Tuesday, January 6, 2009

TAG TAK SERONOK.

Share
Kak kiiinaa adalah tukang ugut.. Har har har..... Beliau Telah mentagged saya. Bukankah sya kata takkan layan tag??? Iyalah.. Tapi beliau kata kalau tak buat, maka beliau takkan mengkomen lagi di sini... Kak Kiiina kan memang suka merajok.. Harharhar.... Ini adalah tag beliau.

Describe 10 things about the person who tagged you.

  1. Beliau adalah seorang Kak Kiina.
  2. Beliau adalah comel.. Err.. Iyalah, comel. Dia memang comel.
  3. Beliau adalah promoter yang baik..
  4. BELIAU ADALAH TUKANG UGUT..
  5. Beliau memang malas mengreply PM org secara cepat.
  6. Beliau seorang student USM.
  7. Beliau memiliki JENTERA PENGANGKUT. Baru beli.
  8. Beliau juga lemah stamina.
  9. Beliau pernah menjadi ibu kepada anak-anak ayam dalam reban. Saya ada bukti!! Har har har...
  10. Beliau.... MANJE SAMA BOYFREN BELIAU... Harharhar....

Now u have to describe 10 things about yourself.

  1. Saya adalah baik hati.
  2. Seorang student UUM (Universiti Untuk Menyusahkan)
  3. Suka merapu dalam entry..
  4. Suka kaco Kak Kiiina.
  5. Saya adalah seorang yang berjalan laju-laju. Jalan lambat-lambat adalah pemalas.
  6. Saya jelita dan putih melepak.. Harharhar.. Saya tak cakap.. Orang cakap..
  7. Saya adalah lelaki.. Tak lembut oke? Lembut hati sahaja. Gila kaaa mo jadi pondan?
  8. Saya adalah seorang senyap. Bukan sombong... Bukan alien... Adoi...
  9. Saya perfectionist.
  10. Saya suka cakap. Diam-diam bermakna bisu. Bisu tak seronok.
At the end, you need to choose 5 people to be tagged and list their names.

Zaty.
Eja.
Sha.
Ulya.
Khai.

Sudah Kak Kiiinaaa... Sila komen secara panjang lebar. Anda didenda.. Harharhar... Padan muka.!!! Saya mo pergi celebrate besday. Nanti update. Hakhakhak.. Bye-bye~

Sunday, January 4, 2009

Selamat Hepi Besday!!!

Share
21 tahun kadang-kadang rasa macam tua.. Saya dah tua.. Har.. Har.. Har.. Rassa gelilah perkataan tua tersebot.. Tarik balik.. Saya muda. Muda adalah perasaan yang sangat seronok... Umur 20 tahun rasanya seperti umur yang gila tak seronok. Jadi bila sampai umur 21 tahun, saya harap boleh jadi sangat seronok. Seronok boleh didefinisikan kepada 2 iaitu:-

1. Seronok secara individu.
Seronok secara individu bukan kerana syok sendiri atau buat-buat seronok walaupon tak seronok. Seronok secara individu adalah seronok berseorangan menikmati hidop tanpa dicampuri keseronokan orang lain.. Errr... Bermakna, seronok itu adalah hak milik sendiri-sendiri dan dibuat sendiri-sendiri......... Bukan gila oke?? Seronok jenis ini menyebabkan saya senyom-senyom sendiri dan kemudiannya tertidur.. Kata lainnya adalah bahagia.. Bukan GILA oke...?? Saya ulang, bukan GILA...

2. Seronok secara beramai-ramai.
Seronok beramai-ramai bermakna keseronokan bersama mereka yang dinamakan keluarga, sahabat handai dan rakan taulan... (Kenapa saya rasa ayat saya sangat sastera... Har har har...)... Seronok jenis ini pon seronok. Kerana boleh berkongsi seronok sama mereka... Menyambut seronok dan berseronok... Apa neh?? Apa-apalah.... Saya ada kawan yang mereng, gila sikit, pandai, tak berapa pandai dan sebagainya... Maknanya, kawan-kawan saya adalah variety.. V.A.R.I.E.T.Y.. Macam sangat ramailah bukan?? Padahal....

Esok saya sudah 21 tahun.. Selamat Hari Jadi!!! Seronoklah ada hari jadi... Sangat seronok... Er... Untuk makluman saudara saudari, ini bukan entry hari jadi... Ini entry pra-harijadi.... Adakah word tersebot???? Har har har... Entry haari jadi akan ditaip esok.. Atau lusa... Kerana saya adalah sangat bizi... BIZI.. BIZI... Kelas sangat pack dan penat.. Oke?? Sila.. Sila wish hepi besday kat saya.... Sekian terima kasih... Sudah.

Friday, January 2, 2009

MELANCONG DI KOTA SESAT..

Share
Pergi ke kelas adalah sebuah perbuatan penat.. Perbuatan penat bermakna sangat penat. Dan sangat penat adalah tidak seronok dan tidak baik untuk kesihatan.. Perbuatan lebih penat adalah pergi ke kota sesat untuk datang ke sebuah kelas.. Siapa arkitek?? Siapa? Siapa?? Saya teringin berjumpa si arkitek yang merekacipta kota sesat ini. Saya teringin melakukan soal siasat di mana dia bersekolah, bagaimana mendapat idea membina sebuah kota sesat yang gila sesat tersebot... Bagaimana beliau berfikiran sangat kreatif dengan membina kota sesat... Sesat adalah gila dan sangat malu oke??



Saya maksodkan kota sesat tersebot adalah para bangunan di UUM. Bangunan di UUM sangat pening... Jangan kata student UUM tak pernah sesat dalam bangunan sendiri.. SUMPAH pernah.. Canselori adalah kawasan PUZZLE.. Sekejap nampak tangga, sekejap tangga hilang.. Sekejap ada bangunan.. Sekejap bengunan hilang.. Bermakna, itu adalah sesat. Berapa kali saya kata sesat?? Bukankah banyak kali?? Bermakna saya melakukan extra penekanan terhadap kesesatan di UUM.. Har har har...

"Jumpa saya di bilik 1.3 FKBM" - Lecturer.
"Baik.." - Student.

Itu bermakna perbuatan malapetaka. Tadi kelas PROCESS WRITING.. 2.6 FKBM.. Saya, Ezzaty, Ija dan Zul berekspedisi ke FKBM.. FKBM adalah.... Adalah... Bangunanlah bukan.. Iyalah, bangunan.. Tapi tak tahu apakejadah FKBM punya makna... UUM suka guna kata pintas.. Errr.. Singkatan kata... Kata singkat... Apa-apalah.... Sambung.. Kami naik tingkat dua... 2.1, 2.2, 2.3, 2.4, 2.5, 2.6 -----> (Sign board).. Kami pon pergi jalan.. 2.1.... 2.2..... 2.3.... 2.4.... 2.5.... 2....??? Aik?? Mana bilik 2.6?? Mana? Mana?? Kami patah balik... Kira balik dari mula sampai akhir... Mana tahu tiba-tiba bilik 2.6 timbul.. Errr.. Takda... Bilik 2.6 adalah bilik invisible..... Tak jumpa... Di manakah?? Tiba-tiba jumpa tangga...



Kan saya kata, bangunan UUM adalah PUZZLE... Tiba-tiba ada tangga... Kami turun tangga.. Tiba-tiba jumpa bilik 2.6 di tingkat satu... Apakah hal?? Kenapakah tingkat 1 ada bilik di tingkat dua...?? Apakah hal?? Mengapakah tidak melakukan persambungan secara terus dengan wing sebelah sana?? Apakah hal?? Mengapakah mesti naik dan turun tangga berulang-ulang kali... Apakah hal?? Balik kelas kami keluar dan turun tangga diketuai oleh seorang perempuan... Kami ikot belakang... Maksod saya, ikot dari belakang.. Tiba-tiba dia berhenti... Dalam bangunan, atas tangga..

" Ni kat mana ni" - Si perempuan.
" Entah.. Takda jalan kaaa??" - Zul.
" Kan aku cakap, gerenti sesat.." - Hakim.. (Sayalah tu.)
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Eh, kat sini rupanya..." - Zul setelah TERJUMPA jalan secara tidak sengaja..

Har.. Har.. Har...~ Tak tipu oke?? Silalah buat lawatan sambil belajar ke UUM.. Sila kuatkan stamina dan minda... Mencari bilik di UUM adalah perbuatan yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental.. Dan... Sumpah seranah itu adalah senaman mulot.... Silalah sumpah arkitek hebat tersebot... Silalah.. Silalah.... Har.. Har... Har... Tak guna punya arkitek..

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus