Showing posts with label remaja. Show all posts
Showing posts with label remaja. Show all posts

Saturday, October 20, 2012

HAKIKAT LELAKI DAN PEREMPUAN MODEN

Share
Isu ini bukan isu popular untuk di'like' oleh muda mudi. Bukan isu perkahwinan main-main, bukan isu pakwe makwe atau isu putus cinta. Ini isu yang saya tuliskan kerana bosan dengan sikap sesetengah orang kita.. Mungkin ada antara anda yang sinis berpandangan, orang muda yang belum berkahwin tak selayaknya bercakap soal rumahtangga, keibu bapaan dan sebagainya. Maka saya tidak menuntut anda terus membaca. Butang 'X' ada dipenjuru kanan. Sila klik.

Saya mulakan dengan golongan muda mudi. Kerana saya rasa penentu kehidupan masa depan bermula pada usia muda, bukan pada usia kanak-kanak. Zaman kanak-kanak tak pernah faham erti kekayaan, kesusahan, dosa, pahala, rintangan, persefahaman, cinta dan sebagainya. Cuma pada usia muda remaja baru kita mengorak langkah untuk berfikir. Dan tindakan-tindakan di usia muda ini yang menentukan corak hidup kita pada masa depan, atau sekurang-kurangnya untuk satu jangka masa panjang.

Saturday, March 19, 2011

MONYET PUN MALU :)

Share
Kalau sebelum ini saya menghentam orang Melayu yang melayan adat secara over, hari ini saya marah pulak orang Melayu yang melupakan adat atau cuba memodifikasi adat secara tidak cerdik. Shuffle dalam majlis kahwin.. Hebat! Rasa nak tikam dengan keris. :)


Nak cakap apa? Kelainan? Unik? Moden? Pada saya, cuma satu perkataan saja yang boleh disebut. BODOH. Memang cukup menyampah bila adat Melayu yang cantik-cantik dicemarkan dengan budaya rimba. Terkinja-kinja tak tentu hala. Sedangkan berkaraoke dalam majlis pon rasa nak tampar, apa lagi budaya macam ni diselitkan dalam adat Melayu..

Melayu sekarang.. Adat yang jadi beban diikut, adat yang indah dibuang.. Semoga kita tidak berfikiran kurang cerdik begini.. :) "Biar mati anak, jangan mati adat"

Tuesday, November 9, 2010

MEMBELA HANTU KUNING

Share
Semalam menyelusuri bandar Klang yang berkeadaan seperti $%&*#$ mencari-cari sesuatu. Saya tak berapa faham dah, kenapa jalan dekat KLANG dah macam trek roller coaster yang tak tahu entah nak pusing celah mana menuju ke destinasi...Lebih-leih lagi saya memang tak berapa ada destinasi semalam.. T______T Akhirnya tersampai sebuah destinasi.. Menuju destinasi, tak tahu destinasi dan tetiba sampai destinasi. Hakim memang merepek kuat. T___T Tak apa, sekurang-kurangnya saya menghiburkan anda dengan repekan saya... Destinasi pertama adalah CELCOM center. Syarikat Telekomunikasi kesayangan yang baru-baru ini telah mencalar kesayangan saya terhadap mereka.


Saya mintak ‘break up’ dengan Postpaid mereka.. Serius cakap, postpaid Celcom memang annoying.. Lagi pon, mereka update sistem sungguh tidak pantas. Pertama, SMS makluman jam percuma yang kita guna sampai lambat. Dah guna terlebih-lebih baru nak sampai. Lepas tu cakap baru 90% pulak tu.. Sungguh bersifat penipuan.. Kedua, update di Celcom Online Customer Service juga lambat.. Seminggu lepas bil keluar, baru nak update.... Ketiga, limit dia langsung tidak tepat.. Saya set limit RM100, dia boleh sampai RM150-160 which is sangat membakar jiwa.... T_____T Jadi, terima kaseh Celcom............ Let’s move on DiGi Easy Prepaid!



Tadaaaa.... Pencarian DiGi Easy Prepaid sekarang tidak mudah. Stok sangat terhad.. Kalau ada pon, nombor macam disaster saja bunyi dia.. HAHAHAHA... So, semalam saya berjalan-jalan di sekitar bandar Klang mencari DiGi Center. Disebabkan tempat yang tidak strategik, jadi pencarian DiGi center umpama menjari jarum di dalam jerami.. Hohohohover.. Di sini lah saya tersesat kerana kawasan tersebot semua dah jadi one way.. Saya tak suka one way.. Sebab susah nak kena pusing jauh-jauh bila sesat.. Jadi, jangan sesat di laluan one way.. Nanti anda naik hangin dengan diri sendiri. Tapi bila naik angin, cara terbaik adalah dengan menyanyi.. Nyanyi lah lagu wonderpet ke apa.. Tapi semalam saya nyanyi lagu “Paccey maccey tunjo jalan, suda sesat..” T______T Gila. Rekaan sendiri terima kaseh.

Setelah tersesat sebanyak sekali, saya akhirnya menemui jalan kebenaran. DiGi center tersergam.. err.. ‘indah’... Tapi tak apa, iklan DiGi Easy Prepaid mengubat hati yang lara. Saya bergegas ke.. sebelah DiGi center.. Sebuah kedai runcit.. HAHAHAHA... Sebab DiGi center mensediakan servis yang sungguh perlahan.. Baik pergi ke kedai runcit sebelah.. Dah lah stok Easy Prepaid berlambak, ada registration service pulak tu... Canggih la uncle. So saya ambil pek sim.. Dan register.. Ohya, sekarang pek DiGi Easy Prepaid dah boleh pilih nombor sendiri... Saya buat 4 digit terkahir- ‘3060’ dan.... Tu diaaaa... Pilih! Pilih! Murah! Murah! Hoho.. Maka selamatlah Sebuah DiGi Easy Prepaid di dalam genggaman...


Jawapan kepada soalan kenapa saya pilih DiGi Easy Prepaid, adalah simple. They give us free call & SMS to 3 Buddyz. Unlimited? Err.. Tak! Maseh terhad 60 jam setiap bulan. Tapi still okay lah kan berbanding Celcom – 20 jam + bil yang kadang-kadang tak tentu arah.. T_____T Maxis? Tak payah cerita lah okay... :) Line? Since their hantu kuning bergerak aktif mem’follow’, DiGi takda masalah dah.. HAHAHAHA.. Dekat rumah line dah super power, dekat kolej pon terbaik... Sungguh tak ada masalah.. 3G? Semalam bila saya aktifkan nombor, saya terkejut bila DiGi ada line 3G.. Heh... So, apa yang tak lengkap? Cuba cakap? :P So far, lepas beberapa minggu meng’usya’ pelan neh, rasanya tak ada masalah.. Harap-harap lah.. Kot tetiba keluar entry DiGi sekali lagi, anda faham-faham lah okay.. :p

Tapi.... Saya maseh seorang pelanggan Celcom yaa.. Main line saya maseh Celcom Prepaid.. Celcom maseh banyak kelebihan.. Celcom Careline maseh terbaik.. Cara mereka melayan pelanggan sungguh seronok... Even nak terminated line pon dia orang maseh sopan; “Ye, Encik Khairul, boleh saya bantu..?”.. Tak sebut Hello lagi dah sapa dulu... Lepas tu buat aduan siap boleh layan macam kawan, siap gelak-gelak tak boleh blah.. HAHAHA... Cuma sesekali bila ada pakej yang menguntungkan, tak rugi rebut! :) Terima kaseh membaca... Sekian.

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus