Friday, February 18, 2011

GOODBYE FACEBOOK

Share
Tak ada alasan jelas.. Cuma mungkin agak kecewa dengan perkembangan dunia maya yang semakin genting.. Saya tertanya-tanya, samada kehidupan di dunia maya ini tidak memerlukan sebarang panduan atau fikiran yang waras. Saya tertanya-tanya sama ada perlu nilai seorang manusia beradat dan beragama itu perlu dihakis demi menonjolkan prinsip, ketinggian darjat, keegoan dan sebagainya. Rimas. Rimas dengan keadaan yang seolah-olah tidak terdidik...

Sekurang-kurangnya fahami perasaan dan pandangan manusia di sini.. Sekurang-kurangnya belajar untuk mengawal diri dari menonjolkan perkara-perkara yang tidak bertamadun.. Sekurang-kurangnya sedar kehidupan dunia maya bukan untuk kita seorang.... Banyak mata memerhati.. Dan mata-mata itu juga ada hati yang sama seperti kita... Bukan kecewa diperlakukan, tetapi... kecewa dengan apa yang dilakukan oleh mereka-mereka yang semakin lama semakin tamakkan perhatian.

Populariti mungkin menjadi faktor.. Atau lebih tepat, perhatian yang dikejar mendorong manusia menjadi tamak.. Tamakkan perhatian melalui post-post yang mencerca orang lain.. Tamakkan darjat dengan post-post yang menunjukkan keegoan, riak, bongkak, sombong dan sebagainya. Seolah-olah mampu sungguh hidup sendiri tanpa bantuan.. Seolah-olah dunia ini punya banyak ruang untuk dituju tanpa akhirnya bertemu mata dengan manusia-manusia yang dibenci...



Facebook sudah dideactivate.. Dari awalnya menjadi lapangan perkenalan, kini menjadi lapangan peperangan.. Kumpulan-kumpulan haters bermaharajalela... Fitnah berleluasa.. Belum pernah diserang, tapi tetap kecewa dengan mentaliti sebahagian dari mereka yang seolah-olah hilang pertimbangan... Post-post riak dan angkuh, cercaan, hinaan, politik dan sebagainya seolah-olah memualkan... Letih yang amat untuk menatap semuanya... Ditegur semakin melenting, dibiar semakin genting..

Berikan sedikit laluan untuk saya berdiri lebih baik dari menatap itu semua... Masih ada blog ini untuk melontar kata jiwa dan minda... Lebih baik mungkin.. Tanpa mengorbankan nilai yang sekian lama disemai.. Kita ada adat, dan kita beragama... Behave ourselve.... Please...

*Jarang sungguh menaip entry kecewa dalam belog baru neh.. Pertama kali kot since 'berkehidupan baru'.... T___T

Tuesday, February 15, 2011

KALAU NAK CANTIK, PAKAI KAIN BATIK

Share


Mengulas tentang perempuan berkain batik seems like satu perkara yang super interesting since saya memang selalu jatuh hati dengan mereka yang berkain batik.. Err... Tapi jatuh hati dekat emak-emak berkain batik mintak dijauhkan.. KAH KAH KAH... Kenapa? Sebab tak ada sebab.. Cuma satu perasaan yang.... Yang tak ada apa-apa.. Sekadar saya suka lihat dan kemudian jatuh hati.. Heh...

Sebenarnya bukanlah terlalu spesifik kepada penampilan berkain batik saja.. Sebenarnya lebih kepada nilai seorang perempuan berkain batik. Atau lebih mudah saya cakap saya memang jatuh hati dengan perempuan kampung-kampung.. Tak banyak sebab melainkan saya suka cara mereka yang sopan santun, lemah lembut dan pemalu.. Apa lagi yang mengujakan dalam hubungan selain sifat pemalu.. (Ececeh)

Ramai orang cakap taste meminati si kain batik adalah aneh. Atau mungkin lebih tepatnya meminati perempuan kampung-kampung adalah aneh. Tak pasti kenapa saya ada taste aneh.. Mungkin sebab perempuan kampung ada banyak kekurangan untuk diisi oleh lelaki.... kot... Kalau mempunyai kekasih yang tahu dan ada segala benda mesti lah kehidupan jadi tidak bererti bukan...

"Saya beli kereta semalam.." - Lelaki
"Ye ke... Ayah saya pon belikan saya kereta semalam.. BMW"
- Perempuan
"..... Saya PROTON SAGA BLM jek..." T____T
- Lelaki

Sedih lah kan..? KAH KAH KAH... Berbeza dengan perempuan kampung yang selalu merendah diri dan tak menuntut macam-macam seperti hak sama rata dengan lelaki atau hantaran tinggi-tinggi.. T____T Dan mereka juga tak ada apa-apa yang seterusnya mensebabkan mereka bergantung penuh kepada si suami. Bukan kah lelaki terasa sungguh bahagia mempunyai isteri yang bergantung kepada beliau? Bukan kah lebih seronok bila duduk berdua di ruang tamu..., membelai tangannya sambil bercerita perihal kehidupan dengan si isteri, dan si isteri mendengar dengan penuh minat..? Seronok bukan...? Kan tak seronok bila suami dan isteri berstress-stress membincangkan soal bisnes masing-masing? Sungguh bosan bukan? T____T Sedangkan si isteri sepatutnya menjadi seorang yang menenangkan...



Mungkin semuanya bergantung pada kehidupan jenis apa yang diinginkan selepas berkahwin.. Kalau nak kehidupan urban, jadi memilih perempuan bandar adalah lebih mudah.. Tapi kalau nak kehidupan berciri hebat tapi mengekalkan nilai ketimuran, mestilah gadis-gadis kampung lebih baik.. Mungkin ada yang nanti bercakap serong mengkata; "Ewaahhh... Nak perempuan yang tak ada apa-apa, then kau boleh la control hidup dia pastu buat dia macam orang gaji?"... Bukan itu lah maksud saya.. It's all depends macam mana kita membayangkan kehidupan selepas kahwin...

Pada saya sesuailah dengan ungkapan; "Diciptakan wanita dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat di bahu untuk dilindung.. dekat jua di hati untuk dikasihi.." which is pada saya macam satu panduan on how a husband should treat his wife, dan macam mana seorang isteri sepatutnya sedar dan tahu untuk meletakkan diri sendiri dalam kehidupan si suami. Hey, kehidupan itu seni...

Secara ringkas, saya mahukan kehidupan penuh kelembutan dan ketimuran.. Bukan lah saya maksudkan perempuan bandar itu tak ada kelembutan atau sungguh kebaratan, bukan.. Tapi semua tentang citarasa.. Tak kisah lah kalau anda mahukan perempuan yang tak pakai kain batik atau tak pernah pakai batik ke apa.. Pilihan masing-masing. Err.. Jangan tak pakai apa-apa sudah lah.. KAH KAH KAH... Sekian..

* Gambar hiasan ihsan dari Fifi Farihan. Thanks Fifi! ;)

Sunday, February 13, 2011

GEMPAR : PENEMUAN SIPUT ANEH!

Share

Universiti Utara Malaysia, 13 Februari - Seekor siput aneh telah ditemui dalam keadaan tidak bermaya di Lembah Sintok lewat malam tadi. Penemuan siput spesis baru itu dikatakan membawa kepada andaian bahawa spesis ini mungkin akan lebih banyak ditemui bukan sahaja di Lembah Sintok ini, tetapi juga di bahagian-bahagian lain Pantai Barat negara.

Seorang saksi mengatakan, beberapa ekor lagi siput spesis sama telah dilihat di beberapa bahagian tanah air, tetapi ianya tidak begitu mendapat liputan kerana beranggapan ia hanya haiwan yang terevolusi dan keluar dari habitatnya akibat cuaca yang tidak menentu beberapa bulan kebelakangan ini. Beliau juga mengakui.. siput ini mempunyai beberapa ciri tambahan yang menjadikannya unik berbanding siput-siput lain, seperti cahaya berwarna hijau, merah, kuning atau ungu di belakang cengkerangnya dan mengakui ia boleh berubah warna mengikut kawasan.

Selain itu, Fairuzzaman Shaharuddin, seorang pelajar dalam jurusan Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa mengatakan, siput-siput ini bukan sahaja unik dari segi cahaya yang dikeluarkannya, tetapi ia juga mempunyai cengkerang yang berkilat berwarna hitam atau putih, dan ada sesetengahnya yang dijumpai mempunyai cengkerang berwarna oren, putih atau kelabu. Beliau juga mengakui teruja untuk mengetahui spesis sebenar siput-siput itu yang kebelakangan ini dilihat begitu kerap keluar dari habitatnya.

Pihak kami telah merakamkan secara sulit beberapa imej siput yang dimaksudkan. Kami dapati sememangnya siput ini begitu banyak keunikannya, namun dibimbangi suatu masa nanti siput ini akan menjadi satu sebab pemberontakan terutamanya oleh mahasiswa/i universiti.. Apa yang mengejutkan kami, bukan sahaja keunikan yang telah disebutkan, tetapi kebolehannya untuk bergerak adalah jauh lebih lambat daripada biasa dan mempunyai masa hibernasi yang tertentu setiap hujung bulan apabila ia mencapai had kemampuan pergerakannya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


KAH KAH KAH... Kan seronok tiap-tiap hari boleh buat entry merepek macam neh.. T____T Harap tak rasa tertipu sangat......

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus