Friday, October 2, 2009

MASIH DI SINI

Share
Entry seawal jam 8.30 pagi… Pagi ini bangun bukan macam seminggu lepas… Bukan dengan penuh keterujaan… Handphone pon tak tercapai… Tak mahu pandang. Dari malam tadi semacam resah tak pasti kenapa.. Mungkin terkepung dengan satu masalah.. Masalah permainan seek and hide.. Saya suka permainan seek and hide antara manusia.. Tapi antara rasa, memang perlu kesabaran tinggi… Redha saja.. Mungkin nanti, mungkin esok… Apa yang terbaik, setia menanti dan bersabar… Tanggungjawab itu masih terletak di bahu… Dan pastinya atas kerelaan sendiri.. Kerana sesuatu itu terasa terlalu tinggi nilainya… Andainya haluannya salah, atau mungkin tergelincir buat kesekian kalinya.. Tuhan saja yang tahu betapa sayangnya kerosakan itu….

Tak begitu pasti apa yang hilang dari hati.. Adakah andai ditanya akan berjawab…? Atau perlukah satu ruang ditinggalkan untuk sesuatu itu mencari jawapan tanpa terganggu..? Atau mungkin juga perlu terus menyembunyikan hati resah dengan kata-kata ceria..? Sebuah punca rasa itu perlu dijaga sebaik-baiknya…. Walau sesukar mana sekalipun…. Walau permainan apa yang disaji sekalipun… Sesuatu itu perlu dijaga dan dilindungi…. Walaupun mungkin akhirnya nanti ianya terlepas dari tangan tanggungjawab ini… Sekurang-kurangnya waktu itu, ada kebaikan yang telah tercipta dalam kenangan… Adanya kebahagiaan dan kegembiraan yang dicetuskan…

Dan jasad yang terus ingin bersama ini.. Akan terus di sini.. Menemani dan menanti… Cuba memberi dengan sebaik-baiknya… Cuba menjadi pendengar setia.. Semoga hati itu terbuka.. Menyambut sebuah keikhlasan…

Thursday, October 1, 2009

RAYA TERKONKLUSI

Share
AIDILFITRI TAMAT.



Akhirnya tiba di bumi Sintok yang penuh tekanan, beremosi ganjil dan sebagainya.. Saya tak suka berada di sini.. Tetiba rasa seminggu beraya di rumah amat seronok sekali. Walaupon berlambak-lambak komen di Facebook berbunyi; "HARI RAYA INI DAMN SEKALI!" daripada saya.. Kenapa? Kerana keseronokan itu kan dari hati.. HAHAHA.. What ever lah kau Hakim annoying lebih. Move!

Beberapa hari sebelum kepulangan yang dinanti ($%*&#@) ke UUM, baru dapat beraya dengan sepenuh perasaan gembira dan berhati girang. HAHAHA.. Ke rumah Kak Ili di Sungai Buloh, raya ke -6. Saya berani mengkata bahawa rumah ini adalah pusat kegemukan.. HAHAHA... Kalau datang pergi menginap kat sini 7 hari sumpah jadibelon ke apa ntah. Kak Ili neh addict dengan makanan. Dan saya juga addict sama masakan dia sebab dia suka masak masakan sepenuh perasaan. Maksud saya masak secukup rasa nafsu kelaparan lah.. Baik, baik.. Saya mengarut.. Kita tengok gambar saja.. HAHAHA... Jangan ambik perhatian sangat Hakim cakap nanti gila.









See? Bukankah anda berperasaan sama seperti saya? HAHAHA.. Kemudian Raya ke- 7 ke rumah Ayahanda Wazir dan Bonda Noriati. Ini adalah lokasi wajib tapi setiap kali cuti mesti datang lambat. "-,- Lepas tu beraya seramai 2 orang memang syahdu anda tahu? Nak mengangkat kamera pon malu sebab ramai sangat.. Omaigod.. HAHAHA.. Bersantap mee goreng sama ayahanda... Kemudian pergi beraya ke rumah cikgu-cikgu lain yang kesemuanya TIADA DI RUMAH.. Astaghfirullah betul lah... Apsal ntah semua orang keluar tetiba.. Memang kesedihan hati betul lah raya neh.. Akhirnya ke rumah saya saja...... Ayahanda Wazir pergi dengar bunda mengkata saya entah apa kemudian mulalah mesej pelik berkumandang dalam henpon.. Stress betul lah bunda ni mempecah rahsia anak sendiri.. HAHAHA...





Malam sebelum balik sempat ke rumah Cikgu Salimah yang memang dah suruh datang sejak raya ke 4 lagi. Saya memang bersemangat tinggi bila beraya malam sebab boleh pakai baju Melayu full set. HAHAHA.. Baik, menjamu selera dengan nasik+Masak Lemak Ayam+Telur Dadar+Ikin Bilis Tempoyak ke apa ntah yang pedas macam masakan made in 'heaven'.. Tapi confirm sedap. Serius sampai terlupa tengah on diet.. Oke, fine, tambah dua kali memang sia-sia diet kau Hakim.... Kita fikir diet di hari lain please.. HAHAHA... Eh, lupa, rumah Cikgu Salimah sangat kemas malam itu kau tahu? HAHAHAHAHAHA....









Oke selesai.. Lepas ni akan bercinta sama assignment dan buku yang mempecah otak. Semester ini memang semester assignment. Secara keseluruhannya telah menjayakan hampir 15 assignment+task+presentation.. Dan masih ada lagi 8 sebelum final.. Ehem.. Dan 1 setengah bulan lagi mungkin akan terjadi sebuah peristiwa.... Istikharah dan tawakkal... Sekian. Iktakimas.

Saturday, September 26, 2009

MEREKA HAPPENING!

Share
Raya ke tiga dan keempat tiada cerita. Sebab tu tidak berupdate. Saya mengisytiharkan raya tahun ini adalah yang teburuk sekali dalam kehidupan saya. Di dalam Facebook juga terconteng di dinding saya bahawa raya tahun ini adalah yang terburuk, ter’damn’ dan sebagainya.. Sampai Cikgu Yan pergi pujuk saya supaya cool down. Tahap tidak seronok raya kali ini adalah kritikal. Sumpah tak rasa raya. Kalau tak raya pon takpa.. Puasa sepanjang tahun. Ingatkan puasa tahun ini saja tak seronok. Rupanya terbawa-bawa waktu raya.. Kesian kau Hakim. Pergi raya rumah kawan pon macam pergi kenduri arwah duduk diam tak cakap apalagi nak ketawa.. Astaghfirullah..

Cuma nasib baik raya ke-5 hari tu pergi ke rumah junior saya dan terhibur hati.. HAHAHA.. Oke, boleh gelak sekarang.. Ibu dia happening... Seriously happening, tak berhenti cakap sampai tak sempat nak mensampuk.. Asyik gelak saja sampai lenguh pipi, senak perut semua aah.. Ayah dia pon happening dan.. Err.. Pening... Asyik tanya saya nama jalan di Bukit Kapar sampai terdiam-diam cuba lukis peta dalam otak dari mula-mula sampai, sampai nak balik.. HAHAHA... Saya pon terdiam nak mengingat nama saudara mara saya sebab dia pergi tanya.. Bab saudara mara di sini memang fault sikit sebab saya tak rapat dengan saudara sebelah ayah. Apa lagi kalau dia tanya saya nama-nama jalan sumpah saya tak arif dengan kampong sendiri.. HAHAHA... Jangan tanya saya tentang jalan-jalan di Bukit Kapar kerana saya pasti akan memberikan anda direction yang amat SALAH! HAHAHA...


Anda pernah makan laksa goreng?? Selain di Sunway Pyramid, anda juga boleh dapatkannya di sini.. (IKLAN) HAHAHA... Sedap sekali sampai tambah dua kali.. Cuma tak sempat tambah kali ketiga, tetiba spoiled sebab terletak limau secara banyak sampai masam dan membantutkan rasa.. HAHAHA... Maaf makcik tak dapat habiskan.. Tapi kalau makcik bagi plastic hari tu, sure kami tapau bawak balik.. HAHAHA... Oke
, ini bukan gelojoh, ini gurau nama dia.. Kemudian duduk di meja makan lebih kurang setengah jam bersoal jawab tentang jalan lagi dengan ayah dia.. Astaghfirullahal’azim.. “-,- Ibu dia pulak pergi bermain padan-padan saudara sama rakan saya..; “Eh, ngkau anak si xxxx tu yaa? Patutlah putih... Anak-anak dia memang putih-putih... Ayah ngkau pon putih kan..?”... “Ngkau jiran dia? Laa.. Saudara ke?”.. Oke, oke, finelah mereka saudara ke apa... Saya memerah otak mengingat jalan, mereka pergi bergembira main padan-padan saudara, baju semua.. Hish..~ HAHAHA..


Kemudian ibu dia beri arahan penyelamat suruh kami pergi makan kuih di ruang tamu... Rakan saya dengan pantasnya bangun nak pergi duduk depan.. HAHAHA.. Oke, Faham. Sesi soal jawab ini memenatkan kau tahu? Dah aah tergelak-gelak sampai senak tak ingat nama jalan, terlupa nama saudara mara semua...HAHAHA... Ehem.. Baik, anak
mereka si Azira tu pergi sambung promote kuih raya dia.. Ya Allah.. HAHAHA.. Habis semua dia pergi kenalkan nama kuih.. Dan saya perlu makan SEMUA naseb baik sedap kalau tak tahun depan tak nak datang dah.. Err.. Oke, satu lagi, Azira, sila letak ais bila bagi air gas kalau tak nak kami kena potong kaki minum air gas pure+biskut Nestum kamu.. HAHAHA... Biskut Nestum kamu tu manis teramat tahu? Tapi kami makan jugak sebab sedap.. Oke, fine, semua benda kau kata sedap Hakim sebab kau lapar. HAHAHA...



10:15 malam baru bergerak balik. Ibu dan ayah dia tak habis-habis gelak. Memang happening lah mereka neh.. Walaupon ayah dia bermuka seram tapi cool..HAHAHA..Abang dia? Saya cuma nampak sebelum balik dia pergi keluar bilik pakai boxer oke, oke, oke takyah cakap Hakim takyah!!! HAHAHA.. Anyway, terima kassssih Azira sekeluarga. Baik, Ahad neh baru bergerak ke rumah cikgu-cikgu.. Rumah Ayahanda Wazir pon masih tak terjejak lagi.. Masalah transportation memang menggugat kelancaran beraya. Nasib baik ada kau Hanis.. Nasib baik... Nanti bila JAZZ aku keluar, aku bawak ngkau pergi beraya satu Malaysia oke? HAHAHA.. Baik, akan ke Sg. Buloh beraya ke rumah kakak petang neh. Update? InsyaAllah..

Blogging mood : 45%.
Photography : Credit to Hanis.

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus