Sunday, February 13, 2011

GEMPAR : PENEMUAN SIPUT ANEH!

Share

Universiti Utara Malaysia, 13 Februari - Seekor siput aneh telah ditemui dalam keadaan tidak bermaya di Lembah Sintok lewat malam tadi. Penemuan siput spesis baru itu dikatakan membawa kepada andaian bahawa spesis ini mungkin akan lebih banyak ditemui bukan sahaja di Lembah Sintok ini, tetapi juga di bahagian-bahagian lain Pantai Barat negara.

Seorang saksi mengatakan, beberapa ekor lagi siput spesis sama telah dilihat di beberapa bahagian tanah air, tetapi ianya tidak begitu mendapat liputan kerana beranggapan ia hanya haiwan yang terevolusi dan keluar dari habitatnya akibat cuaca yang tidak menentu beberapa bulan kebelakangan ini. Beliau juga mengakui.. siput ini mempunyai beberapa ciri tambahan yang menjadikannya unik berbanding siput-siput lain, seperti cahaya berwarna hijau, merah, kuning atau ungu di belakang cengkerangnya dan mengakui ia boleh berubah warna mengikut kawasan.

Selain itu, Fairuzzaman Shaharuddin, seorang pelajar dalam jurusan Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa mengatakan, siput-siput ini bukan sahaja unik dari segi cahaya yang dikeluarkannya, tetapi ia juga mempunyai cengkerang yang berkilat berwarna hitam atau putih, dan ada sesetengahnya yang dijumpai mempunyai cengkerang berwarna oren, putih atau kelabu. Beliau juga mengakui teruja untuk mengetahui spesis sebenar siput-siput itu yang kebelakangan ini dilihat begitu kerap keluar dari habitatnya.

Pihak kami telah merakamkan secara sulit beberapa imej siput yang dimaksudkan. Kami dapati sememangnya siput ini begitu banyak keunikannya, namun dibimbangi suatu masa nanti siput ini akan menjadi satu sebab pemberontakan terutamanya oleh mahasiswa/i universiti.. Apa yang mengejutkan kami, bukan sahaja keunikan yang telah disebutkan, tetapi kebolehannya untuk bergerak adalah jauh lebih lambat daripada biasa dan mempunyai masa hibernasi yang tertentu setiap hujung bulan apabila ia mencapai had kemampuan pergerakannya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


KAH KAH KAH... Kan seronok tiap-tiap hari boleh buat entry merepek macam neh.. T____T Harap tak rasa tertipu sangat......

Wednesday, February 9, 2011

PARK AVENUE, HERE I COME!

Share
Tak jadi beli Slim Fit Blazer atau KS Long Trench Coat yang diidam-idamkan sebelum ini.. Sebab pembelian secara online selalu mengundang rasa kurang yakin kot-kot tetiba blazer sendat ke apa.. Nak beli segar dari butik macam perasan anak datuk-datuk pulak sampai empat ratus ringgit. T____T Tema Oscar memang menyusahkan... T___T Kalau anda nak buat dinner lain kali, buatlah tema-tema mudah macam tema tradisional.. Tema berkain batik pon digalakkan. Boleh carik jodoh. KAH KAH KAH..

Tapi memandangkan Grand Dinner yang bakal dihadiri adalah Grand Dinner terakhir (dan pertama jugak T____T), maka tak apa lah.. Support program kawan-kawan.. Untuk menjimatkan kos, kita tak payah beli blazer, kita tukar dengan vest yang jauh lebih murah. Mencari vest bukan senang i tell you.. Kalau jiwa dan kaki tak kental, mesti tersungkur ke escalator... T____T Sumpah penat mencarik vest.. Fedora hat pon bukan main susah nak pilih..

Lagi saket hati bila pergi Jusco Bukit Tinggi which is for me adalah sebuah shopping complex yang paling tidak bermanfaat dalam hidup.. Tak pernah dalam sejarah hidup pergi ke JJ bukit tinggi dan mendapat habuan.. Tak pernah... Selain mahal, design pakaian di situ adalah super bosan, tak menarik, tak menepati cita rasa selain kedudukan jenama yang berterabur.. Lepas ni jangan shopping dekat situ lagi.. Baik shopping dekat Econsave.. T____T Walau pon Econsave tak ada jual blazer atau vest, sekurang-kurangnya tak adalah kena berjalan sikit punya jauh pastu tak dapat barang yang dicita. Oh, Tuhan.. T___T

Terima kaseh Klang Parade kerana menjadi sebuah Shopping Complex yang bukan lah terbesar di Asia Tenggara, tapi sekurang-kurangnya semua benda pon ada... Selain tidak gemuk dan besar, Klang Parade juga tidak membosankan. Dah lah ada pusat bowling dan Sizzling sedap.. HAHAHA.. So, i've got my vest here.. Terima kaseh jugak Ayahanda Wazir yang berkorban masa tidur temankan saya mencarik ini semua.. Beliau Perunding imej juga.. HAHAHA...

Tinggal kemeja hitam saja belum cari.. Tak apa, kemeja berlambak dekat Kedah.. Boleh carik.. Kaki memang dah nak kecundang dah... T___T Malas nak berjalan buat hari ketiga. Selain penat, berjalan keluar juga mendedahkan saya kepada fast food.. Tak baik untuk kesihatan. Err.. Harap-harap saya melangkah ke Park Avenue Sungai Petani bukan dengan imej yang aneh.. T____T Sekian.

Saturday, February 5, 2011

BLOG CONFERENCE

Share
Kerja-kerja menaiktaraf belog-belog mensebabkan saya hilang tumpuan kepada belog sendiri.. Monkey di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.. Oh, tak.. Saya tak maksudkan anda yang menempah template dekat saya adalah monkey.. Jangan cepat sangat sentap.. T_____T Ini kan peribahasa... So far dah buat enam templates mengikut tempahan. Alhamdulillah, permulaan yang baik.

Okay, kita cerita itu lain kali.. Entry kali neh saya buat macam press conference antara saya dan cikgu-cikgu+junior-junior saya.. Sebab waktu saya melawat sekolah, ada beberapa topik menarik untuk diulas dekat belog.. Hari tu pon menjawab soalan mereka dengan jawapan berciri bintang macam 'No comment' atau 'nanti saya buat kenyataan dalam belog'.. So, ini jawapan saya. Harap anda semua puas hati..

1. Dulu waktu sekolah takde nampak macam orang susah pon?

Soalan dari Cikgu Asliza bila saya buat statement saya orang susah. Secara fizikalnya memang lah tak nampak macam orang susah. Sebab... memang dari kecik, saya suka berpakaian berciri kemas dan hebat-hebat.. Bukan tak sedar diri, tapi emak ajar; "Pakaian mesti bersih, jangan jadi pengotor!".. T___T So setiap hari emak akan basuh baju saya dengan tekun.. Emak basuh baju bukan macam manusia biasa. Kalau bagi baju hitam, sekali basuh terus menjadi kelabu.. Kalau merah jadi pink.. Bagi kasut hitam pon boleh jadi kasut putih.. T___T Itu lah hebatnya emak, sampai saya rasa takut nak bagi emak basuh baju baru...

Jadi bila sampai tingkatan enam, saya memang mempraktikkan apa yang emak ajar sampai emak pon naik fedup dengan kekemasan anak sendiri. Baju kalau side tak tajam macam pedang memang tak puas hati. Tuck in baju kalau tak perfect memang tak akan berhenti, lantak lah pergi sekolah lambat pon, asalkan tuck in baju macam menteri. T____T Sampai ke Universiti pon, sesi menggosok baju adalah sesi paling memenatkan.. Sepasang kemeja dan seluar saja boleh ambik masa 1-2 jam.. Naseb baik Universiti yang bayar bil..HAHAHA..

2. Dah jumpa 'pengganti'?

Soalan Cikgu Zaizliyaton. Pengganti hanphone yang hilang dulu dah jumpa lah cikgu KAH KAH KAH. Pengganti kekasih hati.... No comment.. KAH KAH KAH lagi.... Saya tak suka buat statement tentang kekasih dalam belog nanti orang muntah. Nanti kita jumpa, kita borak panjang pasal ini okay cekgu Zai.. :p Lagi pon, Ayahanda Wazir pernah cakap; "Bercinta dengan ilmu dulu.. Ilmu tak akan tinggal kita.." Dan tak akan fitnah kita bukan-bukan dan menganggap diri dia macam angel.. Bukan kah begitu...? :>

3. Kenapa nak carik perempuan pakai kain batik yang selalu sapu laman rumah?

Soalan cikgu Salimah. Sebab saya memang jatuh cinta dekat perempuan berciri kampung-kampung... Saya rasa perempuan pakai kain batik memang anggun, penuh lemah lembut, dan ayu.. Tak kesah lah kalau orang lain suka perempuan berciri glamour-glamour, moden, charismatic, materialistic dan plastik, tapi saya tetap suka perempuan kampung.. Err, okay, perempuan kampung pon kadang-kadang ada yang plastik dan materialistik, but it's all depends pada ketelitian kita menilai lah.. Kita tentukan semuanya.

Sapu laman rumah itu menandakan dia bakal seorang suri rumah berjaya Kah kah kah... Tak, tak... Maksud saya, wanita-wanita zaman Millenium tak semuanya rajen buat kerja-kerja rumah.. Jadi disebabkan saya anak lelaki terakhir, dan akan menjaga seorang ibu yang cerewet, pasti lah saya tidak mahu isteri yang bangun jam 12 tengah hari pastu ajak suami makan luar pastu pergi shopping, pastu balik dan kembali ke bilik tidur. Sebaliknya saya mahukan seorang isteri yang mampu membantu emak. Maklumlah, emak setiap hari akan lap tiles pakai tangan, basuh baju pakai tangan, perah baju pakai tangan. Siapa lagi nak ganti kalau bukan si isteri? Haa.. Haa... Jom bakar borang calon menantu sekarangggg!!~ HAHAHA...

4. Macam mana bahagikan tugas sebagai seorang ketua pengawas, dan seorang student.

Soalan dari ketua pengawas. Err... Jawapan dia, utamakan tugas sebagai seorang student. Jadi ketua pengawas tak susah pon. Sebab hal ehwal dalam badan pengawas cuma dibuat antara exco-exco. Pengawas-pengawas lain cuma ikut arahan.. Tak payah risau sangat. Tapi macam saya cakap, charismatic perlu ada dalam diri.. Supaya pengawas di bawah boleh nampak yang memberi arahan adalah seorang yang serius sebagai ketua. Kalau tak ada karisma, orang pijak kepala. Tapi bila orang ada karisma pulak, depa kata sombong.. Tak apa, Pecat semua pecatttt!!!~ HAHAHA.. Saya memimpin dengan cara Tun Mahathir, bukan Pak Lah, mind you.. :)) Dalam organisasi tak perlu ada manusia yang bawak masalah.. Nama kita buruk.. So, berkarisma dan berdiktatorlah di tempat yang perlu.

5. Macam mana belajar Sejarah?

Soalan dari junior.. Oh, I love Sejarah secara banyak... Jawapan dia, Sejarah memang bosan, jadi carilah cara yang fun-fun untuk belajar Sejarah.. Contohnya, belajar guna ilustrations.. Lukis gambar simple-simple, simbol-simbol.. Otak kita terbahagia dua.. Sebelah kiri mengawal aktiviti logikal dan akademik (mengingat, menyimpan data, mengira, analisis etc. etc) dan otak kanan mengawal aktiviti berkaitan imaginasi dan kreativiti macam muzik, seni etc.. etc.. Bila belajar, kita guna otak kiri, tapi otak kanan sering mengganggu sebab otak kanan abstrak, nak hiburan, nak seni...

Jadi cara untuk fokus adalah menggunakan kedua-dua belah otak. Dalam cara membuat nota berkesan yang saya sebutkan, kita membaca dan berfikir guna otak kiri, dan kita MELUKIS dalam nota dan simbol menggunakan otak kanan.. See? Dua-dua berfungsi untuk kerja yang sama. Fokus! :) Okay, nanti saya bagi talk dekat sekolah pasal ini.

6. English?

Saya tak pernah belajar Bahasa Inggeris.. T____T Saya tahu English bila dengar lagu Avril Lavigne.. Sebelum itu English saya dalah C... Bila dengar lagu Avril terus English saya A.. Tak percaya? Serius okay... Saya tak pernah ambil tahu grammar ke apa.. Semua tu menyusahkan otak saya... So saya belajar sendiri lah dari pengalaman.. Sebab tu orang kata, pengalaman mengajar.. Menjadi seorang penutur Bahasa Inggeris yang berjaya bukan setakat belajar di kelas, tapi mempraktikkan ia di luar kelas. Maseh tak percaya saya belajar sendiri? Percaya la.. Percayalah.. Percayalah.... Bahasa Melayu pon saya tak suka Tatabahasa.. Semua saya ikut otak sendiri.. Spanish pon belajar sendiri dan dapat A-... Oke tak tak tak.. Itu melampau HAHAHA...

7. Ini............???

Assalamualaikum saudara Khairul Hakim, saya minta maaf sekiranya pertanyaan ini terkeluar daripada tajuk pos saudara kali ini.Saya adalah seorang pelajar yang ingin mengambil jurusan seperti saudara. Oleh itu,saya ingin mengetahui serba sedikit mengenai subjek,kos dan kursus yang saya akan ambil sepanjang kuliah. Pertolongan saudara saya dahului dengan ucapan terima kasih.

-Soalan dari Saudara Mujib-

Ini bukan student SMKSKI, tapi saya jawab jugak. Harap membantu. International Affairs Management merangkumi semua aspek kenegaraan. Politik, ekonomi, undang-undang, perniagaan, sosial dan sebagainya. Biasanya di awal semester, anda akan di ajar perkara-perkara asas seperti sistem politik Malaysia, perlembagaan Malaysia, Sains sosial dan sebagainya.. Kemudian anda akan di ajar hubungan antara kerajaan, antara negara dan seterusnya kepada perkara-perkara yang lebih terperinci macam konfllik politik, undang-undang antarabangsa, ekonomi politik antarabangsa, risiko politik ekonomi dan banyak lagi subjek-subjek yang berteraskan kepada critical thinking mahu pun fakta.

Kursus ini menarik.. Tak ada buku.. Sebab semuanya bergantung kepada berita-berita terkini di dalam dan luar negara. Kita akan menganalisis kesan dan risiko di sebalik semua itu, dan diajar cara untuk menangani dan berfikir secara rasional mengikut logik dan fakta. Lecturer-lecturer bidang ini semuanya sempoi.. Simple dan berkarisma tinggi.. Dan student kursus ini tak pernah lari dari teori dan politik.. Cakap pasal telur goreng pon akan keluar Machiavelli, John Locke dan sebagainya... Tak percaya? Bolah cuba..

Oke cukup entry sepanjang ini.. Sekurang-kurangnya ada jugak tulis belog... Harap-harap dikurniakan akal yang pintar untuk menulis hebat-hebat.. T____T

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus