Saturday, January 2, 2010

SEDANG BERDUKA LARA

Share

Muka sem lepas. Sebab tu tembam. Sekarang dah pulih. HAHA.

Baik lah, construction sudah habis. Tak ada perubahan? Memang lah, sebab tak jadi sangat perubahan dia.. Bila dah make up, dia berupa aneh.. Jadi tekan button ‘clear edit’.. Dan semuanya berubah seperti sedia kala.. Dah tak aneh dah. T___________T Baik, sampai bila-bila pon memang tak boleh tukar layout. Sebab rasanya layout sedia ada dah cantik gila. Tak boleh tukar. Mana boleh replace layout cantik dengan layout kurang cantik. Made by someone else pulak tu. Ceh.. Hina gila.. HAHAHA..

Hari ni habis dah minggu add/drop. Macam biasalah, saya mengkonon-konon datang kelas awal nak tengok lecturer oke ke tidak. Kalau tak oke boleh drop class nanti. Tapi lecturer sekarang kan pandai. Dia tak datang dah minggu add drop.. Dia datang nanti bila class dah jalan secara normal. Masa tersebot, kita menterima lecturer horror ke apa, redha saja.. T_____T Tapi hopefully saya tak lah beroleh lecturer horror macam Rie Nakamura. Kalau jumpa dia lagi saya pasti akan tangguh pengajian. SEBAB: Lecturer menakutkan. Heh~ Hei, lecturer terlebih rajin yang buat ulasan assignment student setebal 57 muka surat menakutkan kau tahu? Buat assignment pon tak setebal itu.

Semalam saya terpaksa mengabaikan kelas International Business. Kerana seluar saya terkena chewing gum buangan manusia tak bertamadun. Bersalah betul bila tak datang first class.. Rasa macam diri sendiri jahat. Memang terasa marah lah. Tapi saya berazam semester ini akan mentingkatkan kesabaran saya. Jadi redha lah.. Segera mentelefon bunda:

“Assalamualaikum, bundaku, buat apa tu”

“Basoh! Kenapa?”

“Ni seluar ni kena chewing gum, nak buat macam mana bunda?”

“Letak lah ais... Nanti dia keras, buang lah..”

“Ooo, ye ke? Em, nanti lah carik ais..”

“Nak carik ais kat mana tu?”

“Nanti la mintak kat Kak Mona.”

“Kak Mona tu sapa??!” Alah, bunda neh nak tanya pulak.. Asal berjantina wanita saja mesti mentanya. HAHA..

“Peniaga cafĂ© laa bunda..”

“Oo, ha, ye la.. Hati-hati kat sana, duit tu hati-hati, jangan macam orang kaya!

Memang trademark bunda lah kan bila kasi nasehat mesti ada ayat klasik tersebot.. Dari sem satu sampai sem empat.. HAHAHA... Baik lah bunda, baiklah.. Akan menjimatkan duit secara banyak.. Lagipon akan bercuti-cuti Malaysia bulan 5 nanti bersama ex-SKBK tersayang. Kalau jadi lah. Sebab mereka bukan boleh percaya sangat. Planning macam apa punya gedegang, tapi karang last minute mula lah hal ehwal semasa mereka keluar.. Kenduri kakak lah, makcik kawen lagi lah, anak buah potong lah.. Lepas tu drop dekat Facebook “Wei, bestnye korang.. Rugi tak ikut.. Kenapa tak ajak..?” Ha.. Kata-kata tersebut memang bakal menerima sepotong penampar lah bukan. HAHAHA..


Kemeja pemberian Ayahanda Wazir.

Ohya, kehidupan awal semester empat semacam kesedihan.. Macam baru semester satu masuk U. Tak faham lah kenapa.. Hati hiba saja lah bila mengkenangkan kampong halaman.. Masa nak balik lagi lah sedih.. Lepas tu Ayahanda Wazir pulak datang Klang Central a few minutes sebelum bas bertolak.. Menserahkan hadiah.. Kemeja dan neck tie.. Dark blue.. Macam faham-faham saja saya suka dark blue secara banyak.. HAHAHA.. Saya anggap ini pemberian semangat dari Ayahanda Wazir.. Tapi satu kelemahan saya bila orang bagi hadiah, saya rasa sayang gila nak guna... Sebab nanti dia akan jadi buruk bila guna.. Nanti lama-lama dah tak cantik.. Nanti saya sedih.. HAHAHA... Baik lah, baik lah, guna jugak.. Guna jugak sebab dia cantik.

Blog ini akan memaparkan entri tanpa gambar mulai hari ini... Sebab rechargeable battery kepunyaan kamera saya dah expired.. Saya cas 18 jam pon dia tak mahu penuh.. Baru klik sekali dah suruh tukar bateri.. Derhaka lah bateri neh.. Mengada-ngada betul.. Dah lah membazir gila nak beli baru. Saya ingat rechargeable battery boleh guna selama-lamanya.. HAHAHA.. Tunggu lah, bila rasa nak letak entri bergambar warna-warni, saya beli lah bateri baru oke? Buat sementara neh saya akan buat entri bertulisan warna-warni saja.. Harap anda berpuas hati.. Baik, akan ke kampus sekejap lagi.. KO-K for da last semester.. Horay!! ~

Thursday, December 24, 2009

UNDER CONSTRUCTION

Share


Kalau anda melihat blog ini sedang dalam keadaan hodoh dan tak tentu arah, semacam mengalami gempa bumi atau apa, bermakna saya sedang melakukan kerja-kerja menaik taraf. Anda tak perlu panik. Cuma cuba lah datang lagi ESOK. Tapi kalau anda rajin nak tengok perubahan demi perubahan tidak terancang, sila refresh page ini semahu-mahunya..
Terima Kasih.

Tuesday, December 22, 2009

PRA MATANG

Share
Dua minggu lagi akan mencapai usia lebih dewasa.. Dua minggu lagi akan mencecah umur 22 tahun.. Dua minggu lagi akan meletakkan angka 22 dalam ruangan umur dalam setiap form. 7 tahun lagi akan berkahwin.. Eh? Err.. Bukan kah dulu saya bercita-cita mahu ke jinjang pelamin semasa berumur 25? Heh.. Manusia berubah kan?? Apa kelas laki-laki berkahwin secara pantas. Tak seronok lah dunia.

Baik lah, umur 22 memang bukan satu jangka usia yang menarik untuk diraikan. Tapi tak salah kalau anda rajin nak buat surprise party... Saya mesti akan surprise punya.. Jangan risau.. Kalau pun saya takda perasaan sangat, saya tetap akan terkejut bila anda buat surprise party.. Saya janji. Cuma jangan baling telur, baling tepung ke apa.. Itu perbuatan tidak seronok.. Kalau baling duit tu seronok lah. Boleh buat.. Saya sentiasa bersifat terbuka.. HAHAHA... Kenapa tak suka orang baling telur dan tepung? Kerana ianya bersifat pembaziran.. Kan elok kalau kau buat cekodok atau roti canai dengan bahan-bahan tersebot? Sekurang-kurangnya saya kenyang di hari jadi.. Kedua, telur adalah perkara bercirikan makanan paling saya tak suka. Jangan bagi telur pada saya. Itu annoying. Makan telur setengah masak pon jangan berada di depan saya.. Nanti saya muntah. Bunga telur pon saya tak suka sebab meyemak. Bunda suka kumpul. Cis!

Perubahan? Mungkin pada umur 21 tahun saya masih mampu mentengok cerita Hagemaru.. Tapi pada umur 22 tahun saya tak akan lagi menonton cerita annoying sebegitu rupa. Itu kan perkara berciri kanak-kanak? Mana ada lelaki 22 tahun melakukan hal ehwal kanak-kanak bukan? Paling tak sedar diri pon menonton Spongebob saja.. Eh, kau kena sedar, lawak Spongebob kadang-kadang memerlukan pemahaman dan tafsiran tahap tinggi.. Sebab tu kanak-kanak 5 tahun menonton Spongebob kadang-kadang tidak ketawa. Kerana mereka gagal mentafsir lawak Spongebob dan Patrick.. Juga Squirtword.. Juga Jerry.. Hah.. Dah.. Spongebob pada saya adalah sebuah pelawak bertaraf dunia.. HAHAHA... Sebuah pelawak yang suka mentangkap obor-obor dan tinggal di rumah berbentuk nenas.. Ya, saya sekarang berumur 21 tahun.. Baik lah.. Baik lah... T________T

Umur 22 tahun juga bermakna saya sudah cukup dewasa.. Perlu menjadi dewasa secara total.. Perlu berfikiran dewasa juga secara total. Bukan lagi remaja yang berfikir ‘bila agaknya nak kawen dengan wanita idaman’.. HAHAHA.. Cinta bukanlah perkara penting buat usia ini.. Tak jatuh cinta pon bukan perkara abnormal atau paranormal.. Tak jatuh cinta kan perkara paling indah dalam dunia.. Tak perlu memikirkan hadiah apa nak bagi masa hari jadi.. Tak perlu fikir berapa jumlah duit yang perlu dibazirkan.. Tak perlu fikir hati dan perasaan orang lain yang kadang-kadang annoying utnuk difahamkan dan diambil tahu. Tak perlu fikir macam mana nak ngorat Azweenda bila dah jatuh cinta.. Eh... ? Eheh.. Bukan senang menghapuskan sisa-sisa tragedy ‘admirer di hari penamaan calon’ itu. HAHAHA.. Baiklah.. Ini tak perlu tercatit di sini.. Anda boleh padam sekarang.. <--- [Backspace]

Baik lah, cukup cerita pra-harijadi... To be continue on 05 January insyaAllah.. Mari buat revision hari-hari cuti saya. Cuti kali neh tidak lagi membazir. Maksud saya tidak lagi kebosanan sebab dah ada group baru untuk dijadikan penghibur.. HAHAHA.. Cuti kali neh banyak aktiviti dengan Ex-SKBK.. Ini pertubuhan tidak rasmi.. Aktiviti apa kami buat? MAKAN. Hahahaha... 10 tahun tak jumpa dan kemudian bertemu di Facebook (I love u FB!) adalah perkara manis sekali. Berpisah ketika kerdil dan berjumpa ketika bersaiz XL juga adalah manis.. HAHAHA... Semua manis.. Punya excited nak jumpa kawan-kawan sekolah rendah sampai hari pertama menjejakkan kaki di bumi Bukit Kapar, terus pergi Hari Kantin sekolah rendah. Lepas tu pergi melawat seluruh sekolah macam YB. Dan semua benda terasa kecil... Blok kecil, surau kecil, cikgu kecil.. HAHAHA.. Seronok lah mengenangkan kenangan-kenangan kanak-kanak riang dulu.. Heh... Kemudian aktiviti lainnya semua berunsurkan makanan... Makan Soto di gerai, makan lemang made by Hj. Saibani masa Raya Haji, makan McD secara rakus, makan KFC dan mengabaikan diet, main bowling, melawat rakan sakit.. Anda tahukah ini semua manis..? HAHAHA.. Dan cuti semester depan akan ke PennState USA bersama mereka.. Hooray! Kita kan GENG! Bas sekolah.. HAHAHA...

Kemudian macam biasa aktiviti lazim semasa cuti adalah menserbu rumah cikgu-cikgu SMKSKI yang selalu di hati.. Rumah Ayahanda Wazir pada hari ke tujuh cuti... Rumah Ustazah Salimah pada minggu ke-2 cuti.. Makan tomyam dan tempoyak ikan bilis memang selalu menggagalkan diet saya.. HAHAHA.. Beberapa hari lepas bermalam di rumah Ayahanda Wazir.. Sangat lah meriah saya rasa.. Seronok. Dan of course lah diet terancam dengan dinner secara rakus malam itu.. Belum tambah lagi McD jam 12 malam.. Sesi cerita tergempar dan meluahkan amarah yang kritikal. Fuh..~ Sesi tersebot memang membawa kesan di hati... Rasa menyirap darah perjuangan betul lah.. Tapi Ayahanda Wazir kata, kena sabar.. Jadi sabarlah.. Sabar... Tapi plan untuk berjumpa dengan individu tak sedar diri terbabit sentiasa ada.. Tindakan susulan? Tangan, kaki dan silat seni sentiasa tersedia.. HAHAHA...

Baiklah.. Cukup dah.. Ahad neh akan bertolak kembali ke hutan Sintok.. Ke ‘First Choice University’ yang memang sebenarnya merupakan pilihan terakhir dalam senarai 8 universiti pilihan. Kau tanya sesiapa pun memeang mereka meletakkan UUM sebagai pilihan terakhir.. HAHAHA.. Tapi seronok tahu tinggal di hutan.. Boleh jumpa serangga aneh.. Boleh jumpa lecturer aneh.. Orang aneh.. Penyapu aneh pon ada.. Bangunan aneh? Kalau dah setiap semester sesat mesti lah aneh bukan? T_________T Sekian saja update saya.. Maaflah mentinggalkan blog secara sengaja.. Esok lusa buat lagi. Ceh. Iktakimas!~

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus