Showing posts with label isu wanita. Show all posts
Showing posts with label isu wanita. Show all posts

Friday, June 29, 2012

DENGARKANLAH WANITA..

Share Ceh tajuk tak nak kalah... T__T

Sebenarnya beginilah. Saya menulis entry ini kerana berasa kasihan dengan insan-insan sekaum dengan saya yang bila jalan dengan makwe, kena bawakkan handbag makwe dia.. Kesian dengan insan sekaum dengan saya yang bila keluar, asyik dia kena belanja dan makwe pulak nafsu shopping macam raksasa.. Lagi kesian keluar dengan makwe tapi kau bukan dianggap macam pakwe, macam kuli ada lah kena buat itu ini, ikuttttt jek kata dia.. Kesian sebenarnya lelaki-lelaki bermalasah macam ini... Bodoh pon iya juga.. T__T



Baik, semuanya berpunca dari kekeliruan antara sayang dan kebodohan.. Eh mana boleh cakap bodoh.. Kena cakap kurang cerdik.. Okay, bila sebut relation antara lelaki dan perempuan, saya suka memetik rangkap lagu ini;

“Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki untuk dialasi.. Bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat di bahu untuk dilindung.. Dekat jua di hati untuk dikasihi.. Engkaulah wanita, hiasan duniawi”

Perempuan selalu mentafsirkan lirik ini secara bias apabila mengambil cuma 2-3 ayat dari lirik tersebut. Dekat dibahu untuk dilindung, dekat jua dihati untuk dikasihi dan wanita hiasan duniawi. Kerana ayat ini menggambarkan hak mereka yang sepatutnya mereka dapat. Jadi atas hak ini, mereka merasakan diri mereka perlu diangkat. Kemudian keluar lah ayat di Facebook “Wahai lelaki dengarkanlah”... “Wahai lelaki sedarilah tanggungjawabmu” and what so ever lagi lah ayat-ayat menuntut dia. Ya, betullah apa dalam lirik itu sebutkan, TAPI.. Pengaplikasiannya salah. Salah sebab kau terlupa kaitkan dengan beberapa ayat sebelumnya..

“Bukan dari kaki untuk dialasi”; bermaksud bukanlah dicipta untuk dilayan seperti raja dan menjadikan lelaki umpama hamba.

“Bukan dari kepala untuk dijunjung”; bermaksud bukanlah diciptakan perempuan untuk diagung-agungkan, diangkat sehingga menjadi riak dan takbur, dipuja-puja dan sebagainya.

“Tapi dekat di bahu untuk dilindung, dekat jua dihati untuk dikasihi”; bermaksud perempuan ini bersifat ‘lemah’ dan adalah tanggungjawab lelaki untuk memberi perlindungan dan kasih sayang kepada mereka.

“Engkaulah wanita hiasan duniawi”; Sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah kau faham tak? Perhiasan bermaksud wanita ini indah ciptaannya, diberikan kelembutan pada dirinya, diberi ketulusan dalam hatinya.. Tapi ini depends jugak kepada macam mana dia menjadikan dirinya perhiasan. Kalau dah dia buat diri dia jadi macam Lady Gaga kau nak cakap perhiasan jugak, meh sini aku lempang KAH KAH KAH. Move.

Baik, ini lah yang perlu diberi perhatian. Walaupun wanita itu dicipta untuk dikasihi, disayangi, dilayan baik, dicintai dan dilayan sebaik mungkin, tapi perlulah ada tatacara yang sepatutnya, supaya mereka tidak berperasaan ‘demand’. Dan tidak juga menjadikan ‘si pelindungnya’ kelihatan bodoh. Apatah lagi meletakkan diri mereka melebihi ‘si ketua keluarga’ itu sendiri. Ini dah salah konsep kau tahu tak? Salah ni.. Go back and practice. Hah... Tapi lelaki satu hal juga.. Sebab kau sayang, kau ikut semua benda dia mintak. Sebenarnya kau ada penyakit kau tahu tak? Penyakit yang semakin menular di mana hilangnya maruah seorang lelaki sebagai pendidik dan pemimpin. Sebab apa hilang? Sebab kau sandarkan cinta pada nafsu. Kau tak sandarkan cinta pada tanggungjawab. Kalau kau nak tahu tanggungjawab lelaki, mari sini aku cerita.

Tanggungjawab lelaki mestilah memimpin! Dah kata dah tadi kan.. T__T Memimpin itu bukan lah memimpin tangan makwe atau memimpin tangan pakcik OKU melintas jalan. Itu pondan pon boleh buat.. Sebagai lelaki perlu ada sifat kepimpinan untuk menjalankan salah tanggungjawab yang diamanahkan, iaitu memimpin dan melindungi kaum hawa. Rasulullah ada bersabda pada khutbahnya yang terakhir;

“.... maka mereka jugak berhak diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia”



Petikan khutbah terakhir Rasulullah ini menceritakan bagaimana lelaki bertanggungjawab terhadap perempuan. Dilayan dengan lemah lembut, dikasihi dan sebagainya. Dan jangan dilupa pada ayat yang berbunyi; “... sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia”. Di sini telah meletakkan syarat wanita yang bagaimana perlu dilayan seperti yang diamanahkan. Dan ayat sebelum petikan di atas juga berbunyi;

“Wahai manusia, sebagaimana kamu mempuyai hak ke atas wanita kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak....”

Nampak apa yang disebutkan? “Sekiranya mereka menyempurnakan hak ke atas kamu” bermaksud, sekiranya mereka telah menjalankan tanggungjawab sebagai wanita seperti mana yang dituntut, termasuk menjadi seorang yang menenangkan, mendamaikan, pengasih, menghormati suami/lelaki, menjaga maruah dan sebagainya seperti yang dituntut. Maka mereka ini layak dilayan dalam suasana kasih sayang. Kasih sayang ialah mencintai dengan jiwa kerana Allah. Bukan bermaksud bawakkan handbag dia masa jalan, bukan bermaksud kena suap-suapkan dia tak tentu pasal (dia ada tangan woi). Bukan juga bermaksud kena turutkan semua benda yang dia nak. Ya, perempuan ni selalu mengikut nafsu, maka kalau kau ikutkan nafsu Sembilan dia tu, masak lah kau.. KAH KAH KAH. Kau ingat kau Naruto?

Baiklah. Tidak adil pula menyentuh terlalu banyak tentang wanita, tapi tak menyentuh pula hal lelaki sebanyak namblas perenggan macam ni. T__T Tapi kena fahamlah jugak entry panjang-panjang ni bukan semua orang nak baca. Jadi apa kata kita sentuh tentang cara seharusnya lelaki mendidik wanita pada entry akan datang. Hah. Saya simpulkan dulu entry ini. Kesimpulannya begini pembaca kesayangan sekalian, antara lelaki dan wanita itu ada hak yang ditetapkan. Kalau si perempuan menjalankan tanggungjawabnya ke atas lelaki dengan sempurna, maka hendaklah si lelaki menjalankan tanggungjawabnya ke atas perempuan dengan sempurna juga.

Hak-hak seorang wanita yang boleh dituntut juga sudah disebutkan. Nyatanya hak ini tidak ditegakkan secara melampau sehingga mengagungkan wanita itu, atau meletakkan wanita itu di tempat yang berlebih-lebihan ‘tingginya’ (bukan dicipta dari kepala untuk dijunjung, mind you!).. Semuanya ada cara yang terang dan jelas. What you give, you get back. Kau sempurnakan, maka akan aku sempurnakan. Perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik juga. :) Sekian, jumpa lagi dalam entry akan datang. Till then...~

**Gambar diambil daripada http://www.flickriver.com
dan http://faizpictures.blogspot.com

Wednesday, June 8, 2011

DENGARLAH PEREMPUAN

Share Ini entri yang disimpan selama 2 bulan di dalam draf. T___T



Dalam dunia sekarang kalau kita tak dengar istilah "kesamarataan" antara lelaki dan perempuan memang tak sah.. Tak salah. Cuma kena lah tengok atas konsep apa kesamarataan itu dituntut oleh mereka yang bernama PEREMPUAN. Lebih penting, kesamarataan ini tidaklah mengganggu 'sifat semulajadi' seorang perempuan tersebut. Jujur, sesetengah cara perempuan menunjukkan kemamuan beliau untuk bersaing dengan lelaki amat memualkan.

Saya terangkan dalam konsep perhubungan. Hari ini bila perempuan itu berada dalam sesebuah perhubungan, akan ada bisikan-bisikan dari orang-orang sebelah menuntut supaya hubungan itu dipraktikkan dengan jaminan 'HAK'. Malangnya HAK ini selalu sekali mengheret seseorang perempuan itu bertindak melampaui batas semula jadi seorang perempuan itu sendiri. Contoh: Hak untuk dilayan 'seperti seorang perempuan'. Bermaksud, seseorang perempuan itu menuntut untuk dirinya dilayan pada tahap sepatutnya sebagai seorang yang lembut pekertinya, bahasanya dan kudratnya.

TETAPI! Malangnya tuntutan ini tidak bertepatan langsung dengan cara dirinya bertindak. Sesetengah perempuan yang menuntut hak ini kadangkala meletakkan dirinya secara melampau di atas. Mereka ingin dijunjung dan dihargai secara melampau. Mereka mahu dianggap sebagai seorang puteri sedangkan pada hakikatnya sikap mereka tidak lah menunjukkan 'keputeriannya'. Lebih parah lagi, atas tanggapan lapuk 'perempuan itu lemah', ia dijadikan lesen untuk memastikan seorang lelaki itu memenuhi tuntutannya. Kalau tidak, lelaki akan dianggap bersalah, tidak bertanggungjawab dan sebagainya.

Duit. Ada mereka yang bergelar perempuan berani mendakwa; "Duit dia duit aku.. Duit aku, duit aku..". Dakwaan ini tidak lah seratus peratus salah. Tetapi cara penyampaian yang angkuh dan keras ini seringkali merobek rasa hormat lelaki pada seorang perempuan itu sendiri. Dalam satu ikatan yang sah antara lelaki dan perempuan, memang tanggungjawab seorang lelaki untuk menyara seorang perempuan. Malah adalah haram seorang suami bertanyakan pendapatan isterinya. Tetapi dalam sebuah hubungan yang belum lagi sah, tuntutan ini saya anggap sebagai sampah. "Your money is yours, my money is mine.".. Sesekali berkongsi dan memberi itu tidak salah.

Siapa di atas, siapa di bawah. Hakikatnya lelaki itu di atas, dan perempuan itu di bawah. Tetapi telah diletakkan satu jaluran kaedah tentang bagaimana mana konsep ini harus diguna pakai. Lelaki itu berada di atas bukan untuk menjadi 'raja' dan perempuan itu berada di bawah bukan untuk menjadi 'hamba'. Lelaki berada di atas untuk menentukan corak kehidupan, membuat keputusan dan menguruskan keluarga, lebih berusaha, dan memastikan kesinambungan yang baik antara semua aspek kehidupan berkeluarga atau organisasi.

Perempuan pula berada di bawah lelaki sebagai pendokong paling setia. Mereka berada di bawah untuk menyambut bila mana seorang lelaki itu mungkin tergelincir atau kurang mampu menanggung beban. Mereka ini diberikan kemampuan untuk kadangkala menjadi lebih tabah daripada lelaki. Mereka ini diberi kemampuan untuk kadangkala mengatur dan merancang dengan lebih rapi hasil kealpaan seorang lelaki. Mereka ini dengan lebih mudah dikatakan pengisi kekosongan seorang lelaki. Ya, isu siapa di atas dan siapa di bawah ini seringkali disalah tafsirkan.

Dan isu ini juga seringkali menjadikan seorang perempuan itu hanyut. Hanyut dengan tanggapan bahawa perempuan tidak boleh lagi berada di bawah. Hanyut dengan tanggapan mereka mesti berdiri sama tinggi dengan lelaki, dan bertindak lebih hebat dari seorang lelaki. Keinginan ini selalu membawa kepada SIKAP YANG MENCALARKAN KEINDAHAN seorang perempuan itu sendiri. Mereka rasakan berada di bawah itu adalah penghinaan.. Mereka merasakan berada di atas itu adalah ciri seorang perempuan alaf baru yang hebat penampilannya. Mereka seringkali lupa, Allah memberikan kedudukan ini kepada mereka sebagai hiasan kecantikan..

Bagi seorang lelaki sikap ini menghakis 'keindahan' seseorang perempuan. Biarlah secantik mana seseorang perempuan itu, biarlah seayu mana wajah seorang perempuan itu, namun andai tiadanya kelembutan, tiadanya sifat menghormati, tiadanya sifat merendah diri, maka tiadalah lelaki memandang mereka itu sebagai seorang perempuan sejati. CANTIK bagi seorang lelaki itu secara jujur tidaklah bergantung pada wajah sebagai aspek utama. Tetapi sikap dan nilai seorang perempuan itu yang akhirnya akan menentukan hati tertambat atau tidak.

Beringtlah, kecantikan dan istimewanya seorang perempuan itu adalah kemampuannya mendamaikan hati lelaki, menyejukkan pandangan lelaki, mengisi kekosongan lelaki dan sentiasa meletakkan dirinya pada tempat yang disediakan untuknya dengan sepenuh hati yang ikhlas dan bangga. Bukan dengan meletakkan diri pada setinggi-tinggi kedudukan, menuntut junjungan dan meminta kemewahan. Isu lelaki akan menyusul kemudian.. Till then.. :)

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus