Tuesday, July 7, 2009

PENGGULUNGAN HOLIDAY

Share
Maaf dalam 2 minggu neh blog ini di’update’ dalam kadar masa yang amat lembab. Lebih banyak bertarung masa nak membalas komen daripada menghasilkan satu entry.. Ehem.. Tetiba rasa macam perkataan tadi memualkan semua orang. Macam aah komen ada lapan puluh dua setiap entry.. HAHAHA... Maksud saya, saya sedang bermalas-malasan membuat entry.. Kalau saya memaksa diri mentulis entry dalam keadaan penat kau tahu jadi apa? Dia akan jadi annoying gila yang buat kau rasa macam saya menulis tanpa arah tuju ke apa ntah.. Dah aah intro lain, isi lain.. HAHAHA.. Mintak sori kalau kau pernah baca entry annoying dalam blog neh.. Saya tahu entry annoying memang banyak.. Kau baca jugak.. Takyah bising komplen ke apa.. AHAHAHA..

Cuti habis dah.. Dah balik ke UUM.. Akan bergelumang dengan kerja.. Bergelumang dengan buku.. Bergelumang dengan projek.. Dan bergelumang dengan katil sebab suka sangat tidur bila ada masa senang sikit.. HAHAHA... Tak faham lah apsal ntah bila kat kolej asyik mengantuk.. Ke sebab termakan dadah ke apa tak tahu pulak.. Asal senang sikit, ngantok.. Asal baring sikit, ngantok.. Kipas pulak macam sepoi-sepoi bahasa betol nak suruh saya tidur.. HAHAHA.. Saya menyalahkan kipas.. Memang kipas bersalah.. Sebab dia menghasilkan angin bayu lembut menerjah ke muka mendayu-dayu rasa menutup mata dan terlentok tetiba.. HAHAHAHA... See.. ini lah yang saya kata entry tanpa arah tuju.. HAHAHA... Baik, serius sikit.. Serius..



Rabu lepas kami pergi rumah Ayahanda Wazir... Kalau tak silap untuk kali ketiga dalam masa dua bulan.. Hari tersebot muka ayahanda kami nampak lebih ceria.. Lebih bersih... Lebih bersemangat.. Kali neh saya tak dapat kesan apa-apa perkara yang tersembunyi.. Jadi, saya tak susah hati.. Senang hati adalah makan keropok lekor dengan cekodok ikan bilis.. HAHAHA.. Ayahanda kami cerita pasal ‘SI COMOT’ dia... Yang hilang tetiba.. Yang terlupa diri.. Yang tergelincir masuk ke dalam golongan yang ditarik oleh keseronokan dunia baru. Dalam nada dan raut mukanya, saya dapat rasa Ayahanda kami semakin kuat.. Walaupun pada dasarnya saya tahu, di belakangnya masih terbentang luas lapangan masalah yang selalu melanda.. Tapi saya yakin anak-anak ayahanda kami terus berdiri teguh memegang dan menyokong... Seorang manusia macam ayahanda kami memang layak menerima sokongan kuat dari anak-anaknya... Adik beradik kami ramai.. Ratusan orang.. Sampai tak kenal nama ke apa.. HAHAHA.. Tapi atas semangat yang ayahanda kami tanamkan secara tak langsung, kami menerima semua antara satu sama lain.. TAHNIAH AYAH! Doakan kami berjaya dalam pelajaran, tak lupa diri, dan terus merendah diri sama macam dulu!

Ehem..~~

Iya, walaupon kadang-kadang dalam blog macam meninggi diri sangat, perasan popular ke apa tapi takyah cakap aah.. Kang saya menterajang anda di pipi karang.. HAHAHA... Meninggi diri dalam blog sendiri adalah perkara yang tidak termaktub dalam undang-undang berblogging kau faham? Itu perkara normal.. HAHAHA... Kau tak suka, kau diam.. Jangan cakap; “Ah kau Hakim, poyo lah cakap punyalah berlagak macam selebriti..” .. Nanti sentap kang.. Eh, tapi kau kena ingat, menserang saya dalam blog ini adalah perkara loser yang akan mendapat tentangan hebat dari saya.. Kau tak percaya, pergi semak THE POLICY.. HAHAHA... Baik, ini annoying jugak..



Petang Khamis pergi rumah cikgu Salimah pulak... Dia mintak hantarkan rendang untuk kawan dia di UUM sana. Tapi terjadi birthday party pulak.. HAHAHA.. Idea siapa? Ehem.. The genius party planner lah.. See? Hakim tak habis-habis membangga diri.. HAHAHA... Dah aah hampir-hampir tak jadi sebab Cikgu Salimah nak keluar pergi mana ntah... Habes kena paksa dengan saya jangan pergi.. Siap terpaksa mentipu cekgu aah.. Kata ada benda important nak bagitau semua.. Berjaya.. Eh, kau tengok, Hakim neh sejak dari tadika suka tipu cekgu kan? Kan? HAHAHA.. Lebih kurang jam 4.30 petang sampai rumah Cikgu Salimah... Cikgu pon kelam kabut sangat aah buat mi goreng emergency sampai termasin-masin semua.. Tapi tak sampai hati sangat nak letak sos sebab nanti cikgu boleh detect mi dia tak sedap.. HAHAHA... Kalau bukan sebab cikgu masak salah, bermakna tu masin air tangan Sam aah kan?? Ya Allah, tetiba nak muntah.. Nak muntah.. HAHAHA... Thanks to Botak dan Sam sebab sudi menyambut seruan saya pergi rumah cikgu-cikgu sepanjang cuti... Dan terima kasih jugak untuk AZIRA, ICHA dan FAIZAH sebab join sama majlis tak berapa sempurna tersebot..







Ehem.. Punya aah confident cina tu tulis nama cikgu neh.. Tapi salah.. HAHAHA... Sebenarnya rancangan kami nak pergi rumah semua cikgu.. Tapi tak sempat sangat sebab ceikgu-cikgu sekarang sebok teramat.. Jadi terpaksa aah lupakan hasrat murni tersebot.. Cuma sempat ke rumah Ayahanda Wazir, Pn. Salimah sama Pn. Asliza saja... Mintak maaf cikgu-cikgu lain yang tak tersampai kaki nak datang.. InsyaAllah, cuti akan datang sampai jugak lah... Seriously seronok bila dapat buat cikgu-cikgu happy.. Seriously puas dapat ingat mereka semua... Dapat terus ada dengan mereka... Seriously puas cuti kali ni.. Seriously emo nak balik hari tu. Seriously seronok ada dengan mereka semua.. Oke, cukup seriously saya... HAHAHA... Baik, entry neh tak berapa sempurna... Blogging mood 45%! Jadi mesti kau rasa bosan... Takyah aah tulis lagi kan? Kan? HAHAHA.. Iktakimas!

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus