Showing posts with label adab. Show all posts
Showing posts with label adab. Show all posts

Thursday, January 6, 2011

BILA SAMPAH MENULIS

Share

Tahu apa benda yang tengah menari-nari dalam belog-belog tempatan? Bukan nuffnang lah! Tahu apa benda yang orang tengah perhatikan? Tahu apa dia entry yang dah capai 400 komen sebab pendapat kontroversi tu? Tak tahu? Tak apa.. Anda boleh carik sendiri isu neh.. Fahamkan dan nilai.

Bloggers.., asasnya belog neh tempat kita share apa-apa benda yang kita minat.. Tak kira in a personal way atau sebaliknya.. Kita bebas tulis apa saja.. Tapi once kita berniat tulis pasal orang lain, berpada-pada lah.. Jangan ingat kau bagus sangat, jangan ingat kau ada prinsip yang hebat-hebat.. Atau kau rasa iman engkau tinggi sangat, faham sangat pasal agama, or what so ever, so kau nak bantai cakap pasal orang ikut sedap tangan kau menulis..

Lagi bodoh kalau kau pernah tulis macam-macam perkara tak sedap dibaca lepas tu boleh tetiba pandai nak kritik orang pakai shawl macam itu macam ini. Sebab tu orang selalu cakap, bila kau tulis sesuatu, cermin diri.. Dan paling bodoh sekali bila kau siap sebut nama-nama orang lain jadi rujukan.. Macam funny gila bila kau pernah tulis; "INILAH HARIMAU 1MALAYSIA. MACAM B**I!" tetiba hari neh kau cakap aurat, kau cakap pasal tudung, kau cakap orang lain tak betul orang tu tak betul.. Kau tak terasa nak gelak ke dengan perangai tak sedar diri?

Tak salah kalau kau nak tegur orang.. Tak salah nak bagi pendapat.. Tapi sejak dari sekolah kau dah belajar adab.. Bila dah belajar adab, sepatutnya engkau tahu macam mana nak beradab bila menulis. Bukan biadap.. Jangan angkuh sangat bila menulis macam dunia blogging neh engkau yang pegang.. Paling penting, jangan aibkan orang.. Sebab apa semua ni jadi? Sebab kau rasa diri sendiri macam angel yang tak ada silap.. Sebab tu entry belakang kau boleh cakap B**I tapi entry dekat depan kau boleh cakap pasal aurat wanita. Otak jenis apa ntah.

Jangan condemn blogger lain.. Jangan pertikai apa yang diaorang buat kecuali dengan niat menegur dengan ikhlas.. Dan bila tegur dengan ikhlas, mesti kena sekali dengan adab.. Nabi pon suruh kita berdakwah dengan berhemah, dengan bijaksana.. Bukan biadap dan berperangai dungu. Jangan jadi sombong, angkuh dalam dunia blogging.. Lepas tu bila orang tegur, pandai bagi alasan "Aku punya blog, hak aku!".. Lepas tu pandai pulak cakap "Internet Dunia Tanpa Sempadan" bila kau dah curik gambar orang lain.. Tak ada pulak kau cakap dia punya blog, hak dia.. Kalau kau dah buat blog, kau jangan jadi bodoh nak fikir; "Aku buat belog untuk diri sendiri, takyah orang baca pon takpe..".. Funny okay?

Readers, kalau anda tahu apa isu yang saya tengah bengkitkan, harap sama-sama kita fikirkan.. Dunia blogging sepatutnya merapatkan ukhuwah.. Berkongsi.. Berbaik-baik.. Bukan hentam menghentam, bukan mengaibkan orang, dan bukan nak cari musuh... Kalau tak suka, tak senang dengan perangai mana-mana blogger, jangan baca.. Kalau rasa ada tanggungjawab menegur, tegur dengan cara berhemah, yang tak mengaibkan tuan punya badan..

Lastly, be strong je lah FATIN LIYANA.. Jangan layan SAMPAH.

p/s : Dapat BE lagi dari NUFFNANG.. The Green Hornet in 3D kat bawah ni.. Alhamdulillah.. Thanks Nuffnang. :)

Sunday, December 19, 2010

NAK AJAR ADAB

Share Ini entry marah. Layankan saja.

Ada banyak perkara yang boleh menghilangkan rasa hormat orang pada kita. Semuanya berpunca dari diri sendiri. Ego, perasan bagus, perasan hebat dan segala macam jenis perasan lagi. Tak perlu rasa kau lagi tua lepas tu kau boleh suka-suka hati tengking, marah orang muda.. Jangan mimpi orang muda nak hormat orang tua, kalau orang tua tak tau hormat orang muda. Jangan mimpi orang tua nak hormat orang muda kalau kau tak reti hormat orang tua. Dunia ni bukan dalam kuasa orang-orang tua.. Dan bukan jugak dalam kuasa orang muda... Hormat-menghormati itu penting.. Boleh faham?

Situasi 1:

Petang tadi pergi keluar pekan sekejap.. Try to find some goods. Tetiba ada pakcik ni nak keluar motor.. Kebetulan seorang kawan ni parking dekat sikit dengan motor dia.. Suddenly dia jerit “Dikkkkkk!!! Nak keluar motor ni!”..(Sambil buat muka nak kena lempang) You know what, perangai biadap ni bukan orang muda saja yang buat.. Perangai biadap ni orang tua pon teringin nak buat.. Bila dah dari kecik terbiasa rasa diri sendiri hebat, sampai tua pon kau akan rasa diri engkau hebat. Bila dah perasan diri sendiri hebat, mula lah hati terasa nak dihormati semua orang. Tapi ingat lah sikit, perangai kalau biadap tak ada orang suka nak hormat. Salah ke kalau ada rasa nak cakap elok-elok? Jatuh maruah ke kalau orang lebih dewasa cuba hormat orang lebih muda?

Jangan ingat orang muda senang-senang kau nak jerkah macam orang tak ada akal... Jangan ingat orang muda tak ada akal panjang.. Jangan pandang rendah pada orang yang lebih muda. Paling penting, jangan tanamkan perangai biadap dalam diri. Kau tahu tak manusia ni tak ada beza.. Yang berbeza di sisi Tuhan cuma iman kita.. Jadi engkau ingat dah dewasa sangat lah? Dah hebat sangat lah? Dah boleh tengking-tengking orang suka hati? Apa beza engkau yang taraf pakcik dah tu dengan orang muda macam kami? Dah cukup amal? Atau still engkau perasan iman kau dah tinggi? Come on la uncle.. Tak faham istilah hormat menghormati? Tak akan ada orang dalam dunia ni yang nak hormat orang biadap..

Orang rude memang tak akan boleh buat saya hormat or what so ever.. Perangai kurang ajar tak pernah sekali pon saya boleh kompromi.. Kau nak meroyan ke apa, masih boleh tahan.. Tapi sekali nampak manusia kurang ajar, sikit pon saya tak dapat sabar.. Cuma naseb baik mak ayah saya masih ajar saya hormat orang, tahu sabar.. Jadi saya tak ada tiba-tiba nak berkurang ajar dengan orang.. Pakcik, mak ayah pakcik dulu tak ajar? Atau pakcik ni memang dah jenis manusia macam tu? Atau dengan mak ayah pon memang biadap?

Situasi 2 :

Petang tadi jugak, dua orang lelaki Melayu, muda belia harapan bangsa dan negara kononnya. Tetiba ada perempuan lalu.. Macam biasa, “Haiiii!!” lepas tu tergelak-gelak bangga pecut motor laju-laju. Come on man.. Jangan jatuhkan maruah sendiri dengan perangai murah macam itu.. Jangar mengorat dengan cara murah... Dan perempuan-perempuan ni bukan barang murah kau nak ngorat dekat tepi-tepi jalan.. Kau pernah dengar perkataan ADAB? Engkau ingat adab ni untuk perempuan saja ke apa? Sebab perangai-perangai macam ni lah orang selalu cakap lelaki Melayu hampeh.

Kalau nak ngorat, kalau berkenan, be polite.. Kalau tak faham polite tu apa benda, atau mungkin kau tak pernah menjadi polite, nak cakap dekat sini, polite tu bermakna sopan. Sopan tu bermakna ada adab.. Ada adab pulak bukan bermakna kau naik motor macam gila lepas tu tergelak-gelak tak ada motif, lepas tu pergi feewitt feewwiitt perempuan.. Apa yang kau bangga sangat dengan perangai menjahanamkan nama lelaki macam tu? Polite tu jadi amanah, jadi jujur, jadi orang yang ada maruah, bertindak sebagai orang yang ada maruah.. Dan bertindak dengan penuh maruah. Bukan jatuhkan maruah diri sendiri.. Jangan jatuhkan maruah mak ayah.. Jangan suka-suka hati nak feewit sana sini macam desperate sangat..

Sedar diri sikit.. Nampak gaya macam tak belajar tinggi.. Tapi tu bukan alasan yea saudara.. Kalau kau belajar setakat sampai PMR pon, tapi kau tahu adab, kau tau jujur, kau tahu jaga maruah diri sendiri, orang akan pandang tinggi.. Tapi kalau kau ni ada ijazah doktor falsafah sekali pon, tapi tetiba kau tengking orang lain tak pasal-pasal, atau kau buat perkara tak ada adab macam yang disebutkan dekat atas, tak akan ada orang nak hormat..

Tahu tak pergi naik motor macam sawan wheelie sana sini ke apa benda tu semua, orang pandang.. Dan orang pandang bukan dengan rasa kagum.. Tapi orang pandang dengan perasaan yang meluat teramat-amat.. Style? Trend? Jiwa muda? Kepala hotak engkau. Guys..., tingkat kan jati diri... Tingkatkan maruah diri.. Tingkatkan adab.. Tingkatkan kesedaran. Kau Islam.. Kau Melayu.. Bangsa atau agama, dua-dua ajar manusia jaga adab..
Bukan nak cakap saya BAGUS ke apa.. Tapi ini semua tentang JIWA. Kotor jiwa, kotor cara.. Ingat. Belajar hormat orang kalau nak orang hormat kita.

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus