Wednesday, December 8, 2010

BELOG TAK PAYAH DIET, BADAN KENA

Share Iklan: Semalam tak boleh nak berbelogrunnig gigih-gigih sebab internet mintak penampar hebat. T_____T

Hidup yang sehat bermula dari pemakanan yang sihat. Makanan yang sihat adalah seperti buah, sayur-sayuran, kekacang dan sebagainya. Bukan KFC, McDonalds, Burger King, atau Pizza Hut.. Itu bukan sehat, itu makanan mudarat.. T______T Cukup masa anda meratah makanan-makanan berciri kelemakan ini, anda mesti akan tersentap setiap kali menonton The Biggest Loser. HAHAHAHA.. Tak faham? Tak apa.. Tak payah faham.. T___T



Baik, semalam saya kepergian ke TESCO mencari makanan sehat. Tapi...., kerana lapar, saya dan rakan-rakan telah meratah makanan tidak sehat.. Wahahaha.. (Ketuk dia ketuk!!) Tak apa, makan RasaMas berpada-pada. Bukan KFC, bukan McD ke apa... Kemudian baru menserang Tesco Mergong yang pengunjung dia Astaghfirullahal’azim punya ramai... Semalam awal Muharram.. Baru teringat.. Wrong time la hencek Hakim.. Saya beli ini.



1. Lemon.

Ini bukan pengaruh Hanis Zalikha (lagi).. Rasa macam nak kasi award dekat Hanis Zalikha as a blogger yang paling banyak nama dia tersenarai dalam blog neh.. HAHAHAHA.. Lemon macam yang kita tahu bersifat masam, mampu membantu mengurangkan lemak dalam badan.. Hampir sama sifatnya dengan limau. Tidak boleh di makan begitu saja macam sekeping Gardenia, sebaliknya perlu dijadikan air. T___T Siapa makan begitu saja bagi tahu, nanti saya bagi award : Blogger dengan tabiat makan aneh. Bila minum lemon juice, saya suka buat pekat-pekat, so saya beli 5 untuk 5 hari yang tinggal di bumi sintok.. Saya harap bila balik kampung boleh jadi kurus macam Hanis.. (Kali ni bukan Hanis Zalikhahahahahah tak lawak)

2. Sunsweet Prunes.

Kebaikannya ialah tidak dikenalpasti. Saya beli bagi menggantikan Chacho’s yang selama ini menjadi snek kegemaran untuk dimakan bersenang-senang di dalam bilik. Sesetengah orang tak suka. Tak apa.. Kau boleh ganti dengan nenas, rambutan, ciku ke apa.. Jangan ganti dengan durian.. Gila ke apa nak jadikan durian snek kegemaran.. Nanti rumet muntah. HAHAHAHA. Saya lebih suka yogurt untuk dijadikan makanan bersenang-senang.. Tapi tak ada peti ais dekat sini... Kalau ada dah empat dozen saya beli... Isk...

3. Epal

Ini diet yang baik.. 3 bijik epal sehari. Tak payah makan nasik.. Haa... Thrill tak diet macam neh? :p Saya rasa thrill lah kot.. Sebelum ni saya mampu bertahan menggantikan nasik dengan roti.. Tapi roti neh sifat dia lebih kurang nasik.. Kecuali kalau anda beli wholemeal punya roti.. Jadi kita gantikan dengan epal untuk diet yang lebih menjadi.. Epal banyak khasiat.. Antaranya..... Okay, pergi google sekarang! Malas betull semua nak kena sumbat.. Tapi epal sebenarnya bukan buah yang baik disimpan berhari-hari sebab nanti dia jadi kering macam mengunyah kapas.. T_______T Pernah kunyah kapas? Harap-harap tidak sebab kapas tak sehat dijadikan makanan.

4. Pisau (Tiada dalam gambar)

Pisau ini mesti lah tak ada khasiat kau buat lawak ke apa.. Ini untuk potong lemon... Kang tak ada pisau takkan nak gunting lemon pulak kan... Dah lah gunting selalu hilang, nanti nak buat macam mana? Gigit lemon? T______T Lemon ni pon satu nak keras-keras apsal ntah. Mengada dia...... Oke, sekian cerita orang yang tengah berdiet.. Tapi.......

Sebelum tu nak buat teka teki, apakah makanan yang sungguh hebat rupa dia neh.. Saya buat. Teka sekarang!



Jawapan tepat mendapat lemon. ^^

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus