Thursday, July 30, 2009

FENOMENA 'SI MERAH JAMBU'

Share




Klik gambar untuk paparan lebih besar.. Gambar-gambar ini tiada kena mengena dengan fenomena yang dimaksudkan. Ini cuma gambar waktu KLK di UTP Tronoh Perak beberapa minggu lepas.. Kenapa saya letak di sini padahal takda kaitan dengan entry? Sebab saya rasa kesian sama blog tak berseri langsong takda gambar.. HAHAHA.. Baik, sekarang saya akan cerita tentang fenomena yang dimaksudkan.

1,2,3.. MULA!

Anda pernah mentengok filem I’M LEGEND? Anda tahu betapa kelam kabutnya keadaan tersebot..? Anda tahu macam mana perasaan tetiba tengah bawak kereta, jalan jadi pack gila lepas tu tetiba ada zombie terhempas pada cermin depan kereta anda..? Anda tahu betapa stressnya keadaan tersebut? Bayangkan bila perkara seumpama itu berlaku di kolej kediaman anda akibat virus SELESEMA BABI. Nasib baik aah takda tengah naik kereta tetiba ada BABI terhempas pada cermin depan kereta.. HAHAHA... Kalau tak mati aah kena samak kereta orang.. HAHAHA... Saya sediakan kronologi peristiwa yang jarang berlaku ini..

3.30-4.00 petang.

Fenomena SELESEMA BABI yang semua orang tahu telah melanda UUM dengan tetiba dan sangat dahsyat.. Jam 3.30 petang, saya sampai kolej dari kelas POLITICAL THEORIES.. Dah ahh rasa nak pitam semua.. Baru saja baring tak sampai 1 jam.. Baru saja lelap mata nak masuk mimpi indah... Tetiba jiran-jiran saya terjerit-jerit.. Tak, mereka bukan sawan babi ke apa.. Mereka sedang mensambut pengumuman UUM cuti seminggu.. Dan sedang bergegas ke Shahab Perdana membeli tiket.. Saya? Saya sedang stress gila sebab baru semalam saya pergi beli tiket balik untuk cuti semester 13 haribulan nanti.. Serius stress.. Dan bukan saya seorang stress, jiran-jiran lain juga stress.. Budak Kelantan sebelah bilik yang tak pernah bertegur sapa tetiba tanya tiket dia boleh tukar ke tidak.. Ah, kelakar lah kau.. Ingat aku jaga kaunter bas ke apa?

6.00 petang.


Saya dan dua orang rakan pergi keluar menyertai rombongan ribuan pelajar lain pergi ke Shahab Perdana. Menunggang kereta.. Err.. Maksud saya memandu kereta... Pada waktu ini, fenomena tersebut terlihat sangat menarik.. Kereta berderet-deret keluar dari gate utama... Ada student bawak beg besar macam dah tak nak balik kolej dah.. Ah, student sem satu memang macam tu.. Saya juga merasainya dulu.. HAHAHAHA.... Di Changlun, kejadian jammed yang luar biasa berlaku.. Saya cuba mencari jalan pintas dalam sebuah taman perumahan.. Ni kerja bodoh lah sebab tak jumpa jalan.. Akhirnya keluar semula pergi beratur jugak dengan kereta-kereta lain.. HAHAHA.. Tak guna punya taman perumahan.. Baik kau buat kota sesat ke apa, seronok sikit.

7.00 petang.


Berada di Jitra.. Bergaduh sama pihak Pancaran Matahari melalui telefon.. Sekejap tadi kata, tiket boleh tukar, sekejap lagi kata tak boleh tukar.. Stress waktu neh memang maksimum.. Berperang dengan masa takut tiket ke KLANG habis sebab semua orang berpusu-pusu nak beli. “Tak kira boleh tukar ke tidak, kami nak booking jugak tiket untuk esok!!!”. Dia kata kena datang office.. Rasa nak terajang dia.. Rasa nak terajang dia... Keadaan-keadaan lain di sekeliling menambah rasa stress... Bawak kereta selaju 130km/j... Tetiba kena block dengan Avanza yang dibawa lemah gemalai punya laju.. Ahhh!!! Kalau lah Satria hijau tersebut ada Machine Gun sure kena shoot tanpa belas kasihan sama saya... Traffic light pulak sangat berperasaan dengki semua tunjuk muka merah.. Ah, peduli apakah.. LANGGAR SEMUA!!! LANGGAR!! LANGGAR!! HAHAHAHA!! Perlu diingat, usaha mendapatkan tiket ketika ini adalah sebuah pertarungan super hebat! Adik-adik, jangan buat perkara ini di rumah...

7.30 malam.


Sampai di Shahab Perdana, Alor Setar.. Nasib baik ada parking.. Kalau tidak sure parking kawasan bas.. Pedulik apa.. Darurat. HAHAHA... Kami bergegas ke kaunter Bas Ekspress Pancaran Matahari.. Keadaan dalam stesyen tersebot sangat mengujakan... Agen-agen bas yang selama ini terjerit-jerit carik costumer terdiam.. Student UUM tak memandang sesiapa lagi... Semua berlari dari satu kaunter ke kauter yang lain... Saya sampai di kaunter 17.. “Kak, nak tukar tarikh tiket 13hb ke 27 haribulan.Esok.”.. Kakak tersebut bermuka pelik tetiba... 3-4 student cina asyik potong barisan nak beli tiket.. Dah aah rude... Aku penampar jugak nanti karang mereka neh... Pergi aaah carik shortcut dekat taman perumahan.. HAHAHAHA... Kami terpaksa tunggu... Tunggu bos dia lahh... Tunggu stesyen Butterworth lah..

8.00 malam.


Keadaan semakin sesak... Memang pack dengan manusia. Student dah mula ada yang hilang pertimbangan.. Semua mengamuk dah tak dapat tiket... Ohya, lupa mengkasi tahu anda.. Saya pada ketika itu belum lagi mandi sejak dari kelas tadi.. HAHAHAHA... Apalah nilai mandian tersebut kalau dibandingkan dengan tiket? HAHAHA... Jadi dengan keadaan sesak sebegitu, mestilah badan saya berbahang-bahang.. Otak dan hati pon sedang berbahang sebenarnya... Mentunggu bos dia tak sampai-sampai.. Kalau sekali sampai kata tak boleh tukar, memang saya bakar dia sekali... Bagi dia berbahang sekali... Ah, emo lah saat dan waktu neh... “Akak, Ipoh ada tak? Akak, Puduraya? Akak, Shah Alam ada lagi tak?”.. Ah, pening.. Pening...

8.35 malam.


Akak kaunter suruh pergi office.. Bergegas pergi office seberang jalan sana.. Berjumpa dengan encik misai.. Ya, saya tak tahu nama dia.. Pedulik apakah siapa nama dia.. Yang penting tiket saya tertulis CHANGLOON-KLANG, 27 Julai 2009, 8.45 PAGI, dan bukan 13 Ogos 2009 lagi. Encik Misai berusaha mentransfer tarikh sambil membebel.. “Ni sepatutnya tak boleh tukaq dah ni.. Dah beli tak boleh tukaq.. Kami rugi.. Ampa lain kali beli biaq betul-betul.. Kalut la lagu ni nooo..”.. Ah, aku sepak dia karang.. Bising pulak.. Macam aah aku nak sangat kelam kabut tukar tarikh.. HAHAHAHA... Terpaksa lah.. Akhirnya berjaya..... Tarik nafas lega... Hulur sepuluh ringgit caj tukar dua tiket dan balik..

Di Changlun keadaan semakin meriah macam nak balik raya... Di DPP BANK RAKYAT juga meriah tak terkata... Di depan kampus utama bas dah berlonggok dah.. Tinggal letak helicopter sebijik dua, jadi aah cerita I’M LEGEND.. HAHAHA.... Lepas tu letak lembu-lembu ‘pink’ berkeliaran sekitar kampus.. Baru aah fenomena kan? Kan? HAHAHA.. Annoying gila.. Apa-apa pon peristiwa 26 Julai sangat berperasaan keliru.. Antara gembira balik cuti, dan tak seronok cuti kelam kabut.. Dan... Baru dua hari lepas saya terima SMS dari seorang JPMK yang berbunyi; “Salam.. Dimaklumkan cuti mid sem 14 hb tetap ada. Jadi students bolehlah bercuti macam biasa. Kuliah yang ditangguhkan minggu ini akan digantikan pada cuti minggu ulangkaji nanti. Harap maklum, sebarkan.”.. PANCARAN MATAHARI!! Aku nak tiket aku balikk!!!!!!! Huaaaarrgghhh!!!!!!! Tekanan!

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus