Wednesday, January 28, 2009

KANAK-KANAK RIBENA CERITA

Share


Macam dah lama sangat tak memblog pasal diri sendiri. Tadi berbreakfast sama bunda, cerita pasal saya kecik-kecik yang macam dah habis punya susah nak jaga. Tak mahu makan NESTUM walaupon beli sikit punya mahal. Panjat tingkap tingkat atas dan kemudian membuat satu terjunan berani mati sampai nanges takda bunyi punya sakit.. Ni tak tahulah betul ke tidak.. Sebab saya rasa saya jatuh takda nanges langsung pon.. Kadang-kadang bunda memang suka buat cerita berhiperbola macam tu. Lepas tu audiens akan dengar sikit punya excited sampai mulut ternganga meleleh air liur dan terbeliak biji mata.. Ni la mengarut macam bunda jugak.. Harharharhar....

Dulu masa kecit-kecit, saya rasa macam nak jadi doktor.. Entah kenapa saya pon tak berapa nak pasti sangat. Sebab dulu kecit-kecit memang ikut lah cakap bunda.. Kalau dengan kawan-kawan dan rakan taulan pulak cakap nak jadi Power Rangers, Ultraman Taro, Spiderman dan lain-lain la superhero zaman prasejarah.. Ni cerita kanak-kanak lah neh.. Masa otak tak berapa nak kembang sangat.. Err.. Kira tak berapa nak mengikut perkembangan kepala yang besar.. Apa neh? Tak faham? Tak payah faham. Naseb baik tak cakap nak jadi Sailormoon atau Catwoman.. Harharhar.. Tak lawak sangat. Sambung.. Dulu rasa macam jadi doktor tu memang dah habis pandailah tu.. Tapi perangai masa tu macam tak nak ada kerja. Pergi maen masak-masak dengan anak jiran sebelahlah, jadi samseng pengawas sekolah lah, Sebok modify beskal lah.. Kira macam jatuh cinta sangat nak buat kerja-kerja manusia tak berapa nak ada masa depan.. Harharhar..

Saya memang tak boleh lupalah masa sekolah tadika dulu, Cekgu Anum pernah suruh kami buat lukisan pasal bandaraya.. Saya buaat lukisan tersebot di rumah.. Bukan saya yang buat pon.. Kakak saya buat. Punya cantiklah pulak dia buat macam takda standard kanak-kanak pra sekolah. Tapi still bawak jugak dengan rasa bangga sangat. Kemudian hantar tersengih-sengih dengan cekgu. Kemudian cekgu panggil.

"Hakim, lukisan ni siapa buat?" - Cekgu.

"Saya buat"- Saya. Saya tipu. Ingat cekgu buduh sangat lah macam saya. Harharhar.

"Oh.. Cantik. Awak buat untuk cekgu lagi satu. Cekgu nak simpan kat rumah.

Hah! Sudah! Menggelabah sangat lah masa tu. Cekgu siap bagi masa tak payah belajar lagi. Buat lukisan sampai siap.. Mulalah macam-macam.. Serombong asap jadi macam straw, landasan keretapi entah mana arah tuju pon tak berapa nak logik, buat motor dahlah tak berapa pandai.. Harharhar.. Tak guna betullah. Saya benci lah cekgu neh. Harharhar! Berani dia menkantoikan saya di depan orang ramai.. Harharhar..

Lepas tu masuk Taekwondo darjah 3. Baru berlatih sekali, malam tu dah pasang angan-angan nak jadi hero.. Jalan-jalan dan kemudian ada orang jahat ragut beg perempuan kemudian dikejar oleh saya.. Penjahat lari laju, saya ambik shortcut tunggu tepi bangunan. Lepas tu penjahat sampai, saya rembat dia punya perut dan jatoh tergolek.. Kemudian perempuan tersebot datang ucap terima kasih dan saya berlalu pergi dengan muka takda perasaan konon macam power sangat.. HARHARHAHRHAR.... Ni macam angan-angan wajiblah bagi seorang kanak-kanak lelaki yang belum cukop umur kan? Harharhar... Macam banyak sangat angan-angan lah saya masa zaman prasejarah dulu. Macam malu sikit sekarang neh bila cerita balik. Jangan gelak.. Tolong jangan gelak. Itu kan angan-angan berciri kemurnian hati.

Kemudian bila macam besar sikit, mula lah pandai bercinta monkey (Saya elergic betullah sebot MONKEY neh). Buka bercinta dengan monkey. Dengan manusia berbaur monkey sikit. Dia budak SMA Hishamuddin. Macam lah bagus sangat nama sekolah tersebot. Harharhar... Kemudian putus cinta masa Tingkatan 2, frust dan mula berjinak-jinak sikit dengan lagu putus cinta Siti Nurhaliza.. Dengar lagu tiap malam macam dah takda perempuan lagi dalam dunia neh. Padahal dia bukanlah cantik sangat macam snow white ke apa.. Harharhar.... Ni kalau cerita macam mana jatuh cinta dengan dia neh rasanya dah boleh fikir nak tutup blog neh.

Blog Ini Ditutup Kerana Owner Terasa Malu-malu Monkey Sangat. Harap Maklum.

Harharhar... (Jangat sebut monkey lagi.. Jangan sebut)

Sekarang bila dah besar sangat neh, dah mula fikir ke depan.. Kadang-kadang apa yang kita nak macam susah sangat nak dapat... Kadang-kadang rasa senang jugak macam nak ais krim Cornetto kaa, Beli baju jenama B.U.M kaa... Senang lah tu... Ingat zaman kecit-kecit macam seronoklah bukan.. Harharhar... Rasa kelakar dan malu sikit.

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus