Friday, August 7, 2009

CINTA DI AWANGAN

Share


Mintak sori lah atas keterlambatan membuat laporan Wedding of The Year kau Faten.. HAHAHA.. Kau faham lah duduk UUM neh nak access Friendster curik gambar ngkau punyalah susah. Lepas dua bulan baru siap laporan ngkau.. Anggap lah laporan untuk MAJLIS PERKAHWINAN TAHUN INI memang grand dan susah dibuat.. HAHAHA..

Ehem, tanggal 14hb JUN 2009 saya telah menghadiri kenduri rakan saya bernama Nurul Faten Atiqa sebaik saja turun dari kereta dari percutian di Cameron Highland. Anda tahu betapa kelam kabutnya saya waktu tersebot dengan kepanasan pancaran matahari indah permai (Ah, ayat novel Damya Hana) yang meluap-luap punya panas. Saya jangkakan sampai ke rumah selepas Zohor. Atleast dapat mentengok rakan saya itu bersanding dengan megahnya di atas pelamin.. Tapi tiada rezeki. Sebab itu saya mencurik gambar eksklusif dia di Friendster saja.. Kau kesian Hakim mentulis entry menggunakan gambar curik.. HAHAHA...

Tepat jam 3.30 petang, saya berangkat pergi ke rumah mempelam.. Eh, mempelam pulak.. Mempelai.. Kenapa nama dia mempelai sebab macam nama burunglah bukan? Baik, kita takyah bertanya soalan tatabahasa sebab tak perlu sangat bertatabahasa di dalam blog ini. Kau kan tahu blog ini mempunyai tatabahasa yang sangat buruk macam tak pernah lulus bahasa Melayu. Sambung.. Hanis dan Botak sudah berada di sana dan sebok sangat bertanya bila nak sampai. Saya kalau boleh memang teringin sampai awal nak mentengok Faten jalan cover-cover sebagai seorang pengantin.. Tapi tak sempat.. Mintak sori Faten tak sempat sampai awal.. Tapi mesti kau suka sebab aku tak tuntut udang galah kau kan? HAHAHA..

Sampai di sana dan mencari-cari kelibat Hanis dan Botak dalam kerumunan orang ramai di majlis gilang gemilang itu.. Ah, tipu-tipu! Mana ada orang lagi jam 3.45 petang nak datang kenduri.. Saya saja.. HAHAHA.. Ketika itu tetamu dah beransur balik. Tinggal sisa-sisa manusia saja yang ada bersama seorang vokalis apa ntah melalak-lalak padahal suara tak sedap.. Eh, saya bencilah dia neh menyanyi-nyayi dengan suara huduh padahal orang dah tarik muka sebab bingit telinga.. HAHAHA... Saya duduk bersama Botak dan Hanis.. Ohya, saya lupa menterangkan lagi sekali kepada anda, Hanis ini adalah seorang lelaki.. Saya ulang, lelaki. Dan saya menyampah aah mention nama dia neh sebab mensusahkan kena beritahu jantina. HAHAHA..

Beberapa ketika kemudian, mempelai keluar..



"Faten, hari tersbot aku nampak engkau berseri-seri. Aku tahu lah sebab mekap, tapi kau cantik jugak lah.. HAHAHA.. Gurau.. Waktu aku nampak ngkau kan, aku terdetik, "Dah jadi isteri orang dah kawan aku..". Aku tak sangka kau kawen cepat. Seriously.. Walaupon kita kawan biasa-biasa saja, tapi kau tetap kawan aku.. Aku tak ingat macam mana aku kenal kau.. Serius aku lupa.. Tetiba kau jadi kawan aku.. HAHAHA.. Dari sekolah rendah. Tapi hakikatnya, aku tak tahu sejak bila kita jadi kawan. Mintak sori lah.. Tapi entah-entah, kau pon tak ingat.. HAHAHA... Aku sedang berannoying neh..

Faten, kau dah jadi isteri orang dah.. Kau jaga suami ngkau baik-baik.. Ingat, syurga di bawah tapak kaki suami.. Walau apa pon halnya, suami tetap nombor satu. Segala-galanya pasal suami ngkau, kena jaga. Jangan jadi derhaka. Setinggi mana pendidikan yang mak ayah ngkau bagi, sepandai mana pon ngkau, suami tetap yang tertinggi. Seorang lelaki akalnya lebih panjang.. Apa yang dia buat, InsyaAllah yang terbaik untuk isterinya. Hargai setiap apa yang dia lakukan.. Kadang-kadang lelaki makan hati, didiamkan.. Sebab lelaki ada ego. Kau kena faham tu. Hati-hati.. Jaga hatinya.

Tapi dalam ngkau menjaga hati suami, bukan bermakna hati ngkau perlu diabaikan.. Itu lah gunanya faham memahami. Dan ikatan perkahwinan itu juga terjalin dengan semangat dan ikrar untuk faham memahami antara seorang suami dan isterinya. Jadi aku doakan kebahagiaan kau orang berdua.. Jalani kehidupan di alam perkahwinan sebaik-baiknya.."



Ya Allah,
Berkatilah pasangan ini..Letakkan kehidupan mereka di bawah lembayung kerahmatanMu.. Jadikan kehidupan mereka lebih baik dari sebelumnya.. Supaya mereka merasai nikmat atas suruhanMu.. Janganlah Engkau menduga mereka dengan dugaan yang berat yang mungkin tidak tertanggung oleh mereka.. Limpahkanlah sinar kebahagiaan dalam hari-hari mereka..

Ya Allah,
Wujudkanlah cinta yang tidak padam antara mereka.. Letakkanlah dalam hati mereka rasa kasih dan sayang yang tidak berhenti.. Agar mereka hidup dengan beralas cinta kurniaanmu Ya Tuhan.. Agar mereka mampu memandang antara satu sama lain dengan rasa kasih yang tidak berkesudahan.. Agar mereka senantiasa merasai mekarnya rasa hidup bersama Ya Tuhan...

Ya Allah,
Aku bersyukur di atas kebahagiaan yang Engkau berikan kepada mereka. Aku bersyukur atas jodoh yang Engkau tetapkan kepada mereka.. Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang Maha Kaya, Maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Engkaulah Tuhan yang menyatukan hati-hati manusia. Dan Engkau jua yang menentukan segala-galanya dalam kehidupan hambaMu... Amin~

Selamat Pengantin Baru dari Sahabatmu!!!!
Khairul Hakim.

KETERBANGAN DUIT

Share
Dua hari lepas bergerak ke Alor Setar lagi. Ah, banyak duit kau Hakim.. HAHAHA.. Tidak, berkongsi seramai 3 orang.. Mengurangkan kos dan menggembirakan keadaan.. Tapi duit tak selamat jugak... Saya memang tak mampu menahan godaan aah bila masuk kedai buku. Kang tetiba nafsu membaca tu datang kang, memang habis aah.. Dah tak ingat balance dalam akaun dah.. Pedulik apakah.. HAHAHA...

Tak, saya belum beli buku-buku politik macam yang terkandung dalam magik saya.. Saya belum jumpa buku politik hasil penulisan mereka yang arif.. Kalau setakat tulis buku politik mengutuk pihak-pihak tertentu, itu bacaaan kanak-kanak saja.. Saya tidak membaca buku politik tahap rendah seperti itu.. Bila ada buku politik yang mengetepikan fakta, saya akan pijak-pijak dia sampai mati di tempat kejadian dan campak dalam tong sampah.. Ah, ni mengarut apa neh?



Pertama kali bertemu dengan buku neh di POPULAR, Tesco Mergong semester lepas. Tapi kau fahamlah semester lepas papa kedana sikit.. Jadi saya mensimpan hasrat membeli buku neh kemudian.. Tapi hari tersebot terjumpa lagi dengan buku BENARKAH ISKANDAR BUKAN ZULQARNAIN neh.. Ini lah punca segala-galanya... Sebab buku neh aah saya mencapai buku-buku lain sekali.. Ah, kau memanglah.. HAHAHA.. Kenapa buku ini seronok? Sebab saya suka Iskandar Zulqarnain.. Dan amat bercita-cita memberikan nama anak saya nanti dengan nama Iskandar Zulqarnain juga.. Iskandar dan Zulqarnain itu orang berlainan? See? Something new. Sebab tu saya beli.. Ini nama dia knowledge. Kalau setakat buku cerita pasal orang ni rasuah, orang tu rasuah tu bukan knowledge.. Tu perosak otak. Jangan baca. Buang saja.



Buku ini tinggal satu saja.. Sebenarnya saya rasa ada 5 lagi sebab waktu saya ambik, buku ini bersama rakan-rakan dia.. HAHAHA.. Tapi bila nak letak balik, rakan-rakan dia TIADA.. Magik. Jadi saya anggap saya perlu beli sebab magik.. HAHAHA.. Eh, saya bercakap benar neh.. Anda ingat saya bergurau ke apa? Saya tak bergurau.. Buku-buku lain hilang tetiba.. Jadi saya bukak buku neh dan baca sikit.. Buku neh macam novel perjalanan hidup Rasulullah.. Kisah-kisah baginda.. Amalan-amalan baginda.. Seriously buku neh cantik dan berkulit keras.. Err.. Dan setebal kamus punya banyak page dia.. Harga dia juga keras sampai terbeliak jugak biji mata sebab fikir kang duit habis kang.. HAHAHA... Tapi kau pernah dengar buku itu aset? Jadi beli Hakim! Beli!!! Dari beli buku tulisan author tak popular lepas tu buku tak berguna untuk pengembangan otak, baik beli buku neh.. Kang boleh kongsi sama ayah..



Saya suka buku dokumentari dan berciri kajian.. Kalau buku berciri politik pon saya suka yang berciri begitu.. Saya tak suka buku politik yang ditulis dengan otak kotor semata-mata.. Dan sesungguhnya saya hairan buku-buku murahan macam tu boleh dijual... Saya nasihatkan anda, jangan beli buku politik bertulisan 'kotor' sebab itu mentambah dosa dan merosakkan otak.. HAHAHA.. Kenapakah buku di atas macam buku PMR tapi saya beli? Sebab dia best.. Seriously seronok baca buku berciri kajian dalam kitab-kitab agama lain.. Anda akan kagum.. Saya janji neh.. Jadi pergi cari sekarang...

Semua sekali ratusan ringgit..... Iyalah walaupon seratus, tetap beratus.. HAHAHA...

Monday, August 3, 2009

COKLAT ITU GANJIL!

Share


Yeay yeay!! Entry kali neh ada gambar!! HAHAHA.. Annoying.

Semalam pergi Pekan Rabu... Dalam hujan-hujan tu aah semangat nak pergi beli kopiah baru.. Walaupon tak berapa tahu jalan pergi sana, tapi gamble... Kau tahu, semenjak duduk di Kedah macam bijaksana sangat nak pergi tempat-tempat aneh tanpa pengetahuan jalan yang cukup. HAHAHA... Siap pergi Quennsbay Penang aah sem satu dulu.. Itu pon takda tahu jalan.. Main belasah aah driving berani mati meredah traffic jam yang macam apa ntah... Dahsyat betul kesesakan lalulintas di Jambatan Pulau Pinang sampai rasa dah tak nak pergi dah.. HAHAHA... Oke, oke tiada dalam tajuk pasal Queensbay.. Mengada nak cerita padahal dulu takda cerita pulak.. Move! Move!

Pekan Rabu seriously panas dalam dia sebab mana ada laluan angin dalam ruang macam tu.. Tapi seronok.. Kalau dekat-dekat raya tu mungkin ni antara tempat paling best untuk shopping lah.. Dia tak cantik................... Iya lah, saya cakap tak cantik dan saya memaksudkan ia.. HAHAHAHA.. Tapi bukan lah tak cantik sampai nak jejak kaki pon tak sanggup.. Dia old style sikit. Tapi barang memang banyak... Baju Melayu cantik-cantik.. Capal, songkok, kuih-muih dan segala yang bersifat KEMELAYUAN ada dijual di sini.. Semua yang berniaga adalah MELAYU.. Dan tempat ini pada pandangan mata saya sangat unik.. Dah, orang Kedah takyah cakap “Apa lah ada kat Pekan Rabu tu, sampai bosan aku tengok..”.. Saya pon boleh cakap “Apalah ada dekat KLCC tu, bosan!” HAHAHA.. Kau kena faham perasaan orang Selangor datang Pekan Rabu memang begitu.. Sakai sikit.. HAHAHA..

Baik, misi saya mencari kopiah baru.. Sebelum pergi hari tu dah buat research mana ada jual kopiah idaman saya.. Jadi antaranya yang terdekat di Pekan Rabu.. Sebab tu semangat sangat pergi sampai kena langgar kereta Proton Saga biru dari belakang. Tak guna betul lah dia neh.. HAHAHA.. Dah langgar kereta orang boleh sengih-sengih cakap brek tak makan.. Kau cakap saja tengah baca SMS waktu driving.. Takyah tipu.. Dah takut aah tu mentengok muka bengis saya.. HAHAHA.. Kereta sihat saja.. Cuma kereta dia kemek.. Peduli apakah.. Kau pergi aah main Play Station pulak waktu driving lepas ni.. Ni apasal banyak sangat lari cerita Hakim neh?! Kenapakah?



Oke, focus tajuk, focus tajuk.. Saya pusing satu Pekan Rabu mencari kopiah idaman.. Tapi tiada yang bersaiz kepala saya.. Kalau ada pon macam bercorak ganjil sikit.. Jadi tak mahu beli.. Konon demand aah kan.. Kesian kakak tu pergi keluar segala stok yang ada tapi tak beli.. HAHAHA.. Kenapa teringin sangat kopiah baru? Sebab meluat dah tengok kopiah lama.. Dah berapa tahun ntah pakai kopiah sama... Sampai dah kelabu warna dia... Jadi petang hujan renyai-renyai tersebot saya pergi meredah hujan ke Pekan Rabu yang kurang cantik tapi seronok tu.. Saya pusing dua tiga kali mencari kopiah.. Saya tegaskan di sin, saya sedang mencari kopiah yang mempunyai saiz seperti kepala saya yang besar ini.

Akhirnya tiada.. Eh, apsal macam lain ending dia neh.. HAHAHA... Tiada dan kecewa.. Ada yang mempunyai saiz sepadan kepala saya, tapi warna dan corak dia sangat merosakkan pemandangan betul lah. Saya pon tak berapa pasti lah kenapa penyulam dia mempunyai taste yang sangat tak masuk akal puya hodoh.. Kemudian dengan hati penuh kecewa saya berpatah balik ke kedai akak yang habis mengeluarkan stok kopiah dalam kedai dia tapi tak beli tadi.. HAHAHA.. Dia dah kemas kopiah-kopiah tadi.. Tapi saya suruh dia cari jugak kopiah hitam saiz 10.. Dia pergi keluarkan lagi stok-stok dia padahal tadi dah kata tiada stok sebegitu.. HAHAHA.. Kesian dia... Akhirnya saya beli kopiah berwarna macam ganjil neh.. Seriously ganjil.. Dalam hati dah kata ganjil.. Tapi tangan masih keluar duit dan bayar.. Ahh... Apsal neh, apsal?



Dan malam tersebot mereka yang berada di cafe melihat saya penuh keterujaan aah... Macam alien masuk kampong ahh... Tapi self confident mesti ada kan? HAHAHA... Sila cakap kopiah ini cantik.. Sebab saya rasa dia cukup cantik dan unik.. (Sedapkan hati sendiri.. Sedapkan hati..). Kalau rasa tak cantik takyah cakap.. Kau diam.. Simpan dalam hati.. Jangan mensentap saya tetiba kang buruk padahnya.. HAHAHAHA....

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus