Showing posts with label jitra mall. Show all posts
Showing posts with label jitra mall. Show all posts

Monday, October 17, 2011

BERBALOI-BALOI!

Share
Kalau anda seorang yang berminat dengan makanan maka entry ini sesuai untuk anda. Bila kita mengimpikan makanan yang super delicious dalam masa yang sama inginkan juga harga yang murah (seperti kebiasaan rakyat Malaysia, nak kereta setaraf BMW tapi harga setaraf PROTON), pasti akhirnya kita memilih kedai-kedai mamak dan bermenukan roti canai atau paling tinggi pon burger tepi jalan disajikan bersama 'sos kocak' T__T

Tapi untuk penduduk sekitar Changlun dan Jitra, apa salahnya kalau anda mencuba ini:



D'Jitra Seafood. Terletak berhampiran dengan Jitra Mall (Aneka) dalam kelompok bangunan yang menempatkan Pizza Hut juga! Boleh kata sepanjang 3 tahun study di UUM...,ini lah tempat paling sedap dan murah.Tak pernah lagi makan dekat sini 4-5 orang mencecah angka RM50. TAK PERNAH. Kalau makan KFC order 3-4 org gerenti RM60 dah kena telan. Kalau makan 4-5 orang dekat KFC tapi bayar setakat RM20 tu mungkin ada something wrong samada anda adalah anak kepada pemilik KFC atau anda makan sorang-sorang manakala kawan anda yang empat orang tu sekadar menumpang makan.



Harga untuk menu sebegini termasuk satu set Kangkung Masak Belacan, Fresh Orange, Teh Ais, Laici Kang dan 4 pinggan nasi hanyalah RM32! Dan lauk mereka memang banyak, tak kedekut macam kebanyakan peniaga makanan Melayu lain.. Opps...~ Dan tidak juga cuma bergantung pada kari dan ayam goreng kemudian charge sampai RM7 sepinggan macam mamak-mamak dekat Shah Alam. HAHAHA.. Selamat mencuba! :D

Saturday, February 19, 2011

BERLIBUR SECARA BUJANG (Part 1)

Share
Hari pertama tanpa Facebook bukan lah disaster.. Hari bermula dengan sungguh hebat dan berakhir dengan hebat.. Dah tak payah mengadap manusia-manusia yang meroyan setiap hari dalam Facebook, dah tak payah mengadap manusia hilang akal ke apa semua dah tak payah.. Betapa heavennya hidup.. Untuk menambahkan riang di hati boleh pergi berlibur sepuas hati, bermain layang-layang, bermain congkak atau bermain lumba kuda. Bermain wayang kulit boleh cuba juga.. T___T Hari ini kami berlibur dengan bowling..


Rancangan merasmikan pusat bowling baru di pasaraya terkemuka C-Mart (blerghh!) bermula dengan Fairuzzaman mengidam cendol.. Joe Cendol lah apa lagi tapi malang Joe Cendol mentutup kedai.. T____T Jadi memandangkan Joe Cendol kan dah nak sampai ke Jitra, maka ke Jitra lah kami semua dengan riang ria Hari Raya... Ingatkan bila dah dekat Jitra nafsu terhadap cendol dah berkurang, tapi rupanya Man tetap membaham cendol juga.. Sekali dengan soto semua dibelasahnya sekali.. Tak apa.. Ibu mengandung memang begitu kan Man...


Selesai menjamu selera, maka berbowlinglah kami.. Pertama kali bagi mereka semua, dan Man memecah hening dengan cubaan membaling, tapi pergi lari sampai masuk lane dengan begitu excited.. Maka tergolek lah beliau dengan begitu bangga sekali sambil memegang bola boling yang tidak dilepaskan KAH KAH KAH.... Kalau anda belum pernah bermain bowling dan mahu berjinak-jinak bermain sukan ini, berhati-hati lah... Berhenti pada garisan dan BALINGLAH bola jangan didakap ia seperti bayi.. Baling bola, bukan baling anggota badan ke apa.. KAH KAH KAH.. Rugi tak snap gambar T___T

Game pertama semuanya semangat dengan bola menuju ke pin.. Naim tentulah hebat as a champion... Masuk game kedua...... target seterusnya tentulah....... longkang.. Longkang.. Longkang.. Longkang.. KAH KAH KAH.. Kakak kaunter pon dah gelak macam menonton Raja Lawak beraksi... Tak apa.. As a beginner, game pertama yang cemerlang dah cukup hebat.. Takkan 1st time main nak empat ratus jatuhan pin kan..? T____T

Nak tengok champion beraksi? Ini dia..

Ini Man....

Ini Rassul..

.
.
.
.
.
.

Ini Naim si Champion.. KAH KAH KAH... Shalin Dzulkifli mesti nanges tengok ini... Tak tahulah sedang membaling bola atau mengejar bola. HAHAHA :))

Seronok sesekali membuang kekusutan minda dengan berlibur cara ini. Menggelakkan Man tergolek, gelakkan Na'im beraksi aneh dan menggelakkan 'mesin' autopay yang manual KAH KAH KAH.. Siapa-siapa pernah parking bawah Jitra Mall mesti tahu 'mesin' autopay yang bermuka masam itu... Naseb baik lah tak ada palang manual kalau tidak mesti terguling-guling kena gelak.. Tak pernah jumpa lot parking bawah tanah tapi pakai 'mesin manual'.. Gambar akan menyusul dalam entry akan datang... Lepas main bowling terus menuju ke tempat super cantek..



.... to be continue
kalau tak nanti loading gambar setengah mati.. T____T

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus