Monday, July 13, 2009

REVOLUSI SEORANG TRANSFORMERS

Share
Petang tadi saya pergi mentengok Transformers.. Dan macam yang semua orang tahu, saya tidak suka Transformers sebab cerita itu bersifat memeningkan kepala otak.. Bila dua orang robot bergaduh, saya tak mampu mentafsir tentang kepala siapa kena sepak, tangan siapa kena pulas, serpihan badan siapa jatuh berderai, siapa pukul siapa, macam mana mereka beraksi, bagaimana mereka melakukan side kick dan back kick dan sebagainya.. Semua tak masuk akal dan berada di luar pemerhatian. Atau dengan kata yang lebih mudah, saya tak nampak sebarang pergerakan menarik selain pergerakan kelam kabut dan bersifat kepeningan. Ni siapa percaya memang tak tahu nak kata apa lah sebab saya sedang mentipu anda semua.. HAHAHAHA….

Saya mana ada masa nak mengusya Transormers.. Saya memilih intro bersifat transformers pon sebab roommate saya sedang mengarut dengan girlfriend dia pasal transformers.. Jadi tetiba nak update blog dan terhasil lah intro Transformers yang berjaya mentipu semua.. Kesian kau.. HAHAHA… Baru sekejap tadi saya berada dalam dilemma… Sama ada perlu mensambung MASTER atau bergerak dulu dengan IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN HAL EHWAL ANTARABANGSA… Seriously saya tak berapa arif sangat tentang masa depan course yang bunyi dia bersifat seram neh… Kalau tanya orang, mesti kata kerja jadi diplomat.. Pernah tak anda dari kecik sampai besar pernah bercita-cita nak jadi diplomat? Jawapan dia TIADA.. Cuba tanya kanak-kanak malah seorang student tingkatan enam pon tak pernah mengeluarkan perkataan Diplomat sebagai pekerjaan impian.. Sedangkan title diplomat tersebot pon kita tak pernah terfikir.. Kalau Sailormoon, Pokemon, Doremon, Ultraman Taro semua tu ada aah kan? HAHAHA..

Sebetulnya saya tak bercita-cita menjadi seorang DIPLOMAT sebab saya tak berminat… Tak pernah pulak dalam sanubari saya sikit pon terlintas untuk bergelar seorang diplomat… Sebab diplomat itu bunyi dia aneh.. Macam saya cakap tadi.. Diplomat adalah perkara aneh.. Bila bersifat aneh, bermakna saya tidak pernah menaruh harapan untuk menjawat jawatan tersebut… Memanglah nama dia macam gah sangat.. Tapi tak berminat.. Jadi dengan terhapusnya impian untuk bergelar diplomat, saya dengan ini bercadang untuk menjawat jawatan pensyarah… Ahh, sedih.. Sedih… Diplomat kan bergaya Hakim…. Pedulik apalah bukan.. Pekerjaan yang diceburi tanpa feel akan membawa ketidak ikhlasan.. Tak seronok… Baik kerja jadi seorang Transformers.. HAHAHA.. Seronok sikit buat orang pening…

Ohya, saya lupa buat pengenalan kepada semester baru… Jadi, semester neh berjadual padat.. Tapi kerana kebijaksanaan yang semakin menjadi-jadi, saya telah mengolah jadual berciri MALAS.. Apakah maksud jadual berciri malas? Maksud dia, jadual yang memilih kelas bersebelahan dari pagi sampai petang.. Takyah jalan satu kilometer ulang-alik setiap kelas.. Nanti pengsan tak dapat puasa.. HAHAHA… Jadi kelas saya setiap satunya adalah dalam jarak sejauh dua langkah.. See? Pemalas kan? HAHAHA.. Cukuplah dari semester satu berkejar-kejar dari satu kelas ke kelas lain yang jauhnya Astaghfirullahal’azim tak boleh dibayangkan.. Sekali hujan dah takyah fikir nak masuk kelas ke tidak sebab memang dah kenyataan nak jalan pon tak boleh.. Ni saya membebel apa ni kau faham ke tidak.. HAHAHA…

Semester ni jugak saya berhadapan dengan ramai foreign lecturer… Antaranya bernama DR. REI NAKAMURA.. Dia seorang perempuan mind u… Bukan pondan.. Eh, pondan pulak.. Bukan lelaki maksud saya.. Dia menyeronokkan sebab kadang-kadang ganas tarik mikrofon macam aah wire dia made in heaven tak boleh putus.. HAHAHA… Dan dia childish sikit.. Err.. Maksud saya berperangai keanak-anakan.. Tak, bukan maksud saya dia masuk kelas menangis-nangis nak lollipop ke apa, maksud saya perangai dia sangat ngam dengan kami…. Konon tak pandai sangat English tapi cakap macam Obama punya fluent.. HAHAHA… Mengajar subjek NATIONALISM AND ETHNIC CONFLICTS IN THE INTERNATIONAL SYSTEM.. Serius seronok kelas dia…

Lagi, seorang lecturer bernama Jan Stark, warga Jerman, seorang transformers tapi comel.. Bila bercakap suka mengibaskan kedua-dua tangan dia separas dada.. Dengan saiz badan yang menakjubkan, serius comel. Jadi student perempuan akan teruja sekali macam monkey dapat flower.. HAHAHA.. Boleh bercakap dalam 5 bahasa termasuk bahasa Melayu.. Bersuara.. Err.. Macam apa nak cakap ntah.. Kau pernah cakap dalam tong tak? Baik, suara dia lebih kurang macam tu jugak.. Susah sikit nak faham.. Sebab tu saya cakap macam dia neh Transformers.. Tapi kelas dia pon seronok.. Tapi kesian sebab macam cakap sorang-sorang.. Ya, kadang-kadang bersimpati jugak… Tapi apakah daya saya utnuk mentolong dia bukan..? Mengajar POLITICAL THEORIES dan setakat ni masih tak berapa faham sangat.. Ya Allah, bahaya…

Lecturer-lecturer lain bertahap biasa-biasa saja.. Tapi kenyataannya, belajar dengan foreign lecturer lebih senang dapat markah dan menseronokkan hati.. Sebab mereka tak sombong.. Serius.. Lecturer Melayu kebanyakannya suka menonjolkan diri sebagai KILLER, dan mengharapkan semua student memandang tinggi kedudukan mereka kemudian memandang rendah pada student.. Suka mematikan semangat student… Tapi dengan foreign lecturer, walaupon pangkat Profesor, tetap cool dan friendly… Belajar pon seronok, tak tertekan… Setiap kali kelas mesti semangat tinggi aah… Nak borak pon tak segan…. Baik, cukup.. Nanti tak berkat ilmu.. HAHAHAHA…

Rasanya cukup update hari neh.. Minggu neh ada 2 program besar.. Program bersama Perdana Menteri esok, dan program ke Perak Khamis neh.. Insya Allah it will be update in my blog later.. TQ.. Eceh, sejak-sejak berkawan dengan lecturer foreigner dah pandai speaking London dalam blog.. HAHAHA… Eh, magik MENGORAT LECTURER dah menjadi sikit… HAHAHA.. Selamat Malam..

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus