebot. Saya letak kereta rapat-rapat dengan kereta dia biar dia tak boleh nak keluar dah.. HAHAHAHA... Lepas tu saya datang balik tengok orang tersebot tengah tekan hon macam gila.. HAHAHA.. Saya masuk kereta, kemudian hon balik macam gila jugak. Muka dia bengang.. Saya gelakkan saja.. HAHAHAHAHA.... Dia kancil, saya wira. So what? Heh~

Tapi selepas dua tahun (YaAllah, dah dua tahun dekat sini. Sekejapnyaa...) everything nampak normal.. Dah terbiasa.. Bila balik Selangor, terasa betapa berhemahnya pemandu-pemandu Selangor.. Ehem.. Jangan lah bandingkan dengan Kapar.. Dekat Kapar semua jenis pemandu nak mintak penampar.. HAHAHA... Tapi sebenarnya, everywhere we go, akan ada kelainan. Akan ada sifat-sifat kontra yang kita akan nampak... Itu yang kita panggil PENGALAMAN... Itu yang kita akan cerita bila balik kampong.. Itu yang mematangkan kita dalam kehidupan.. Maksud saya pengalaman-pengalaman selain pengalaman di atas jalan raya.. HAHAHA.. Baiklah, entry pasal pengalaman secara ilmiah akan ke udara sedikit masa lagi.

To be continue.......................

Thursday, February 11, 2010

BALIK OOII!!~

Share
Iklan:



Changloon - Klang
11 Ferbruari 2010
10:15 PM

Monday, February 8, 2010

SAYA MERASAKAN

Share


Kadang-kadang kita tidak sedar, sesuatu itu datang...
Kadang-kadang kita tidak sedar, wujudnya rasa sayang...
Kadang-kadang kita tidak sedar, sentuhan hati itu membelai...
Aku merasakan sesuatu?? Mungkin ya.. Mungkin tidak...
Tapi sesuatu itu ada.... Kelmarin ia menyentuh..

Tapi hati ini tegar..
Cinta Tuhan itu lebih manis...
Cinta Tuhan itu lebih berharga..
Cinta Tuhan itu lebih setia...
Mengapa perlu berpaling kepada rasa duniawi..
Sedangkan cinta hakiki itu mulai kukuh di hati...

Maka aku menunduk pasrah....
Biarkan cinta insani itu di balik hati...
Bukan menguasai segenap hidup hingga mati...
Kerana Tuhan itu lebih indah tak terbanding...
Dan cinta hakiki itu lebih hebat menyelimuti hari...

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus