Thursday, August 26, 2010

KASIH IBU, KASIH ANAK?

Share
Lihat bagaimana lelaki ini dan isterinya memarahi ibunya...... Sehingga menggigil si ibu ketakutan kerana diperlakukan sebegitu oleh si anak..... Hayatilah.. Inikah balasan kepada pengorbanan seorang ibu?

Anakku..
Dulu sewaktu kau masih di dalam kandungan ibu... Ibu selalu membelaimu... Berbisik padamu.. “Anakku.. Ibu berharap pada kamu... Agar suatu hari nanti.. Kamu mampu membela ibu.. Menjaga ibu..” Kadangkala kamu nakal menendang perut ibu.. Sakit.. Tetapi anakku, kegembiraan ibu mengandungkanmu, menjadikan ibu selalu bersabar dan tersenyum.

Anakku, tiba masanya ibu melahirkanmu.. Ibu dengan sepenuh hati berjuang antara hidup dan mati.. Dengan harapan-harapan ibu, ibu bertarung dengan kesakitan.. Bertarung dengan nyawa.. Hinggalah kamu selamat berada di pangkuan ibu... Air mata ibu mengalir anakku.. Melihat seraut wajah comelmu.. Wajah harapan ibu... Wajah harapan ibu.. Anak ibu.. Anak ibu!!

Anakku, waktu bayimu cukup mencabar bagi ibu.. Dengan kesakitan yang belum hilang, ibu menjaga setiap detik-detik kehidupanmu.. Ibu bersengkang mata menjaga tidurmu.. Tidak sekali-kali ibu membiarkan kamu terganggu.. Biarlah ibu letih dan penat.. Biarlah ibu tidak melelapkan mata seharian.. Asalkan kamu sentiasa lena meniti waktu hidupmu...

Ibu tatap wajahmu setiap saat anakku.. Ibu kucup pipimu.. Ibu kucup dahimu.. Saat kamu terganggu dengan ciuman itu, ibu usap tubuhmu melenakan kembali anak ibu.. Manis saat itu anakku... Saat memandikanmu.. Menyusukanmu.. Bermain dengan telatahmu itu kenangan yang cukup indah buat ibu sepanjang nyawa ibu dikandung badan....

Anakku sayang.. Tiba masanya kamu bersekolah, pagi itu ibu menggosok pakaianmu... Pakaian itu baru kelmarin ibu belikan buatmu.. Alangkah gembira hati ibu mengenangkan kamu akan ke sekolah.. Titik awal harapan ibu bakal bermula.. Ibu tersenyum sepanjang menyediakan pakaianmu.. Lalu selepas itu ibu mengejutkanmu dari tidur.. Ibu memandikanmu.. Ibu pakaikan kamu dengan baju itu....

Saat ibu menyikatkan rambutmu... Ibu tersenyum lagi.. Anakku, jadilah insan yang berjaya.. Jadilah insan yang berguna di waktu dewasamu nanti.. Ibu hanya ada kamu... Ibu berharap pada kamu anakku.. Belajarlah baik-baik.. Ibu mendoakanmu.. Suatu hari nanti, apabila kamu berjaya, ingatlah pada ibu.. Jangan melupakan ibu... Ibu sayang pada kamu anakku... Terlalu sayang....

Anakku, pagi itu, ibu menghantarmu ke sekolah.. Kamu menangis.. Tidak mahu berpisah dengan ibu walaupun sebentar.. Kamu manja dengan ibu bukan..? Ibu tersenyum.. Tertawa melihat telatahmu... Ibu memujuk dengan penuh kasih sayang.. Tidak sedikit ibu memarahimu.. Ibu kucup dahimu.. Ibu temankan kamu seharian di sekolah.. Tanpa makan dan minum.. Ibu gembira melihat kamu belajar.. Ibu gembira melihat kamu berkawan.. Hati ibu senang... Hati ibu girang sekali......

Anakku, semasa di sekolah rendah, kamu selalu mendapat tempat pertama dalam kelas.. Ibu sentiasa gembira dengan pencapaianmu... Namun pernah sekali kamu gagal... Namun ibu tahu, anak ibu melakukan yang terbaik.. Ibu memelukmu.. Ibu menyatakan padamu supaya bersabar... Ibu tahu, anak ibu hebat.. Ibu tahu anak ibu pandai.. Ibu tidak pernah lekang dengan keyakinan pada anak ibu.... Ini lah anak ibu tempat ibu berharap di hari tua ibu nanti....

Anak ibu.. Tiba masanya kamu di sekolah menengah.. Kamu sudah besar anakku.. Semakin kamu meniti usia dewasa, semakin tinggi harapan ibu padamu... Setiap hari, ibu memasakkan masakan kegemaranmu sebelum kamu ke sekolah... Kamu makan dengan penuh berselera.. Ibu menemanimu di meja makan... Ibu menatap wajah remajamu... Ibu tidak pernah menyangka.. Itu kali terakhir ibu melihat anak ibu yang ibu kenal..

Keesokan harinya, ibu sekali lagi memasakkan masakan kegemaranmu... Walaupun penat menguruskan kerja rumah ini, ibu tetap gembira berkorban untukmu... Namun.... Mengapa anakku.. Mengapa kamu pergi tanpa menyentuh lauk yang ibu sediakan untukmu.. Kamu sudah terlewatkah ke sekolah? Hebat anak ibu! Pasti kamu seorang yang baik... Ibu tersenyum melihat kamu berlalu pergi ke sekolah.. Ibu simpankan lauk-lauk yang ibu masak untukmu... Tidak sekali ibu kecewa denganmu...

Hari demi hari... Sikapmu berubah... Kamu sudah pandai melayan amarah... Kamu sudah pandai memberontak.... Kamu meninggi suara pada ibu... Namun anakku, kepahitan itu ibu telan.. Kerana ibu tahu, ibu masih perlu bergantung harap padamu... Ibu cuba bersangka baik.. Kamu sedang meniti kedewasaan.. Kamu sedang mencari dirimu sendiri.. Ibu bersabar dengan telatahmu... Ibu selalu ingin bercakap dan berbual denganmu... Walaupun kamu tidak melayan... Walaupun kamu hanya terdiam dan masuk ke bilikmu.. Namun ibu tahu, itu anak ibu... Ibu tahu ibu insan tua yang mungkin tidak sealiran dengan minatmu... Ibu redha.. Ibu mengerti.. Ibu faham anakku.. Ibu tidak terasa hati...

Anakku, kini ibu tahu............. Mengapa kamu begitu......... Anakku, kini ibu tahu semuanya... Kamu punya kawan di luar sana... Ibu tahu, kamu selalu bersama mereka... Ibu tahu, kamu mementingkan mereka... Ibu redha..

Sehinggalah kamu dewasa...... Insan tua ini masih berharap padamu.... Walaupun kamu sudah berani menengking ibu.. Kamu sudah pandai mengarahkan ibu melakukan itu dan ini... Namun ini tetap ibumu... Ibumu yang selalu menjagamu... Kasih ibu tidak pernah putus buatmu... Doa ibu sentiasa mengiringimu... Sehinggalah nanti.. Ibu pergi dari dunia ini...... Ibu tetap mengharapkan doamu............ Anakku.... Ibu merindui saat-saat kecilmu bersama ibu..................
Ya Allah, jauhkan aku dari sifat lupa diri.. Tebalkan kasih sayangku pada ayah dan ibuku.. Janganlah Kau meletakkan aku dalam golongan anak-anak derhaka yang mengabaikan ibu dan bapaku.. Sesungguhnya aku menyayangi mereka Ya Allah... Aku ingin menggembirakan mereka Ya Allah.. Ampunkan dosa-dosa mereka Ya Allah... Ampunkan aku Ya Allah...... Aku ingin sekali melihat mereka sehingga ke hari tuaku Ya Allah... Izinkan aku ya Allah....

Rakan-rakanku.... Ingati ibu bapa kita... Hargai mereka sementara mereka masih bersama kalian.... Saya menyampaikan ingatan ini dengan sepenuh ketulusan dan keikhlasan........

Nukilan: Khairul Hakim Saibani.

Sunday, August 22, 2010

RAMADHAN DI SUNGAI PETANI

Share
Akhirnya berkemampuan menghasilkan sebuah entri. T____T Bukan lah susah sangat nak menaip entri. Cuma kau faham lah orang puasa mesti lah mempunyai antibody lemah. HAHAHA.. Tak lah. Tak lah.. Sebenarnya tak ada modal nak tulis apa. Kadang-kadang dah taip 4 perenggan, lepas tu tiba-tiba rasa macam annoying sangat apa yang saya tulis. Tulisan annoying tak baik untuk readers. Walaupun saya sedar 60% entri di sini memang annoying. Buat-buat lah macam seronok. Selamat membaca. T__T


Oke, semalam akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke Sungai Petani.Tujuan utama dia nak pergi ekspo dekat jam besar. Mencari sampin. Setiap tahun tukar sampin. Tapi tak apa.. Saya memang gigih setiap kali raya. Awal-awal semester dah buat belanjawan. Tapi seriously belanjawan kali neh macam lari sikit sebab.. KASUT. Ehem.. Pencarian sampin tak semudah mana. Sebab baju Melayu saya memang super terang. HAHAHA.. Plus, garisan-garisan dekat baju tersebot macam menyulitkan keadaan. Sampai orang kedai tu cakap; “Hai, carik sampin nikah kaa apa? Lama dok tenung sampin tuu..”.. HAHAHA.. Macam tak lawak, tapi nak gelak. Akhirnya... Tak jadi beli dekat kedai tersebot sebab macam tak berbaloi-baloi harga dia. RM75. Lepas tu mintak kurang dia kasi alasan macam tak berapa nak masuk akal. Mintak sori.



Pusing-pusing lagi dan akhirnya terjumpa sampin neh dekat NAGOYA.. Ohya, kira set baju melayu saya semua made in Nagoya Tekstile. HAHAHAHA. Serius masuk Nagoya terus terkam sampin neh. Tak payah tanya dah. Dari jauh dah melonjak-lonjak riang setinggi kota keriangan. HAHAHA. Terus ambik memandangkan harga dia superb. RM32 sahaja. DONE! Baju Melayu dah completed.



Restoran Mesra Jaya, Sungai Petani. Ini pon tujuan utama jugak kenapa saya pergi Sungai Petani.. Kira ini tujuan utama yang kedua. Dan terakhir. HAHAHA.. Kira tak ada tujuan suka-suka hati menjelajah Sungai Petani yang jarak dia dari UUM sejauh 100km. Macam jauh kan? Satu jam setengah. Tapi kalau naik kereta yang boleh lari lebih dari 100 km/j memang boleh lah sampai dalam 1 jam. Tapi tak apa.. Ingat orang tersayang. Orang puasa kena sabar. T____T... Restoran neh saya kenal sejak dari semester 1. Kenapa restoran ini best? Sebab pertama, environment dia sangat cantek.

Saya suka restoran sebegini rupa. Macam klasik tapi sungguh menawan hati. Kalau pergi malam lah. Kalau siang mana ada feeling. HAHAHA. Mari meninjau-ninjau ruang dalam Restoran Mesra Jaya...




Untuk mereka yang teringin nak ber’candle light dinner’ bersama isteri masing-masing. Silakan.. Tempat neh memang seronok.. Yang bawak anak di bawah umur 9 tahun. Tolonglah jangan biar dia buat kuak lentang dekat kolam berhampiran. T_____T Okay, Makanan kami?




Semuanya sedap, saya jamin. Cuma kali neh macam mahal sebab ada siakap 3 rasa tu. Selalunya tak mahal. Berbaloi-baloi. Tapi kawan-kawan saya kata normal lah.. Sebab kalau pergi ke Kuala Perlis lagi lah super harga dia. Okey lah.. Saya assumed semuanya normal. Lagi pon, kongsi-kongsi pendapatan. Kan berkongsi tu satu keberkatan. HAHAHAHA. Baik.. Seterusnya...
Seterusnya kami pulang ke kolej. Singgah di KFC R&R Gurun membeli juadah bersahur. Mewah kan sahur KFC? HAHAHA.. Saya tak beli.. Mereka saja mengidam KFC... Orang dah lari bajet boleh diam sekarang.. T______T

Sudah lah. Sebenarnya masih tak berapa ada mood nak menaip. Kalau ada entri baru, baca lah. Kalau tak, mintak mahap lah.. Otak macam kurang berkembang.. T____T Sampai ketemu lagi.

Sunday, August 15, 2010

PERADUAN PUJI-MEMUJI RM50!

Share


NAK MENANG DUIT RAYA RM50??

Cara Penyertaan:


+ Anda perlu menerbitkan 1 post mengenai blog ini di dalam blog anda.

+ Di dalam post tersebut, anda harus menyertakan maklumat-maklumat seperti berikut:-

1. Bagaimana anda mengenal blog ini?
2. Mengapa anda suka membaca blog ini?
3. Siapa KHAIRUL HAKIM yang anda kenal?
JANGAN LUPA SERTAKAN LINK BLOG NEH! :)

+ Dedikasikan juga gambar anda yang paling kacak/hensem/ cantik/cun/lawa di dalam post tersebut.

+ Lengkapkan slogan..

"Saya rasa icemanzwalking adalah sebuah blog yang .........."
(tidak kurang 25 patah perkataan)

* Tinggalkan komen berserta link blog anda supaya saya dapat membaca post anda!
** Tarikh tutup pernyertaan adalah pada 10 September 2010.
*** Pemenang akan dihubungi melalui e-mail.

Tuesday, August 10, 2010

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Share


Marhaban Ya Ramadhan

Namamu diingati

Kedatanganmu dinanti
Fadhilatmu dicari

Ganjaranmu dihajati

Ibadahmu diberkati

Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ramadhan Al-Mubarak

Maaf Zahir dan Batin

Semoga Ibadah Kita Diterima Jua

KANAK-KANAK GAGAH PUASA

Share


Ramadhan datang lagi! Yeay!! Puasa dekat UUM lagi!! Yeay!! T___________T Okay, ini tahun ke-3 berpuasa di perantauan. Perasaan saya tak berapa hebat. Sebab berpuasa di tempat orang mana hebat. Lebih-lebih lagi tak dapat dengar bunda ketuk pintu bilik hebat-hebat macam raksasa suruh Ultraman bangun sahur... HAHAHAHA... Tapi tak apa.. Ramadhan tetap bulan yang hebat. Ewahh.. Tapi (lagi), masa kanak-kanak dulu tak rasa puasa itu hebat. Dulu puasa sungguh hebat terseksa zahir dan batin. Apa lagi bila orang kata kalau nangis nanti batal puasa. Tak tahan puasa mesti lah nangis.. Tak agak-agak menipu kanak-kanak. Okay, mari kita cerita memori puasa masa daya tahan diri rendah:

1. Dulu masa puasa, aktiviti paling seronok ialah bermain.... MASAK-MASAK dengan jiran. T____T Jangan lah gelak.. Lelaki sekarang hebat jadi chef sebab ini lah.. Kita ambik semua bahan dari peti ais, lepas tu bawak lari pergi kebun belakang rumah. Kita bina khemah.. Lepas tu masak lah sesuka hati.. Semua makanan sedap sebab bahan utama ialah AJINOMOTO. Eh, macam mana tahu sedap? Sebab curi-curik makan lah.. Macam tak faham pulak aktiviti kanak-kanak riang. Second??

2. Kanak-kanak puasa mesti lah nangis. Walaupon amaran batal puasa bila nangis dah selalu dengar, tapi tetap nak nangis jugak. Tapi heran kan bila kita nangis, tak pernah jugak mak ayah kita kasi makan.. Cis.. Membazir air mata saja... Tapi kadang-kadang bunda kasi minom jugak.. Sedang saya berguling-guling di atas katil meraung “Nak mati dah ni.. Nak mati dah ni..”, mentiba-tiba bunda datang dengan setong air. Kemudian? Kemudian dia tuang air ke muka sampai lemas.. Fuh.... Memang nak mati betul masa tu.. HAHAHAHAHA... Bila anda bergelar ibu dan bapa, jangan lah buat macam itu. Rasanya sungguh seksa.. HAHAHAHA...

3. Saya sayang ayah sebab dia selalu kasi can minum air bila pergi pasar malam. Bila dia nampak saya lembik macam apam, dia kasi minum. “Jangan cakap dengan mak..”.. Heh.. I love you ayah.. Siapa nak cakap dengan mak.. Nanti kena siram dengan air satu tong. HAHAHA.. Ayah pon selalu buat air sirap bila saya meraung atas katil.. Lepas tu dia letak tepi katil. Tapi saya selalu jual mahal tak nak minum.. Minum sikit-sikit, lepas tu nangis lagi konon-konon masih gagah mentahan puasa. Abang saya pulak pecah rahsia.. “Ehhh.. Air dah separuh, nak nangis lagi..”.. Diam lah kau.. T________T

4. Ooohhh.. Berjalan balik sekolah tengah-tengah hari di bulan Ramadhan Al-Mubarak itu sejenis penyiksaan apakah????? Rumah saya dengan sekolah 1.5 kilometer tahu?? Dah lah beg Swan kaler hijau purple tu berat. Jalan kaki pulak tu.. Ya Allah... Sangat ujian lah kan?? Tapi tak apa... Kedai-kedai runcit semuanya boleh bertoleransi bila nak beli air gas.. HAHAHA.. Takda pon larangan menjual air kepada kanak-kanak.. Okay, sekarang semua dah ada jawapan kenapa saya suka lalu jalan kebun yang sepatutnya memerlukan sebuah pacuan 4 roda untuk diredah... HAHAHA..

5. Bazar Ramadhan adalah heaven. Kita boleh mintak apa saja dekat situ.. Dan ‘bling!’ semua tertunai dengan segera.. HAHAHA... Masa itu lah kita nak ikut nafsu.. Tak tahu lah apa perasaan ayah bila duit dia keluar dengan kelajuan penuh.. HAHAH... Okay.. Dah penat gelak dah......

6. Dulu abang saya pasang pelita sampai 100 bijik sekeliling rumah. Jadi? Saja nak bagitahu.. Saya tukang nyalakan pelita tersebot.. Kemudian cucuh bunga api.. Kemudian membakar pelita tersebot.. T______T Pokok, lantai, tiang rumah, semua saya bakar.. Sebab macam orang welding pulak rasa dia.. Wahahahaha... Bunda jugak kena sental di pagi raya... Mintak sori bunda..

7. Kuih raya wajib menerima sentuhan saya. Tart nenas. Memang tak lain tak bukan cuma saya yang mampu berhadapan dengan cabaran membakar kuih. Guna oven lah.. Bukan guna bunga api.. T____T Sebab itu bila budak datang raya lepas tu pergi penyek-penyekkan tart nenas saya, saya boleh menghadiahkan pelempang sebagai habuan. Sebab semua itu usaha saya.. Jadi sekarang kau nak percaya ke tidak point terakhir neh? HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.

Oke, dah.. Apa pon, bila dah besar, Ramadhan jugak bulan yang ditunggu-tunggu.. Bila Ramadhan sampai ke hujung, terasa cepatnya waktu berlalu.. Rasa syahdu.. Rasa sedih... Selamat berpuasa semua.. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu makna buat anda... Maaf zahir & batin...

Sunday, August 8, 2010

BAWANG PUTEH, BAWANG UNGU.. ?

Share
Berlintas langsung dari Jusco Bukit Tinggi......... Tak lah, tak lah.. HAHAHA. Semalam pergi shopping sebab terasa macam nak beli kelengkapan raya awal-awal. Mensasarkan slack putih dan kemeja, tapi tersasar mendapat kasut sebagai habuan.. Macam mana tu? HAHAHA.. Kasut putih pulak tu. Ohya, kadang-kadang saya memang suka buat keputusan aneh. Berbaloikah kasut putih berharga RM260 itu? Jawapannya berbaloi atas beberapa sebab. Pertama dia ada diskaun 50% menjadikannya sebagai kasut berharga standard, bukan kasut golongan kaya. Kedua, faktanya, saya dah 5 tahun tak beli kasut raya. Serius? Ya, serius. Tapi serius jugak, kasut raya yang 5 tahun lepas tu maseh gagah dan kelihatan baru. Sebab saya pakai dia setiap raya pertama saja. HAHAHA..



Eh, anda wanita-wanita tak payah lah cakap saya membazir. Sebab sekurang-kurangnya saya masih jauh dari perangai shopping wanita yang bertaraf dahsyat. Kasut nak tukar sebulan sekali.. Baju nak beli 2 kali sebulan.. Orang lain nak kawen, kau yang sebok buat baju baru.. Kan? Heh.. Saya tukar kasut raya 5 tahun sekali.. Kan jimat? Kasut neh sebenarnya dah imagine nak pakai dengan slack putih dan baju hijau. Rasanya macam super cantek kan? Dan baju melayu purple muda + sampin putih/krim pon amat secocok lagi dipasangkan dengan kasut puteh neh. Yaa.. Kadang-kadang imaginasi Khairul Hakim memang setaraf dengan Rizalman Ibrahim. HAHAHAHA..

Sejak akhir-akhir neh rasanya ungu selalu mengambil tempat. Pencarian kemeja semalam pon hampir-hampir mewujudkan titik-titik kemarahan dalam hati. Sebab serius susah nak carik baju kemeja cantek. Ingatkan nak carik kemeja putih, so boleh lah pakai dengan necktie gold yang dah sedia ada. Tapi kemeja putih macam mengkecewakan saja kain dia. Tiba-tiba lalu depan Pierre Cardin. Tetiba nampak kemeja ungu. Tetiba belek-belek dia.. Tetiba ternampak necktie ungu.. Tetiba ambil necktie cuba-cuba kenengkan dia dengan baju. Alamak.. Alamak.. Alamak... Harga dia macam gila.. HAHAHAHA... Tapi ada less 50% jugak. Okay.. Okay.. Sebab ada less kita boleh consider lah nak ambik..



Cantek? Terima kaseh. Naseb baik ada perunding warna dekat situ.. Perunding warna pon kata cantek.. Jadi saya confident saja beli. Tapi bila jadi perunding harga, tak boleh. T_______T Sumpah high taste sampai tak boleh bayar. HAHAHA. Okay, rasanya tinggal sampin, slack putih, t-shirt dan.. Err.. Baju raihan.. Itu semua bakal diserbu bulan Ramadhan nanti.. Sekarang tengah kira-kira bajet sama ada untung atau rugi dengan pelaburan neh.. :p Sepanjang bulan puasa akan berupdate tentang shopping dan makanan saja agaknya. Jadi boleh lah selalu berkunjung ke sini.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.. Semoga Ramdhan kali ini membawa seribu makna pada kita semua.. Entry tentang ramadhan akan ke udara sekejap lagi.. Sampai sini dulu. Bye.

Saturday, August 7, 2010

PERMOHONAN SUMBANGAN AIDILFITRI

Share
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2. Menjelang Aidilfitri yang bakal tiba dan bersempena dengan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia, saya dengan ini memohon sumbangan seikhlas hati dari pihak tuan/puan selaku abang dan kakak saya yang amat saya cintai bagi menyambut Aidilfitri yang menjelang tiba tidak lama lagi.

3. Permohonan saya ini adalah berikutan pengurangan dana PTPTN saya sebanyak RM100 untuk semester ini akibat dari yuran pengajian yang semakin mahal dan barang-barang keperluan yang secara sengaja atau tidak, telah dibeli sepanjang 1 bulan berada di semester baru ini. Mungkin juga, kemelesetan ekonomi yang dialami oleh adik anda ini adalah berikutan harga minyak dan gula yang melambung tinggi di pasaran semasa. Biarpun punca ini bukanlah satu isu dalam International Political Economy, namun saya yakin, ia mempunyai talian perkaitan yang kuat dengan keadaan ekonomi saya sekarang ini.

4. Sekiranya tuan/puan berasa keberatan untuk menghulurkan sumbangan, saya bersedia mengadakan rundingan secara diplomasi bagi mendengar luahan hati anda semua mengenai kesusahan dan kesulitan kehidupan yang mungkin anda alami sekarang. Namun, saya tidak menjanjikan sebarang pelepasan terhadap anda. Mungkin saya boleh bertoleransi dengan mengurangkan jumlah bantuan yang anda ingin hulurkan.

5. Sebarang sumbangan dari pihak tuan/puan bolehlah disalurkan terus ke dalam akaun Maybank : 162843010965 atau melalui cek di atas nama KHAIRUL HAKIM BIN SAIBANI. Dengan ini saya lampirkan juga senarai barangan yang mungkin akan dibeli oleh saya menjelang Aidilfitri nanti. Segala kerjasama dan keikhlasan hati tuan/puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

KHAIRUL HAKIM B. SAIBANI


*Surat ini adalah cetakan komputer. Tiada tandatangan diperlukan.
** Sila ke muka surat sebelah untuk lampiran.

___________

Lampiran:

1. Slack Putih
2. Sampin
3. Kasut
4. Baju raihan
5. Kemeja
6. T-Shirt




WAHAHAHAHAHAHA!~

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus