Thursday, September 2, 2010

ENTRY TERGENDALA

Share
Psst~: Untuk makluman, entry ini ditaip sejak seminggu yang lalu. Kerana kecetekan idea dari penulis, maka entry ini lambat terpublish. Kerana itu juga, entri ini berkualiti rendah. Saya tidak memaksa sama sekali anda membaca entri tidak bermutu seperti ini. Tetapi....., cubalah baca kot-kot menambat hati.. Heh.. Loser.~

Beberapa minggu yang lepas saya terpaksa berhempas pulas mendapatkan tiket bas. Biasa lah, bila sampai time raya, sumpah semua orang jadi histeria dengan tiket.. Dapat tiket pon histeria, tak dapat tiket lagi lah histeria macam gila. HAHAHA.. Sebab apa? Sebab kau kena faham, tiket di musim perayaan memang ber’value’ tinggi mengalahkan emas. Cuma dia tak boleh dipakai bergantungan di leher. Emas boleh. Kalau nak tiket bergantungan di leher masih boleh sebenarnya, cuma anda perlu rela lah orang pandang anda macam orang tak cukup sifat. Ada lagi perkara yang boleh buat anda nampak macam tak cukup sifat. Macam buat introduction tak berapa nak berhemah macam ini. Annoying sangat.



Oke, tempoh hari yang entah bila tempoh dia, saya baru saja mendapatkan tiket Sani Ekspress. Lama gila ‘usya’ tiket raya. Sebab sangat-sangat surprising bila tiket raya semua habis sebulan awal! Cuma tinggal Sani Ekspress yang masih belum bukak tiket. So sekali bukak, saya terus rembat 2 seats. Ya, 2 seats, satu untuk saya, satu untuk beg saya..... Tak lah, tak lah, satu untuk rakan taulan. HAHAHAHA. Alhamdulillah, Sani Ekspress dah bukak kaunter dalam UUM. Jadi macam tak payah bersusah payah nak berkejar-kejaran dekat Shahab Perdana. Tapi kalau tiba-tiba tragedy lembu pink (sila klik SINI untuk baca) menserang macam dulu, tak payah lah mimpi nak beli dekat UUM.. Baik buat langkah bijak menserbu Shahab Perdana sekali lagi. T_____T

Setakat ini Ramadhan di UUM sangat rancak..., dan menjimatkan. Setiap hari juadah berbuka adalah seperti berikut:

1. Roti Jala
2. Keropok Lekor.
3. Popiah goreng
4. Kuih Bengkang.
5. Roti John.
6. Ayam percik.
7. Apam Balik.


Anda boleh pilih 3 dari 7 hidangan di atas. Saya rotate saja 3 hidangan setiap hari. Saya tak turun ke bazar. Sebab bila saya turun ke bazaar, rakan-rakan saya kata saya menakutkan. Saya nampak nasik nak beli nasik, nampak ayam nak beli ayam.. Nampak ayam nak beli ayam.. Nampak ayam nak beli ayam. Tentu anda faham kenapa saya sebut ayam 3 kali sebelum makanan lain. HAHAHAHA. Jadi daripada saya membiarkan duit saya menyerah diri di tangan para penjual, lebih baik saya cuma menyerahkan RM4-RM5 kepada rakan-rakan saya buat kirim makanan di bazaar. Selain boleh mengekang nafsu mata, langkah ini juga dapat menjimatkan tenaga. Sementara mereka membeli, saya melayan Need For Speed di bilik, memandu CLK 500 merempuh road block. HAHAHAHA.. Okay, move, move..

Restoran Muara Ikan Bakar. Tiba-tiba ada orang booking saya untuk ke sini. Tapi tak tahu jalan. HAHAHA.. Tak tahulah. Sebenarnya dah lama jugak mengidam ikan stim. Cuma tak berapa larat sangat dompet neh nak ke sana. Heh... Tapi tak apa.. Demi mu, kan ku usahakan wahai.., Ikan Stim.. Cuti nanti akan cuba ke sini. Kalau jadi lah. Kalau tak? Popeye’s Louisiana Chicken saja.. Huhuhu... Tak pernah rasa? Serius ayam dia better dari KFC.. Ayam KFC kering sekarang.. Tapi ayam Louisiana Chicken neh lembut dan juicy.. Selalu menambat hati saya dah keluarga.. Ewah-ewah... Padahal keluarga sendiri tak pernah rasa.. T____T Cubalah rasa fast food yang maseh aneh ni...



(Part ini baru update sekarang)*****************************

Saya sebenarnya baru lepas sahur. Teringin bersahur dengan penuh gaya, mutu dan keunggulan makan Chicken McDeluxe.. Tapi... Tapi... Tapi.... Tapi entah dari mana.... Tiba-tiba semut menserang tanpa jejak.. Bukak-bukak saja ternampak semut sebatalion menserang burger tersebut.. Serius rasa nak sumpah mereka menjadi JABULANI. T___________T Tapi tak apa.. Saya redha.. Semut pon nak rasa murah rezeki.. Walaupon haram, tapi undang-undang tak pernah wujud dalam diari seekor haiwan dan serangga. Akhirnya saya makan apa? Makan donut hodoh tapi boleh tahan sedap.. Adeh...

Okay, hari ni akan bertolak pulang ke kampong halaman.. Rasanya dah enam bulan tak balik............. Okay, tipu.. Jangan percaya.. HAHAHA.. Dah sebulan tak balik.. Dan sekarang sumpah excited nak berpuasa di kampong halaman.. Ohya, saya sudah di’booking’ secara hebat dan dahsyat. Maksud saya, tiada kekosongan hari, kecuali hari-hari saya tidak mahu diganggu seperti hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan hari minggu.. HAHAHA.. Tak lah, tak lah.. Maksud saya hari-hari di mana jumlah ahli keluarga di rumah melebihi 10 orang, maka pada hari itu saya tidak melayan segala permohonan keluar.

Align Center

Ehem.. Baiklah, bas akan bertolak jam 10 malam.. Dijangkakan akan tiba di Klang Sentral jam 7 pagi esok.. Tak dapat sahur di rumah.. Tak apa, masih gagah sahur di R&R Sungai Perak. Makan mee rebus pastinya.. :D Kalau anda rasa berada di R&R yang cantik dan canggih manggih, itu lah Sg. Perak punya R&R.. Sila cuba mee rebus dia yang enak.. Jangan lah ngada-ngada nak makan nasik lauk campur.. Memang lah heaven.. Tapi nak bayar dia sangat hell.. HAHAHA.. Mahal gila I tell you. Jadi saya nasihatkan, jangan. Kecuali anda willing to spend your money untuk ikan masak asam yang tak berapa hebat rasa dia.. Silakan.. :)

Cukup lah kot rasanya membebel entah apa-apa untuk entri tak berapa bermutu. InsyaAllah saya cuba bawakan update yang menyeronokkan sepanjang perjalanan pulang termasuk gambar-gambar dan sebagainya di FACEBOOK.. Semoga terhibur hendaknya... Sekian terima kaseh.

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus