Showing posts with label watches. Show all posts
Showing posts with label watches. Show all posts

Wednesday, January 5, 2011

KEK BADUT PON OKAY!

Share


Tadaa.. Setiap kali hari jadi adalah heaven. Hundreds of whishes, celebration, presents and so on buat kehidupan pertama di usia 23 tahun sungguh exciting.. Ini pertama kali menyambut birthday dekat tanah tumpahnya darahku.. HAHAHA.. A bit different, tak macam sambut birthday dekat kolej.. Kalau dekat kolej rakan-rakan akan meraikan sesi mengumpul lemak tepat jam 12 malam. Tapi dekat sini kalau nak celebrate jam 12 malam nanti boleh kena parang dengan jiran. Dah lah semua mulut longkang.. T____T



So,
hari ini menyambut birthday dengan rakan sekampung which is sangat nostalgik bunyi dia.. HAHAHA.. Kalau ada sungai rasa nak sambut dekat sungai. Boleh rasa semangat kekampungan. Tapi memandangkan dekat Kapar Hill adalah miskin tak ada ciri alam hebat tersebot, maka kami terpaksa meraikan hari lahir di restoran steamboat - Johnny's Restaurant. Sebagai tambahan, ini kali pertama memakan steamboat. Kesian tapi fakta. T______T

Saya prefer makan dekat sini sebab tak bosan. Boleh makan, borak, mengilai dan beraktiviti. Aktiviti yang disediakan dalam restoran ini ialah mencelup makanan.. T_____T Hey, consider lah sikit ini aktiviti. Sekurang-kurangnya ada bahan buat gelak bila masing-masing tunjuk skill mencelup sekalian bola-bola. Service Johnny's sungguh pantas tapi waiters macam terasa nak bagi penampar sebab bila cakap dalam bahasa Melayu tak dapat nak paham. Dia nak jugak bahasa penjajah. T___T Tak apa, kita semua boleh jadi penjajah jugak.



Mee ganjil neh pertama kali saya nampak bila kawan saya publish gambar dekat Facebook dan; "Eh, apsal mee neh macam Incredible Hulk?".. Tapi serius sedap.. Thai BBQ Beef Noodles nama dia. Mee tersebot diperbuat dengan campuran spinach.. Spinach boleh buat badan kita kuat.. Contoh terbaik adalah Popeye the Sailorman yang sering memakan spinach lepas tu sawan pastu menjadi gagah dan sentiasa dapat mengalahkan Bluto. (Hakim merepek)



Hot and Spicy fried rice.
Ini memang superb rasa dia, plus memang dia bagi sekali macam kuah tomyam pekat, jadi bertambah-tambah sedap. Harga untuk semua neh boleh kata berbaloi lah tak macam Pizza Hut.. Kalau sebelum ni nak sambut birthday mesti kena spend around RM100+, tapi sekarang boleh lah jadikan Jhonny's restoran tetap untuk celebration. Jangan membazir, kan itu amalan syaiton.. :D



Lime Juice & Guava (lupa nama saintifik dia T____T) Suka sangat letak nama aneh-aneh sampai tak boleh ingat padahal boleh letak dekat situ AIR JAMBU BATU.. Kah kah kah... Dua-dua macam manis sangat dan masam sangat.. Tak puas minum sebab tekak terasa berat.. Kalau anda terasa nak pesan air dekat sini, boleh cuba air yang light-light sikit so then boleh lah mengubat lidah yang pedas.



Ini pulak dinamakan Manusia Aneh dengan Kekacakan Super oke tak tak tak.. HAHAHAHA... Tak ada dalam menu.. KAH KAH KAH..

Hadiah memang selalu mengharukan.. Lebih mengharukan bila dapat kemeja pink yang sebelum ini tak terjangkau akal untuk dipakai. Tapi bila orang dah bagi, kita kena pakai tanda menghargai.. Tak apa orang kata kita jambu, tapi hati mesti gagah habaq hang.. Kena tabah.. Jangan kalah. T____T






Terima kasih untuk semua ucapan, doa dan harapan yang sebenarnya hadiah paling bermakna dalam hidup... Saya tak mintak semua hadiah-hadiah bernilai tinggi macam ini (padahal pernah mintak blackberry tapi tak ada orang layan hahaha), apa yang penting, saya dapat ada bersama individu-individu terbaik setiap kali tibanya waktu-waktu istimewa macam ini... It's more than enough... Terima kasih untuk anda yang bersusah payah menyambut ulangt ahun ke 23 hari kelahiran saya.. It's fun.. It's meaningful... Dan menjadikan kehidupan saya sentiasa bermakna dengan anda semua.. -End-

Friday, December 3, 2010

WISH LIST MAYA

Share
Bukan wish list untuk perempuan.

Menjelang hari lahir saya sekejap lagi iaitu pada bulan JANUARI.... T_______T Saya telah siap senarai wish list berbentuk hadiah maya. Heh.. Megah lah sangat, birthday bulan Januari, Disember pon baru sempat nafas tetiba dah buat wish list. Tapi tak apa. Anggap ini sebagai hiburan tatkala anda stress berhadapan dengan ujian para lecturer. Eh, umur 23 tahun sebenarnya tak ada lah mengidam hadiah.. Cuma kadang kadang berangan macam ada dekat zaman kegemilangan gaban, masa kanak-kanak.. Ha.. Kan seronok.. Tak? Kau tipu.. Move skang, MOVE!

Raket.

Sebenarnya nak buat Nokia N8 dekat tempat pertama tapi........ tak apa. Pembaca dah bosan dengan angan-angan tak masuk akal. T____T Okay, walaupon raket ini macam satu senarai kategori aneh, tapi tak apa.. Jangan tak tahu, saya kadang-kadang boleh ketagih main badminton sampai tiba-tiba membeli shuttle berjenama hebat yang harga dia.. hebat.. T______T Tapi apalah erti shuttle hebat tanpa raket yang hebat bukan? Kita konklusikan raket berjenama hebat adalah impian pertama.. So that I can beat Mr. Hanis (bukan Hanis Zalikha) dengan konsisten. He just bought a new racket yang harga dia cecah ratus-ratus... Haaa... Hey, raket ratus-ratus memang lah dapat beat raket enam puluh ringgit dapat dua! Siap kau! HAHAHAHA..

Watch.

Atau dengan nama lainnya, Jam tangan. Sebenarnya saya peminat jam tangan.. Kalau setiap hari lahir ada orang bagi hadiah jam tangan pon saya suka macam monkey dapat flower. Rasa macam cool saja bila hari-hari boleh tukar jam tangan ikut tema warna.. HAHAHA. Kadang-kadang saya jatuh hati dengan jam sporty-sporty.. Tapi most of the time, saya suka jam yang elegan tapi maskulin. Saya ada jam tangan hadiah dari rakan untuk hari jadi ke-21.. Jam tangan kegemaran. Tapi tali jam tersebot putus.. Kalau pergi kedai pon rasa macam tak akan dapat ganti dengan tali jam yang sama.. Hey, orang cakap jam tersebot macam power rangers okay.. Predator pon boleh. HAHAHA.. Punya dahsyat rupa dia.



Blackberry.

Wahahahaha... Bukan hari tu cakap tak mahu Blackberry ke? “HAKU TENGOK HANIS ZALIKHA PAKAI DAN JATUH HATI!” HAHAHA.. Bukan kat Hanis Zalikha, dekat blackberry... Walaupon hati dah meronta-ronta dekat N8, tapi Balckberry tetap mencuit-cuit mintak dimasukkan dalam senarai.. Saya rasa macam ada something dekat blackberry.. Even tengok N8 sikit punya interested, tapi bila pandang blackberry tetap rasa macam; “Eh, blackberry ni apa hal kau cun?” Hohoho... Anyone???! Blackberry lagi murah dari N8 kannn? :P
.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.



Isteri.

Bukan Ultraman.

Okay, babai.

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus