Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Monday, January 23, 2012

KENAPA MESTI PEREMPUAN MELAYU?

Share
Rata-rata lelaki mahukan calon isteri Melayu. Maksud saya tentulah lelaki yang dimaksudkan itu lelaki Melayu. Kalau lelaki bukan Melayu suka perempuan Melayu nak dijadikan isteri, itu boleh jadi malapetaka.. T__T Tapi tak hairan lah sebab sekarang perempuan Melayu dah tak boleh di'recognize' sangat keMelayuan dia. Jadi kalau tetiba kau kena propose dengan India, jangan salahkan ibu mengandung. Dosa tahu?



Baiklah, lelaki yang mahukan perempuan Melayu sebenarnya bukan saja mendambakan perkataan Melayu dalam kad pengenalan semata-mata. Tapi dia juga mengharapkan identiti dan nilai-nilai Melayu yang wujud dalam diri seorang perempuan pilihan. Kalau lelaki pilih seseorang perempuan Melayu, tetiba perangainya tak semenggah seperti Lady Gaga mestilah stress nanti dibuatnya. Apa pula kata mak mertua mendapat menantu kurang siuman perangainya. Bala, bala.. Baik, hari ini saya bawakan nilai-nilai kemelayuan yang didambakan lelaki.. Atau sekurang-kurangnya didambakan oleh saya. Klik Read More sekarang..

1. Lemah-lembut.

Kelembutan adalah senjata utama perempuan Melayu. Tanyalah mana-mana lelaki pon, bila berhadapan dengan perempuan lemah-lembut neh memang boleh menggoncang jiwa habaq hang. Lemah-lembut perempuan ini memang senjata paling hebat untuk memusnahkan kekerasan jiwa lelaki. Sebab tu kalau gaduh dua orang, jangan lah gunakan kekerasan berbentuk lontaran pinggan mangkuk, parang, periuk, belanga, pasu bunga atau peti ais. Silap-silap anda dilontar pula dengan motorsikal atau rim 18 inci daripada spare tyre.. Seeloknya lontarkanlah kata-kata yang lembut didengar dan redha bunyinya. Kau tahu tak pahala dia macammana punya banyak bila taat pada suami...? Kau tahu tak betapa bersyukurnya lelaki bila ada isteri yang selalu memberikan senyuman dan sapaan paling lembut? Tahu tak betapa seronoknya rasa ada isteri yang kata-katanya membelai jiwa? Lahaii stress lah fikir macam ni.. Bila nak kawen... T__T

2. Pemalu

Pemalu ni lah yang paling kritikal sekali dalam kelompok perempuan Melayu sekarang. Mana lagi nak cari perempuan yang tidak melalak-lalak bila ada dengan kawan-kawan? Mana lagi nak cari perempuan yang gagah menyimpan rasa bila dirinya jatuh hati atas dasar malu? Yang pergi bertumbuk belakang sekolah sebab lelaki ramailah. Ya, mungkin gaya kehidupan yang lebih terbuka mendorong kepada terhakisnya perasaan malu. Tak apa lah, kasi chance lah bila dekat sekolah ada hari sukan, boleh jugak nak melalak. Tapi kalau dalam kelas orang tengah khusyuk belajar tetiba yang seorang ni melalak tak tentu hala, kau bolehlah humban dia dari tingkat empat. Itu dah kira GILA hukum dia. Percayalah, sifat malu ini selalu menjadi kebanggaan para suami.. Kalau kau pakai skirt sejengkal dengan rambut macam orang utan diserikan dengan singlet, jangan claim kau ni pemalu.. Aku tumbuk karang pedulikapadayyusketidak.

3. Merendah diri

Kalau kau jenis katik, itu sebenarnya belum cukup untuk ditakrifkan sebagai merendah diri. Merendah diri dalam konteks ini melibatkan jiwa yang sentiasa bersederhana. Yang ini pon memang susah nak cari dalam kehidupan urban sekarang. Rata-rata perempuan semuanya nak setanding dengan lelaki kononnya tak nak dicop sebagai golongan yang lemah. Kalau kau boleh hayati lirik; "Sedarilah insan istimewa, bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan, bahkan sebagai hiasan kecantikan.." mesti kau akan faham kenapa merendah diri dan menjadi lemah lembut itu adalah senjata paling hebat untuk perempuan. Sebab tu jugak kau akan faham kenapa lelaki yang beristerikan perempuan yang selalu merendah diri ini lebih berbangga dalam rumah tangganya.

4. Fesyen.

Eh, kenapa point ni berbunyi agak tersasar dari tajuk? Apa, kau ingat fesyen Melayu ni takde class? Tolong sikit. Kau ingat perempuan pakai kebaya tu tak cun melecun? Kau ingat pakai baju kurung tu kampung? Dan siapa berani kata pakai kain batik tu sungguh ketinggalan? Tau tak betapa cantiknya orang pakai kebaya dengan cara yang betul? Jangan lah tengok orang pakai kebaya macam tak cukup kain, itu boleh buang ke tepi.. Siapa kata pakai kain batik tak power? Kombinasi lemah lembut, pemalu dan merendah diri dengan kain batik memang superb, denngan syarat dia tahu jugak buat kerja rumah. Kalau pakai kain batik tapi kerja dia tidur sepanjang 12 jam di siang hari, maka adalah lebih baik lelaki memperisterikan kuda belang atau keldai. T__T

5. Agama

Paling utama. Melayu dan Islam cukup sinonim. Nilai yang disarankan Islam dengan nilai dan norma masyarakat Melayu sungguh padan. Kalau lelaki memilih perempuan beragama, maka kemungkinan amat besar untuk dapat sekali pakej 4 point di atas. Soalnya, berapa ramai? Berapa ramai yang menjunjung nilai agama dalam kehidupan, dan berapa ramai yang bersedia menempuh kedewasaan dengan nilai agama yang telus dah kukuh? Berapa ramai yang duduk dalam office dan tak pernah tinggal solat? Berapa ramai yang bersedia berkerja dan menjaga solat? Berapa ramai yang keluar shopping tapi tak pernah mengabaikan solat? Jawapannya TAK RAMAI.



Bila mengutarakan entry seperti ini, maka akan ada perempuan-perempuan yang mempersoalkan pula kedudukan lelaki. Maka pada saya, lelaki jugak harus ada nilai-nilai di atas. Terutamanya nilai AGAMA kerana lelaki itu sendiri akan memimpin; "Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok, jika datangnya dari kayu yang bengkok, begitulah peribadi yang dibentuk..." Jadi untuk lelaki, persiapkan juga diri masing-masing sebagai lelaki Melayu untuk mendapat perempuan Melayu. Persiapkan diri dengan agama jika mahupan prempuan beragama. Dan faham memahamilah akan kehendak dan keperluan masing-masing, kerana sesungguhnya hak itu ada bahagian-bahagian yang telah ditetapkan.

"Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka jugak berhak diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina" - Khutbah Terakhir Rasulullah SAW, 9 Zulhijjah tahun ke-10 Hijrah, Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Sekian.

Friday, January 14, 2011

MERANTAU DI NEGERI ALIEN

Share
Saya maseh ingat buat pertama kalinya dalam sejarah hidup menerima mesej tawaran melanjutkan pengajian ke IPTA.. "Tahniah! Anda ditawarkan tempat di Universiti Utara Malaysia, kursus UP11 (Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa)".. Lepas tu menjerit bukan main hepi go lucky lah kan.. Tetiba macam ada petir dalam minda "KABOMM!!"; "Erkk!! UUM?! Kedah!!?" T______T Perasaan gembira tiba-tiba tak mampu merawat hati yang dilema.. Jauh gila kena campak dekat Kedah... Tapi kena gagah jugak, bagi tahu bunda dapat masok U.. Bunda apa lagi terus cakap; "Ambik duit bawah karpet tu pergi beli laptop" KAH KAH KAH.. Bunda excited bukan kepalang, tak faham anak dia nak pengsan dapat tahu pergi Kedah.



Tapi dilema semakin hilang bila dah mula men'shopping' beli bara
ng keperluan..Seminggu saja okay persediaan dia.. Selama seminggu tu memang dah menyumpah lebih seratus kali entah apa punya sistem bodoh gila bagi masa.., seminggu nak siap merantau.. Naseb baik ada kakak dan abang yang banyak. Kalau dibuatnya tak ada abang kakak, entah-entah dahbuang surat tawaran pergi toreh getah.. T_____T Shopping memang seronok sebab cuma sumbat saja apa benda yang terlintas dekat anak mata, tak payah risau duit.Heh! (Setakat ini maseh merasa kaya).

Sehari sebelum hari pendaftaran, saya dah bertolak dengan keluarga ke Kedah Darul Aman. Dan sejak dua hari sebelum bertolak pesanan paling popular yang hinggap dekat telinga ialah; "JANGAN CARIK MAKWE!".. Fine.. Fine... Fine.. Tak kasi chance langsung.. HAHAHA. Perjalanan ke Kedah adalah bosan.. Tak ada kehidupan, tak ada pemandangan, tak ada apa-apa.. Dan otak dah mula terbayang-bayang kehidupan pertama tanpa keluarga.. Tak sedih, tapi janggal.. Cuma satu perkara saya doa, janganlah ber'roommate'kan bukan Melayu Memang mati.. T____T




Sepanjang perjalanan si gajah sedih neh asyik tanya; "Acik nak nanges eh".. Bila jawab; "TAK".., dia jawab; "Eleh tipuuu.. Tu mata dah kecik dah tu tu tuuu...".. Padahal mata memang seumur hidup mata tak pernah besar.. Terasa nak bagi penampar tap
i terasa kerdil saja muka dia.. Takut nanti mati tak pasal-pasal.. HAHAHA... Entry si gajah sedih boleh dilihat di sini, sini dan sini..

Perjalanan 8 jam memang meletihkan siap boleh sesat ke Jitra padahal nak pergi Hotel Seri Malaysia dekat Sungai Petani which is 1 jam perjalanan dari Jitra. Dekat sini dah mula rasa janggal sebab dah nampak plat kenderaan dari huruf 'K' dan terasa sangat tak famous amos.. HAHAHA.. Lagi best siap nampak plat Thailand.. Sedih gila.. T____T Rasa macam nak kena jual. Sampai dekat hotel, saya mula bermuhasabah diri sebab terasa dunia macam dah nak hilang esok hari.. T____T Sekarang semua nampak aneh....



Dan memang hilanglah dunia dari pandangan saya sebaik masuk ke Pekan Changlun keesokan harinya, which is bagi saya pekan paling tak ada kehidu
pan sepanjang 20 tahun hidup di bumi Tuhan.. T______T Masuk saja jalan menuju UUM memang dah terdetik dalam hati; "Ini kalau nak lari pon fikir empat belas kali".. HAHAHA.. Memang hutan belantara I tell you... Cepat-cepat tengok handphone kot-kot line turut lesap dari dunia.. Okay, ada line siap 3G lagi.. KAH KAH KAH... Dekat rumah sendiri pon tak ada 3G.. :p Tapi semangat tetiba bertambah bila nampak kolej kediaman sikit punya cantek.. DPP Bank Rakyat.. Baru berumur 5 tahun masa tu.




Dekat sini lah berlalunya 3 tahun kehidupan penuh pancaroba.. Assignment, projek, tak ada air, terpekik terlolong, sambut Ramadhan sahur megi, buka megi.. T_______T Tapi bila fikir balik memang memorable gila.. Paling best bila gelakkan thambi depan bilik, sebab sembahyang dengan asap gila punya banyak, tak pasal-pasal alarm kebakaran berbunyi KAH KAH KAH.. Marah diri sendiri.. =)) Sumpah guling-guling kena gelak... HAHAHA..

Dah nak masuk semester akhir.. Dah 3 tahun merantau.. Dah 3 tahun duduk dekat hutan belantara.. T______T Dan tak sangka langsung boleh survive, boleh hidup tak kena makan dengan singa... HAHAHA... Tak ada singa okay.. Orang utan ada banyak. Kalau ada singa pon dekat bilik kuliah terutamanya singa-singa bertaraf doktor yang belom kawen, memang selalu menyinga. Ngee.. ~ Doakan saya mampu mengharungi semester akhir dengan cemerlang.. Buat adek-adek form 6, sesekali merasa duduk hutan, apa salahnya.. HAHAHA.. Babai!~

Monday, January 10, 2011

MAGIK MENJADI!

Share


Semalam telah berlaku sebuah magik. Bila fikir-fikir balik sepanjang semester 5 macam tak berapa nak lancar keadaan dia, mulalah kaki tangan sejuk bila nak tengok result.. Tapi orang kata kadang-kadang hidup ni lebih kepada perkara-perkara yang tak dijangka.. Dan memang betul pon.. Semalam cuma dapat membayangkan; "Kan best kalau bukak-bukak portal tetiba nampak pointer seorang student dean list tertepek dekat situ".. Lepas tu mengeluh panjang.. Mood pon tak berapa galak nak update belog atau berbelogwalking.. Tapi petang semalam bila tengok result..... EH? Okay ini review setiap subjek semester 5...

1. International Law - Dulu masa mula-mula dengar subjek ni, rasa macam; "Astaghfirullahal'azimmmm!!!".. Itu semester satu lah.. Gerun gila.. Tapi bila dah semester 5, macam redha lah kan.. Kau nak gerun macam mana pon, kena ambik jugak.. Tapi international law sebenarnya interesting dan memang saya suka law tapi tak dapat course law sebab pemeriksa STPM bagi C subjek sejarah.. T____T Saya terror sejarah okay.. Ini semua silap pemeriksa.. Ini serius.. Tapi tak apa, atleast boleh belajar Int. Law dan mencatat gred B+.. Thanks a lot Puan Nik dan.. Err.. Okay, move.. (Lupa nama lecturer ganti.. T____T)

2. International Political Economy - Subjek berteraskan ekonomi yang diajar oleh Dr. Christopher Wylde. Seorang lecturer import dari United Kingdom. Sebab dia neh lecturer Eropah, jadi saya aspect dia ni mesti letak high expectation dengan semua orang.. Jadi sebab itu saya rasa macam class dia sungguh stress, padahal sebenarnya fun. Stress sebab presentation kena cerita pasal ekonomi sedangkan otak saya tak pernah tercatat perkataan EKONOMI sebelom neh.. Finally present jugak tajuk Currency Manipulation of China.. T_____T I worked really hard untuk subjek neh dan entah berapa kali pergi bilik dia bincang presentation... Alhamdulillah, he gave me A-.. Hee...

3. Political Economy of Malaysia - Err.. Class ini sungguh fun sampai tak pernah tahu belajar apa.. T_____T Fun kan? Setiap kali kelas cuma boleh fokus selama 5... minit. Lepas tu mula selak KOSMO atau Berita Harian.. Cuma naseb baik lah assignment dia yang 80 pages tu suruh cerita pasal PROTON.. So boleh la rasanya nak kumpul markah secara pukal.. Ini pon kena work hard jugak sebab nak dapat markah indah-indah.. Alhamdulillah, i got A.. Bulat-bulat punya A.. Oh, i love Proton.. Eh, I love Dr. Noor Al-Huda AHAHAH...

4. Political Economic Risk Analysis - Berdepan lecturer penuh emosi memang buat kita meruntun jiwa.. T_____T Okay lah, kita assume dia seorang mejar, jadi kena tegas.. Fine.. Blur jugak dalam kelas neh.. Cuma bila dah dekat exam, bila tengok soalan-soalan lepas, macam.. Eh.... Apa hal semua benda ikut logik? HAHAHA.. Seorang student IPT bila suruh ikut logik memang suka! Jadi bergorengan lah saya dan rakan-rakan berbekalkan pengetahuan sedia ada.. Hoyeah! A-!

5. Seminar of Diplomacy and International Relations - Dr. Abdissalam. Sesetengah orang panggil dia angel sebab selalu bagi gred cantik-cantik.. Seriously dia baik, tapi mengajar sepantas superman.. Tapi paling sakit hati bila presentation cuma sempat baca 1 slide je daripada 10 slides lepas tu suruh berhenti.. Marah betul rasanya.. Tapi tak cukup masa, nak buat macam mana. T___T Konklusinya saya tak berapa faham, so terpaksa jawab exam suka hati.. Cuma sebab dia 'angel', dia bagi B. Eh, saya target A paper dia.. T____T Ini nama dia target tak sedar diri...

6. Sovereignty and Globalization - Dr. Abdissalam jugak mengajar. Manusia somalia neh gigih betul. Saya bentang isu "Sports and Globalization" tapi macam tak berapa sungguh-sungguh sebab mesti dia suruh bentang ala kadar punya.......... MEMANG! T______T Tapi tak apa.. Dapat B+.. Isk...

7. Spanish II - Saya suka subjek ini berjuta-juta lemon! Setiap kali class mesti dengar cerita macam mana dekat Spain, macam mana culture, macam mana orang Spain makan.. Paling best class neh pernah cuti satu bulan.. HAHAHAHA.. Cik Masni memang cool.. :p Waktu exam memang rasa lemah semangat sikit mengenangkan Spanish I cuma dapat B-.. Tapi Alhamdulillah berkat usaha gigih study last minutes (Blerrgghhh!!) dapat jugak A-..

8. Living in Multi-cultural Society - Ni tak payah cerita sangat.. Cuma cakap; "Auntie, i want A!" so then dia cakap "Okay!" dan tercatatlah A dalam slip result exam saya.. Thanks Dr. Badria p. Makol.. Tapi tak masuk dalam pointer.. Tak payah argue.. HAHAHAHA.. Husband dia pon pernah ajar saya dalam Political Theories.. Germany dan sangat niceee sebab bagi A-.. Thanks to both of you.. :D

Alhamdulillah dapat result yang memberangsangkan, cemerlang, gemilang dan terbilang.. Beyond my expectation.. Rezeki Allah nak bagi.. Dan rakan-rakan se-UUM pon rasanya ramai dapat dean list.. Congrats to all yaaa.. Semoga semester 6 boleh dapat 3.8 above.. :D Yang tak dapat.. Come on, 'magic' is everywhere..

Sunday, December 5, 2010

SO WHAT, STALKERS??!

Share

Emm.. Nak mula dekat mana... Okay, kita cerita pasal blogging.. Blogger dan stalker macam irama dan lagu.. They will never be separated.. Sometimes they are stalking in a good way, but sometimes they don’t. It is almost 6 years since my first entry was published in my blog.. Okay, gunakan bahasa kebangsaan, so then semua orang akan faham termasuk para stalker yang budiman.... dan tak budiman. Ehem.. Oh, stalker tu apa? Itu adalah makhluk yang memerhatikan kita secara senyap yang kadang-kadang berniat untuk mengintai kehidupan kita, tapi malu nak tegur, tapi most of the stalkers berniat nak serang kita. Okay, ini yang blogger kena tanggung. Bab kena serang dengan stalker tanpa arah tuju dan sebab musabab. Tapi saya suka, sebab tu tak pernah moderate komen. Sebab apa suka?

Sebab saya suka biar orang tengok betapa rendahnya moral para stalker yang suka serang menyerang orang menggunakan medium paling tidak bermaruah dalam dunia – blog orang yang diserang. Dah lah serang orang, lepas tu guna blog orang yang kita nak serang.. Gila loser, miskin tak ada blog ke apa... At least, kalau buat dekat blog sendiri, orang tak adalah rasa; “Eh, kau ni bodoh lah, dah lah masuk belog orang tetiba nak maki hamun tuan punya belog. Sungguh tak ada adab.”... Haa.. Sepanjang 6 tahun berblogging, diserang manusia jenis tak ada maruah ni dah jadi asam garam.. Perkara paling penting, tak payah cepat sangat melatah.. Dan untuk para stalker pulak, tak payah korbankan air muka nak serang-serang orang.. Dan tak payah lah pulak nak rajen sangat baca blog orang yang anda benci. Heh.

Pada saya, stalker jenis tak ada adab ni berpenyakit dengki. Dengki dengan kehidupan orang lain yang bahag ia.. Sebab tu kita tengok, komen-komen stalker ni kebanyakannya terlekat dekat entry-entry bersifat heaven. Kalau entry maki hamun dia tak nak letak komen.. Dia gelak sorang-sorang. Heh, gila. Lepas tu lagi parah bila kita buat entry serangan balas, lagi lah dia terkinja-kinja tak cukup tanah nak serang orang tu balik. Lawak tak? Kadang-kadang saya pon tak faham, kenapa stalker-stalker jenis ini excited gila nak bukak blog kita.. Lebih excited dari follower-follo wer yang ada air muka yang tak jatuh-jatuh. Stalker yang tak ada air muka sebab dah tertu mpah-tumpah (dah lah tak ada air muka, tumpah pulak lagi, gila kering muka stalker macam neh hahahaha) pulak yang menggila pergi usya entry setiap kali blog terkemas kini..

Saya tak terjejas. Sumpah tak ada rasa sikit pon terjejas kalau ada orang meroyan tiba-tiba dalam blog. Selain mereka neh meningkatkan traffic blog yang sekali gus meningkatkan tabungan dekat nuffnang (HAHAHA), saya juga akan mendapat bekalan akhirat secara percuma. Komen makian bukan susah nak buang.. One click remover maa.. Lagi-lagi kalau blogger tersebot guna comment moderation, lagi sia-sia usaha stalker sawan macam neh.. HAHAHA. Dah lah taip sikit punya panjang dengan hati tidak bersih, tapi hajat tak kesampaian bila “Your comment is awaiting moderation.”...... Apa dia tulis cuma dia dengan tuan blog saja nampak, lepas tu sah-sah kena delete.. Tak putus asa? Bagus, tapi bodoh. Heh. Boleh cuba lah kalau anda ada stamina jari yang sungguh gagah dan hati yang memang membara dibakar semangat syaitoooonnn..

Bloggers, kalau blog anda dijangkiti parasit-parasit rendah harga diri, tak perlu fikir. Keluarkan saja entry-entry heaven biar dia sakit hati.. HAHAHA. Sekarang secara konklusinya, memang stalkers jenis ini yang saket hati dulu. Dah sakit hati, ada hati nak menyakitkan hati tuan punya blog. Jadi sebagai tuan rumah, kita tak payah kasi muka dekat pengunjung tak ada adab. Dah lah tak ada air muka, tetiba nak kasi muka.. Tak payah, tak payah.. Kasi fire, cukup. Lagi buang masa kalau layan dia.. Dalam dunia ni ada banyak benda indah-indah boleh buat selain melayan stalkers sawan-sawan macam ini.. Penyakit jangan dilayan, nanti merebak.

For those yang jadi stalker dengan penuh adab, saya ucapkan terima kasih.. Sila stalk lagi. Heh!

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus