Showing posts with label gadis melayu. Show all posts
Showing posts with label gadis melayu. Show all posts

Friday, June 29, 2012

DENGARKANLAH WANITA..

Share Ceh tajuk tak nak kalah... T__T

Sebenarnya beginilah. Saya menulis entry ini kerana berasa kasihan dengan insan-insan sekaum dengan saya yang bila jalan dengan makwe, kena bawakkan handbag makwe dia.. Kesian dengan insan sekaum dengan saya yang bila keluar, asyik dia kena belanja dan makwe pulak nafsu shopping macam raksasa.. Lagi kesian keluar dengan makwe tapi kau bukan dianggap macam pakwe, macam kuli ada lah kena buat itu ini, ikuttttt jek kata dia.. Kesian sebenarnya lelaki-lelaki bermalasah macam ini... Bodoh pon iya juga.. T__T



Baik, semuanya berpunca dari kekeliruan antara sayang dan kebodohan.. Eh mana boleh cakap bodoh.. Kena cakap kurang cerdik.. Okay, bila sebut relation antara lelaki dan perempuan, saya suka memetik rangkap lagu ini;

“Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki untuk dialasi.. Bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat di bahu untuk dilindung.. Dekat jua di hati untuk dikasihi.. Engkaulah wanita, hiasan duniawi”

Perempuan selalu mentafsirkan lirik ini secara bias apabila mengambil cuma 2-3 ayat dari lirik tersebut. Dekat dibahu untuk dilindung, dekat jua dihati untuk dikasihi dan wanita hiasan duniawi. Kerana ayat ini menggambarkan hak mereka yang sepatutnya mereka dapat. Jadi atas hak ini, mereka merasakan diri mereka perlu diangkat. Kemudian keluar lah ayat di Facebook “Wahai lelaki dengarkanlah”... “Wahai lelaki sedarilah tanggungjawabmu” and what so ever lagi lah ayat-ayat menuntut dia. Ya, betullah apa dalam lirik itu sebutkan, TAPI.. Pengaplikasiannya salah. Salah sebab kau terlupa kaitkan dengan beberapa ayat sebelumnya..

“Bukan dari kaki untuk dialasi”; bermaksud bukanlah dicipta untuk dilayan seperti raja dan menjadikan lelaki umpama hamba.

“Bukan dari kepala untuk dijunjung”; bermaksud bukanlah diciptakan perempuan untuk diagung-agungkan, diangkat sehingga menjadi riak dan takbur, dipuja-puja dan sebagainya.

“Tapi dekat di bahu untuk dilindung, dekat jua dihati untuk dikasihi”; bermaksud perempuan ini bersifat ‘lemah’ dan adalah tanggungjawab lelaki untuk memberi perlindungan dan kasih sayang kepada mereka.

“Engkaulah wanita hiasan duniawi”; Sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah kau faham tak? Perhiasan bermaksud wanita ini indah ciptaannya, diberikan kelembutan pada dirinya, diberi ketulusan dalam hatinya.. Tapi ini depends jugak kepada macam mana dia menjadikan dirinya perhiasan. Kalau dah dia buat diri dia jadi macam Lady Gaga kau nak cakap perhiasan jugak, meh sini aku lempang KAH KAH KAH. Move.

Baik, ini lah yang perlu diberi perhatian. Walaupun wanita itu dicipta untuk dikasihi, disayangi, dilayan baik, dicintai dan dilayan sebaik mungkin, tapi perlulah ada tatacara yang sepatutnya, supaya mereka tidak berperasaan ‘demand’. Dan tidak juga menjadikan ‘si pelindungnya’ kelihatan bodoh. Apatah lagi meletakkan diri mereka melebihi ‘si ketua keluarga’ itu sendiri. Ini dah salah konsep kau tahu tak? Salah ni.. Go back and practice. Hah... Tapi lelaki satu hal juga.. Sebab kau sayang, kau ikut semua benda dia mintak. Sebenarnya kau ada penyakit kau tahu tak? Penyakit yang semakin menular di mana hilangnya maruah seorang lelaki sebagai pendidik dan pemimpin. Sebab apa hilang? Sebab kau sandarkan cinta pada nafsu. Kau tak sandarkan cinta pada tanggungjawab. Kalau kau nak tahu tanggungjawab lelaki, mari sini aku cerita.

Tanggungjawab lelaki mestilah memimpin! Dah kata dah tadi kan.. T__T Memimpin itu bukan lah memimpin tangan makwe atau memimpin tangan pakcik OKU melintas jalan. Itu pondan pon boleh buat.. Sebagai lelaki perlu ada sifat kepimpinan untuk menjalankan salah tanggungjawab yang diamanahkan, iaitu memimpin dan melindungi kaum hawa. Rasulullah ada bersabda pada khutbahnya yang terakhir;

“.... maka mereka jugak berhak diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia”



Petikan khutbah terakhir Rasulullah ini menceritakan bagaimana lelaki bertanggungjawab terhadap perempuan. Dilayan dengan lemah lembut, dikasihi dan sebagainya. Dan jangan dilupa pada ayat yang berbunyi; “... sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia”. Di sini telah meletakkan syarat wanita yang bagaimana perlu dilayan seperti yang diamanahkan. Dan ayat sebelum petikan di atas juga berbunyi;

“Wahai manusia, sebagaimana kamu mempuyai hak ke atas wanita kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak....”

Nampak apa yang disebutkan? “Sekiranya mereka menyempurnakan hak ke atas kamu” bermaksud, sekiranya mereka telah menjalankan tanggungjawab sebagai wanita seperti mana yang dituntut, termasuk menjadi seorang yang menenangkan, mendamaikan, pengasih, menghormati suami/lelaki, menjaga maruah dan sebagainya seperti yang dituntut. Maka mereka ini layak dilayan dalam suasana kasih sayang. Kasih sayang ialah mencintai dengan jiwa kerana Allah. Bukan bermaksud bawakkan handbag dia masa jalan, bukan bermaksud kena suap-suapkan dia tak tentu pasal (dia ada tangan woi). Bukan juga bermaksud kena turutkan semua benda yang dia nak. Ya, perempuan ni selalu mengikut nafsu, maka kalau kau ikutkan nafsu Sembilan dia tu, masak lah kau.. KAH KAH KAH. Kau ingat kau Naruto?

Baiklah. Tidak adil pula menyentuh terlalu banyak tentang wanita, tapi tak menyentuh pula hal lelaki sebanyak namblas perenggan macam ni. T__T Tapi kena fahamlah jugak entry panjang-panjang ni bukan semua orang nak baca. Jadi apa kata kita sentuh tentang cara seharusnya lelaki mendidik wanita pada entry akan datang. Hah. Saya simpulkan dulu entry ini. Kesimpulannya begini pembaca kesayangan sekalian, antara lelaki dan wanita itu ada hak yang ditetapkan. Kalau si perempuan menjalankan tanggungjawabnya ke atas lelaki dengan sempurna, maka hendaklah si lelaki menjalankan tanggungjawabnya ke atas perempuan dengan sempurna juga.

Hak-hak seorang wanita yang boleh dituntut juga sudah disebutkan. Nyatanya hak ini tidak ditegakkan secara melampau sehingga mengagungkan wanita itu, atau meletakkan wanita itu di tempat yang berlebih-lebihan ‘tingginya’ (bukan dicipta dari kepala untuk dijunjung, mind you!).. Semuanya ada cara yang terang dan jelas. What you give, you get back. Kau sempurnakan, maka akan aku sempurnakan. Perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik juga. :) Sekian, jumpa lagi dalam entry akan datang. Till then...~

**Gambar diambil daripada http://www.flickriver.com
dan http://faizpictures.blogspot.com

Monday, January 23, 2012

KENAPA MESTI PEREMPUAN MELAYU?

Share
Rata-rata lelaki mahukan calon isteri Melayu. Maksud saya tentulah lelaki yang dimaksudkan itu lelaki Melayu. Kalau lelaki bukan Melayu suka perempuan Melayu nak dijadikan isteri, itu boleh jadi malapetaka.. T__T Tapi tak hairan lah sebab sekarang perempuan Melayu dah tak boleh di'recognize' sangat keMelayuan dia. Jadi kalau tetiba kau kena propose dengan India, jangan salahkan ibu mengandung. Dosa tahu?



Baiklah, lelaki yang mahukan perempuan Melayu sebenarnya bukan saja mendambakan perkataan Melayu dalam kad pengenalan semata-mata. Tapi dia juga mengharapkan identiti dan nilai-nilai Melayu yang wujud dalam diri seorang perempuan pilihan. Kalau lelaki pilih seseorang perempuan Melayu, tetiba perangainya tak semenggah seperti Lady Gaga mestilah stress nanti dibuatnya. Apa pula kata mak mertua mendapat menantu kurang siuman perangainya. Bala, bala.. Baik, hari ini saya bawakan nilai-nilai kemelayuan yang didambakan lelaki.. Atau sekurang-kurangnya didambakan oleh saya. Klik Read More sekarang..

1. Lemah-lembut.

Kelembutan adalah senjata utama perempuan Melayu. Tanyalah mana-mana lelaki pon, bila berhadapan dengan perempuan lemah-lembut neh memang boleh menggoncang jiwa habaq hang. Lemah-lembut perempuan ini memang senjata paling hebat untuk memusnahkan kekerasan jiwa lelaki. Sebab tu kalau gaduh dua orang, jangan lah gunakan kekerasan berbentuk lontaran pinggan mangkuk, parang, periuk, belanga, pasu bunga atau peti ais. Silap-silap anda dilontar pula dengan motorsikal atau rim 18 inci daripada spare tyre.. Seeloknya lontarkanlah kata-kata yang lembut didengar dan redha bunyinya. Kau tahu tak pahala dia macammana punya banyak bila taat pada suami...? Kau tahu tak betapa bersyukurnya lelaki bila ada isteri yang selalu memberikan senyuman dan sapaan paling lembut? Tahu tak betapa seronoknya rasa ada isteri yang kata-katanya membelai jiwa? Lahaii stress lah fikir macam ni.. Bila nak kawen... T__T

2. Pemalu

Pemalu ni lah yang paling kritikal sekali dalam kelompok perempuan Melayu sekarang. Mana lagi nak cari perempuan yang tidak melalak-lalak bila ada dengan kawan-kawan? Mana lagi nak cari perempuan yang gagah menyimpan rasa bila dirinya jatuh hati atas dasar malu? Yang pergi bertumbuk belakang sekolah sebab lelaki ramailah. Ya, mungkin gaya kehidupan yang lebih terbuka mendorong kepada terhakisnya perasaan malu. Tak apa lah, kasi chance lah bila dekat sekolah ada hari sukan, boleh jugak nak melalak. Tapi kalau dalam kelas orang tengah khusyuk belajar tetiba yang seorang ni melalak tak tentu hala, kau bolehlah humban dia dari tingkat empat. Itu dah kira GILA hukum dia. Percayalah, sifat malu ini selalu menjadi kebanggaan para suami.. Kalau kau pakai skirt sejengkal dengan rambut macam orang utan diserikan dengan singlet, jangan claim kau ni pemalu.. Aku tumbuk karang pedulikapadayyusketidak.

3. Merendah diri

Kalau kau jenis katik, itu sebenarnya belum cukup untuk ditakrifkan sebagai merendah diri. Merendah diri dalam konteks ini melibatkan jiwa yang sentiasa bersederhana. Yang ini pon memang susah nak cari dalam kehidupan urban sekarang. Rata-rata perempuan semuanya nak setanding dengan lelaki kononnya tak nak dicop sebagai golongan yang lemah. Kalau kau boleh hayati lirik; "Sedarilah insan istimewa, bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan, bahkan sebagai hiasan kecantikan.." mesti kau akan faham kenapa merendah diri dan menjadi lemah lembut itu adalah senjata paling hebat untuk perempuan. Sebab tu jugak kau akan faham kenapa lelaki yang beristerikan perempuan yang selalu merendah diri ini lebih berbangga dalam rumah tangganya.

4. Fesyen.

Eh, kenapa point ni berbunyi agak tersasar dari tajuk? Apa, kau ingat fesyen Melayu ni takde class? Tolong sikit. Kau ingat perempuan pakai kebaya tu tak cun melecun? Kau ingat pakai baju kurung tu kampung? Dan siapa berani kata pakai kain batik tu sungguh ketinggalan? Tau tak betapa cantiknya orang pakai kebaya dengan cara yang betul? Jangan lah tengok orang pakai kebaya macam tak cukup kain, itu boleh buang ke tepi.. Siapa kata pakai kain batik tak power? Kombinasi lemah lembut, pemalu dan merendah diri dengan kain batik memang superb, denngan syarat dia tahu jugak buat kerja rumah. Kalau pakai kain batik tapi kerja dia tidur sepanjang 12 jam di siang hari, maka adalah lebih baik lelaki memperisterikan kuda belang atau keldai. T__T

5. Agama

Paling utama. Melayu dan Islam cukup sinonim. Nilai yang disarankan Islam dengan nilai dan norma masyarakat Melayu sungguh padan. Kalau lelaki memilih perempuan beragama, maka kemungkinan amat besar untuk dapat sekali pakej 4 point di atas. Soalnya, berapa ramai? Berapa ramai yang menjunjung nilai agama dalam kehidupan, dan berapa ramai yang bersedia menempuh kedewasaan dengan nilai agama yang telus dah kukuh? Berapa ramai yang duduk dalam office dan tak pernah tinggal solat? Berapa ramai yang bersedia berkerja dan menjaga solat? Berapa ramai yang keluar shopping tapi tak pernah mengabaikan solat? Jawapannya TAK RAMAI.



Bila mengutarakan entry seperti ini, maka akan ada perempuan-perempuan yang mempersoalkan pula kedudukan lelaki. Maka pada saya, lelaki jugak harus ada nilai-nilai di atas. Terutamanya nilai AGAMA kerana lelaki itu sendiri akan memimpin; "Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok, jika datangnya dari kayu yang bengkok, begitulah peribadi yang dibentuk..." Jadi untuk lelaki, persiapkan juga diri masing-masing sebagai lelaki Melayu untuk mendapat perempuan Melayu. Persiapkan diri dengan agama jika mahupan prempuan beragama. Dan faham memahamilah akan kehendak dan keperluan masing-masing, kerana sesungguhnya hak itu ada bahagian-bahagian yang telah ditetapkan.

"Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka jugak berhak diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina" - Khutbah Terakhir Rasulullah SAW, 9 Zulhijjah tahun ke-10 Hijrah, Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Sekian.

Saturday, March 19, 2011

MONYET PUN MALU :)

Share
Kalau sebelum ini saya menghentam orang Melayu yang melayan adat secara over, hari ini saya marah pulak orang Melayu yang melupakan adat atau cuba memodifikasi adat secara tidak cerdik. Shuffle dalam majlis kahwin.. Hebat! Rasa nak tikam dengan keris. :)


Nak cakap apa? Kelainan? Unik? Moden? Pada saya, cuma satu perkataan saja yang boleh disebut. BODOH. Memang cukup menyampah bila adat Melayu yang cantik-cantik dicemarkan dengan budaya rimba. Terkinja-kinja tak tentu hala. Sedangkan berkaraoke dalam majlis pon rasa nak tampar, apa lagi budaya macam ni diselitkan dalam adat Melayu..

Melayu sekarang.. Adat yang jadi beban diikut, adat yang indah dibuang.. Semoga kita tidak berfikiran kurang cerdik begini.. :) "Biar mati anak, jangan mati adat"

Tuesday, February 15, 2011

KALAU NAK CANTIK, PAKAI KAIN BATIK

Share


Mengulas tentang perempuan berkain batik seems like satu perkara yang super interesting since saya memang selalu jatuh hati dengan mereka yang berkain batik.. Err... Tapi jatuh hati dekat emak-emak berkain batik mintak dijauhkan.. KAH KAH KAH... Kenapa? Sebab tak ada sebab.. Cuma satu perasaan yang.... Yang tak ada apa-apa.. Sekadar saya suka lihat dan kemudian jatuh hati.. Heh...

Sebenarnya bukanlah terlalu spesifik kepada penampilan berkain batik saja.. Sebenarnya lebih kepada nilai seorang perempuan berkain batik. Atau lebih mudah saya cakap saya memang jatuh hati dengan perempuan kampung-kampung.. Tak banyak sebab melainkan saya suka cara mereka yang sopan santun, lemah lembut dan pemalu.. Apa lagi yang mengujakan dalam hubungan selain sifat pemalu.. (Ececeh)

Ramai orang cakap taste meminati si kain batik adalah aneh. Atau mungkin lebih tepatnya meminati perempuan kampung-kampung adalah aneh. Tak pasti kenapa saya ada taste aneh.. Mungkin sebab perempuan kampung ada banyak kekurangan untuk diisi oleh lelaki.... kot... Kalau mempunyai kekasih yang tahu dan ada segala benda mesti lah kehidupan jadi tidak bererti bukan...

"Saya beli kereta semalam.." - Lelaki
"Ye ke... Ayah saya pon belikan saya kereta semalam.. BMW"
- Perempuan
"..... Saya PROTON SAGA BLM jek..." T____T
- Lelaki

Sedih lah kan..? KAH KAH KAH... Berbeza dengan perempuan kampung yang selalu merendah diri dan tak menuntut macam-macam seperti hak sama rata dengan lelaki atau hantaran tinggi-tinggi.. T____T Dan mereka juga tak ada apa-apa yang seterusnya mensebabkan mereka bergantung penuh kepada si suami. Bukan kah lelaki terasa sungguh bahagia mempunyai isteri yang bergantung kepada beliau? Bukan kah lebih seronok bila duduk berdua di ruang tamu..., membelai tangannya sambil bercerita perihal kehidupan dengan si isteri, dan si isteri mendengar dengan penuh minat..? Seronok bukan...? Kan tak seronok bila suami dan isteri berstress-stress membincangkan soal bisnes masing-masing? Sungguh bosan bukan? T____T Sedangkan si isteri sepatutnya menjadi seorang yang menenangkan...



Mungkin semuanya bergantung pada kehidupan jenis apa yang diinginkan selepas berkahwin.. Kalau nak kehidupan urban, jadi memilih perempuan bandar adalah lebih mudah.. Tapi kalau nak kehidupan berciri hebat tapi mengekalkan nilai ketimuran, mestilah gadis-gadis kampung lebih baik.. Mungkin ada yang nanti bercakap serong mengkata; "Ewaahhh... Nak perempuan yang tak ada apa-apa, then kau boleh la control hidup dia pastu buat dia macam orang gaji?"... Bukan itu lah maksud saya.. It's all depends macam mana kita membayangkan kehidupan selepas kahwin...

Pada saya sesuailah dengan ungkapan; "Diciptakan wanita dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat di bahu untuk dilindung.. dekat jua di hati untuk dikasihi.." which is pada saya macam satu panduan on how a husband should treat his wife, dan macam mana seorang isteri sepatutnya sedar dan tahu untuk meletakkan diri sendiri dalam kehidupan si suami. Hey, kehidupan itu seni...

Secara ringkas, saya mahukan kehidupan penuh kelembutan dan ketimuran.. Bukan lah saya maksudkan perempuan bandar itu tak ada kelembutan atau sungguh kebaratan, bukan.. Tapi semua tentang citarasa.. Tak kisah lah kalau anda mahukan perempuan yang tak pakai kain batik atau tak pernah pakai batik ke apa.. Pilihan masing-masing. Err.. Jangan tak pakai apa-apa sudah lah.. KAH KAH KAH... Sekian..

* Gambar hiasan ihsan dari Fifi Farihan. Thanks Fifi! ;)

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus