Showing posts with label tips berjimat cermat. Show all posts
Showing posts with label tips berjimat cermat. Show all posts

Tuesday, January 18, 2011

1000th FOLLOWER JATUH KEPADA.......

Share
Alhamdulillah, icemanzwalking dah sampai 1000+ orang follower... Sebenarnya tak kisah sangat pon berapa jumlah follower yang ada.. Cuma, bila ada followers yang ramai ni, kita tahu lah ada orang yang menerima penulisan kita.. Apa lah erti sebuah blog tanpa follower cececeyh... HAHAHA.. Bercakap bab follower, saya pon tak selalu sangat follow belog orang kecuali memang belog-belog tersebot menarik perhatian.. Dan saya pon tak pernah guna konsep 'you follow me, i follow you back' or what so ever.. Kecuali memang bila tengok balik belog-belog follower neh lepas tu terpikat hati dekat follower belog follower tu, memang confirm follow..

So, di kesempatan ini, berkenan lah saya menganugerahkan award kepada follower yang keseribu icemanzwalking kepada CIK SERI OMEL.. Cik Seri Omel boleh lah letak award ni dekat sidebar secara hak milik kekal.. Jangan lupa linkkan sekali ke blog neh okeng! :p Tak silap dulu belog neh pernah di linkkan dalam blog Ben Ashaari.. A big advantage jugak lah ye Cik Seri.. :D

Dan followers yang lain jugak, terima kasih atas kesudian mem'follow' belog indah peribahasa neh.. KAH KAH KAH.. Ayahanda Wazir kata, nak baca belog neh kena ada bahasa yang kuat, kalau tak, memang haram nak paham.. Agak lah kot sebab bila kita cuba buat belog berbahasa santai dalam teknik penulisan, susah untuk readers ikut intonasi sebenar macam yang penulis harapkan.. Tapi tak apa.. Dr. Christopher Wylde selalu kata; "Why not you take it as a new exciting experience?".. Boleh ikot cakap dia kalau nak dapat A- HAHAHA.. Tak paham? Tak apa.. T_____T Belog neh memang suka merepek lebih.

Wednesday, January 12, 2011

TEMPLATES SI MACHOS

Share
Sebab ramai yang tanya tips mengedit template, jadi saya buat satu entry khas 'TIPS MEMILIH TEMPLATE UNTUK BLOGGER' Ceyyy.... Actually untuk mendapatkan templates mengikut citarasa kita memang susah. Jadi cara terbaik untuk mendapatkan template terbaik mengikut citarasa kita ialah dengan mereka sendiri template kita.. Tapi design sendiri template pon bukan senang. Kalau anda tahu guna Photoshop secara solo dan tahu coding HTML, mari saya terangkan beberapa tips penting.
1. Tahu konsep.. Untuk design template sendiri, perkara paling utama ialah memilih konsep mengikut kesesuaian jiwa.. Kalau anda seorang feminin, mestilah anda akan memilih template penuh bunga, kartun, love, salji, nama pusing-pusing dekat cursor, ada reben @%#%*@%^&... Dan kalau anda macho pulak mesti anda mahukan templates yang nampak gagah. Macam design blog Fieyda Afiey neh, dia inginkan blog yang cantek tapi macho.. Jadi saya sebagai designer mereka header yang macho, dan unsur-unsur kekemasan di segenap belog beliau. Paling penting, design blog mengikut konsep penulisan anda juga..
2. Warna-warna terang. Ini ciri penting untuk menarik perhatian readers.. Sebab blog yang ada warna terang dilihat lebih energetic dan mampu menarik perhatian pembaca. Tapi jangan anda campur segala macam warna terang sampai lupa warna putih.. Orang kata warna putih memberi kelegaan pada mata.. So tempat terbaik untuk menyelitkan warna putih ialah di bahagian main column atau tempat post ditulis.. Macam blog Pink Polkadots si ratu USA neh, saya letakkan warna yang agak strong. Tapi diselitkan warna putih so then belog dia nampak lebih lembut lah ikot konsep feminin+gedik dia.. HAHAHA..
3. Header yang menarik. Ini pon penting.. Orang kata, 'Please judge a blog by it's header' HAHAHA... Tak tak.. Tapi apa pon, header sangat penting untuk direka sebaik mungkin. Sebab ini benda pertama yang readers nampak bila bukak belog kita. Blog Hanis (bukan Hanis Zalikha T____T) neh saya letakkan header yang terang dan menarik, dan sesuai dengan konsep 'photography' yang dia pilih... Dan background pulak mesti kena dengan jiwa seni beliau.. (Konon)... Cuma dia masih baru bertapak dalam dunia blogging.. Maseh belom pandai memastikan belog sentiasa kemas.. Keep it up la Hanis!
4. Gambar yang colorful. Sebuah belog terutamanya belog berwarna puteh bersih lebih baik mempunyai gambar-gambar yang jelas dan terang. Bila belog anda puteh bersih, anda memerlukan sesuatu untuk menambah energy pada belog anda.. Kalau tidak dari header yang colourful, letakkan tanggungjawab penaik seri belog anda pada gambar.. Edit sikit gambar-gambar anda supaya menjadi lebih terang dan kelihatan memberangsangkan. Err.. Saya pelik ada blogger yang suka letakkan gambar yang blur-blur dan jadi normal bila letak cursor dekat situ.. Rugi la cik... T___T

5. Kekemasan itu memang super penting.. Elakkan pilih buat template yang ada terlalu banyak kombinasi warna yang kurang matching antara satu sama lain.. Widget dan segala macam accessories mesti mempunyai warna yang mengikut tema, dan pastikan semuanya tersusun kemas, center dan bersaiz sesuai dengan column.. Dan! Sebaik-baiknya, biarkan ruang post tu bersaiz sederhana dan tidak terlalu lebar supaya mata readers boleh terfokus pada tulisan kita...

Dan kalau anda rasa macam tak pernah tahu HTML itu apa..... Maka tak payah lah bercita-cita nak design template sendiri.. Err... Boleh lah dapatkan bantuan pakar atau upah saja siapa-siapa yang hebat men'design' templates untuk anda... Nak saya design? RM25/ template.. Oke? Ngeee...~

Thursday, December 23, 2010

JANGAN TERGODA MATA

Share
Cara terbaik berjimat semasa membeli belah ialah jangan ke tempat-tempat yang ada godaan tahap tinggi. Contohnya kalau dah setakat nak beli mayonis dan kangkung, tak payah pergi Jusco atau Suria KLCC.. Kalau pergi Suria KLCC bukan setakat mayonis anda nampak, tapi KFCnis, Bajunis, Seluarnis, Adik manis pon kau nampak.. Kan itu tidak sehat untuk akaun anda? Lagi-lagi waktu-waktu cuti semester yang rata-rata student semua ada krisis kewangan. Jangan berlagak kaya.. Semua orang tahu student kalau cuti semester mesti dalam keadaan kewangan yang rendah. Jadi jangan buat ya. Kalau emak mintak beli sayur, boleh pergi pasar borong. Bukan Jusco atau Mid Valley, high taste sangat.

Dan kalau anda setakat meneman rakan membeli belah, kalau boleh, jangan mengada-ngada pandang items-items yang ada.. Anda boleh pandang ceiling atau pandang lantai.. Selain nampak sopan dan tawadhuk, anda dapat menyelamatkan diri dari godaan mata.. Apa nak buat bila pandang lantai pon ternampak items yang sungguh menggoda macam ini?

polo

Kalau berlaku perkara macam ini..., boleh campak items tersebot dekat tong sampah.. Jangan sampai cashier nampak. Nanti considered sold. Boleh cuba juga. Yang penting kena nekad jangan beli barang.. Saya serius neh.. Jangan beli. Dan jangan pulak layan perasaan terhadap items tersebot macam; "Ish.. Aku berkenan betol dengan kasut tu.. Serius cantek.. Nampak kaki aku kecik, comel, takde lah macam sampan".. Jangan... Jangan cuba.. Tapi..

Kalau tetiba anda lalu sekali lagi di kedai tersebot, dan nampak orang pakai kasut yang anda minat setengah mati tu..... lagi pulak anda rasa macam dekat je orang tu dengan anda.......

polopoloshopping online


Okay fine.. Maksudnya mungkin anda dah terbeli kasut yang tak ada dalam senarai beli belah neh T__________T Fine.. Fine.. Cara terbaik berjimat semasa membeli belah adalah jangan membeli belah.. Titik.

Stok 5 kali raya.. T____T

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus