Showing posts with label air sedap. Show all posts
Showing posts with label air sedap. Show all posts

Monday, October 17, 2011

BERBALOI-BALOI!

Share
Kalau anda seorang yang berminat dengan makanan maka entry ini sesuai untuk anda. Bila kita mengimpikan makanan yang super delicious dalam masa yang sama inginkan juga harga yang murah (seperti kebiasaan rakyat Malaysia, nak kereta setaraf BMW tapi harga setaraf PROTON), pasti akhirnya kita memilih kedai-kedai mamak dan bermenukan roti canai atau paling tinggi pon burger tepi jalan disajikan bersama 'sos kocak' T__T

Tapi untuk penduduk sekitar Changlun dan Jitra, apa salahnya kalau anda mencuba ini:



D'Jitra Seafood. Terletak berhampiran dengan Jitra Mall (Aneka) dalam kelompok bangunan yang menempatkan Pizza Hut juga! Boleh kata sepanjang 3 tahun study di UUM...,ini lah tempat paling sedap dan murah.Tak pernah lagi makan dekat sini 4-5 orang mencecah angka RM50. TAK PERNAH. Kalau makan KFC order 3-4 org gerenti RM60 dah kena telan. Kalau makan 4-5 orang dekat KFC tapi bayar setakat RM20 tu mungkin ada something wrong samada anda adalah anak kepada pemilik KFC atau anda makan sorang-sorang manakala kawan anda yang empat orang tu sekadar menumpang makan.



Harga untuk menu sebegini termasuk satu set Kangkung Masak Belacan, Fresh Orange, Teh Ais, Laici Kang dan 4 pinggan nasi hanyalah RM32! Dan lauk mereka memang banyak, tak kedekut macam kebanyakan peniaga makanan Melayu lain.. Opps...~ Dan tidak juga cuma bergantung pada kari dan ayam goreng kemudian charge sampai RM7 sepinggan macam mamak-mamak dekat Shah Alam. HAHAHA.. Selamat mencuba! :D

Tuesday, November 16, 2010

PENGSAN KEPEDASAN

Share
Ayam Penyet-AP : “Suapan Pertama Seperti Syurga, Suapan Seterusnya Adalah Neraka”.. Slogan baru.. T_____T Tengah hari tadi, sedang kaum keluarga saya sebok mensediakan juadah hari raya, saya tanpa rasa bersalah menuju ke Ayam Penyet, Klang Sentral.... Err... Hey, at least saya dah tangkap ayam, dah parut kelapa, dah perah santan okay..... Jangan memandang saya sebelah mata. Saya maseh bertanggungjawab.. Hoho... Saya dah lama nak membawakan kepada anda tentang ayam penyet.. Sebab orang pon selalu cakap pasal ayam penyet.. Macam sedap.. Jadi sebagai seorang food lover, jangan kalah! Pergi try! Heh!~


Lalu sekitar jam 12 tengah hari, saya dah rakan-rakan pon tiba di Ayam Penyet-AP... Decoration dia okay.. Selesa, bersih dan kemas.. Tak sampai 5 minit duduk, waiter dah kasi ‘borang’ pesanan.. Kita kena tanda menu mana kita nak belasah makan. Tapi dekat sini saya tak berapa berkenan sebab ada menu yang tak ada.. Maksud saya, habes.. Dan pandangan saya, kalau dah restoran ada nama, tak boleh tidak, semua menu kena ada. Saya dengan penuh harapan nak rasa pari bakar, terkecewa.. T______T Tapi saya bagi tips, bila makan, jangan ada rasa kecewa, kita mesti bertenaga.. HAHAHA... Okay, saya pilih menu ini...


Ayam Penyet AP, Daging Bakar, Ikan Asam Pedas, Red Honey Dew with Mango dan Sour Pop with Blueberry... So, menu-menu ni semua dah di’smashed’ dengan something like tukul kayu or what so ever lah kan... Jadi lembut. Tapi ikan dengan air tak ada lah dia smashed sekali.. Itu gila. Bila dah kena smashed, daging ayam dengan lembu dia tak ada masalah sangat nak dimakan.. Kalau anda tak berapa nak mahir sangat makan guna sudu garpu, dan bila ternampak daging bakar tetiba gelabah; “Eh, macam mana nak makan, nanti sudu terbang.”.., anda jangan risau sangat.. Anda pasti boleh.. Malaysia boleh maa.. Oke, ini review saya....


Main dish.
. Ayam Penyet AP. Anda nampak sambal merah menyala itu? Sambal itu lah yang sungguh mencabar ketahanan pancaindera.. T____T Ayam dia sedap.. Tapi sumpah sambal dia buat kepala saya berdenyut-denyut... Kalau anda tak tahan makan pedas, jangan ambik menu ini. Nanti rugi.. Saya dan rakan-rakan pon terhenti di pertengahan kenikmatan akibat sambal neraka ini.. T_____T Saya tak tahu apa benda yang macam tabur-tabur dekat atas ayam tersebot, tapi mungkin itu tepung gorengan ayam ke apa ntah.. Jangan risau, Ayam Penyet dah dapat status halal dari JAKIM. Heh..~


Daging bakar.
Saya pon mula-mula fikir, daging bakar gerenti liat. Lagi-lagi bila nampak dia tebal semacam. Tapi saya salah... Dia tak lah liat.. Tapi tak ada lah lembut.. Cuma senang cerita, ia senang dimakan. Kalau anda pemakai gigi palsu, ini lah masanya untuk menikmati daging.. HAHAHA. Rasanya sedap, ada manis-manis sikit.. Dan pada pengamatan saya, ia mungkin diperap lama sebab rasa dia sampai ke dalam.. Sos soya dia sedap..


Ikan Asam Pedas super power. Oke, ‘super power’ tu tambah sendiri.. T____T Memang power. Saya tak pernah selera nak cuba masak asam pedas dekat kedai-kedai luar.. Asam pedas bunda tetap di hati.. Tapi asam pedas neh sungguh bersungguh-sungguh rasa dia. Tak tamak rasa. Punyalah pekat sampai confused ini kari ke asam pedas.. Heh... Cuma saya memang tak suka ikan tongkol.. Jadi dekat situ failed lah... Tapi kalau anda tak berapa kesah tentang jenis haiwan ikan yang nak diguna, jadi ini pilihan bijak. Ikan dia besar I tell you... Puas hati. Cuba lah!



Kita beralih ke minuman. Saya jamin, dengan makanan yang super duper pedas tersebot, anda tak akan sanggup meneguk air panas.. Jadi pilihlah air yang menyegarkan. Dengan mucus yang memulakan perjalanan keluar dan mata yang menakung air akibat pedasnya sambal tersebot, buatlah pilihan yang bijak.. Jadi ini antara minuman yang dipesan. Red Honey Dew with Mango (kanan) dan Sour Pop with Blueberry (kiri)... Tinjauan di facebook meninggalkan pesanan; “Sedap, kena try kau.. Tapi sambal dia... Kena aa air setempayan.”.. Hambik kau.. HAHAHA.. Tapi kan kita ada adat ketimuran, mana manis meminum air dengan tempayan.. Gajah pon takot kau! Heh~... Tapi kalau anda tak tahan pedas,... Err... Order la air lebih sikit.... Pedas ye cik kak.....

Jadi saya balik dengan kepeningan akibat pedasnya sambal ayam tersebot.. Sumpah pedas.. Sampai hampir-hampir surrender.. Tapi bila makan saya selalu tabah... Cuma jangan bagi makanan berkualiti rendah, macam makanan sejuk, makanan ada lalat, makanan tak menepati piawaian harga ke apa.. Saya selalu hilang sabar.. Tak kira lah KFC, ke, Pizza ke, kot-kot ada pembaziran sos dan pinggan yang dilimpahi sos berbentuk pembaziran, itu kerja saya yang murka lah.. Heh... Sekian...

*Mintak sori, gambar kurang berkualiti... Bawak kamera, tapi memory card tinggal.. T____T Sedih kan?

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus