Monday, August 24, 2009

INSPIRASI MELAWATI

Share Assalamualaikum..
Salam Ramadhan Al-Mubarak..

Sempat berpuasa di rumah 1 hari.. Lepas tu rasa dah nak berhenti belajar dah tak sanggup balik kampus.. HAHAHAHA.. Aura puasa kat rumah neh memang menambat hati lah... Bila puasa kat kampus memang syahdu aah buka puasa sorang-sorang macam merempat ke apa ntah.. Dah aah sejak balik kampus neh hati tak berapa nak seronok sangat... Rasa macam terhimpit-himpit dengan kerja.. Omaigod... Letih setiap hari.. Seriously letih. Dan semalam adalah hari paling meletihkan sepanjang semester 3.. Sampai kolej jam 6.30 pagi, iron baju, mandi dan terus ke class.. Sampai pkol 11 malam.. Dah tak boleh focus apa dah... Semalam belajar apa ntah sumpah tak tahu.. Uh....~

Assignment banyak. Berapa kali nak cakap ntah.. Dalam 2 minggu neh akan berOBAMA sekejap.. BerOBAMA bermaksud kebizian melampau dan mempunyai daya tahan tekanan yang rendah.. Emosi kurang menentu dan blog terabai.. Statement blog terabai neh macam dah selalu sangat dengar dan tak boleh dipercaya sangat lah bukan? HAHAHA... Saya tiada bakat mentinggalkan blog lama-lama.. Tiada.. Baik jangan percaya sangat cakap saya nak abaikan blog.. Walaupon sebenarnya saya harap, saya mampu mentinggalkan blog.. Saya tetap nasihatkan anda jangan percaya sangat. Nanti anda rasa tertipu..

Mesti anda perasan perenggan di atas annoying.. HAHAHA... Mari lah saya bawa anda bercerita.. Baik, mula.. Cuti semester tempoh hari seronok.. Pergi Bukit Melawati sama Sam dan Ayahanda Wazir.. Serius pertama kali sampai tempat neh.. Cantik.. Saya tahu anda bukan suka sangat tempat bersejarah macam neh kan? Kan? Anda lebih suka lepak di shopping complex.. Tapi dengarlah nasihat saya. Anda perlu pergi ke sini... Tempat ini cantik berpandangan laut dan pekan-pekan lama.. Serius.. Sila pergi.. Kalau anda berani mempegang monkey juga saya nasihatkan datanglah ke sini.. Tapi jangan tanya saya ada pegang monkey ke tidak.. Jawapan dia 'MARI SAYA MENAMPAR ANDA'.. HAHAHA.. Saya tak suka monkey.. Dia memegang rekod binatang yang pernah memalukan saya.. Saya benci monkey! HAHAHA..







Kemudian setelah menjelajah ke seluruh kawasan tersebot dan mendengar cerita mistik seorang pakcik yang kami confused ntah manusia entah bukan, kami pergi ke KFC makan tengah hari dan bercerita hebat sama Ayahanda Wazir.. Cerita beliau selalu membuatkan saya berfikir jauh... Selalu buat saya beringat... Dan kadang-kadang membuatkan hati saya panas membara-bara rasa nak pergi menserang orang-orang terlibat.. Cuma saya tidak dilahirkan jadi samseng atau kaki pukul saja.. HAHAHA... Kalau tidak mesti orang tersebut tiada lagi di muka bumi.. Sumpah saya sama Sam dah terbakar-bakar hati nurani dah.. Ayahanda Wazir saja cuba mentenangkan hati.. Saya seorang yang mensayangkan cikgu-cikgu saya.. Jadi apa-apa jadi, saya tetap mempertahankan cikgu-cikgu saya.. Siapa berani menserang dan mengkhianati cikgu saya, sedia lah untuk diserang oleh saya.. Saya sedang mengkasi warning neh.. HATI-HATI KAU KEREPOT!



Ehem. Move. Kemudian kami pergi bersentimental di pantai.. Ni tempat kegemaran Sam lah neh.. Pergi merenung air pasang macam seronok lah sambil membaling-baling kulit kerang ke dalam laut.. HAHAHA... Kemudian pergi membincang pasal teman hidup dan sebagainya sambil mempanjat dahan-dahan pokok.. Ayahanda Wazir dah merenung jauh dah..... Saya dan Sam biar saja Ayahanda melayan perasaan sama laut pasang.. Biar beliau tenang sekejap.. Sehari bersama Ayahanda Wazir walaupon penat tapi tetap seronok.. Rasanya lebih dewasa bila mendengar cerita-cerita beliau.. Dan memotivasikan diri untuk jadi lebih baik dan lebih menyayangi cikgu-cikgu saya... Saya tidak mementingkan mereka yang tidak mengajar saya.. Saya tidak akan membelakangi guru-guru yang mengajar saya.. Walau dengan alasan apa sekali pon.. Saya tidak akan begitu..



Bagi saya, seorang guru sepatutnya disanjung.. Seperti juga ilmuan-ilmuan Islam dulu yang sangat menyanjungi guru-guru mereka.. Tapi malang anak-anak sekarang lebih mementingkan diri daripada menghormati guru-guru mereka.. Lebih mementingkan rasa hati dari patuh kepada guru sendiri.. Mereka diasuh dan dijaga oleh guru-guru, tapi akhirnya mengkhianati mereka... Ini kerana apa? Kerana gelapnya hati. Kerana rasa diri sendiri cukup matang menilai.. Kerana ego.. Adik-adik saya, tolonglah berfikir.... Ilmu yang berkat itu dari guru-guru yang mengajar anda.. Guru yang menjaga anda.. Tanpa restu mereka, ilmu mana yang berkat..? Anda mahu membesar dengan ilmu yang tidak berkat? Satu nasihat saya, JAGA HATI GURU-GURU ANDA. Sekali mereka kecewa, hilanglah keberkatan ilmu dari anda semua... Ya, ibu bapa yang menjaga anda.. Ibu bapa lebih dari segala-galanya.. Tapi guru juga ibu dan bapa kepada kita. Doa mereka afdal.. Doa mereka diperkenankan.. Hati mereka juga doa.. Ingatlah.. Ingat... Hormati dan sayangi mereka..

Maaf terformal tetiba.. Saya sentiasa emosi bila mentulis tentang guru-guru saya.. Saya tidak dilahirkan dengan rasa sayang kepada guru-guru.. Tapi saya mempunyai kesedaran tinggi tentang siapa guru-guru kepada saya.. Kerana itu saya sangat menyayangi mereka.. Kerana itu saya menghormati mereka.. Kerana itu saya cuba memberi yang terbaik kepada mereka.. Sama seperti apa yang saya lakukan kepada ibu bapa saya... Terpulang kepada anda yang mungkin berfikir tentang penulisan saya.. Entry saya ditamatkan dengan rasa rendah diri.. Wassalam..

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus