Showing posts with label Result. Show all posts
Showing posts with label Result. Show all posts

Monday, January 10, 2011

MAGIK MENJADI!

Share


Semalam telah berlaku sebuah magik. Bila fikir-fikir balik sepanjang semester 5 macam tak berapa nak lancar keadaan dia, mulalah kaki tangan sejuk bila nak tengok result.. Tapi orang kata kadang-kadang hidup ni lebih kepada perkara-perkara yang tak dijangka.. Dan memang betul pon.. Semalam cuma dapat membayangkan; "Kan best kalau bukak-bukak portal tetiba nampak pointer seorang student dean list tertepek dekat situ".. Lepas tu mengeluh panjang.. Mood pon tak berapa galak nak update belog atau berbelogwalking.. Tapi petang semalam bila tengok result..... EH? Okay ini review setiap subjek semester 5...

1. International Law - Dulu masa mula-mula dengar subjek ni, rasa macam; "Astaghfirullahal'azimmmm!!!".. Itu semester satu lah.. Gerun gila.. Tapi bila dah semester 5, macam redha lah kan.. Kau nak gerun macam mana pon, kena ambik jugak.. Tapi international law sebenarnya interesting dan memang saya suka law tapi tak dapat course law sebab pemeriksa STPM bagi C subjek sejarah.. T____T Saya terror sejarah okay.. Ini semua silap pemeriksa.. Ini serius.. Tapi tak apa, atleast boleh belajar Int. Law dan mencatat gred B+.. Thanks a lot Puan Nik dan.. Err.. Okay, move.. (Lupa nama lecturer ganti.. T____T)

2. International Political Economy - Subjek berteraskan ekonomi yang diajar oleh Dr. Christopher Wylde. Seorang lecturer import dari United Kingdom. Sebab dia neh lecturer Eropah, jadi saya aspect dia ni mesti letak high expectation dengan semua orang.. Jadi sebab itu saya rasa macam class dia sungguh stress, padahal sebenarnya fun. Stress sebab presentation kena cerita pasal ekonomi sedangkan otak saya tak pernah tercatat perkataan EKONOMI sebelom neh.. Finally present jugak tajuk Currency Manipulation of China.. T_____T I worked really hard untuk subjek neh dan entah berapa kali pergi bilik dia bincang presentation... Alhamdulillah, he gave me A-.. Hee...

3. Political Economy of Malaysia - Err.. Class ini sungguh fun sampai tak pernah tahu belajar apa.. T_____T Fun kan? Setiap kali kelas cuma boleh fokus selama 5... minit. Lepas tu mula selak KOSMO atau Berita Harian.. Cuma naseb baik lah assignment dia yang 80 pages tu suruh cerita pasal PROTON.. So boleh la rasanya nak kumpul markah secara pukal.. Ini pon kena work hard jugak sebab nak dapat markah indah-indah.. Alhamdulillah, i got A.. Bulat-bulat punya A.. Oh, i love Proton.. Eh, I love Dr. Noor Al-Huda AHAHAH...

4. Political Economic Risk Analysis - Berdepan lecturer penuh emosi memang buat kita meruntun jiwa.. T_____T Okay lah, kita assume dia seorang mejar, jadi kena tegas.. Fine.. Blur jugak dalam kelas neh.. Cuma bila dah dekat exam, bila tengok soalan-soalan lepas, macam.. Eh.... Apa hal semua benda ikut logik? HAHAHA.. Seorang student IPT bila suruh ikut logik memang suka! Jadi bergorengan lah saya dan rakan-rakan berbekalkan pengetahuan sedia ada.. Hoyeah! A-!

5. Seminar of Diplomacy and International Relations - Dr. Abdissalam. Sesetengah orang panggil dia angel sebab selalu bagi gred cantik-cantik.. Seriously dia baik, tapi mengajar sepantas superman.. Tapi paling sakit hati bila presentation cuma sempat baca 1 slide je daripada 10 slides lepas tu suruh berhenti.. Marah betul rasanya.. Tapi tak cukup masa, nak buat macam mana. T___T Konklusinya saya tak berapa faham, so terpaksa jawab exam suka hati.. Cuma sebab dia 'angel', dia bagi B. Eh, saya target A paper dia.. T____T Ini nama dia target tak sedar diri...

6. Sovereignty and Globalization - Dr. Abdissalam jugak mengajar. Manusia somalia neh gigih betul. Saya bentang isu "Sports and Globalization" tapi macam tak berapa sungguh-sungguh sebab mesti dia suruh bentang ala kadar punya.......... MEMANG! T______T Tapi tak apa.. Dapat B+.. Isk...

7. Spanish II - Saya suka subjek ini berjuta-juta lemon! Setiap kali class mesti dengar cerita macam mana dekat Spain, macam mana culture, macam mana orang Spain makan.. Paling best class neh pernah cuti satu bulan.. HAHAHAHA.. Cik Masni memang cool.. :p Waktu exam memang rasa lemah semangat sikit mengenangkan Spanish I cuma dapat B-.. Tapi Alhamdulillah berkat usaha gigih study last minutes (Blerrgghhh!!) dapat jugak A-..

8. Living in Multi-cultural Society - Ni tak payah cerita sangat.. Cuma cakap; "Auntie, i want A!" so then dia cakap "Okay!" dan tercatatlah A dalam slip result exam saya.. Thanks Dr. Badria p. Makol.. Tapi tak masuk dalam pointer.. Tak payah argue.. HAHAHAHA.. Husband dia pon pernah ajar saya dalam Political Theories.. Germany dan sangat niceee sebab bagi A-.. Thanks to both of you.. :D

Alhamdulillah dapat result yang memberangsangkan, cemerlang, gemilang dan terbilang.. Beyond my expectation.. Rezeki Allah nak bagi.. Dan rakan-rakan se-UUM pon rasanya ramai dapat dean list.. Congrats to all yaaa.. Semoga semester 6 boleh dapat 3.8 above.. :D Yang tak dapat.. Come on, 'magic' is everywhere..

Friday, December 19, 2008

Result!

Share
Gila kau!! Terasa sangat-sangat gila kentanglah tunggu result exam yang takmo timbul-timbul. Mimpi-mimpi segala macam benda.. Mimpi saya punya Diplomasi yang macam sangat tak guna... Mimpi pointer gila sikit nak mati... Arrrhhh!!!! Tekanan jiwa oke? Lagi-lagi Diplomasi yang memang saya tak tahu satu habuk sekalipun... Saya takda belajar dalam kelas Diplomasi... Dan... Lecturer pon takda ajar saya... Atau saya memang tak tahu belajar Diplomasi.. Apa-apalah... Yang saya tahu, saya memang lemah semangat sama diplomasi.. Itu subjek gila susah dan blur tahap dewa i tell u.. Tak tahu apa-apa.. Saya ulang TAK TAHU APA-APA walau sekecik kuman sekalipon.. Serius oke!!?

SEKALI RESULT KELUAR.... Dan saya... LEPAS TARGET 3.++!!!! Yahoo!!! Miracle!! Miracle!! Tambah-tambah lagi ajaib, Diplomasi saya 'B'!! Ahahahahahahah!!! Alhamdulillah.. Kerja gila keras saya berhasil... Satu hari sebelom exam, saya cari-cari maklumat.. Sampai tido-tido depan pejabat, menggadai maruah dan sifat malu secara sangat tak tahu malu... Kau orang sanggop tidur depan pejabat sambil disaksikan orang yang lalu lalang balik exam sambil berbisik-bisik " Gila kaa dia tidur sini.. Bilik takda katil kaaa?"?????? Itu satu penggadaian reputasi paling agung oke?? Semua kerana Diplomasi.. Oi budak INTAFF, pergi ambil Diplomasi... U gonna be sick i tell u... For sure.. Hahahahaha.. Baca buku banyak-banyak oke?? Cakap sama En. Musafir Kelana (Nama dia gila klasik kan?), tolong improve your english.. Orang Malaysia tak faham English kamu.. Adoi laaaa.... Dia lecturer bunga-bunga... Serious!

Tak dapat dekan... Saya ada 2 paper sem 2 yang saya ambil secara mengada-ngada untuk sem 1. Gila tough oke?? Memang mencabar minda laa... Bila dapat B, memang satu kebanggan tahap kembang mengembang lah i tell u.. Gila bangga... Tatahan laaa rasa macam gila bijak bestari saya ni.... Ahahahaha... Tak bley blah... Besok ada class mengarut dari pukul 8 pagi, sampai 5 petang... Saya tak tahu itu class kaaa, seminar kaaa, kursus motivasi kaaa.... Gila lama... Harap maaf lah kalau saya kemalasan mo update blog... Bizi oke? Penat tak terkata jalan kaki balik class... Iktakimas!~

Untuk pengetahuan umum. Tak nak tahu sudah..

Saya tiada walau satu pon buku diplomasi... Saya tak pernah teringin mo tanya kawan pasal diplomasi kerana mereka juga mempunyai tahap pengetahuan tahap 'TAKTAHUAPA-APA' terhadap subjek DIPLOMASI... Bertanya kepada mereka umpama bercakap sama dinding konkrit yang tak tahu bercakap berfikir dan berkata-kata. En. Musafir Kelana adalah seorang Indonesia yang mengajar subjek ini secara berbunga-bunga dan haram jadah difahami.. Beliau juga umpama mengajar 40 buah dinding konkrit yang kesemuanya tidak mampu memproses english tahap oxford fajar bakti beliau... Kelas beliau adalah kelas paling liat untuk dihadiri. Bila beliau ketawa, kami ketawa tanpa mengetahui apa butir-butir ketertawaan beliau... Bila dia tanya, kami tertunduk konon malu padahal sebenarnya kami tak tahu dan tak mahu jawab soalan beliau. Secara konklusinya, nilailah sendiri tahap keterukan perasaan dan jiwa raga saya terhadap subjek ini.. Dan gred B adalah pencapaian gila bijak pandai saya. SAYA BANGGA JADI ANAK MALAYSIA!! Ahahahahah...

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus