Showing posts with label kisah cinta. Show all posts
Showing posts with label kisah cinta. Show all posts

Friday, November 9, 2012

SENI SEMPURNA

Share

Bila cakap tentang kesempurnaan, for me it is subjective. Bergantung pada individu. Ada orang, yang kita nampak cincai-cincai pun dia kata sempurna. Ada orang yang kita nampak dah sempurna pun , bagi dia tak sempurna-sempurna jugak. Jadi bila kita kata subjective ni, sebenarnya bukan hak kita untuk menafikan apa yang orang lain fikirkan. Masing-masing pun ada aras yang ditetapkan untuk sesuatu tu dianggap sempurna.. Sama macam anda nak pilih suami atau isteri. Hidup ni pun subjektif sebenarnya.. Macam seni.. Subjektif.. Ada orang rasa satu kerja seni tu menarik, cantik... Ada jugak yang kata tidak. Tapi cuma si penghasil karya yang pasti tahu hasil seni dia menarik atas sebab apa. Sebab seni itu cerita...... Mesti anda tak faham kan? T__T Dah aku bukan nak cerita pasal seni dekat sini. Itu cuma satu analogi. Baik, kesempurnaan dalam diri manusia. Mari sini saya terangkan. Contohnya kesempurnaan calon suami atau isteri. (Saya pun tak faham, lately banyak sangat sentuh pasal suami isteri T__T)

Friday, June 29, 2012

DENGARKANLAH WANITA..

Share Ceh tajuk tak nak kalah... T__T

Sebenarnya beginilah. Saya menulis entry ini kerana berasa kasihan dengan insan-insan sekaum dengan saya yang bila jalan dengan makwe, kena bawakkan handbag makwe dia.. Kesian dengan insan sekaum dengan saya yang bila keluar, asyik dia kena belanja dan makwe pulak nafsu shopping macam raksasa.. Lagi kesian keluar dengan makwe tapi kau bukan dianggap macam pakwe, macam kuli ada lah kena buat itu ini, ikuttttt jek kata dia.. Kesian sebenarnya lelaki-lelaki bermalasah macam ini... Bodoh pon iya juga.. T__T



Baik, semuanya berpunca dari kekeliruan antara sayang dan kebodohan.. Eh mana boleh cakap bodoh.. Kena cakap kurang cerdik.. Okay, bila sebut relation antara lelaki dan perempuan, saya suka memetik rangkap lagu ini;

“Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki untuk dialasi.. Bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat di bahu untuk dilindung.. Dekat jua di hati untuk dikasihi.. Engkaulah wanita, hiasan duniawi”

Perempuan selalu mentafsirkan lirik ini secara bias apabila mengambil cuma 2-3 ayat dari lirik tersebut. Dekat dibahu untuk dilindung, dekat jua dihati untuk dikasihi dan wanita hiasan duniawi. Kerana ayat ini menggambarkan hak mereka yang sepatutnya mereka dapat. Jadi atas hak ini, mereka merasakan diri mereka perlu diangkat. Kemudian keluar lah ayat di Facebook “Wahai lelaki dengarkanlah”... “Wahai lelaki sedarilah tanggungjawabmu” and what so ever lagi lah ayat-ayat menuntut dia. Ya, betullah apa dalam lirik itu sebutkan, TAPI.. Pengaplikasiannya salah. Salah sebab kau terlupa kaitkan dengan beberapa ayat sebelumnya..

“Bukan dari kaki untuk dialasi”; bermaksud bukanlah dicipta untuk dilayan seperti raja dan menjadikan lelaki umpama hamba.

“Bukan dari kepala untuk dijunjung”; bermaksud bukanlah diciptakan perempuan untuk diagung-agungkan, diangkat sehingga menjadi riak dan takbur, dipuja-puja dan sebagainya.

“Tapi dekat di bahu untuk dilindung, dekat jua dihati untuk dikasihi”; bermaksud perempuan ini bersifat ‘lemah’ dan adalah tanggungjawab lelaki untuk memberi perlindungan dan kasih sayang kepada mereka.

“Engkaulah wanita hiasan duniawi”; Sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah kau faham tak? Perhiasan bermaksud wanita ini indah ciptaannya, diberikan kelembutan pada dirinya, diberi ketulusan dalam hatinya.. Tapi ini depends jugak kepada macam mana dia menjadikan dirinya perhiasan. Kalau dah dia buat diri dia jadi macam Lady Gaga kau nak cakap perhiasan jugak, meh sini aku lempang KAH KAH KAH. Move.

Baik, ini lah yang perlu diberi perhatian. Walaupun wanita itu dicipta untuk dikasihi, disayangi, dilayan baik, dicintai dan dilayan sebaik mungkin, tapi perlulah ada tatacara yang sepatutnya, supaya mereka tidak berperasaan ‘demand’. Dan tidak juga menjadikan ‘si pelindungnya’ kelihatan bodoh. Apatah lagi meletakkan diri mereka melebihi ‘si ketua keluarga’ itu sendiri. Ini dah salah konsep kau tahu tak? Salah ni.. Go back and practice. Hah... Tapi lelaki satu hal juga.. Sebab kau sayang, kau ikut semua benda dia mintak. Sebenarnya kau ada penyakit kau tahu tak? Penyakit yang semakin menular di mana hilangnya maruah seorang lelaki sebagai pendidik dan pemimpin. Sebab apa hilang? Sebab kau sandarkan cinta pada nafsu. Kau tak sandarkan cinta pada tanggungjawab. Kalau kau nak tahu tanggungjawab lelaki, mari sini aku cerita.

Tanggungjawab lelaki mestilah memimpin! Dah kata dah tadi kan.. T__T Memimpin itu bukan lah memimpin tangan makwe atau memimpin tangan pakcik OKU melintas jalan. Itu pondan pon boleh buat.. Sebagai lelaki perlu ada sifat kepimpinan untuk menjalankan salah tanggungjawab yang diamanahkan, iaitu memimpin dan melindungi kaum hawa. Rasulullah ada bersabda pada khutbahnya yang terakhir;

“.... maka mereka jugak berhak diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia”



Petikan khutbah terakhir Rasulullah ini menceritakan bagaimana lelaki bertanggungjawab terhadap perempuan. Dilayan dengan lemah lembut, dikasihi dan sebagainya. Dan jangan dilupa pada ayat yang berbunyi; “... sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia”. Di sini telah meletakkan syarat wanita yang bagaimana perlu dilayan seperti yang diamanahkan. Dan ayat sebelum petikan di atas juga berbunyi;

“Wahai manusia, sebagaimana kamu mempuyai hak ke atas wanita kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak....”

Nampak apa yang disebutkan? “Sekiranya mereka menyempurnakan hak ke atas kamu” bermaksud, sekiranya mereka telah menjalankan tanggungjawab sebagai wanita seperti mana yang dituntut, termasuk menjadi seorang yang menenangkan, mendamaikan, pengasih, menghormati suami/lelaki, menjaga maruah dan sebagainya seperti yang dituntut. Maka mereka ini layak dilayan dalam suasana kasih sayang. Kasih sayang ialah mencintai dengan jiwa kerana Allah. Bukan bermaksud bawakkan handbag dia masa jalan, bukan bermaksud kena suap-suapkan dia tak tentu pasal (dia ada tangan woi). Bukan juga bermaksud kena turutkan semua benda yang dia nak. Ya, perempuan ni selalu mengikut nafsu, maka kalau kau ikutkan nafsu Sembilan dia tu, masak lah kau.. KAH KAH KAH. Kau ingat kau Naruto?

Baiklah. Tidak adil pula menyentuh terlalu banyak tentang wanita, tapi tak menyentuh pula hal lelaki sebanyak namblas perenggan macam ni. T__T Tapi kena fahamlah jugak entry panjang-panjang ni bukan semua orang nak baca. Jadi apa kata kita sentuh tentang cara seharusnya lelaki mendidik wanita pada entry akan datang. Hah. Saya simpulkan dulu entry ini. Kesimpulannya begini pembaca kesayangan sekalian, antara lelaki dan wanita itu ada hak yang ditetapkan. Kalau si perempuan menjalankan tanggungjawabnya ke atas lelaki dengan sempurna, maka hendaklah si lelaki menjalankan tanggungjawabnya ke atas perempuan dengan sempurna juga.

Hak-hak seorang wanita yang boleh dituntut juga sudah disebutkan. Nyatanya hak ini tidak ditegakkan secara melampau sehingga mengagungkan wanita itu, atau meletakkan wanita itu di tempat yang berlebih-lebihan ‘tingginya’ (bukan dicipta dari kepala untuk dijunjung, mind you!).. Semuanya ada cara yang terang dan jelas. What you give, you get back. Kau sempurnakan, maka akan aku sempurnakan. Perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik juga. :) Sekian, jumpa lagi dalam entry akan datang. Till then...~

**Gambar diambil daripada http://www.flickriver.com
dan http://faizpictures.blogspot.com

Tuesday, January 4, 2011

CINTA DAN SEEKOR MONKEY

Share
Apa itu cinta? Atau orang puteh kata LOVE.. Atau orang gedik kita suka cakap 'lurve'.. Cinta terbahagi kepada banyak peringkat.. Bermula dari peringkat kanak-kanak yang bersifat monkey, tak ada tujuan, mengada-ngada.. Sampai lah peringkat dewasa yang ada arah tujuan, penuh seni, dan sungguh fairy tale jalan cerita dia.. Yang bersifat monkey confirmlah tak boleh pakai.. Ada orang pernah rasa bercinta dengan monkey-monkey.. Saya pon pernah melalui zaman monkey dan menjadi monkey.. T______T Tapi tak apa... Itu pengalaman..



Eh, betul, cinta itu pengalaman.. Yang memang boleh mematangkan.. Kalau anda jenis manusia berfikir lah.. Kalau anda jenis bercinta, putus, 1-2 hari boleh dapat orang lain tak pernah insaf, anda memang tak akan dapat manfaat. Sebab itu saya selalu kata, cinta bukan sekadar perasaan.. Bukan sekadar i love you, ilove you too blergghhh!!~ Sebab itu semua perkara monkey.. Bercinta secara monkey tak akan ada seni.. Dan tak ada tujuan.. Jadi hari-hari cuma i love you, i miss you.. dah tak ada perasaan pon cakap i love you jugak sambil lewa.

Cinta yang ada pengalaman ni cinta tahap 23-26 tahun which is satu umur yang membolehkan otak berfungsi dengan normal. Apa ciri-ciri cinta tahap ini?

1. Tak ada sifat kanak-kanak. Cinta tahap neh tak menjadikan sifat kanak-kanak sebagai panduan.. Tak payah keluar setiap minggu.. Kalau anda rasa setiap minggu mesti nak keluar sama, bermakna anda maseh monkey.. HAHAHA. Biasanya tahap ini orang akan rasa macam; "Eh, korang ni bercinta ke tidak".. Maksudnya dia macam suam-suam keadaan dia.. Tapi sebenarnya dalam hati ada taman yang anda saja tahu.. Keadaan macam ini selalunya membangkitkan keseronokan macam satu hari anda akan tertunggu-tunggu mesej dia lepas tu handpgone berbunyi dan anda melonjak riang dari atas katil, capai handphone; "Ni abah. Ade kat balai polis. tolong topup rm10 ada kecemasan. tak payah call nanti abah call balik"... "-__- Harap anda faham isi point ini.. Boleh highlight.

2. Cemburu itu sifat mazmumah yang perlu dielak..
Dalam peringkat ini, sifat cemburu adalah sangat annoying.. Kalau setakat melepak dengan kawan lama makan-makan tak payah lah cemburu sebab itu akan membosankan pasangan. Jadi lah dewasa. Sentiasa cool dan memudahkan pasangan.. Kalau anda sikit-sikit cemburu, sikit-sikit cemburu sumpah cukup 2 bulan je mesti pasangan naik fed up.. Jadi jangan menjadi seorang pencemburu.. Selain ia sangat hodoh, ia juga memudaratkan hubungan. Paling penting jangan bagi alasan kenapa anda harus cemburu sebab memang tak ada alasan untuk menjadi cemburu.

3. Fikir masa depan. Cinta bukan satu masa bersuka ria.. Ini masa untuk mendidik dan memperkenalkan diri. Didik lah pasangan dalam waktu hati masih berbunga-bunga.. Bentuk lah dia ikut apa yang kita nak dia jadi bila kawen nanti.. Tunjukkan diri anda yang sebenar supaya kalau dia rasa dia tak boleh go on sekarang, dia boleh cepat-cepat mintak putus.. Jangan dah kawen nanti baru nak sebok didik lepas tu dia tak boleh terima lepas tu mintak cerai.. Tak pasal-pasal sorang janda, sorang duda. Macam saya cakap, break up bukan sesuatu yang buruk. Kalau tak boleh go on dengan seseorang dengan alasan yang munasabah, boleh jalan. Ingat, kita fikir masa depan.. Bukan masa sekarang nak bersuka ria.



4. Bersangka baik..
Jangan mengaku anda sayangkan pasangan tapi dalam hati penuh kecurigaan. Ini monkey pon tak buat. Bila dah curiga, tak payah teruskan.. Dari menyakitkan hati sendiri, buat dosa semua, baik cepat-cepat tamatkan riwayat.. Bukan terjun bangunan maksud saya.. Tamatkan riwayat hubungan anda. Dalam hubungan hati yang bersih itu penting. Kalau hati kotor, maka hubungan tak akan selamat.

5. Bergembira dalam hati.. Macam saya cakap, kalau kita bermatlamat untuk menjadi seorang yang riang ria, maka riang riakan hidup anda. Kalau dalam hati selalu fikir masalah, penuh curiga, cemburu buta, sakit hati tak pasal-pasal, suka fikir negatif, busuk hati, maka anda mustahil nak rasa bahagia. Jangan menyalahkan orang lain.. Semuanya berpunca dari hati sendiri. Kita membentuk hati.. Kalau busuk hati, busuklah pemikiran.

6. Tak menyusahkan pasangan. Serius cakap, masa tahap ini bukan masa untuk meletakkan diri dalam satu kedudukan yang menuntut macam-macam.. Maksud saya, ini bukan masa untuk kita set dalam kepala; "Aku GF dia, jadi dia mesti layan aku macam ini, macam ini dan macam ini." Jangan meletakkan diri sendiri macam angel ke apa.. Jangan suruh pasangan layan anda macam puteri raja ke apa.. Jangan mengharap pasangan nak memenuhi segala tuntutan dalam hati yang biasanya didorong nafsu dan keinginan. Semua tu mengada-ngada. Jadi independent.. Jangan menyusahkan pasangan.

7. Tanggungjawab masa bercinta sekadar menjaga dan mendidik. Bukan bagi barang, bagi duit, bagi kereta and what so ever.. Kalau anda rasa bermurah hati, berpada-pada.. Kalau anda lelaki, ingat lah, jangan biasakan pasangan anda dengan duit dan barang.. Buruk padahnya.. Serius. Didik lah pasangan dengan nilai hidup. Didik lah dengan nilai agama. Didik dia hormat mak ayah anda.. Didik dia jadi seseorang yang boleh membantu anda, hormat mak ayah anda.. Itu tanggungjawab waktu bercinta.. Duit, barang, nafkah itu semua selepas kawen. Jangan bajet dah kawen tapi sebenarnya belum. T_____T LELAKI BERTANGGUNGJAWAB MEMBENTUK.

Oke, cukup 7 perkara. Berbezakan kan cinta seorang monkey dan seorang dewasa? Jangan jadi monkey.. Sekian.

Friday, December 10, 2010

MERAMPAS KEKASIH RAKAN

Share
Perkara yang paling tidak boleh lupa semasa sekolah rendah adalah pengalaman merampas kekasih rakan. Bukan apa, rakan bercinta, saya pon teringin bercinta.. Entah kenapa nak bercinta dengan orang yang sama jugak.. Macam aneh.. Mungkin sebab perempuan lain lambat matang, atau semuanya maseh mentah menjamah keropok lekor dengan sambal sedap agaknya. Comot.T_____T Jadi saya yang sudah matang dan perempuan yang sudah matang tidak memakan keropok lekor ya. Kami makan aiskrim. Siapa-siapa makan aiskrim boleh consider dia matang sekarang.

Perasaan ketika itu adalah manis. Dalam bercinta tak ada pahit, semua manis.. Kalau tak manis pon kena berlakon macam manis sebab takut nanti kekasih merajuk mintak clash. Jadi segala perkara perlu manis.. Ayat kena manis.., muka kena manis, senyum kena manis, bau kena manis.. Kalau tak tau bau manis tu macam mana, boleh cuba lumur badan dengan air gula lepas tu suruh emak hidu.. Mesti emak cakap manis anak aku dan menghadiahkan sebijik penampar. T____T “Gula mahal bodoh! Gula mahall!”.. Okay, banyak sangat merapu.. Move.. Move..

Masa sekolah rendah tak ada SMS.. Kalau ada mesti cekgu-cekgu sukar mengawal aktiviti bercintaan. Jadi cara terbaik untuk menghidu aktiviti ini adalah melalui pengeposan surat menggunakan perantaraan orang tengah.. Kalau nak tahu, sebab ini lah cekgu ajar kita cara tulis surat tak rasmi dulu.. Sebab senang dia nak tangkap nanti.. Cuma dia tak ada lah ajar buat surat tak rasmi letak bedak Johnson ‘n’ Johnsons atau perfume kakak ke apa.. Atau menyelitkan lirik lagu Siti Nurhaliza. Nanti murid-murid berasa hairan dan terbocor strategi. Haa.. Macam saya, surat saya ditangkap dulu baru lah saya menjadi suspek.. Bila dah ada bukti kukuh baru cekgu mendakwa di sebuah pondok.


“Sekarang saya tanya, awak berdua bercinta ke?” – Cekgu. (Maseh nak tanya sedangkan bukti ada dalam tangan. Tak faham betul.)

“Takde lah cikgu.. Kawan saje..” – Saya. (Maseh nak berdalih sedangkan bukti dah ada dalam tangan cikgu. Tak faham betul.) T______T

“...................” (Geleng geleng) – Perempuan.

“Tak apa, kalau tak nak mengaku saya bagitau mak ayah awak.” – Cekgu. Ugut. Suka tau dia ni.

“Ye cikgu.......” – Saya mengaku.. Senang sangat menyerah kalah. Tak boleh bawak mahkamah. Tak thrill.

“......................” (Angguk-angguk) – Perempuan.. Bisu? Entah.. HAHAHAHA..

Mendapat amaran pertama.. Alah.. Amaran pertama je kot... Amaran pertama kan bermaksud boleh buat sekali lagi tapi jangan sampai dapat amaran ketiga. So, sambunglah bercintahahahaha.. Adik-adik jangan ikut perangai macam ini.. Nanti emak-emak kategorikan belog abang jadi adult site lepas tu flag belog neh lepas tu belog neh lenyap lepas tu tak dapat lah abang cerita benda-benda macam ini lagi.. Lagipon bercinta di alam sekolah macam annoying gila.. Perjanjian macam-macam.. Orang dewasa pon tak nak buat perjanjian macam-macam:

“Kalau Hakim periksa dapat no.1, **** bagi 1 surat. Kena balas. Kalau nombor dua, bagi dua surat.. Kalau nombor tujuh, dapatlah tujuh surat.. Balas tau. Ada ubi ada batas, sudah baca harap balas”

Tengkorak diaaaa.. Dah lah prestasi belajar di sekolah rendah tak memberangsangkan. Naseb baik kejadian tak berlaku waktu darjah lima sebab darjah lima saya dapat nombor tiga puluh sembilan... Bayangkanlah kalau tiga puluh sembilan surat tu macam mana seksa nak balas. Tapi saya tak dapat surat dah lepas tu.. Tak ingat lah dapat nombor berapa.. Mungkin tersingkir dari peperiksaan agaknya sebab tu tak dapat surat.. Atau dia sendiri gagal menyiapkan surat sebanyak nombor peperiksaan. Boleh jadi juga.

Percintaan tanpa hala tuju akhirnya berakhir di tingkatan dua. Sedang orang lain dibuai asyiknya cerita Winter Sonata, kami akhirnya bercerai jua, ceewah... HAHAHA.. Sejak dari itu saya menjadi addicted dengan lagu Siti Nurhaliza.. Mengenang naseb setiap malam.. Sebenarnya tak sedih sangat sebab perempuan memang ramai dalam dunia.. Tapi sengaja mencari sedih. Banyak menonton cerita Melayu macam ni lah jadinya... Tak ada jiwa kental. Jadi adik-adik, jangan diikutkan sangat perasaan sewaktu remaja. Kerana zaman remaja itu sangat annoying keadaannya.. Semua benda nak cuba.. Semua benda nak suka kalau boleh semua perempuan cantik dia nak lamar jadi isteri nanti lima belas tahun lagi. Tapi kalau bercinta waktu darjah dua tu siapa nak jawab?

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus