Friday, June 26, 2009

SAYA NAK BUAT MAGIK

Share
Astaghfirullahal’azim... Sebok sangat buat myspace sampai lupa blog.. Kesian kau blog.. HAHAHA.. Mintak sori lah.. Saja gatal tangan nak usik MySpace yang dah bertahun tak sentuh.. Sebab saya sebenarnya seorang pembenci MySpace.. Tapi dek kerana takda kerja sangat, habis MySpace kena godek.. Sampai terlupa-lupa blog cantik, beautiful, ceria, mesra dan.. Dah kau diam Hakim, orang meluat dengar.. HAHAHA.... Tapi satu benda saya suka MySpace berbanding Frindster, MySpace jauh lagi laju.. Jadi takyah tengok Friendster lembab aaah kan? Nak tengok profile sendiri pon sampai tertidur-tidur tak loading lagi.. Ehem.. Tak sedar tu Hakim neh pakai dial up.. HAHAHA... Tengok MySpace seronok sikit.. MySpace>> http://www.myspace.com/khairulhakim

Hari ni pergi buat blog untuk Cikgu Salimah pulak... Saja biar dia belajar blogging macam cekgu-cekgu lain.. Kau tahu, cekgu-cekgu saya sekarang maju dah.. Dah tak macam dulu terperuk tak pandai guna computer.. Nak buat kerja pon suruh saya buat bagi upah 20 ringgit.. Sekarang semua blogging.. Nak tanya itu ini pon letak kat shoutbox padahal SMS ada... HAHAHAHA... Tahniah aah semua cekgu-cekgu SMKSKI.. Ayahanda Wazir, Pn Salimah Farisah, Pn. Mazidah, En Hanafi... Semua ada blog dah... Baik, back to da topic... Minggu depan nak balik dah.. Bosan gila! 2 bulan macam 2 minggu.. Lepas ni mesti sebok kelas, sebok assignment, sebok projek, sebok semua aah... Ya Allah... Bila nak grad.. Bila nak grad.. HAHAHA..

Macam biasa setiap kali masuk sem baru mesti ada target. Target semester neh tak banyak.. Sebab kang kalau letak target banyak kang mati aaah.. Baik target perkara relevan.. Kalau target pointer 4.0 tu tak relevanlah.. Tu kurang akal sikit.. Macam genius sangat aah nak dapat 4 flat. HAHAHA.. Saya letak 3.5... Err... Untuk makluman target neh saya letak dari sem 1.. HAHAHA.. Masih tak dapat.. Jadi, sem 3 ada magik..

1. Study awal.... See? Tak habis-habis cakap nak study awal.. Kang sampai masa kang habis aah berterabur masa study.. Dah aah jadual tetiba ada kelas malam.. Ni UUM punya kerja aah ni.. Tetiba ubah jadual suka hati.. Kang masuk sem memang kena serang dengan student.. Lepas tu budak LAW mula aah berlagak; “Mengikut akta bla..bla..bla...” kepala hotak dia.. HAHAHA.. Meluat aah tengok budak law neh.. Sana sini jaja undang-undang.. Bila tanya bila Perlembagaan Persekutuan digubal tak reti jawab pulak.. HAHAHAHA... Hakim neh tetiba mengarut aah.. Balik pada point... Rasa-rasanya kalau semangat tinggi boleh aah kan? Baik! Gambatte!!~

2. Lepas segala projek dan tumpu pada study... Rasanya sampai sekarang rasa nak menyumpah seranah pasal projek.. HAHAHAHA... Memang mengganggu life betul... Dah lah suka sangat buat projek dekat-dekat exam.. Lepas tu lembab pulak nak kerja.. Tidur setiap hari pukul 3 pagi.. Kalau sebab study takpa aah.. Ni sebab nak siapkan surat penajaan yang dah 10 kali print asyik salah.. Biasa aah... Dorang nak made in haven punya surat. Macam aah nak bagi Perdana Menteri.. Baik, NO MORE PROJECT FOR THE 3RD SEM! Magic!

3. Study pagi-pagi buta.. Sebab seronok rasa macam budak pandai.. HAHAHAHA... Sekarang study kena bangun 3 pagi.. Kalau tak memang susah.. Dah aah blok macam disko punya bising... Kang study dalam library kang tidur.. Kau tahu betapa selesanya tidur di library? HAHAHA... Dah aah penat berpeluh-peluh masuk library.. Tetiba duduk ada air cond.. Habis lentok.. Tapi belum ada kes tetiba pustakawati (nama neh kelakar.. Macam Roosmawaty. Bagi nama anak best. HAHAHA) kejut bangon.. Tu memang takda aah.. Kalau tetiba jadi sumpah tak masuk library sebulan.. “Budak pakai songkok tu hari tu tidur sampai meleleh-leleh air liur dia.. Sumpah geli..” HAHAHAHA.. Malu aah macam tu.

4. No more blogging....... Ah, ni tipu. HAHAHAHA.. Magik ini takkan berlaku.. TIDAK!!

5. Membeli buku TEBAL sebanyak sepuluh. Balas dendam sebab cuti dua bulan tak dapat baca buku politik.. Ketagih kau tahu? Asyik baca buku astronomi sampai hafal.. Bosan. Jadi naik sem baru, bakal menserang MPH Alor Setar pergi beli buku politik secara pukal.. Lepas tu baca sampai nangis.. Lepas tu meluap-luap rasa nak pergi tulis dalam blog.. Tapi tak boleh sebab kang kena AUKU.. HAHAHAHA.. Student politik tak boleh berpolitik hatta menulis dalam blog sekalipun. Pelik? Realiti sekarang... Eh, tapi meluat aah kan tengok politik sekarang.. Macam budak-budak berebut mainan..

Budak 1 : “Eh, Perak tu aku punya!”
Budak 2 : “Eh, aku punya! Kan kau kata dah tak nak hari tu!”
Budak 1 : “Sekarang aku nak balik.. Hari tu main-main je!”
Budak 2 : “Lantak kau aaah...”
Budak 1 : “Cakap kat Mak Kamah!”
Budak 2 : “Ala, aku boleh cakap kat Mak Kamah jugak..”

HAHAHAHA... Mereka neh Political Animal nama dia..

6. Mengorat lecturer.. Maksud saya, berbaik-baik dengan lecturer.. Saya tak pandai mengorat.. Nanti nampak janggal.. HAHAHA... Tapi di UUM nak carik bilik lecturer pon setengah mati.. Jadi nak mengorat susah sikit.. Kena mengorat lepas kuliah.. HAHAHA... Itu pon kalau dia layan aaah.. Kalau tak; “Jangan tanya saya apa-apa soalan..” Habes aah.. HAHAHA.. Apa punya lecturer ntah macam neh.. Kang kalau pergi bilik dia kang lagi parah..; “Assalamualaikum.. Hai cik.. Saya nak tanya...”... “You’ll get D!”- lecturer.. MATI! Belum sempat tanya dia dah kasi D. Padahal mid sem pon tak lagi.. HAHAHA.. Sebenarnya dia sensitive dengan perkataan CIK.. Sebab dia dah 40 tahun, dah taraf professor.. Tapi tak kawen lagi.. HAHAHAHA... Siap! Kalau lecturer lelaki seronok sikit.. Masuk kelas; “Hari ni saya dalam mood yang baik.. Jadi saya nak bagi markah 5 untuk semua yang datang...” Ya Allah senangnya dapat markah.. HAHAHA...

7. Takkan skip kelas pagi lagi... Ini memang MAGICAL WORLD OF DISNEY aah kalau dapat buat... Sebab mengikut rekod, kalau 10 hari kelas pagi, saya akan terskip 3 daripada kelas tersebot.. Atas sebab beberapa perkara.. Pertamanya, of course tak cukup tidur lepas tu terlajak.. Dengan roommate sekali tak bangon tidur.. Kedua, sebab handphone NOKIA N70 saya tidak berupaya berbunyi. Ke sebab saya tak sedar dia bunyi ntah.. 9.30 baru bangon. HAHAHA.. Dan sebab ketiga adalah kerana khabar angin yang mengatakan kelas pagi cancel.. Ish.. Yang neh parah sikit.. Sebab kadang-kadang dia orang pakat-pakat tak nak datang, tetiba cakap kelas cancel.. Habes satu kolej tak datang kelas.. HAHAHAHA... Baik, mulai semester depan, kelas ada ke tidak, DATANG! Kalau tetiba ada memo cakap kelas cancel tetiba, mari sumpah lecturer dalam blog.. HAHAHAHA...

8. Tumpukan pada mid sem exam.. Ni tidak.. Mentang-mentang mid sem, nak main-main.. Nanti carry mark teruk tahu pulak nak marah diri sendiri.. Lepas tu final mula aah tak tidur... Baik, tukar strategi.. Bila mid sem buat betul-betul.. Final boleh main-main.. HAHAHA.. TIDAK.. Itu gurauan semata-mata.. Final sekurang-kurangnya kurang beban sikit bila carry mark tinggi.. Jadi tak stress sangat.. Lagi-lagi kalau exam sehari 2 paper.. Memang nanges aah nak study kan... Jadi, semester depan ada strategi baru.... Lepas tu assignment kena buat macam made in heaven... HAHAHA... Lecturer mintak 10 muka surat, kita buat 20 muka surat.. Tapi kalau dia cakap jangan buat lebih-lebih, sebab dia malas nak semak, takyah mengada aah nak buat 20 muka.. Nanti kena baling dengan kasut. Dapat D pulak tu.. Mati laaaah...

9. Please, jangan keluar sangat... Ini virus neh.. Duduk hutan memang tensen sikit.. Kalau tak keluar, memang rimas. Dah lah semester depan nak raya.. Kang kalau iman lemah kang, memang asyik keluar nak beli itu ini... Semester lepas okey lah sebab duit takda.. Jadi automatically tak keluar kecuali atas sebab-sebab relevan dan memaksa. Tapi semester depan duit banyak sikit.. Kondisi: BAHAYA. Kena set. Habis semester mesti ada sebanyak RM700 untuk simpanan.. Boleh? Sebab tu kena buat magik.. Magik please... Magik! Jangan ikut orang kaya.. Jangan ikut... Ingat pesan bunda; “Jangan buat macam orang kaya.. Duit banyak mana pun ikut cara orang miskin...”.. Yaa.. Seronok tau jadi orang miskin... Sebab makan nasik dengan ikan bilis SAHAJA.. Naseb baek ikan bilis dia sedap.. HAHAHA... Semester lepas dah berlaku.

10. Usaha keras menjayakan magik seperti yang disebut di atas.. Kalau magik kat mulut takyah cakap.. Magik di hati baru seronok.. HAHAHA... Tapi yang paling magik sebenarnya doa... Jadi, semester 3 akan dipenuhi doa dan tawakkal... Sebab itu magik paling berkesan.. Doakan saya berjaya pada semester-semester akan datang.... Semoga ALLAH memberkati usaha perjuangan saya dan semuaaaa... Sekian..

MAGIK!
PLING!

Sunday, June 21, 2009

BLOG SAYA SIAPA?

Share


Hey blog.... Aku lupa... Dah 8 bulan aku menconteng kau... Tapi tak bagi nama.. Kau nak nama apa? Alamat engkau ICEMANZWALKING.. Tapi sepatutnya engkau ada sebuah nama.. Yang cantik... Yang menarik.. Kalau engkau boleh berfikir, aku bagi ngkau cari nama sendiri... Tapi sebab ngkau tak boleh, jadi aku cari sendiri nama ngkau.. Oke? Ehem.. Tak.. Aku tak cari nama ngkau dekat buku nama-nama Islam.. Ngkau bukan manusia... Ngkau cuma tempat aku mentanam perasaan.. Apa? Kenapa perlu beri nama? Sebab kadang-kadang aku tak berkomunikasi dengan orang-orang di luar sana.. Aku akan bercakap dengan ngkau.. Boleh?

Hey blog.... Ikutkan hati, aku mahu conteng ngkau rakus-rakus.. Sebab walaupon dalam hidup aku cuma berhias perkara-perkara yang tak seberapa, tapi aku mahu perkara-perkara itu tercatat di sini.. Sebab sejak kebelakangan ni, aku asyik mengenang kenangan.. Tapi kalau tetiba aku terhilang ingatan ke apa, aku tak mampu bercerita dengan sesiapa tentang diri aku dulu... Jadi bila ada ngkau, sekurang-kurangnya, kenangan aku masih ada.. Untuk dijadikan rujukan dan teladan.. Kira-kira, aku terhutang budi jugak dengan ngkau.. Terhutang budi dengan blog macam ngkau tak apa.. Jangan terhutang budi dengan manusia.. Nanti bila terjadi apa-apa, budi dia boleh jadi modal fitnah.. Ini pengalaman aku Blog..

Blog, ngkau tahu tak, sebelum aku mencipta ngkau, aku ada sebuah blog lain... Cantik.. Tapi aku tinggal dia.. Sebab aku perlu kehidupan baru... Tapi aku tak musnahkan dia.. Sebab aku conteng dia banyak-banyak... Itulah kenangan aku dulu... Tapi pengakhirannya pahit.. Aku tak pandang kenangan-kenangan tu.. Tapi aku pandang pengajarannya.. Jadi kesimpulan dia, kenangan tu penting.. Sebab itu aku conteng ngkau sekerap mungkin.. Kalau mampu, setiap saat.. Tapi kau faham lah, hidup aku bukan selalu senang.. Kadang-kadang nak tulis satu huruf atas ngkau pon tak dapat... Maaflah.. Tapi janji lah, ngkau simpan semua contengan aku.. Oke?

Blog, jangan hilang tetiba... Ngkau faham-faham lah, BLOGSPOT neh bukan boleh percaya... Kang tetiba dia pergi reset balik blog neh.. Matilah aku nak tulis balik.. Kalau tetiba dia orang buat macam tu dekat ngkau, aku terus pergi beli domain sama hosting.. Aku buat ngkau balik.. Boleh? Tapi alamat ngkau aku tukarlah... Aku tak mahu engkau hilang.. Nanti habis hilang semua kenangan aku.. Blog, sejak akhir-akhir neh aku jadi pencinta kenangan kau tahu? Jadi kau bertanggungjawab aah simpan semua kenangan-kenangan aku... Esok lusa, bila aku senang sikit, aku conteng ngkau rakus-rakus.. Sampai orang kat luar sana tak terfollow entry dah.. HAHAHAHA...

Eh, Blog, aku merepek apa neh? Aku tanya, kau nak nama apa?

Thursday, June 18, 2009

KENANGAN KE UDARA

Share
WARNING!

Entry neh panjang berjela-jela.. Jadi anda dinasihatkan baca secara perlahan-lahan dan menghayati setiap butir perkara yang saya tuliskan... Jangan teruskan pembacaan kalau penat. Nanti kau boring.. Kalau penat, kau pergi aah buat nescafe atau kopi “Mai sechawan” dan berehat sebentar bersama-sama Kit Kat. Saya sedang mengkasi warning. HARAP MAKLUM
*****************************************
Saya jeles dengan manusia yang ada sejarah persekolahan yang berwarna-warni. Maksud saya, mereka yang ada kenangan yang banyak waktu zaman sekolah.. Saya sedang bercakap tentang kenangan bersifat NAKAL dan AGAK JAHAT. Sebab bila besar, kenangan berciri tersebut macam boleh mengundang ketawa. Kan seronok.. Tapi saya tiada banyak kenangan berciri itu. Malang.. Sebab saya selalu bersifat BAIK di sekolah.. Ehem.. Hakim tengah memuji diri sendiri.. Meh keluar blog dia meh. HAHAHAHA... Serius.. Tapi bukan bermakna saya tak pernah ada pengalaman berciri AGAK JAHAT. Ada.. Tapi banyak bergerak jahat waktu sekolah rendah.

Bila masuk sekolah menengah, kena attack jadi pengerusi itu ini.. Lepas tu jadi ketua pengawas.. Habis life saya.. Semua benda kena cover.. Kalau tak, kena kutuk dengan cikgu... Habis stress semua.. Buat apa pon tak kena. Akhirnya cikgu nak cakap apa, suka hati. Jangan ambik tahu sebab mereka cuma tahu cakap dan kutuk. Ini cerita di SMKTIS. Di sekolah-sekolah lain ada cerita sendiri. Mari berjalan merentas masa melihat zaman komunisme saya.. HAHAHA..

TADIKA KEMAS BT 8 KG BUKIT KAPAR


Dulu ini lah Tadika saya.. Sekarang dah jadi Pentas Warisan

Pertama kali masuk sekolah.. Saya masih ingat nama cikgu saya, CIKGU ANUM. Dia lah yang dah mengkantoikan saya tentang lukisan yang saya pernah cerita dalam entri KANAK-KANAK RIBENA CERITA
dulu. HAHAHA.. Selain kenangan mentipu cikgu akhirnya kantoi, saya ada 2-3 kenangan lain. Dulu waktu bertadika, saya tergolong dalam kanak-kanak yang malas pergi sekolah. Asal pagi, mesti buat-buat demam.. Sampai bunda hafal ayat; “Mak.. Hari ni demam.. Tak boleh bangun pergi sekolah..”. Tapi GAGAL mentipu bunda sebab dia garang waktu pagi.. Dia akan seret saya ke bilik air dan menghempas gayung tepat di kepala.. Sakit kau tahu? Akhirnya pergi tadika jugak setiap hari dengan keterpaksaan dan kemalasan yang teramat-amat.. Depan tadika saya ada taman permainan. Jadi setiap pagi sebelum masuk tadika, saya main jongkang-jongket dengan... Err.. Dengan..... Err... Seorang perempuan.. Mesti dengan dia lah saya main jongkang jongket... Tapi tak ingat nama dia.. Dia cantik kau tahu.. Chinese look... Oh, memang cina. Tak kelakar sangat. HAHAHA..


Bekas taman permainan

Ehem... Lepas tu loceng berbunyi.. Ya.. Sekolah tadika saya ada loceng.. Loceng ais krim.. Cikgu Anum si pengkantoi akan bunyikan loceng setiap jam 7.30 pagi.. Sesi belajar bosan gila bermula... Dan saya tak boleh lupa beberapa perkara. Pertama, saya selalu buat-buat demam di sekolah sebab waktu tersebot, bila mengadu demam, cekgu akan suruh main buah-buahan plastic di belakang kelas.. Benda neh saya tak pernah gagal mentipu cekgu. Asyik demam memanjang aah Hakim neh bila tadika.. HAHAHAHA... Kedua, saya masih ingat satu hari waktu beratur panjang nak hantar buku matematik.. Waktu tersebot saya sedang menahan.. Err.. Menahan kencing... Sebab saya tak nak sesiapa potong barisan saya.. Jadi saya tahan... Tahan.. Tahan... Beratur panjang lagi.... Tahan..... Dan akhirnya sampai depan meja cekgu... Terkencing dalam seluar.... HAHAHAHAHAHA.... Saya nanges. Cikgu marah...; Kenapa tak pergi tandas?” Saya jawab; “Nanti diorang potong barisan”.. Gila comel.. Lepas tu cekgu suruh pergi masuk tandas. Bukak seluar dan berjalan ke tandas... Beberapa saat kemudian keluar balik... Lupa baca doa masuk tandas..! HAHAHAHAHA.. Taat betul masa kecik-kecik dulu...

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KAPAR (1997-2000)



Sekolah rendah macam yang semua tahu berkisar tentang cinta romantic kanak-kanak darjah dua yang tak tahu apa-apa tetiba pandai bermadah kasih bagai.. Itu pon merampas kekasih kawan baik sendiri.. Ya Allah, kejam.. HAHAHA.. Saya duduk di kelas merah waktu darjah satu sampai darjah empat.. 1 Merah, 2 Merah, 3 Merah, dan 4 Merah.. Kemudian bertukar ke kelas 5 Biru sebab pandai. Masuk kelas 5 biru tetiba jadi bodoh sikit sampai dapat tempat terakhir periksa akhir tahun. Tapi tak tunjuk report card sama bunda.. Kalau tunjuk nanti MATI kena hempas gayung. HAHAHAHA.. Waktu darjah tiga, antara zaman awal KEJAHATAN saya. Kejahatan pertama, mencungkil besi imbangan kereta dari kereta cekgu-cekgu... Sebab waktu tersebut ada satu mitos tak berapa logic.- Letak besi imbangan dekat roda basikal, so basikal dapat wheelie dari sekolah ke rumah.. SEBAB SEIMBANG.. Sekarang baru perasan benda tu BODOH tak terucap dengan kata-kata.. HAHAHAHA... Habis satu sekolah kecoh besi imbangan kereta cekgu asyik hilang...


Kejahatan kedua, saya dengan beraninya menaikkan harga barang waktu bertugas jaga koperasi sekolah.. Nestum 50 sen saya pergi jual RM1. 50 sen saya ambik simpan.. Masa tu siapa kisah haram ke tidak. HAHAHA.. Janji kaya dapat beli jam tangan jenama BOY LONDON.. Eh, kau tak tahu jam tangan Boy London? Kau memang bukan kanak-kanak lah.. HAHAHA.. Jam Boy London tu ada magik.. Sebab boleh tukar-tukar warna ikut cuaca.. Sumpah menarik jam tersebot.. Sebab tu segala benda jadi bisnes.. Tolong kawan beli makanan kat kantin pon mintak upah.. Bermaksud ini salah jam.. Bukan salah saya... HAHAHA.... Lepas tu dulu sebok sangat dengan Team basikal... Macam-macam team ada... Arrow Speed Club, McLaren Boys Club dan macam-macam jadah nama team basikal.. Saya punya team bertajuk NORTHERN PACIFIC CLUB (NPC).. HAHAHAHAHA.... Pandai pulak carik nama bahasa inggeris tu. Setiap hari pergi lumba basikal.. Lepas tu sebok pergi cat basikal warna biru.. Sebelum cat basikal, kawan saya kata kena bakar dulu so, bila cat nanti, licin.. Cantik.. Tapi saya kan baik, tak berapa faham.. Jadi saya bakar dengan tayar-tayar dia sekali.. Habis jahanam basikal saya.. Fullstop.. TIADA BASIKAL LAGI.. HAHAHAHAHA....

SEKOLAH AGAMA BUKIT KAPAR TIMUR (1997-2000)


Pintu masuk baru..

Bila ingat zaman sekolah agama mesti rasa nak mengucap panjang... Sebab mengikut fakta, saya berada dalam ranking antara yang teratas dalam senarai kanak-kanak nakal walaupon kenyataannya ayah saya seorang ustaz di sini.. HAHAHA... Kesalahan paling memalukan ialah ditangkap Ustaz Hj Saibani sebab tak pergi sembahyang Asar berjemaah.. Ehem.. Sangat memalukan sebab ustaz tersebot ayah saya.. HAHAHA.. Bukan tak nak sembahyang sebenarnya, tapi saya curik-curik pergi kantin sebab takut makanan habis.. Kau tahu waktu tersebot budak perempuan rehat dulu.. Lepas tu bila budak lelaki rehat, habis semua makanan dia orang rembat.. Budak perempuan neh ntah kebulur ke apa ntah... Tapi memang setiap kali budak lelaki rehat, makanan habis.. Ustaz sama ustazah pon tak perihatin langsung aah... HAHAHAHA... Jadi hari yang memalukan tersebot, saya, bendul, Izzudin, Muaz dan Rafiq cuba menyamar di celah-celah perempuan yang ramai beli makanan sebelum pergi solat. FAILED! Ayah saya nampak.. Habis semua kena rotan.. HAHAHA... Lepas tu bukan insaf.. Terus masuk surau sembahyang Asar berjemaah.... Tetiba rukuk, kawan sebelah gelak... “Eh, apsal gelak? Apsal?”... Kawan saya jawab; “Kau tak bukak stoking”.. Nampak sangat tak pergi ambik wuduk.... HAHAHA.... Gelak ramai-ramai sampai habis sembahyang...



Lepas tu zaman tu jugak, tengah HOT dengan wrestling WWF. Maka nama-nama pelakon pentipu macam The Rock, X-Pac, Triple H dan sebagainya berada dalam sanubari lah.. Bukan nama Rasulullah.. Astaghfirullahal’azimm...... Ya Allah... Kejahatan tak terkata aah masa neh.... Untuk makluman, saya peminat STONE COLD STEVE AUSTIN 3:16.. Lepas tu, bila orang lain sembahyang, saya pon ikot lah... Tapi time rukuk, saya teros meng’STONE COLD STUNNER’ sesiapa yang berkenan di hati.. HAHAHAHA... Astaghfirullah betul lah.... Itu belum campur perangai hantu pergi lari kelas tambahan lah, bocorkan basikal orang, buat pentas macam gelanggang wrestling, pergi main sorok-sorok kat kebun berhampiran sampai kena sampuk semua... Ya Rabbi.. Ni pelesit ke apa? Tidak, ini HAKIM... HAHAHAHA.....

SEK MEN KEB TENGKU IDRIS SHAH (2001-2005)


Ehem.. Seriously cakap, sekolah ni paling DAMN dalam sejarah hidup saya... Mintak sori lah... Tapi memang memori pahit betol sekolah kat sini... Memori manis hampir TIADA... Yang ada pon manis-manis masam aahh.. Memang sakit aah dengan sekolah neh.... Waktu mula-mula naik Tingkatan 1, memang macam dalam kem askar ke apa ntah... Tak pernah rasa selamat.. Setiap kali keluar pagar sekolah, kau sedia aah kepala nak kena baling batu ke apa.. Serius.... SEKOLAH INI TIDAK SELAMAT.... Semua nak tunjuk perangai samseng... Setakat nak pukul orang kat luar sekolah, takda masalah.. Hampir setiap hari....Jadi saya berperasaan TIDAK SUKA terhadap sekolah neh sebanyak 95% (Kategori BENCI), harap maklum.

Ehem.. Tengok.. Tengok... Nak cerita apa pon tak tahu.... Baik, ada beberapa perkara yang masih ada dalam ingatan... Pertama, saya pernah meminati seorang student perempuan di sekolah neh.. Dari tingkatan dua sampai tingkatan empat.. Nama dia.... Errr... Takyah sebut aah.. Takyah.. Kang dia tahu.. HAHAHA... Tapi setiap kali nampak dia memang bergegar hati, limpa, jantung, hempedu semua aah.. HAHAHA... Kami tak pernah bertegur sapa... TIDAK PERNAH sama sekali.. Sebab saya pemalu.. Kan saya cakap saya pemalu... Berapa kali nak cakap...? Jadi saya pandang dari jauh.. Setiap hari, sampai hafal segala tingkah laku dia.. HAHAHA.. Addict gila dengan budak neh.. Ya Allah.. Sekali dia senyum dekat saya – waktu tersebot saya sekolah sesi petang, tingkatan 2 Ikhlas, habis angau 3 hari... Tidur tak lena, mandi tak basah.. Eceh.. Tingkatan 3 saya sekelas dengan dia.. HABIS!! HAHAHA... Asyik curik-curik pandang... Dia neh kalau kiamat ke apa pedulik apa... Buat tak faham dengan keadaan sekeliling... Akhirnya waktu akhir tahun tingkatan 4, saya nekad tulis surat cinta nak bagi dekat dia.. Ehem.. Sekali dia tak datang hari tersebot.. MATI kecewa.. HAHAHAHAHA.....



Kedua, saya pernah ditahan sebab tak masukkan baju waktu berjalan balik sekolah.. Siapa tahan? En. Ahwali.. En Ahwali neh cikgu disiplin tahap apa ntah.. Punyalah garang... Kau tahu pemangsa..? Haa.. Dia neh pemagsa aah... Dia neh menakotkan.. Kalau nak kejar student buat salah, macam nak buat rusuhan.. Dengan muka rasaksa dia.. Ya Rabbi.. Serius takot dengan dia neh.. HAHAHA... Baik, berbalik isu penahanan saya.. Petang tersebot saya balik dengan baju di luar.. Tetiba dia jerit; “Hoi!!! Engkau mari sini!!!!”... Ya Allah.. Jantung nak gugur dah... Pucat dah.. Siap rotan pulak tu.. Padahal tak lah besar sangat salah saya rasanya.. HAHAHA.. Dia tanya kenapa keluarkan baju... Saya jawab; “Sebab dah nak balik cikgu..”.. Dia kata; “Jadi dah nak balik, engkau boleh buat suka hati lah?”... Waktu tersebot saya mula terhegeh-hegeh nak masokkan baju... HAHAHA... Tapi syukur ALHAMDULILLAH, lepas dengan amaran.. HAHAHA.. Jalan balik, hati berkata-kata; “Dah aku baru pergi berkebun waktu kemahiran hidup tadi, takkan aah nak pakai macam manager.. Punya aah smart berkebun..” HAHAHAHAHA.... Menjawab tu.. Menjawab! HAHAHAHA...

SEK MEN KEB SUNGAI KAPAR I
NDAH (2006-2007)


Hati pilu betul lah bila sebut nama sekolah neh.... (Eceh!) Sekolah neh adalah TUGU KENANGAN SEMANIS MADU saya... Kenangan pahit adalah perkara blacklist.. TIADA.. Seriously seronok sekolah neh.. Cantik... Dan pertama kali aah nampak sebuah sekolah yang guru-guru dia berciri mesra.. Saya sekolah di sini dari Tingkatan 6 Bawah... Lepas tu dilantik jadi ketua pengawas.. Kalau nak cakap zaman kegemilangan, memang sekolah neh aah tempat kegemilangan saya sama kawan-kawan... Bak kata Ayahanda Wazir; “Form 6 korang lah yang paling best.. Form 6 yang paling membanggakan...”. Terima kasih ayahanda Wazir atas pengiktirafan peribadi tersebot.. Eheh.. Baik, di sekolah neh saya tak banyak kenangan berciri JAHAT.. Tidak.. Sebab kau rasa Ketua Pengawas mana yang berfikiran singkat sangat nak buat jahat? Kalau setakat curik-curik masuk tandas guru sebab tandas student takda air tu, biasa lah.. HAHAHA.. Habes tu, terpaksa!.. Sekali tandas guru pon takda air.. Mati aah tahan sampai pukul 1 petang.. HAHAHA...


Awalnya keadaan sekolah berada dalam keadaan aman sentosa.. Sampailah ke tingkatan 6 Atas, tetiba dengan kehadiran PK HEM baru, mula aah wujud situasi yang kami panggil Penggantian Budaya... Saya pon tak berapa faham apsal ntah PK HEM neh asyik nak ikut SMK MERU.. Macam aah budaya sekolah neh terok sangat... Saya masih ingat kata-kata dia pada ahli Majlis Tingkatan 6; “Kamu semua jangan anggap sekolah ni kamu punya nak buat suka-suka hati, kamu MENUMPANG je kat sekolah ni!”.. Omaigod.. Omaigod.. Hati panas betol waktu tersebot... Kemudian mesyuarat tak rasmi terjadi antara pelajar-pelajar form 6.. Kami mula membantah PK HEM.. Tunjuk perasaan secara senyap berlaku.. HAHAHA.. Macam kronologi serangan tentera Jepun aah cerita neh.. HAHAHA... Tidak aah... Maksud saya, kami tak berapa ambil kisah PK HEM nak cakap apa.. Lantak aah... Kami bergerak dengan sokongan guru-guru lain... Dan akhirnya kami jadi batch Form 6 paling gemilang setakat neh.. Seriously berjaya.. Amin... Terima kasih cekgu... PK HEM? Err.. G ahh jauh-jauh.. HAHAHA... Saya menanggung malu sebab disuruh mengetuai senaman pagi setiap hari... Lepas tu disuruh lead lagu Negaraku sebab CD hilang.. Dendam neh.. DENDAM! Hahaha...



Selain perkara-perkara tersebot adalah perkara manis semata-mata... Serius rindu dengan sekolah neh.. Rindu budaya salam cium tangan cekgu... Rindu jadi MC setiap pagi... Rindu bagi ucapan dalam majlis-majlis sekolah... Rindu kawan-kawan.... Rindu suasana hiruk pikuk sekolah.. Rindu anak-anak buah pengawas saya... Rindu pakcik kantin yang selalu bagi wantan free.. HAHAHA.. Sekarang saya sudah berada di UNIVERSITI... Hasil didikan para guru.. Dan kenangan yang mematangkan diri.... Terima kasih kenangan.. Terima kasih cikgu.. Terima kasih hati, yang masih tetap seperti dulu.. SMKSKI, seindah namanya.... Seindah guru-gurunya.. Seindah pandangan.. Seindah kenangan.... TERIMA KASIH SEMUA.... Kenangan, Guru dan sahabat......... T_________T

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus