Showing posts with label KFC. Show all posts
Showing posts with label KFC. Show all posts

Saturday, May 7, 2011

MAKAN CHICKEN CHOP DAN MENGUMPUL KEKAYAAN

Share
Antara produk KFC yang paling saya idam-idamkan adalah ini...
Chicken Chop dengan gravy Mushroom dia yang sedap memikat pancaindera. Kalau dulu bila keluar Chicken Chop neh mesti akan memesan sebanyak dua pinggan. Satu pinggan kepunyaan saya, dan satu pinggan lagi kepunyaan saya juga. T__T Sebab itu dulu badan begitu sehat seperti badak. Dan saya juga pernah kecewa dengan Chicken Chop KFC neh.. Bila dah pesan dua pinggan tapi tak mampu makan. Masa itu saya sedang keracunan makanan. Lalu saya beri pada rakan.. Rakan saya seperti badak juga.. Err.. dia memang badak sedari kecil.. T__T

Kenapa saya katakan Chicken Chop KFC ini begitu hebat? Kerana saya rasa KFC begitu baik sekali mengadun tepung ayam tersebut untuk dibuat Chicken Chop.. Sedangkan untuk ayam-ayam biasa, rasanya dah tak begitu hebat. Jauh berbeza berbanding zaman hingusan dulu.. Kalau dulu, KFC boleh dihidu sejauh belasan meter, tapi hari ini dah tak begitu hebat. Tapi bila keluar Chicken Chop, ia.. memang mengimbau zaman dahulu kala. (Kipas, kipas..) Baunya hebat dan menggegar jiwaaaaa... Ya Allah ini dah terlebih kipas.. T___T

Dan lebih manis lagi, bila Nuffnang mengkasi Buffered Earnings yang ke ____ dengan iklan KFC Chicken Chop di atas sana (LB).. Sebab itu saya suka Chicken Chop KFC banyak-banyak... Memang Chicken Chop KFC memberi kenangan manis.. Memberi duit juga boleh.. Kalau tak percaya boleh cuba.. Tapi akan jadi tak manis bila KFC bagi garpu plastik pastu nak cucuk payah dan kemudian ayam tercampak ke lantai buat malu manusia sejagat.. Rasa nak lempang owner. Oke bye.

p/s : Thanks jugak NUFFNANG untuk BE 'DIGI Menang Dan Terbang!' (LR) & BE 'Cadbury Munchabytes' (LB)... :D

Thursday, January 27, 2011

MAKANAN PANTAS DAN MATI JUGA PANTAS

Share
Selepas kita bercakap tentang diet, marilah bercakap tentang fast food sebagai entry pencuci sawang dalam belog yang indah permai ini *%^#&.. Anda mesti lah biasa dengar fast food bukan? Atau ditranslate kepada bahasa kebangsaan menjadi makanan pantas. Makanan yang pantas juga membawa kepada kesan yang pantas seperti kegemukan pantas, penternakan lemak secara pantas dan mati yang pantas. Lari pantas adalah mustahil. Tak apa, rakyat Malaysia bukan kisah sangat dengan fakta tersebot.. Just enjoy our meal lah kan.. HAHAHAHAHA (Gelak syaitan)

Kentucky Fried Chicken. Kalau zaman kanak-kanak dulu..., lalu depan KFC saja dah cukup menggegar pancaindera.. Betapa bau KFC sungguh menusuk kalbu memberi cetusan rasa emosi berbentuk rengekan kepada ibu bapa untuk makan makanan favourite ini.. Tapi biasanya tak dapat makan.. Emak sekadar memberi sepotong penampar atas alasan rengekan kita berciri melampau sampai mengguling-guling di hadapan masyarakat.

Sekarang saya faham perkara tersebot memang memalukan... T______T Bagi saya KFC dah tak berapa hebat dah rasa dia... Cuma mungkin sekarang kita lebih suka makan Cheesy Wedges daripada ayam dia... Kan? Original Recipe sedap di bahagian kulit, tetapi hambar di bahagian isi... Dan Hot & Spicy pula hebat di bahagian isi tapi kecundang di bahagian kulit.. Kalau lah dua-dua jenis ayam ini digabungkan, menjadi KFC Hot & Spicy di dalam tetapi tetap Original diluar... Mesti customer rasa dipermainkan... T______T

McDonald's... Ini memang gah sangat sekarang.. Dulu tak berapa kenal sangat McDonald's sebab memang tak nak kenal disebabkan maskot dia adalah clown.. Saya memang trauma dengan clown sejak tengok cerita hantu IT (Kalau anda anak millennium tak tahu hantu IT tu apa boleh kelik SINI) dulu... So rasa macam McDonald's neh agak berhantu lah.. Nak makan pon tak berasa tenang... Dan daging lembu dia terasa sangat lembu.. Tak tahu lah kenapa berfikiran begitu semasa kecil.. Mungkin sebab saya mengharapkan daging lembu yang berasa ayam,.. kan mustahil kan? T____T

Tapi semenjak menjadi dewasa dan membesar, saya suka McD. Dan sebenarnya McD jugak lah yang membantu saya menjadi sungguh besar beberapa tahun dulu.. Setiap kali keluar mesti akan melantak Double Cheese Burger, Spicy Chicken McDeluxe dan ayam goreng McD sekali gus.. Cukup 2 bulan pinggang saya dah naik empat saiz.. Pipi dah menggebu dan badan memang seperti raksasa.. Alhamdulillah masih ada kesedaran menguruskan badan dan belum mati.. T_____T

Pizza Hut si kekasih hati KAH KAH KAH.. Walaupon di tempat ketiga dari segi populariti, tapi tetap di tempat pertama dalam hati. Bagi penggemar Cheese, mesti akan gembira menikmati Pizza lagi-lagi bila ada cheese yang melimpah ruah.. Saya masih ingat tahun 2005 ada satu jenis pizza yang ada meatball.. Waktu itu lah rekod memakan pizza bersaiz large secara solo HAHAHAHA... Sungguh buruk selera bukan? Masa ini jugak kalau ada apa-apa event pon mesti akan mempilih Pizza Hut..

Cuma bila dah tercampak dekat lembah Sintok, menemui Pizza Hut memang cukup sukar.. Lebih sukar bila kena berkira-kira sebab takut terjadi kegawatan ekonomi... T_____T Sebab itu lah rasa bersyukur ditempatkan di dalam hutan.. Kalau maseh di bandar mesti akan tewas besar berhadapan dengan Pizza.. Terima kaseh Kementerian Pelajaran Tinggi kerana memahami ketaksuban terhadap Pizza.. T____T Eh, tapi menikmati Pizza tanpa Deli Wings pon macam irama tanpa lagu.. @#%^@$%&

Popeye's sensasi baru.. Mungkin maseh ramai yang belum pernah merasa fast food neh... It's okay.. Boleh rujuk entry dekat SINI.. Setiap kali balik cuti mesti akan berkunjung ke Popeye's even sekali sepanjang cuti... Selain ayamnya yang tender dan juicy, hidangan-hidangan lainnya juga adalah segar.. Kecuali nasik dan coleslaw lah... Tapi ada jugak orang yang maseh boleh telah nasik dia.. Tak apa..

Kalau nak cakap pasal negative side of fast foods neh memang banyak.. Selain menggemukkan, fast food juga menjadikan kulit kelihatan hodoh.. Gelap, kusam, lesu dan tidak bermaya.. Selain itu ia juga boleh:

1. Memalukan ibu bapa apabila anak yang tidak tahu malu meraung-raung meminta Chicky Meal atau HappyMeal seterusnya membawa kepada tragedi berbentuk kekerasan.

2. Menyebabkan ketagihan di kalangan anak-anak muda menyebabkan makanan emak nampak tidak menyelerakan.. Ini sedih.. Nak jadi si tanggang boleh cuba.

3. Menaikkan tahap kolestrol dalam badan, seterusnya terkena strok, sakit jantung dan mati secara pantas.

4. Menjadikan kita seorang yang cakap tak serupa bikin bila kecoh-kecoh nak boikot minggu ini, tapi minggu depan bila kekasih ajak keluar mesti lepak dekat KFC.. Tak mungkin dating dekat kedai Mak Limah sebelah stesen Petronas kan?

Sekian, harap terhibur... T_____T

Sunday, November 7, 2010

BILA KFC TERTEWAS

Share
Selepas 2 entry berturut-turut mencerita tentang banjir, kali ini saya akan mencerita tentang.. BANJIR.. Hoho.. Tak lah, saya pon dah bosan blog neh dilimpahi banjir.. Pergi dekat stats pon semua search pasal banjir dalam blog neh.. “Bas boleh redah banjir Kedah”, “Highway banjir”, “Shahab Perdana banjir atau tidak 5 nov”... Macam ini blog ramalan cuaca. T____T Sedih. Ohya, skembalinya saya dari negeri Kedah Darul Aman, saya rasa trauma dengan air yang deras. Saya ada pengalaman banyak dengan air deras.. Dekat sungai pon pernah dihumban air deras dari atas ke bawah. Naseb baik Khairul Hakim maseh hidup..

Jadi hari ini saya akan membawa anda menyelusuri sebuah restoran yang kurang popular tapi sedap. Kalau anda seorang die hard KFC, anda tetap boleh tertewas dengan ini.......



Popeyes Louisiana Kitchen.
Ia adalah.. sebuah francais fast food, bukan kedai spare part dapur.. T____T Tak banyak di Malaysia.. Rasanya baru 3 tempat –Klang Parade, Mid Valley dan Taman Tun Dr. Ismail. Saya dah pernah cuba 2 kali.. Pada saya walaupon masih baru, tapi ia sedap.. Lebih sedap dari KFC.. Saya rasa KFC ada masalah.. Kalau anda perasan 10 tahun dulu, bila kita lalu je sebelah KFC, bau dia dah buat kita merengek-rengek nak masuk.. Kalau anda berumur 10 tahun waktu tersebot lah.. Kalau anda dah 20 tahun pon maseh nak merengek, anda memang menempah penampar. Tapi sekarang KFC dah tak berapa hebat rasa dia. Ayam dia kering.. Tak cukup rasa dan membosankan.. Heh....

Tapi Popeyes Lousiana Kitchen tidak. Walaupon menu dia nampak serupa, tapi Popeyes lebih hebat rasa dia. Kecuali rice dia yang aneh... Errr.. Ini saya tak galakkan anda cuba, kecuali anda memang jenis tak cerewet.. Tapi kalau anda tak cerewet pon saya tetap tak galakkan anda cuba.. T______T Senang cerita, tak payah makan rice dia.. Rice dia aneh dan tak lazat. Kecuali anda dalam golongan yang aneh jugak, silakan.. ^^ So, menu apa yang seronok dijadikan bahan eksperimen? Mari saya cerita.



Ayam dia adalah di tahap super.. Kalau anda makan KFC, ayam dia terasa kering dan rasa dia tak begitu memberangsangkan pancaindera. Heh.. Tapi Popeyes tidak. Ayam dia sangat juicy, lembut dan segar dari ladang.. Rasa dia lebih kuat, which is for me sangat perlu untuk kepuasan si pemangsa pemakan macam saya. Kalau rasa dia macam tak berapa nak ikhlas, saya rasa sungguh murka. Mungkin sebab bunda selalu masak guna rempah yang banyak.. Jadi lidah saya pon mahukan rasa yang hebat. Tapi kalau bawak bunda makan neh, mesti dia cakap “Alaa.. Makan kat rumah mak masak lagi sedap..” T______T Oh my bunda..... Takkan ada seorang pon dalam dunia yang masak serupa beliau.. T____T Oke, saya sangat sarankan menu ini.. Mesti puas.



Biscuit..
Walaupon rupa dia tak menarik tapi don’t judge a biscuit by it’s rupa. Taste it dan anda akan tahu. Cewah.. Ini nak bertanding dengan apa? Bun KFC? Bun KFC mesti tak rela.. HAHAHA. Ini bukan bun, ini adalah sejenis biskut.. Atau kuih.. Atau.. Errr... Tak apa, yang penting ia sedap.. Lebih-lebih lagi dihidangkan segar dari oven.. Kalau anda teringin nak cuba, saya sarankan beli 5 bijik.. Kalau tak nanti akan terjadi peperangan.. Sungguh propa. T______T



Ini mereka panggil sandwich.. Zinger burger? Kalah jugak.. Alahai... Sandwich neh menggunakan roti yang lembut dan isi yang tebal.. Tak macam Zinger, roti Zinger sungguh gagah macam tak kasi orang makan... T_____T Isi Zinger nipis dan kering... Dulu memang Zinger sedap.. Beberapa tahun dulu lah.. Sekarang dah agak mengecewakan. Di Popeyes Louisiana Kitchen, boleh kata hampir semuanya terasa segar.. Ayam, ikan, udang, interior design dia pon sungguh fresh dan ceria. Sandwich ini pon fresh... Tak percaya, cuba carik Popeyes sekarang!



Shrimps!??
Jangan tak percaya, Popeyes turut mensediakan makanan laut... Udang dan ikan.. Saya tak pernah makan ikan/fillet... Tapi pernah makan shrimps.. Sekali lagi, ia fresh dan tidak mengkecewakan.. Tapi mungkin sebab saya bukanlah peminat udang sangat, jadi nampak macam biasa-biasa saja.. Cuma yang saya teruja sikit sebab dia fresh.. Oke, sebenarnya Hakim memang akan teruja setiap kali nampak makanan.. HAHAHAHA... Kecuali kalau makanan dia tak menepati standard piawaian lidah dia, dia akan jadi sungguh murka.. Silap-silap boleh buat report macam kejadian di café Kak Mona yang akhirnya menyebabkan café tersebot tutup.. Heh... Sori Kak Mona...




Mashed potato
dan coleslaw..
Mashed potato saya letak 50% lebih sedap dari KFC.. Gravy dia macam ada letak ayam kisar sikit.. Kalau tak silap saya lah.. Tapi memang gravy dia sedap. Dulu mashed potato Radix Fried Chicken pernah mengalahkan KFC.. Tapi sekarang Popeyes takeover.. HAHAHA.. Hebatlah kau ni Popeyes! :p Coleslaw? Oke, ini kita kasi chance KFC menang. Coleslaw dia tak berapa menarik.. Tak colourful. Maybe kurang mayonis ke apa ntah.. Tapi dia lebih rasa sayur dan kurang creamy... Jadi saya tak suka... Atau sebab saya memang memilih sayur? T____T Fine, saya memang macam tu.

Oke, dah.. Setakat ini, cuma itu menu yang saya pernah rasa. Tak popular? Tak apa.. Asalkan sedap dan menjanjikan kepuasan. Jom, Isnin ni! :)

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus