Showing posts with label student life. Show all posts
Showing posts with label student life. Show all posts

Saturday, March 5, 2011

CARA HEBAT MENIKMATI GARDENIA!

Share
*Baca ikut style chef Wan..

Ching ching ching ching Alexander! Haaa.. Bukan apa, hari ni Chef Wun suka.. Sebab apa? Sebab hari ni saya nak buat satu resepi, yang mana resepi ni sesuai untuk student-student.. Iya lah, macam yang kita tahu, student ni tak banyak masa, ye.. Nak buat assignment pun kadang-kadang tak sempat, sebab apa? Sebab busy dengan..?.. tidurrr ye puan-puan..


Jadi hari ni chef nak tunjuk satu cara, ye.. Di mana resepi ni cukup mudah disediakan oleh student untuk sarapan pagi. Iya lah, student ni saya tahu jarang sarapan pagi.. Dah tu bangun lewat bukan sebab assignment! Sebab? Malam tadi dok sebok bergayut dengan buah hati.. Okay, bahan-bahan yang kita perlukan tak banyak, cuma 2 keping roti dan Nutella. Jadi macam mana caranya...?

Okay, pertamanya mesti lah kena bukak dulu pembungkus roti.. Takkan kita nak makan seplastik dengan plastik-plastik sekali kan.. Kot ye pemalas, beragak lah.. Jangan melampau.. Nanti tak ada siapa nak jadikan bini... Saya faham student ni bernafsu naga.. Haa... Jangan lupa, sediakan sekali jem strawberry...

1. Ambil sekeping roti, dan sapukan Nutella di separuh bahagian roti tersebut.. Ingat, Nutella mahal.. Jangan membazir...

2. Ambil strawberry jam, dan kemudian sapukan di separuh bahagian lagi.. Kalau ini nak letak sebotol sekali pon takpe.. Sebab murah.. Haa..

3. Nganga mulut luas-luas, masukkan roti dalam mulut dan kunyah dengan sepenuh jiwa. Yess.. Begitu... Baru menikmati masakan...


Okay, siap.. Senang kan... Sebab apa chef rekemen resepi ni..? Sebab rasanya sungguh hebat... Kalau puan-puan tak ada Nutella, boleh juga cuba ganti dengan peanut butter.. Memang superb.. Boleh cuba juga... Tapi kalau dah ada suami, jangan hari-hari kau sumbat makanan macam ni.. Nanti sia-sia suami pergi kedai Indon sarapan.. Tup tup 2-3 bulan tau tau dah ada madu.. Kalau madu lebah takpe, boleh buat masak.. Ni madu lain.. Haa.... Jangan salahkan Chef Wun bila jadi camtu... Sekian saja rancangan MASAK MASAK MALAS, bersama Chef Wun...

AHAHAHA.. Yeay! Dah update blog.. :p

Wednesday, February 9, 2011

PARK AVENUE, HERE I COME!

Share
Tak jadi beli Slim Fit Blazer atau KS Long Trench Coat yang diidam-idamkan sebelum ini.. Sebab pembelian secara online selalu mengundang rasa kurang yakin kot-kot tetiba blazer sendat ke apa.. Nak beli segar dari butik macam perasan anak datuk-datuk pulak sampai empat ratus ringgit. T____T Tema Oscar memang menyusahkan... T___T Kalau anda nak buat dinner lain kali, buatlah tema-tema mudah macam tema tradisional.. Tema berkain batik pon digalakkan. Boleh carik jodoh. KAH KAH KAH..

Tapi memandangkan Grand Dinner yang bakal dihadiri adalah Grand Dinner terakhir (dan pertama jugak T____T), maka tak apa lah.. Support program kawan-kawan.. Untuk menjimatkan kos, kita tak payah beli blazer, kita tukar dengan vest yang jauh lebih murah. Mencari vest bukan senang i tell you.. Kalau jiwa dan kaki tak kental, mesti tersungkur ke escalator... T____T Sumpah penat mencarik vest.. Fedora hat pon bukan main susah nak pilih..

Lagi saket hati bila pergi Jusco Bukit Tinggi which is for me adalah sebuah shopping complex yang paling tidak bermanfaat dalam hidup.. Tak pernah dalam sejarah hidup pergi ke JJ bukit tinggi dan mendapat habuan.. Tak pernah... Selain mahal, design pakaian di situ adalah super bosan, tak menarik, tak menepati cita rasa selain kedudukan jenama yang berterabur.. Lepas ni jangan shopping dekat situ lagi.. Baik shopping dekat Econsave.. T____T Walau pon Econsave tak ada jual blazer atau vest, sekurang-kurangnya tak adalah kena berjalan sikit punya jauh pastu tak dapat barang yang dicita. Oh, Tuhan.. T___T

Terima kaseh Klang Parade kerana menjadi sebuah Shopping Complex yang bukan lah terbesar di Asia Tenggara, tapi sekurang-kurangnya semua benda pon ada... Selain tidak gemuk dan besar, Klang Parade juga tidak membosankan. Dah lah ada pusat bowling dan Sizzling sedap.. HAHAHA.. So, i've got my vest here.. Terima kaseh jugak Ayahanda Wazir yang berkorban masa tidur temankan saya mencarik ini semua.. Beliau Perunding imej juga.. HAHAHA...

Tinggal kemeja hitam saja belum cari.. Tak apa, kemeja berlambak dekat Kedah.. Boleh carik.. Kaki memang dah nak kecundang dah... T___T Malas nak berjalan buat hari ketiga. Selain penat, berjalan keluar juga mendedahkan saya kepada fast food.. Tak baik untuk kesihatan. Err.. Harap-harap saya melangkah ke Park Avenue Sungai Petani bukan dengan imej yang aneh.. T____T Sekian.

Saturday, January 29, 2011

NASI LEMAK LAGENDA, KG. DARAT

Share
Dekat Kedah bukan setakat ada lagenda Mahsuri, tapi juga ada lagenda nasik lemak.. Nasik Lemak Lagenda, Kg. Darat terletak kira-kira 5-6 kilometer daripada UUM.. Kalau anda students UUM tapi tak pernah tahu kewujudan Nasik Lemak Kg. Darat, lokasi cuma terletak beberapa meter dari sign board ini...

Nasi lemak kampung daratNasi lemak kampung darat

Haaa... So jam 5 pagi tadi, kami berangkat ke Changkat Setoi, tempat di mana letaknya nasik lemak lagenda neh... 9 orang termasuk geng-geng blogger Amal Meor meredah kedinginan pagi. Pelik? Tak... Semua orang yang kenal Nasik Lemak ini tahu, betapa pentingnya bangun seawal ini semata-mata untuk menikmati makanan yang popular di kalangan warga Lembah Sintok.

Nasi lemak kampung daratNasi lemak kampung darat

Tapi, ada perkara-perkara wajib yang anda perlu tahu... Pertama, jangan nak mimpi bangun pagi pukul 8 nak carik nasik lemak neh.. Kalau jenis yang tak pernah bangun pagi, boleh lah sekadar kirim dari rakan sebab masa operasi terbaik mereka adalah seki
tar jam 6-8 pagi... Selepas dari waktu itu boleh lah nak meroyan ke apa.. Nasik lemak habis... Kalau musim exam pulak biasanya sekitar pukul 4 pagi dah boleh mula melantak dah..

Kedua..... Nasik lemak di sini harganya ribuan dan mungkin mencecah ju
taan ringgit... T______T Walaupon gerai dia sekadar layak menjadi tempat berteduh ketika halilintar memancar, tapi harga nasik lemaknya memang antara 'yang paling mahal di dunia...' T_____T (lagi)... Tak apa, jangan rasa kecewa.. InsyaAllah, anda akan diberi rezeki melimpah ruah bila makan di sini... Bila lagi nak makan makanan jutaan ringgit kan... Tak percaya? Boleh lah cuba.. Hoho..

Nasi lemak kampung darat

Rasanya memang lemak... Tak ada istilah nasik lemak kurang lemak atau nasik lemak low fat.. Tak ada gaya langsung bunyi dia.. Kalau anda selalu datang ke keda
i-kedai untuk bersarapan pagi, mungkin pernah mengalami kejadian nasik lemak yang tidak begitu lemak..$%&@$&.. Lagi pulak ditambah dengan sambal nasik lemak yang tak ada rasa.. Rasa sambal pon tidak, masin pon tidak.. Yang ada cuma cili dan minyak punya banyak.. Mesti rasa hangin bukan?

Nasi lemak kampung daratNasi lemak kampung daratNasi lemak kampung daratNasi lemak kampung daratNasi lemak kampung daratNasi lemak kampung daratNasi lemak kampung darat

Tapi dekat sini nasik lemak mereka boleh kata perfect... Nasik yang baik, dan lauk yang terbaik, segar dari ladang... Kalau anda bosan makan nasik lemak ikan bilis, nasik lemak telur dadar, nasik lemak ayam, dekat sini anda boleh mengubah selera sebab lauk dia sungguh variety.. Ada lauk kari ayam, ikan keli goreng, sotong, daging masak kicap, sambal telur, kerang, lobster, tuna, salmon bakar, pari bakar hahahahahahoverkankankan... Tak tak.. Lobster, tuna, salmon dengan pari sekadar hiperbola tak ada tujuan...

Kebiasaannya gerai ini memang penuh i tell you.. Kalau nak dapat ayam goreng
pon punyalah macam nak pergi perang.. Kalau yang jenis sopan memang dapat setakat kepak saja lah... Kalau bulan Ramadhan atau musim exam lagi lah dahsyat. Jadi kalau memang nak datang sini, datanglah seawal mungkin.. Kalau boleh waktu tauke tengah tidur pon tak apa... Asalkan dapat makan dengan heaven... Jangan risau, anda tak akan menyesal ke sini...

Nasi lemak kampung darat
Nasi lemak kampung darat

So, terima kaseh kepada krew-krew yang terlibat dalam pembikinan review Nasik Lemak Lagenda lembah Sintok ini termasuk blogger-Amal Meor... Bangun dan keluar dari kolej jam 5 pagi mungkin kerja gila untuk orang lain.. Tapi demi nasik Lemak Lagenda, jangan heran U.K murka... T____T Sekian.

Tuesday, January 18, 2011

UPDATE TAK CUKUP DAYA

Share
Berlintas langsung dari hutan Universiti Utara Malaysia. Kehidupan awal semester semestinya bosan.. Lebih membosankan bila fikir semester neh cuma ambik 3 subjek.. Bermakna semester enam tidak lah se'busy' mana. Cuma busy dengan hal-hal praktikal lah yang sebenarnya nak buat macam mana pon tak berapa nak jelas sangat. Tak apa.. Macam tak biasa buat kerja last minute..

Makanan-makanan dekat cafe memang langsung tak mengujakan.. Macam biasa, bila dah lama dekat rumah, tekak pon mesti lah nak demand seminggu dua.. Apa kelas makan cafe kan..? Tak ada makanan sehebat masakan emak.. Bila dah sebulan dekat sini, baru lah boleh berjinak-jinak dengan makanan cafe.. Dan 3 bulan selepas itu, boleh makan makanan yang lebih disaster macam Maggi atau biskut kering.. T____T Orang merantau memang macam ni.. Kalau duduk dekat UiTM Shah Alam ke apa, bila tak ada dana, boleh balik rumah cakap rindu emak padahal cuma nak makan free.. KAH KAH KAH. Bila merantau kau tak payah lah mimpi.. Duit tiket pon dah boleh tampung makan sebulan.. T____T
Ohya..., ada dinner 28 Januari neh.. Tapi ada kemungkinan tak akan pergi sebab tak ada baju tema oscar.. Nak beli boleh, cuma diri sendiri tak pasti kenapa ntah sejak 2-3 hari neh terasa tamak dengan benda-benda kurang faedah... Sampai dah terasa macam nanti kawen nak buat kenduri sebelah pihak saja.. HAHAHA.. Bukan ke membazir tu amalan syaitan.. :p Yang ada parents kaya-kaya boleh lah nak membodek emak-emak.. Tapi kalau bergerak secara solo neh macam kena berjimat lebih. Lelaki.. Mintak duit emak ayah nak beli baju macam tak macho lah kan.. Lebih baik tak pergi dari terpaksa beli blazer harga ratus-ratus tu.. T_____T Tapi maseh bergantung jugak dengan pengaruh course mate... Kot ada hulur seratus dua, boleh lah nak ubah fikiran.. Adoi...

Sorry lah readers yang masuk sini tapi terpaksa menatap entri usang.. T____T Sedih tak dapat buat entry hebat-hebat... Nak blogwalking jauh sekali memandangkan connection sungguh miskin tak boleh bergerak pantas.. Lagi-lagi bila masuk blog liplap-liplap terus hang browser neh... Mungkin esok lusa ada entri lebih merangsang minda.. HA.. HA.. HA... Till then...

Catatan insan tak cukup daya.

Thursday, December 23, 2010

JANGAN TERGODA MATA

Share
Cara terbaik berjimat semasa membeli belah ialah jangan ke tempat-tempat yang ada godaan tahap tinggi. Contohnya kalau dah setakat nak beli mayonis dan kangkung, tak payah pergi Jusco atau Suria KLCC.. Kalau pergi Suria KLCC bukan setakat mayonis anda nampak, tapi KFCnis, Bajunis, Seluarnis, Adik manis pon kau nampak.. Kan itu tidak sehat untuk akaun anda? Lagi-lagi waktu-waktu cuti semester yang rata-rata student semua ada krisis kewangan. Jangan berlagak kaya.. Semua orang tahu student kalau cuti semester mesti dalam keadaan kewangan yang rendah. Jadi jangan buat ya. Kalau emak mintak beli sayur, boleh pergi pasar borong. Bukan Jusco atau Mid Valley, high taste sangat.

Dan kalau anda setakat meneman rakan membeli belah, kalau boleh, jangan mengada-ngada pandang items-items yang ada.. Anda boleh pandang ceiling atau pandang lantai.. Selain nampak sopan dan tawadhuk, anda dapat menyelamatkan diri dari godaan mata.. Apa nak buat bila pandang lantai pon ternampak items yang sungguh menggoda macam ini?

polo

Kalau berlaku perkara macam ini..., boleh campak items tersebot dekat tong sampah.. Jangan sampai cashier nampak. Nanti considered sold. Boleh cuba juga. Yang penting kena nekad jangan beli barang.. Saya serius neh.. Jangan beli. Dan jangan pulak layan perasaan terhadap items tersebot macam; "Ish.. Aku berkenan betol dengan kasut tu.. Serius cantek.. Nampak kaki aku kecik, comel, takde lah macam sampan".. Jangan... Jangan cuba.. Tapi..

Kalau tetiba anda lalu sekali lagi di kedai tersebot, dan nampak orang pakai kasut yang anda minat setengah mati tu..... lagi pulak anda rasa macam dekat je orang tu dengan anda.......

polopoloshopping online


Okay fine.. Maksudnya mungkin anda dah terbeli kasut yang tak ada dalam senarai beli belah neh T__________T Fine.. Fine.. Cara terbaik berjimat semasa membeli belah adalah jangan membeli belah.. Titik.

Stok 5 kali raya.. T____T

Thursday, December 9, 2010

PENGUMUMAN PENTING

Share
Makluman


Penconteng sedang study.
Paper terakhir untuk semester 5 esok.
Jadi, tak dapat nak berblogwalking secara gigih.
Nak follow memfollow pon tak dapat.. Mintak sori.

Bilik pon tak kemas lagi.
11 hb dah nak balik Selangor.. Jadi..,
Anda tolong jangan pulaukan blog neh..
Isi dan buatlah apa yang patut.........
Ini mesej tersirat... HARAP FAHAM.

p/s : Doakan saya dipermudahkan menjawab soalan esok.. Amin...

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus