Showing posts with label buffered earnings. Show all posts
Showing posts with label buffered earnings. Show all posts

Saturday, May 7, 2011

MAKAN CHICKEN CHOP DAN MENGUMPUL KEKAYAAN

Share
Antara produk KFC yang paling saya idam-idamkan adalah ini...
Chicken Chop dengan gravy Mushroom dia yang sedap memikat pancaindera. Kalau dulu bila keluar Chicken Chop neh mesti akan memesan sebanyak dua pinggan. Satu pinggan kepunyaan saya, dan satu pinggan lagi kepunyaan saya juga. T__T Sebab itu dulu badan begitu sehat seperti badak. Dan saya juga pernah kecewa dengan Chicken Chop KFC neh.. Bila dah pesan dua pinggan tapi tak mampu makan. Masa itu saya sedang keracunan makanan. Lalu saya beri pada rakan.. Rakan saya seperti badak juga.. Err.. dia memang badak sedari kecil.. T__T

Kenapa saya katakan Chicken Chop KFC ini begitu hebat? Kerana saya rasa KFC begitu baik sekali mengadun tepung ayam tersebut untuk dibuat Chicken Chop.. Sedangkan untuk ayam-ayam biasa, rasanya dah tak begitu hebat. Jauh berbeza berbanding zaman hingusan dulu.. Kalau dulu, KFC boleh dihidu sejauh belasan meter, tapi hari ini dah tak begitu hebat. Tapi bila keluar Chicken Chop, ia.. memang mengimbau zaman dahulu kala. (Kipas, kipas..) Baunya hebat dan menggegar jiwaaaaa... Ya Allah ini dah terlebih kipas.. T___T

Dan lebih manis lagi, bila Nuffnang mengkasi Buffered Earnings yang ke ____ dengan iklan KFC Chicken Chop di atas sana (LB).. Sebab itu saya suka Chicken Chop KFC banyak-banyak... Memang Chicken Chop KFC memberi kenangan manis.. Memberi duit juga boleh.. Kalau tak percaya boleh cuba.. Tapi akan jadi tak manis bila KFC bagi garpu plastik pastu nak cucuk payah dan kemudian ayam tercampak ke lantai buat malu manusia sejagat.. Rasa nak lempang owner. Oke bye.

p/s : Thanks jugak NUFFNANG untuk BE 'DIGI Menang Dan Terbang!' (LR) & BE 'Cadbury Munchabytes' (LB)... :D

Wednesday, December 15, 2010

BE PERTAMA NUFFNANG!

Share
Buffered earnings (BE) pertama daripada Nuffnang begitu mengujakan macam monkey dapat flower.. Mungkin anda yang dah dapat BE berlambak-lambak dari Nuffnang boleh cakap; “Eleh, BE baru satu dah nak gempak-gempak masuk belog”.. Eleh, engkau dulu macam lah dapat BE terus empat belas sekali gus.. Gila tamak.. Eh, orang tamak selalu rugi tahu? Baik kau buang Nuffnang kau sekarang! HAHAHAHA.. Tak, tak.. Keep it up.. Tapi jangan lah buat belog semata-mata untuk duit. Blogging satu kerja dari bakat. Daripada bakat menulis, orang akan minat dan appreciate melalui komen-komen.. Nuffnang cuma satu peluang untuk kita grab dan mendapat hasil sikit-sikit. At least dalam kita duduk depan laptop, ada hasil jugak untuk kita gunakan nanti.

Pendapatan Terumpuk adalah BE. Patriotik betul Nuffnang :P

Apa beza orang tak ikhlas dengan orang tak berapa nak ikhlas berbelog? Orang ikhlas bila blogwalking....., dia promote entry baru atau belog semata mata.. Iya lah, kita bukan seorang justkhai atau seorang Hanis Zalikha, atau Red Mummy atau seorang Mahathir.. Seorang Khairul Hakim jauh sekali HAHAAHAHAH.. Tak lucu Hakim.. Lawak kau tak jadi.. T_____T Maksudnya kita bukan lah orang yang terkenal dalam dunia maya.. Jadi usaha berblogwalking ini penting untuk mem'promote' belog. Nanti tak adalah kita tengok belog sendiri lepas tu gelak-gelak baca kisah sendiri lepas tu esok buat lagi entry “Hai, hari ini nak pergi mandi dekat kolam ikan, ayah saya bawak.” lepas tu baca sendiri lepas tu gelak-sendiri $@%^@$^&!$%. Atleast kalau buat blogwalking ada jugak orang datang jenguk komen “Hei, rumah kau tak ada kolam ke? Kasihan ikan”..

Tapi kalau style orang tak ikhlas pulak, nanti dia pergi promote “Hai, dah kelik Nuffnang you, jom la kelik balik nuffnang I”.. See..? Dia tak promote belog, sebaliknya mem'promote' Nuffnang. Itu kan satu kesalahan di bawah seksyen 6. (Memandai ada seksyen-sekyen).. Jadi tak baiklah bukan? Nuffnang dah siap ada iklan ladybird bertukar jadi Volkswagen lagi, tu dah kira promote iklan dah.. Kita tak payah lagi nak tolong promote-promote suruh orang kelik ke apa karang kena banned padan muka. Kalau nak promote sangat baik kau tulis entry pasal kempen yang ada macam Taylor’s College, kau cerita pasal kolej ni gedebang gedebung bagi orang minat nak tengok. Haa.. Seterusnya dia akan meng’kelik’ iklan tersebot.

Kesian ledibed jadi mangsa keadaan.. Isk.

So, terima kaseh Hencek Nuffnang yang menghadiahkan saya BE pertama.. Surprise korang memang cool.. Kalau anda nak tips macam mana nak dapat BE yang membolehkan anda mendapat lebih pendapatan, boleh google sebab dah ramai sangat yang kasi tips berguna. Yang penting blogging dengan ikhlas. Entry-entry menarik datangnya dari orang yang ikhlas menaip.. Percaya tak?? Kalau tak ikhlas menaip nanti mesti jadi entry tak ada gaya mutu keunggulan sampai nak baca sendiri pon rasa menyampah. Oke, bai.

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus