Wednesday, March 17, 2010

JANGAN MELIAR!

Share
Baik, saya dah menyesal dah buat entry yang buat orang lain susah nak faham.. Sebab apa?? Sebab semua orang tanya.. Kalau setakat tanya sekali dua tak apa jugak.. Ini dia pergi tanya setiap hari, siap desak-desak suruh kasi tahu.. Macam dia tak pernah faham RAHSIA tu apa benda... HAHAHAHA... Bila saya kata rahsia tu bermaksud saya tak ingin memberitahu anda untuk satu jangkamasa lah.. Jadi sebelum sampai jangkamasa tersebut, jangan lah desak-desak suruh bagi tahu.. Tension kau tahu?? Lepas tu lagi mendukacitakan bila ada orang pergi main serkap jarang.. Main belasah saja dia teka.. Ini bukan cerita RODA IMPIAN ke apa.. Carik-carik klu lepas tu pergi belasah teka itu ini.. Ini bukan... Baik, saya akan menjawab segala macam soalan dan jangkaan liar dari semua..

Jangkaan liar 1.
Hakim sedang bercinta. Oh, ini mendapat rating paling tinggi.. HAHAHA... Baik lah, tumpang nangis sederas sungai.. T_______________T Saya dah cakap, soal cinta bukan soal main-main.. Ini soal serius.. Soalan serius macam ini jangan ditanya.. Sebab ya atau tidak, saya TIDAK AKAN mengambil apa-apa tindakan untuk menghebahkannya kepada umum.. Apa lagi menghebahkannya secara over. (Please lah bersayang-sayang dalam blog) Pada saya soal ini tak boleh sama sekali menjadi perhatian dan sebutan.. Ini soal peribadi dan tidak wajar dijaja.. Anda faham?? Kecuali bila sampai waktunya, saya akan memberitahu semua.. Bila?? 3 tahun lagi atau lebih dari itu.. HAHAHA.. Tapi sementara saya belum menyatakan apa-apa, jangan menteka-teka orang itu dan ini ada kaitan dengan saya.. Saya tidak mahu ada siapa-siapa yang merasa aneh, benci, terganggu dan sebagainya.. Ini sangat personal... Dan... Jangan bimbang, saya masih begini.. Bercinta dengan orang-orang berkepentingan dalam hidup saya... Itu lebih penting...

Jangkaan liar 2.
Hakim sakit.. Kelakarlah bila ada orang mengkata saya sakit sedangkan saya masih aktif berblog dan ber’facebook’ setiap hari, hampir 24 jam. Tapi di segenap tubuh badan saya memang sedang sakit.. Sakit yang tidak sinonim dengan doktor... Ya, memang sakit... Sangat! HAHAHAHA... Ini juga tak perlu ambil serius... Secara normalnya mengikut fizikal saya, saya sihat.. Malah bertambah sihat sejak akhir-akhir ini.. Tidur lambat setiap hari juga terasa amat sihat. Tak tercabar langsung kesihatan saya ini. Saya pun berasa aneh.. Selalunya kalau setiap hari tidur lambat, mesti akan ada symptom kurang cergas dan sebagainya.. Tapi yang ini tidak.. Saya bertambah rela tidur lambat.. SETIAP HARI!

Jangkaan liar 3.
Ditawarkan sekali lagi program di luar negara. Ini sangat tidak masuk akal....... Tawaran semester lepas saya tolak... Dan kalau sepuluh tawaran lagi saya terima sekalipun, saya masih akan menolak selagi tawaran itu tidak berpandukan kepada prestasi pelajaran saya sepenuhnya. Jadi tidak ada rahsia tentang keinginan ingin melanjutkan pelajaran ke oversea.. Ini sangat annoying. Err.. Kecuali kalau tertulis di dalam surat tawaran, saya akan dihantar ke Rusia.. Sumpah, saya pergi tanpa fikir apa-apa dah.. HAHAHAHAH.... Bukan sebab apa-apa... Tapi memang dari dulu saya suka Rusia.. (Padahal dulu kata Finland).. Oke, move sekarang!

Jangkaan tak berapa liar..
Antara banyak-banyak jangkaan, ada satu jangkaan yang agak tepat.. Saya sedang menilai antara baik dan buruk tentang sesuatu. Dan sebenarnya sudah pun selesai memilih.. Dah selesai dan saya rasa keputusan itu sangat tepat tak boleh sangkal lagi dah. HAHAHA... Tak perlu tanya keputusan apa.. Ini sensitive.. Tidak mempunyai sebarang kepentingan pun untuk orang lain selain saya. Tidak menjejaskan blog.. Tidak menjejaskan kawan-kawan saya.. Tidak menjejaskan siapa-siapa...Saya memang suka dan selesa dengan keputusan saya. Kalau nak tanya jugak, cubalah.. Saya tak akan reply dan terus delete ID Yahoo messenger anda.. HAHAHA...

Baik, saya dah menjawab segala jangkaan liar sebahagian dari anda yang saya kira mampu menggugat keselamatan dan persepsi orang terhadap saya.. Ada lagi jangkaan-jangkaan lain.. Tapi semuanya remeh.. Saya memang tak suka perkara remeh untuk diambil perhatian.. Biasanya kalau ada orang bercakap remeh, saya akan buat bodoh saja... Termasuk jangkaan remeh macam saya dah nak bertunang, saya nak kahwin ke apa.. Ini semua annoying dan sangat remeh... Tak perlu layan sangat.. Nanti kang makin dilayan, makin banyak pulak dia punya psiko nak korek rahsia... Jadi baik saya diam saja melayan Kinder Bueno.. Memakan Kinder Bueno memang membahagiakan... Jemput makan semua... Entri habis.

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus