Wednesday, April 8, 2009

INTERVIEW DIA!

Share


Oke, rindu anak buah saya..
Ngkau dengar bunyi gajah dia..
HAHAHA..

Ngkau belum tengok lagi cara dia protect dia punya coklat.. Bersungguh-sungguh, berpeluh-peluh macam coklat dia cuma tinggal satu dalam dunia. Ngkau belum tengok dia mengajuk mak dia marah. Ngkau belum tengok lagi dia ketuk pintu bilik saya setengah jam sebab nak pulangkan duit 5 sen yang dia jumpa depan bilik. Ngkau belum tengok lagi aksi dangerous dia suka buat percubaan letak jari dekat bilah kipas lepas tu kena marah dan lari dari bilik.. HAHAHA.

Mintak sori, video panjang sikit.

HAPPY MORNING!

Share
Kau tahu, hari ni saya bangun secara happy go lucky sampai terkinja-kinja saya dibuatnya. Selalu saya bangun macam bad mood tak tentu pasal sebab tak cukup tidur sampai mata pedih-pedih semua ada. Seksa tau membangon tidur dan keluar dari bilik secara tehuyung hayang.. Macam manusia mabuk todi, dengan muka berkerut-kerut sebab tatahan dengan silau lampu neon (Eceh, macam cerita novel punya spesifik padahal pakai lampu kalimantang).... Kadang-kadang terlupa bawak sabun mandi sampai dah jirus air baru teringat. Lepas tu memang mensumpah-sumpah diri sendiri stupidlah. Naseb baik tak pernah lupa bawak towel. Kalau tak, ada manusia seksi berlari-lari riang pergi masuk bilik ambik towel. HAHAHAHA..

Sabar.. Sabar.. Jangan tanya dulu kenapa saya bangun tidur secara happy.. Ngkau ni tak tahu buat introduction ke apa..? Buat mukadimah panjang sikit bukan salah pun.. Ngkau baca slow-slow oke? Jangan bising. Nak buat entry panjang sikit macam ni lah cara dia. Membazir paragraph dengan cerita-cerita mengarut sikit.. Lepas tu communication dengan readers kena ada. Macam ni lah.. Nanti kalau buat entry pendek, ada orang bising kata saya dah tak pandai mentulis entry. Ngkau ingat hari-hari ada benda nak tulis panjang-panjang? Ingat saya pergi holiday sampai hari-hari ada aktiviti menarik hati nak cerita dalam blog? Takkan saya makan nasik dengan ikan bilis hari-hari pon kena cerita (Ya Allah, kesian). Oke, mari kita cerita pasal bangun tidur secara happy go lucky.. (Diam lama-lama..).. Iyalah, dah habis introduction! Move-move!

Kenapakah saya membangun tidur secara happy go lucky:

1. Sebab kelas secara rasminya dah habis. Ini bermakna saya tak perlu lagi bangun tidur dan terus mandi pagi-pagi buta. Macam kena seksa dengan NAZI rasanya kau tahu?? Tidur pukul 4 pagi dan membangonkan diri pukul 6.45 pagi. Lepas tu kena jirus air punya sejuk sampai tak ingat sabun mandi tak bawak. Lepas tu kena keluar dalam keadaan basah kuyup pergi ambik sabun dalam bilik yang sentiasa pakai kipas speed dia 5. Seksa betul. Lepas tu kena tunggu bas beramai-ramai sampai kena beratur punya lah panjang macam nak buat IC dekat Pejabat Pendaftaran. Nasib baik tak kena ambik nombor ke apa.


Bas Kitaran UUM.

Tambah pulak bila kena naik bas penuh. Terpaksa berdiri. Bila dah berdiri, memang tunggang langganglah sebab driver bus sini 'rider' kau tahu? Kalau setakat 120 km/j tu memang lumrah lah (Bas no. 12! Bas no. 12!!) . Ngkau tahu hari tu bas driver ni pergi bawak bas punya laju sampai budak-budak neh berterabur file-file dia? Lepas tu pegang kerusi bas sekuat hati macam kena ribut tropika ke apa ntah. Tu belum lagi yang emergency pegang kepala orang lain sambil terjerit-jerit histeria. Sekali jatuh terduduk. Perempuan pulak tu. Sumpah malu muka dia. Lepas tu kena fikir driver yang suka buat lap maut cecah lutut semua. Oke, itu tipu. Itu belum lagi masuk tragedi mengkelam kabut pergi kelas yang kena cancel. Ngkau tahulah sakit hati macam mana.

2. Akan pergi membeli tiket balik kampung. Ngkau tahu tak perasaan orang yang tak pernah duduk asrama tiba-tiba kena duduk hutan ni 4 bulan tak balik-balik macam mana? Baik pergi PLKN ke apa. Dapat jugak cuti sehari-dua pergi balik kampung. Dahlah tiket bukan main mahal sampai kena fikir dua ratus kali nak balik. Rindu nak balik SELANGOR. Sampai nyanyi lagu Negeri Selangor setiap hari. Patriotik betul. Nasib baik takda lagu Asam Pedas Bunda Saya. Kalau ada, sure nyanyi setiap hari sebab sekarang memang teringin makan asam pedas bunda buat. Dekat sini manalah ada asam pedas sesedap buatan ibu? (Eceh!) Rindu anak-anak buah saya, rindu sama rumah yang super cantik dengan kipas remote control semua, rindu bilik kuning saya, rindu kucing (Ini tipu, jangan percaya. Saya takda kucing). Rindu girlfriend TIADA. Sebab saya TIADA girlfriend di KAMPUNG BUKIT KAPAR. Sumpah TIADA. Sebab apa saya guna upper case untuk perkataan TIADA? Sebab ada orang tak cukup akal cakap saya ada affair sama budak sekampung. Oke, apalah punya stupid.


Anak buah saya.

Saya sudah berprinsip tidak akan mempunyai kekasih hati sekampung. Sebab tak seronok bila raya, tak dapat jalan jauh-jauh pergi rumah mertua. Lepas tu kalau ada kekasih hati di kampung akan ada tabiat jalan-jalan naik motor waktu petang lalu rumah girlfriend buat-buat tak pandang padahal tunjuk muka konon macho. Sebelum tu mesti call dulu,"Saya nak lalu depan rumah ni".. Lepas tu balik rumah akan ditelefon oleh girlfriend dan dipuji-puji hensem. Lepas tu rasa punyalah bahagia. "Esok lalu lagi yaa?". HAHAHAHA. Kelakarlah bila teringat cinta monkey saya dulu. Tengok rumah girlfriend pon punya suka macam monkey dapat flower. Sekarang tiada. Oke? TIADA. SUMPAH TIADA!

3. Ayam. HAHAHA.. Kau tahu hidup di sini tak pernah dengar ayam berkokok waktu pagi? Saya kan pencinta ayam. Nanti akan balik ke kampuang dan menunggu ayam berkokok waktu pagi. Oke, point ni tak bermakna apa-apa. Abaikan. Kalau cerita pasal ayam, memang boleh cerita sampai empat lima entry. Sebab dulu saya penternak berjaya. Boleh cerita pasal ayam tersepit bakul, boleh cerita ayam besar kejar padahal masa tu baru balik bersunat, boleh cerita pasal melupuskan ayam buat kari roti canai.. Semua boleh cerita. Oke, lain kali cerita. Sekarang, perlu bersiap pergi Alor Setar beli tiket balik. Iktakimas!!

Wednesday, April 1, 2009

SERAHKAN LAPORAN OVER!!!

Share
Hari neh rasa macam mensentap otak sikit. Buat laporan projek pon macam setengah mati. Ngkau bayangkan print out RM25 berapa punya tebal? Lepas tu bayangkan kena reject sebab dia nak ikut pendapat dia. Ni siapa pengarah sekarang neh?? Dahlah periksa laporan macam cekgu Bahasa Melayu. Salah tatabahasalah konon. Meh sini ngkau aku buat exam KOMSAS sket. Felo neh setakat jadi felo pon berlagak macam jadi NC. Dahlah pemalas tak ikot program, lepas tu banyak cakap konon paham sangat perjalanan projek. Nasib baik aku tak ikut S/U pergi jumpa ngkau. Kalau tak memang aku shoot kepala ngkau sampai mati di tempat kejadian... HAHAHAHA.. Oke, tak berani sangat. Kalau berani memang ekstrim lah saya neh.

Lepas tu cakap resit tak logik. Sewa kereta dengan minyak RM50 ngkau cakap tak logik. Ngkau ingat sewa kereta pergi kedai runcit beli belacan ke apa? Kuala Nerang tau. 1 jam driving. Ngkau cakap guna resit lain atau masukkan dalam resit cenderahati. Ngkau ingat resit cenderahati pengetua budiman tu nak tengok? Sana cakap lain, sini cakap lain. Ngkau paham makna PARIA tak? Macam ngkau lah. Cakap tunggang langgang. Lepas ni tak rujuk sama ngkau. Malas. Sebab ngkau suka berlakon macam pandai padahal tak berapa pandai. Kan dah merepek setengah entry. Mesusahkan betul lah orang-orang tua neh. Padahal bukanlah nak tengok sangat semua benda dalam projek. Sampai HEP, approved pejam mata. Siap. Ngkau lah banyak sangat cakap.

Jom kita bertanding tangkap monkey. Tengok ngkau terer tak mentangkap monkey DPP Bank Rakyat. Monkey sini samseng tau? Kita lari-lari carik monkey dan mentangkap dan mentarik hidung dia. Ngaku jangan pulak buat cabaran baru suruh tangkap ulat beluncas. Sumpah aku tak nak. Sampai kiamat pon aku tak nak tangkap ulat beluncas. Sebab aku memang trauma sket dengan ulat beluncas................ Oke, trauma banyak sampai boleh lari sebatu kalau nampak ulat beluncas. Kalau ngkau buat cabaran ulat beluncas, oke, kau menang tanpa bertanding. Ulat beluncas adalah makhluk paling powerful di dunia. Singa boleh tahan lagi, ular takda masalah. Ulat beluncas, mintak sori. Aku terajang kalau kau bagi.. HAHAHAHA.. Kalau bagi patung ulat beluncas pon kau siap. Siap!!

Oke lah. Tiba-tiba macam terfikir ngkau nak ugut aku guna ulat beluncas. Oke, aku siapkan sama S/U laporan gila tebal neh. Lepas tu ngkau main jauh-jauh.

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus