Showing posts with label changlun. Show all posts
Showing posts with label changlun. Show all posts

Saturday, January 29, 2011

NASI LEMAK LAGENDA, KG. DARAT

Share
Dekat Kedah bukan setakat ada lagenda Mahsuri, tapi juga ada lagenda nasik lemak.. Nasik Lemak Lagenda, Kg. Darat terletak kira-kira 5-6 kilometer daripada UUM.. Kalau anda students UUM tapi tak pernah tahu kewujudan Nasik Lemak Kg. Darat, lokasi cuma terletak beberapa meter dari sign board ini...

Nasi lemak kampung daratNasi lemak kampung darat

Haaa... So jam 5 pagi tadi, kami berangkat ke Changkat Setoi, tempat di mana letaknya nasik lemak lagenda neh... 9 orang termasuk geng-geng blogger Amal Meor meredah kedinginan pagi. Pelik? Tak... Semua orang yang kenal Nasik Lemak ini tahu, betapa pentingnya bangun seawal ini semata-mata untuk menikmati makanan yang popular di kalangan warga Lembah Sintok.

Nasi lemak kampung daratNasi lemak kampung darat

Tapi, ada perkara-perkara wajib yang anda perlu tahu... Pertama, jangan nak mimpi bangun pagi pukul 8 nak carik nasik lemak neh.. Kalau jenis yang tak pernah bangun pagi, boleh lah sekadar kirim dari rakan sebab masa operasi terbaik mereka adalah seki
tar jam 6-8 pagi... Selepas dari waktu itu boleh lah nak meroyan ke apa.. Nasik lemak habis... Kalau musim exam pulak biasanya sekitar pukul 4 pagi dah boleh mula melantak dah..

Kedua..... Nasik lemak di sini harganya ribuan dan mungkin mencecah ju
taan ringgit... T______T Walaupon gerai dia sekadar layak menjadi tempat berteduh ketika halilintar memancar, tapi harga nasik lemaknya memang antara 'yang paling mahal di dunia...' T_____T (lagi)... Tak apa, jangan rasa kecewa.. InsyaAllah, anda akan diberi rezeki melimpah ruah bila makan di sini... Bila lagi nak makan makanan jutaan ringgit kan... Tak percaya? Boleh lah cuba.. Hoho..

Nasi lemak kampung darat

Rasanya memang lemak... Tak ada istilah nasik lemak kurang lemak atau nasik lemak low fat.. Tak ada gaya langsung bunyi dia.. Kalau anda selalu datang ke keda
i-kedai untuk bersarapan pagi, mungkin pernah mengalami kejadian nasik lemak yang tidak begitu lemak..$%&@$&.. Lagi pulak ditambah dengan sambal nasik lemak yang tak ada rasa.. Rasa sambal pon tidak, masin pon tidak.. Yang ada cuma cili dan minyak punya banyak.. Mesti rasa hangin bukan?

Nasi lemak kampung daratNasi lemak kampung daratNasi lemak kampung daratNasi lemak kampung daratNasi lemak kampung daratNasi lemak kampung daratNasi lemak kampung darat

Tapi dekat sini nasik lemak mereka boleh kata perfect... Nasik yang baik, dan lauk yang terbaik, segar dari ladang... Kalau anda bosan makan nasik lemak ikan bilis, nasik lemak telur dadar, nasik lemak ayam, dekat sini anda boleh mengubah selera sebab lauk dia sungguh variety.. Ada lauk kari ayam, ikan keli goreng, sotong, daging masak kicap, sambal telur, kerang, lobster, tuna, salmon bakar, pari bakar hahahahahahoverkankankan... Tak tak.. Lobster, tuna, salmon dengan pari sekadar hiperbola tak ada tujuan...

Kebiasaannya gerai ini memang penuh i tell you.. Kalau nak dapat ayam goreng
pon punyalah macam nak pergi perang.. Kalau yang jenis sopan memang dapat setakat kepak saja lah... Kalau bulan Ramadhan atau musim exam lagi lah dahsyat. Jadi kalau memang nak datang sini, datanglah seawal mungkin.. Kalau boleh waktu tauke tengah tidur pon tak apa... Asalkan dapat makan dengan heaven... Jangan risau, anda tak akan menyesal ke sini...

Nasi lemak kampung darat
Nasi lemak kampung darat

So, terima kaseh kepada krew-krew yang terlibat dalam pembikinan review Nasik Lemak Lagenda lembah Sintok ini termasuk blogger-Amal Meor... Bangun dan keluar dari kolej jam 5 pagi mungkin kerja gila untuk orang lain.. Tapi demi nasik Lemak Lagenda, jangan heran U.K murka... T____T Sekian.

Tuesday, November 2, 2010

BILA HIGHWAY MENJADI LAUT

Share
Setelah hujan turun mencurah-curah secara dahsyat selama 3 hari tanpa henti, maka semalam sewaktu hendak pulang ke UUM, saya terperangkap dalam banjir. Keadaan tersebut sangat dramatik.. Pagi itu sebelum tiba di airport, memang saya sudah sedia maklum bahawa lembah Sintok dilanda hujan yang hebat.. Tapi mana saya tahu kedatangan banjir tanpa diundang. Sekarang boleh buat peribahasa baru. “Banjir tidak berbau”.. T_____T



Jadi jam 3.30 petang semalam, saya memandu dengan girang menuju ke UUM.. Keseorangan. Tiba-tiba, sebelum tiba di Pekan Changlun, pihak polis mengarahkan saya berpatah balik sambil menggunakan isyarat tangan seperti !#$%@#, #&&^(!##$^, dan @@$%& yang antaranya bermaksud; “Hei, banjir lah, kau berambus skang!”.... Oke, tak tak.. HAHHA.. Dia melakukan isyarat-isyarat aneh dengan menunjukkan muka terteran-teran yang membawa maksud, JALAN TIDAK BOLEH DILALUI. BANJIR SANGAT HEBAT DI DEPAN. Isyarat ini boleh ditemui di buku panduan memandu... Tak ada? Oke, tak apa... T___T

Jadi....,
Sebagai seorang pemandu berhemah, saya menurut sahaja isyarat polis tersebot dan kemudian berhenti di tepi lebuh raya. Saya pun tak tahu nak buat apa..... Blur ke mana arah hendak kutuju.. Hujan sungguh lebat. Sambil melayan blur, saya membaca akhbar BERITA HARIAN. Membuat aksi masyarakat membaca memang cool. Sedang orang lain keluar dari kereta dan terpinga-pinga, saya tenang saja membaca paper. Sehinggalah mereka semua beransur pergi. Saya pon mengikut rentak walaupon tak tahu ke mana arah hendakku tuju lagi.. T____T Di sini lah tragedi menyayat hati berlaku. Saya memutar kunci..; Kechek...... Kechekkk..... (Bunyi enjin).. Saya cool.. Rileks saja.. Enjin masih belum hidup.. Kechek... Kechek... Kech... Kech... Kec.. Kec... Kec.. K..... Langsung tak bersuara dah. Oke, fine... Mesti bateri habis. Handphone pulak semakin tenat keadaannya. Tapi saya gagahkan juga mengkasi SMS-SMS terakhir kepada insan-insan yang boleh membantu. K LET KLET KLET! T________T Bateri handphone pon habis jugak.. Sungguh ciskek. Mencemaskan. Saya kira waktu tersebut baru pukul 5 petang.



Berbekalkan beberapa SMS S.O.S yang saya hantar kepada beberapa orang, saya menanti bantuan tiba dengan sabar di tepi highway. Sabar sampai tertidur-tidur.. Macam dalam cerita rescue 911. Seorang lelaki kacak sedang tersangkut di tepi gunung. Dalam keadaan sejuk antara hidup dan mati. Sama keadaannya macam saya, seorang lelaki kacak sedang tersangkut di tepi highway, dalam keadaan sejuk antara hidup dan mati kot-kot nanti ada treler langgar dari belakang. Fuh.. Tapi Alhamdulillah, sepanjang jam 4 sampai jam 7 malam, nothing happened. Tapi bila hari dah gelap, saya rasa tak selamat dah duduk dalam kereta. Bantuan pon tak sampai. I guessed, mereka pon tak dapat keluar dari lembah Sintok sebab banjir. Maka dalam keadaan hujan yang sangat lebat, saya berjalan kaki ke pekan Changlun.. Jarak dia.... dalam 1 kilometer.. Tabah lah.. Tabah.. T_____T Saya harap dekat pekan Changlun saya dapat beli bateri handphone baru.

Berjalan seorang diri dengan hujan yang sangat lebat, membuatkan saya terasa seperti seorang musafir rawan. HAHAHAHA.. 1KM tu jauh okay.. Jalan tepi highway, dengan air terpercik-percik sebab kenderaan lalu lalang.. Sungguh susah. Tapi saya fikir lebih baik jalan kaki 1 kilometer daripada mengharap bantuan yang tak pasti.. Nak tahan kereta mintak tolong macam satu kerja bunuh diri.. Highway tersebot gelap. Sekali kena langgar karang, sia-sia.. Saya belum kahwin. Sila ambil perhatian. HAHAHA.. Err.. Sebenarnya berjalan tepi highway pon satu kerja membunuh jugak.. T_______T Perasaan saya sungguh rimas, berjalan dalam keadaan basah dan kotor.. Apa nak buat, saya kena berikhtiar.



Tapi setibanya di pekan Changlun, keadaan menjadi lebih huru hara. Air dah naik separas pinggang. Berpuluh-puluh buah treler dah lingkup kerana mencuba naseb mengharungi banjir. Kereta PERSONA ELEGENCE pon rosak.. Saya menitiskan air mata kasih kepada Persona tersebut. Baru.. Plastik pon tak terbukak lagi.. Tapi malang, dia dapat tuan yang berani tapi bodoh. Saya tolong Elegence tersebot.. Tolak dia ke tepi jalan.. Treler pon saya tolong tolak........... Okay, ini TIPU.. HAHAHA. Polis berkeliaran mengawal keadaan. Ramai yang degil nak redah banjir jugak, tapi semua tewas. Secara jujurnya berada dalam keadaan itu, dengan air yang sungguh banyak dan deras, kadangkala mencecah lutut, adalah MENAKUTKAN. Mangsa banjir neh sangat sengsara okay.. Jangan ingat banjir tu seronok. Lebih sengsara bila ada kereta mewah yang tenggelam.. Tapi tak apa lah, itu sebab kebodohan sendiri.. Dah tahu air dalam separuh kereta, kau nak redah jugak.. Ingat canggih sangat lah kan?

Waktu tersebot saya sempat berkenalan dengan seorang... pemandu treler. Heh! Ada misi di sebalik perkenalan ini... Nak pinjam handphone.. :) Lepas berborak-borak macam mesra gila, saya terus cakap; “Saya ni pon dari pukul 4 tadi tersadai ni.. Handphone pulak takde bateri.. Hai.. Susah, susah..”.. Dia cuma kata “Ooo... Susah kan?”... Lepas tu pandang lori lalu lalang... Saya rasa dia tak dapat menerima mesej tersirat saya.. Saya cakap lagi. “Ingat jalan jauh-jauh ni boleh la pergi mana-mana kedai handphone nak beli bateri, rupanya banjir teruk dah kat sini noh..”... Dia jawab; “Aaa.. Tak dapat la nak g.. Ni air dah takat pinggang...”... Saya rasa dia ni kurang pengetahuan tentang body language. Jadi...; “Bang, boleh pinjam henpon sat tak? Nak telefon kawan..”.. Dia hulur Nokia 5800 dia.. Hekeleh.... Payah no nak paham... Tapi tak apa, saya dail nombor kawan pantas-pantas. Meminta bantuan kedua.



Beberapa ketika kemudian, akhirnya ada seorang staff UUM telefon.. “Sat g, kawan abang mai ambik. Dok umah dia dulu.. Banjir kat semua jalan nak masuk Sintok, nak buat cemana noh?”. Saya pon okay saja.. Waktu tersebot lebih kurang jam 11 malam. Lebih baik bermalam di rumah orang, dari bermalam dekat tepi jalan kan? Cuaca sungguh teruk.. Sejuk gila.. Dalam keadaan yang lost tersebut, mendapat bantuan penginapan percuma adalah sungguh magik. HAHAHA.. Alhamdulillah. Terima kasih untuk keluarga tersebot.. Siap kasi makan free.. Seriously, ini pengalaman pertama jadi mangsa banjir.. Sangat rimas, sangat cemas dan menakutkan. Saya pon tak faham kenapa highway dekat sini semua rendah-rendah? Heh.. Dekat Taman Palma lagi dahsyat sampai naik paras bumbung. Tapi tak apa, sekarang semuanya okay.. Saya dah sampai UUM kira okeylah.. Hohoho..

Bandingkan:


Sebelum banjir......


Semasa banjir...

*Mintak sori gambar tak berapa nak cantik.. Hey, gambar banjir mana ada ciri entertaining T__T.
**Dimaklumkan semua jalan menuju ke lembah Sintok dinaiki air..
***Dipercayai ini banjir terburuk dalam 35 tahun.. T____T

Friday, September 3, 2010

HOME SWEET HOME!! AIDILFITRI IS COMING~

Share
Perjalanan pulang ke kampung halaman malam tadi sungguh cergas. Tak terasa ngantuk sangat.. Sebenarnya selalu pon mcm itu.. HAHAHA.. Oke, kita mulakan dengan peristiwa teksi rosak. Semalam kereta Pakcik Bakar kehabisan minyak clutch ke apa ntah. Jadi kami tersadai di depan UUM selama 30 jam minit. Tapi Alhamdulillah kami akhirnya berjaya sampai sebelum pukul 10 malam di Changlun. Mati-mati ingat tiket pukul 10.. Rupanya 10.30 malam tiket tersebot.. Terima kasih lah rakan sebab buat lawak tak berapa nak buat saya gelak..



Oke, suasana di Changlun malam itu sangat gundah gulana.. Masing-masing dengan beg besar memenuhi kaki lima jalan raya. Saya maseh ingat dulu-dulu masa saya semester 1..., macam itu jugak.. Balik raya macam dah tak nak balik U dah. Sebenarnya saya bawak perangai tu sampai semester 4. HAHAHA. Tapi bila dah naik sem 5 macam segan nak bawak beg sebesar bas. Senior mesti lah lebih cool dari junior kan? Tak payah tunjuk anda gila nak balik kampung.. Walaupon kita tahu hati kita sejak 1 Ramadhan dah ada dekat kampung. HAHAHA..

Tepat jam 10.30 malam, Sani Ekspress trip MK43 tiba. Tingkat atas, seat kedua dari depan. Jadi malam tadi digamit pemandangan jalan yang sunyi dan... Err.. Menyeramkan.. Sungguh. Bila sampai satu kawasan dekat Ipoh, bila bas turun bukit pantas-pantas.. Sungguh roller coster perasaan saya.. Tapi percayalah kepada Sani Ekspress.. Blerrgghh..!~ Ohya, di situ ada satu pemandangan yang cantek. Bila berbulan-bulan tidak terdedah dengan suasana bandar, pemandangan bandraya Ipoh di waktu malam sungguh menggamit jiwa.. “Akhirnya saya jumpa dunia..” T________T




Berhenti di Sungai Perak. Malangnya hentian sebelah Selatan. Mee rebus yang saya uar-uarkan war-warkan uar-uarkan berada di hentian sebelah Utara. Okay, tumpang nangis sederas sungai.. T____________T Pagi tadi bersahur magi cup dan biskut Cadbury super sedap... Chachos, dan Roti sosej, dan Air Twister.. Tak apa.. Kita kena banyakkan sabar di bulan Ramadhan. Saya akan buat liputan Mee Rebus Sungai Perak bila balik UUM nanti. Pasti. Berhenti rehat sekitar 45 minit.. Memang perjalanan semalam lebih lambat dari biasa. Tapi tak apa.. Asalkan saya berasa selamat.. Err.. Ya, selain dari jalan roller coster itu, lainnya saya berasa selamat bersama Sani Ekspress.



Tiba di Jalan Duta jam 6 pagi. Kemudian menikmati pemandangan kereta yang sungguh ramai banyak. Di Sintok sumpah tak ada suasana ini. Eh, saya tidaklah mendambakan kehidupan bersifat kebandaran.. Tapi sekurang-kurangnya saya boleh tengok manusia hidup dan mewujudkan sedikit sebanyak perasaan dalam jiwa. “Eh, banyaknya kereta..”.. “Eh, dah siap bangunan ni..?”.... “Cantek lah pulak perempuan tu..”.. Di Kedah? “Eh, serangga apa neh?”.. “Eh, pokok? Pokok lagi? Pokok dan pokok lagi?”.. T_____T.. Okay, tak apa, sekurang-kurangnya di Kedah saya dapat membina jati diri yang baik. Perasan.

Saya tiba di Klang Sentral jam 7.30 pagi. Pertama kali sampai di Klang Sentral sepagi itu. Selalunya 5-6 pagi dah tercegat di terminal B. Saya tunggu di simpang jalan.. Abang ipar saya datang ambik elok saja berhenti jauh-jauh tercarik-carik.. Tengkorak dia. Penat kena lari-lari.. Dah lah letih tak tidur.. Err.. Dan pagi tadi juga menerima sekeping lagi kad raya dan... Sebekas kueh raya.... Terima kaseh! :D Sangat teruja. :D Ehem... Okay, kawal emosi. Setibanya di rumah terbau jiran memasak ketupat dengan kayu api.. “Okay, Ini lah dia KAMPUNG!”.. Excited! :)



Tamat.

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus