Friday, July 23, 2010

SAYA NAMPAK MASA DEPAN

Share
Bukan macam 4-5 tahun dulu.. Bukan macam zaman-zaman remaja yang cuma tahu enjoy.. Err.. In fact, saya tak lah enjoy sangat masa dalam lingkungan 17-18 tahun dulu.. Keluar dengan kawan.. Jalan tak tentu hala dalam shopping complex.. Saya jarang menikmati zaman-zaman itu. Okay, ingat tajuk.. Ingat tajuk... Ehem.. Untuk tahun terakhir di UUM (cepatnya) saya mula nampak masa depan secara jelas, nyata dan terang. Bila saya nak buat itu, ini, beli itu, beli ini... Semuanya nampak teratur.. Tapi, itu perancangan dan bayangan.. Allah tentukan semuanya.. Saya tahu. Tapi sekurang-kurangnya, saya tahu apa saya perlu buat untuk semua yang saya fikirkan.



Kadang-kadang terasa masa-masa tu semua ada cukup dekat dengan diri.. Semuanya push kita suruh buat cepat-cepat sikit. HAHAHA.. Sampai kadang-kadang rasa penat berfikir.. Penat nak rushing prepare itu dan ini.. Itu yang kadang-kadang sehari suntuk takda status dekat FB.. Heh..~ Penat fikirlah tu.. Orang kata; "umur masih muda, enjoy dulu....." Saya tak faham sangat maksud enjoy tu apa.. Enjoy tu, hanging out dengan kawan lagi kaa apa..?? Serius saya tak tahu... Sebab dari kecik pon, saya mana ada kawan sangat untuk mengenjoykan diri sendiri. HAHAHA.. Jadi sekarang saya terus serius pada masa depan.. Mungkin pada sesetengah orang, belom masanya fikir semua perkara yang memenatkan otak macam saya.. Tapi bagi saya, ini masa yang sesuai untuk elakkan diri dari cuma berharap pada takdir. FIKIR... FIKIR.. FIKIR....

Semuanya tak jauh.. Serius. 3 tahun? 4 tahun? It’s just around da corner... Contohnya 3 tahun study for my degree.. Rasanya baru semalam mintak restu cekgu-cekgu sekalian.. Rasanya baru semalam shopping macam gila.. Rasanya baru semalam berdilema nak masuk UUM.. Sekarang? Final year student?! 3 tahun dah?? Sekejap kan?? Guys, masa berlalu sangat pantas okay.. Ini bukan masa main-main.. Ini masa untuk KEDEWASAAN.. Be strong and step forward. Bukan be strong to play-play.. HAHAHA.. Bila nak sampai destinasi?? 3-4 tahun serupa 3-4 minggu yaa.. Mind you... Bila nak prepare dengan corak hidup yang mendatang.. As a worker, as a father, as a husband/wife????



For those yang bercinta, ini bukan masanya nak enjoy okay.. Dah jumpa Mr. Right? Ms. Right? Come on, bukan lagi zaman budak-budak nak dating tak tentu hala.. STEP FORWARD. Majoriti kawan-kawan saya dah ada calon.. Ini sem 5.. Selangkah lagi, dah nak masuk alam kerja.. Pandai-pandai lah fikir nak buat apa.. But please remember – FAMILY FIRST! Dan ini masanya untuk membentuk.. Terangkan keadaan family.. Terangkan siapa kita.. Macam mana kita... Jangan fikir istilah TERIMA SEADANYA tu sesuatu yang heaven. Percayalah, masing-masing mengharapkan yang terbaik untuk ‘disertakan’ dalam keluarga. Dan kaum adam, anda bertanggungjawab membentuk! Bukan sorong anak dara orang untuk ENJOY.. Dia orang ada family.. Ada mak ayah.. Jadi, respect them first! Bukan datang ambik dekat rumah, malam hantar balik.. Mintak izin pon takda... Kau ambik anak ayam suka hati pon kena kejar dengan mak ayam kan?? Ingat, sikap anda mempengaruhi persepsi mereka semua.. Belajar hormatkan mereka. Please..

Berpisah bukan sesuatu yang buruk. Tak boleh nak sesuaikan diri.. Tak boleh ngam.. Mak ayah tak suka.. Go on for the word P.E.R.P.I.S.A.H.A.N. Bukan teruk.. Tapi itu tandanya anda concern dengan diri sendiri dan family. Memang kadang-kadang menyakitkan, tapi percayalah, kadang-kadang, itu yang terbaik untuk masa depan. Bila nampak dia ada potensi berkelakuan buruk dalam keluarga anda, dah nasihat tapi tak respon, sila ambil tindakan.. Jangan nanti mak ayah yang terasa.. Jangan nanti keluarga tak selesa. Sementara takda ikatan, anda masih boleh menilai dan mencari. Okay, ini dah masuk tajuk apa.. HAHAHAHA...



Konklusinya, hidup dengan cara dewasa.. Ini bukan masa enjoy.. I stressed it up. BUKAN MASA ENJOY.. Ini masa untuk berfikir. Pandang keadaan sekeliling dengan kedewasaan. Pandang macam mana anda dengan keadaan sekeliling untuk 5 tahun akan datang.. Takdir itu ada, tapi anda berhak for ur future..

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri
Surah Ar-Ra’d (ayat 11)

BERUBAH.. BERUBAH.. BERUBAH..!~

Wednesday, July 14, 2010

RASA ANEH LAGI

Share


Sejak semalam rasa kurang tenang...
Macam hilang sesuatu..
Semangat pon dah tak berapa nak tinggi...
Kenapa? Susah nak cakap...
Selagi semuanya masih rahsia..
Rahsia lebih penting atau semangat lebih penting?
Okay, dua-dua pon penting..
Jadi biarkan dulu diriku dibelenggu anehnya rasa ini..
Ewahhhhhh!

Dicatat dengan gundah gulana oleh:

KHAIRUL HAKIM
-14 Julai 2010-

p/s : Gambar tidak bermotifkan apa-apa selain untuk mencantekkan entry semata-mata.

Tuesday, July 13, 2010

ENTRY LEMAH SEMANGAT

Share Hai, SEMESTER 5.


Ehem... “Cewahhhh! Rajinnya Hakim blogging semenjak dua menjak tiga menjak neh..”.. HAHAHA.. Over. Percayalah, ini cuma sebuah perkara yang sementara. Okay, sekarang dah berada di Kachi Highland Tower. Tingkat 4, saya kira tower lah jugak.. Itu yang tadi setengah mati bawak barang naik dari tingkat satu blok A. Blok saya berlabel C.. Jadi itu satu penyiksaan fizikal.. T_____T Ohya, lepas ni boleh apply bilik jadi stor. Sem depan dah tak payah angkut barang. Sem depan lagi satu?? Grad dah! Grad dah!! Wahahahaha.... Tak sabar.

Hari ni dengan jayanya telah menghadiri kelas sekali lagi. Semalam first day. Dan semester ini ramai foreign lecturer yang conduct class.. Kadang-kadang rasa itu sesuatu yang perlu disyukurkan.. Tapi kengkadang rasa itu satu malapetaka ke apa ntah.. Eh tak, yang selalu jadi malapetaka bila Rie Nakamura yang conduct kelas.. HAHAAHAHA. Kalau lecturer macam Abdisalam, Musafir Kelana atau Jan Stark tu memang heaven. Okay, macam tak ada apa sangat nak cerita pasal lecturer.. Baru kenal sehari dua... Belum tahu perangai sebenar.. Eh, tapi saya suka Dr. Chris.. Boleh dengar dia cakap English style Harry Potter... HAHAHA.. Move, move!


Hari-hari awal semester baru.. Macam biasa.. Bangun pagi tengok bilik... Teringat bilik sendiri di rumah. Tengok matahari pon kadang-kadang boleh menggamit rasa cinta pada kampung.. HAHAHA.. Tak lawak. Macam tak berapa keras saja cakap macam ni. Tapi serius lah.. 2 bulan duduk rumah tiba-tiba kena balik hutan, it’s kind of...., BLERGGHHHH!!!! Apa nak buat dekat siniiii!? Saya nak berfoya-foya di rumah! Saya nak menikmati makanan percuma.. Saya nak tengok orang datang rumah mintak bunga kantan.. Saya nak tengok ayam kejar benggali mintak makanan dan kemudian benggali tergopoh gapah lari naik basikal.. HAHAHAHAHAHAH... Macam tu lah ayam belaan seorang Ultraman Taro. Heh... Boleh menserang manusia. T____T Loser lah kau benggali. Ehem... Senang cakap, Sintok di hari-hari awal memang bosan.


Barang masih banyak yang tak terkeluar dari kotak... Memang tak mahu punggah barang.. Saya tahu memunggah barang dan meletakkannya di setiap ruang bilik hanya menjadikan bilik kelihatan sangat disaster. Jadi cara terbaik, biarkan saja bersemadi di dalam kotak.... dan bakar.. HAHAHA.. Tak.. Tak.. Selain ‘rubbish’, dalam kotak juga ada ilmu.. Mind you.. Ilmu jangan dibakar.. Heh!~ Buku-buku sekolah rendah pon saya tak buang... Macam semuanya bernilai.. Even saya tak baca.. Tapi saya kasihankan buku-buku saya.. Buku adalah barangan berjasa.. Bunda selalu cakap, jangan buang buku sekolah, kesian.. Jadi saya simpan semua... Tapi buku apa yang saya bakar? Buku laporan.. HAHAHAHAHA...

Shopping. Macam tak bermaya saja nak beli barang.. Memang banyak barang kena beli. Water heater pon dah hancur.. Kena beli.. Slack, neck tie, keyboard protector, cooler pad, gel... T______T Macam nak kena keluar RM200... Itu kan satu lagi disaster?? Belum masuk nanti nak shopping raya ke apa.. Aduhai... Tapi nak buat apa? Redha sajalah...


Entry neh macam kurang bermaya bukan?????? Memanglah... Mengantuk.. Terima kasih korang yang memekak main futsal kat bawah tu... Siap jugak entry saya... Sekian....

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus