Saturday, November 10, 2012

IKHLASNYA FAMOUS NASI AYAM!

Share
Since I’m on my healthy lifestyle, I’m no longer a big fan of nasi ayam... 600-700kcal/portion bukan lah satu nilai yang rendah. Itu belum masuk side dishes lagi. Kalau masuk dalam buku kira-kira semua tu boleh sampai 1000kcal agaknya. Nasib baik saya tidak bernafsu makan seperti naga. Tapi bukan bermakna nasi ayam tu tak sihat. Sebenarnya okay je. Balance pun balance jugak selain sumber protein yang tinggi (ayam). But jaga-jaga lah dengan kuantiti.. Tapi ada sebuah kedai nasi ayam yang boleh buat anda rasa nak buat cheat day setiap hari.. Saya gelarkan ini nasi ayam ikhlas.

Famous Nasi Ayam, terletak di Batu 2 Sungai Pinang, Jalan Kapar, Klang. Saya tak tahu samada nama kedai ini tercipta selepas masuk Berita Harian lalu menjadi famous atau memang nama dia sejak azali memang macam ni. The day saya ke sana memang tengah lapar secara super. Bila cakap nasi ayam, saya terus terbayang ayam.. Eh mestilah terbayang ayam, takkan terbayang tenggiling atau zirafah. Nanti menjadi nasi zirafah kan dah salah konsep.. KAH KAH KAH... Maksud saya, saya terbayang protein.. Protein.. Protein.... Jadi saya cakap “Nanti nak beli nasi ayam, ayam lebih lah”.. Then dua orang askar beri suggestion “Cuba lah nasi ayam special.. Ayam dia lebih..”.. Okay, fine, nama dia macam seronook didengar.

Sampai ke sana perkara pertama yang attract perhatian saya ialah kain rentangnya yang bertindak sebagai signboard... Attractive, branding yang baik. Walaupun kedainya tak sebesar mana, tapi konsepnya ceria with the combination of yellow and pink dan kerusi meja tersusun baik, paling penting, BERSIH. Baik, ini part yang saya suka. Pelayan mengambil order. On my view, majority pekerjanya nampak biasa-biasa. Even yang menghidangnya pun biasa sangat. I can say mungkin  pangkat makcik-makcik agaknya yang menghidang tu. Yang ambil order pun pangkat kakak-kakak, tak macam sesetengah kedai yang menggunakan khidmat pekerja perempuan yang cun-cun. Itu tak kisah lah hey kau ni nak makan ke nak mengorat perempuan?! Jangan menggatal di kedai orang, nanti buruk padahnya.

Walaupun begitu, saya teramatlah mengkagumi layanan mereka yang bagi saya cukup mesra. Cukup bagus. Setiap kali hantar makanan mesti akan cakap “Ni dah sampai, maaf ye lambat sikit”.. Bila kami alih barang sikit nak bagi space letak makanan pun dia kata “Eh tak payah alih bang, its okay, no biggies..”.. Eh mana ada dia cakap no biggies-no biggies ni sebenarnya.. Hahaha.. Saja tambah perisa. Pelayannya bagus.. I can say itu lah yang paling mencuri perhatian sekali sebenarnya. Jadi saya order Nasi Ayam Special (ayam dada, wajib. Kurang lemak, paling tinggi protein) dan ABC memandangkan saya peminat ABC tegar. Sedang menunggu pesanan sampai, kami dihidangkan dengan bubur kacang percuma. Again, satu strategi yang baik supaya pelanggan tak tunggu seperti bodoh. Dah lah sedap bubur kacang tu...

Kemudian pesanan pun sampai..

Nasi Ayam Special. Sekali pandang tak nampak lah apa yang special dia.. Tapi sekali kau tolak-tolak nasi dia................. Tak-tak, bukan jumpa zirafah lah kau ni apa hal?! Sekali tolak-tolak nasi dia, baru lah saya sedar bahawa nasi itu adalah super banyak! Dan ayam dia pun banyak (special edition memang banyak ayam. Kalau mintak nasi ayam special dan ayam tambah lagi maka kau akan menjadi musang nanti).. Okay, sampai part kenapa saya panggil NASI AYAM IKHLAS. Sebab anda tengok sendiri sambal dan kicap yang dia pergi curah atas ayam tu banyak. Jadi biasanya kalau orang tak ikhlas meniaga ni, tak ada lah dia nak curah sambal tu banyak-banyak. 2nd reason, ayam dia SEDAP! Boleh kata antara yang paling sedap pernah saya rasa. Saya ni kalau makan nasi ayam lebih suka ayam yang dipanggang, atau kalau goreng pun biarlah ada rempah yang lain dari ayam goreng biasa. Kalau makan nasi ayam dengan ayam goreng biasa memang murka saya jadinya. 3rd, nasi dia adalah nasi ayam yang memang rasa nasi ayam. Bukan nasi putih atau nasi yang tak ikhlas rasa ayam dia. Nasi rasa zirafah tak pernah pulak jumpa.

Air Batu Campur (ABC). Yang ini menggigil nak habiskan.............. Kau perlu tahu betapa besarnya bekas dia dan betapa meriahnya isi ABC neh...... Tak boleh nak describe.. Kena datang cuba... Boleh kata semua benda dia pun banyak-banyak belaka. Sampai saya tertanya-tanya “Diorang ni tak rugi ke bagi makanan banyak-banyak macam ni?”... Sebab memang banyak... Dalam ABC ni ada barli, Nata de Coco, cincau, Chocolate waffle dan ais krim... Rasanya biasa, but mungkin kurang susu kot? Tapi the variety of the isi menjadikan ianya acceptable dan sedap juga. But mungkin boleh create satu ABC pure dengan kismis, kacang dan susu yang lebih... Bubuh nama ABC famous dan saya akan jadi pelanggan setia. Heh... Dua menu sahaja dan saya pun menjadi kejang... T__T Banyak, puas hati, mesra dan selesa...

Menu lain yang kami order petang itu....

Bihun Sup Special. Banyak jugak.... Perkara pertama yang saya nampak mestilah protein!! Dan unik jugak sebab ada kacang. Mula-mula sampai ingatkan soto... Saya tak rasa yang ini, jadi tak boleh nak komen lebih-lebih... Cuma memang nampak sedap... Ayam yang banyak.. Again, ini yang kita namakan IKHLAS! Bila ikhlas, rezeki pun berkat.. Pendapatan pun berkat... Perniagaan pun maju.. Amin...

Air Selangor.. Walaupun warna bendera Selangor adalah merah kuning, kedai ini telah memecah tradisi dengan memperkenalkan air Selangor berwarna hijau... Ni kalau Sultan nampak ni, murka ni KAH KAH KAH... Merah kuning terletak pada buah tembikai dan nenas dalam dia... Tak rasa jugak.. Tapi mungkin jugak sedap.. Ni kalau tuan kedai bayar memang dah lama cakap sedap ni.. Hihihii...

Kalau tak silap, yang hantar makanan pada kami, makcik yang pakai baju oren dengan cap kat tengah tu... Great job!

Keseluruhannya, selain kenyang, suasana dan layanan mesranya juga menjadikan kunjungan ke Famous Nasi Ayam sebagai satu kepuasan. Baru lagi rasanya.. Ada 2-3 perkara yang perlu dipertingkatkan such as the decoration, pemakaian uniform yang menyeluruh dan struktur kedai juga perlu diperkemaskan. But the quality of nasi ayam, keselesaan dan layanan dia memang bagus, without doubt. Menu-menu lain tak pernah cuba.. One time, InsyaAllah.... Kedai ni terletak di Batu 2, Sungai Pinang, Jalan Kapar.. Beroperasi dari Selasa hingga Ahad. Isnin tutup.. Malam pun tak bukak sebab bersebelahan dengan sebuah restoran besar. Nanti kalau bukak jugak habis restoran bankrap.. KAH KAH KAH.. Terima kasih krew Famous Nasi Ayam.. Sekian.

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus