Showing posts with label tips blogger. Show all posts
Showing posts with label tips blogger. Show all posts

Thursday, February 24, 2011

7 TEMPLATES SEMUANYA!

Share
Apa yang terjadi semalam membuatkan saya sungguh murka.. Apa kah hal belog seindah purnama neh menjadi katak.. T____T Imageshack dah suruh kita register domain kita.. Kalau tidak semua gambar yang kita upload ke imageshack tak boleh nak keluar dan kemudian belog menjadi sampah. 0_o... Jadi semalam telah mendaftar segala domain di bawah seliaan saya.. Harap-harap semuanya dah okay..

Kerja-kerja me'make-up' belog semakin maju... Tapi maseh tak sanggup nak bukak offer untuk semua orang walaupon permintaan banyak... Boleh setakat ambik tempahan 2-3 belog saja sebab takot nanti tak boleh nak siapkan on time... Kerja-kerja yang melibatkan kreativiti neh tak boleh jadi tiba-tiba... Semuanya kena bergantung pada daya imaginasi yang hebat. Kalau tak hebat jadi lah sebuah belog yang tidak rupawan.. Orang marah!



Blog Cikgu Wazir. Ini belog kelima yang saya make up semula... Ya, simple. Orang cakap lebih simple, lebih baik.. Dan saya rasa sesuai dengan usia.. Takkan lah belog cekgu-cekgu nak bubuh bling-bling kan.. Sungguh tidak kacak.. T___T Orange is one of his favorite colors.. Sebenarnya beliau bagi pilihan beberapa warna.. But i picked orange memandangkan beliau orang yang hebat dalam JPA3.. Dan.. Bukan kah oren begitu energetic? :p



Blog Hanis Zalikha. T____T Kalau Hanis Zalikha mintak buatkan belog mesti saya claim empat ratus juta KAH KAH KAH... Ini belog rakan saya.. Dan sumpah saya cakap, walaupon simple, tapi ini lah belog paling lama untuk disiapkan sampai stress-stress.. T____T Warna turquoise memang susah nak carik warna yang padan... Tapi tuan punya belog cakap; "Pink weh, pinkkkk!!~".. So letak lah pink sebagai kombinasi dia.. Alhamdulillah tak ada orang cakap pelik siap orang pergi review belog dia adalah.. Lawan taukeh ni takleh jadi... HAHAHA...



Blog Ariel saya suka secara banyak... Purple memang dalam senarai. Tetiba dia cakap nak belog purple, so, here it is! Rezeki dia. Combination purple hitam memang niceee... Mula-mula meletak puteh dengan purple tapi nampak begitu feminin.. Badan besar tapi mempunyai belog begitu feminin kan tidak manis dipandang mata? KAH KAH KAH... Widgets title di sidebar juga menjadi item favorite dalam belog dia neh... Cuma dia maseh baru dan susun atur dalam entry maseh banyak kelemahan.. Tak apa, boleh cuba sikit-sikit.. Harap-harap nanti menjadi sekacak icemanzwalking.. :p

DONE! Sekarang saya bukak untuk tempahan-tempahan berikutnya.. Please email kan ke s_khairulhakim@yahoo.com kalau teringin... Esok akan bergegas ke Park Avenue untuk INTAFF Grand Dinner.. Report will be post later.. Till then...

Thursday, December 23, 2010

JANGAN TERGODA MATA

Share
Cara terbaik berjimat semasa membeli belah ialah jangan ke tempat-tempat yang ada godaan tahap tinggi. Contohnya kalau dah setakat nak beli mayonis dan kangkung, tak payah pergi Jusco atau Suria KLCC.. Kalau pergi Suria KLCC bukan setakat mayonis anda nampak, tapi KFCnis, Bajunis, Seluarnis, Adik manis pon kau nampak.. Kan itu tidak sehat untuk akaun anda? Lagi-lagi waktu-waktu cuti semester yang rata-rata student semua ada krisis kewangan. Jangan berlagak kaya.. Semua orang tahu student kalau cuti semester mesti dalam keadaan kewangan yang rendah. Jadi jangan buat ya. Kalau emak mintak beli sayur, boleh pergi pasar borong. Bukan Jusco atau Mid Valley, high taste sangat.

Dan kalau anda setakat meneman rakan membeli belah, kalau boleh, jangan mengada-ngada pandang items-items yang ada.. Anda boleh pandang ceiling atau pandang lantai.. Selain nampak sopan dan tawadhuk, anda dapat menyelamatkan diri dari godaan mata.. Apa nak buat bila pandang lantai pon ternampak items yang sungguh menggoda macam ini?

polo

Kalau berlaku perkara macam ini..., boleh campak items tersebot dekat tong sampah.. Jangan sampai cashier nampak. Nanti considered sold. Boleh cuba juga. Yang penting kena nekad jangan beli barang.. Saya serius neh.. Jangan beli. Dan jangan pulak layan perasaan terhadap items tersebot macam; "Ish.. Aku berkenan betol dengan kasut tu.. Serius cantek.. Nampak kaki aku kecik, comel, takde lah macam sampan".. Jangan... Jangan cuba.. Tapi..

Kalau tetiba anda lalu sekali lagi di kedai tersebot, dan nampak orang pakai kasut yang anda minat setengah mati tu..... lagi pulak anda rasa macam dekat je orang tu dengan anda.......

polopoloshopping online


Okay fine.. Maksudnya mungkin anda dah terbeli kasut yang tak ada dalam senarai beli belah neh T__________T Fine.. Fine.. Cara terbaik berjimat semasa membeli belah adalah jangan membeli belah.. Titik.

Stok 5 kali raya.. T____T

Tuesday, December 14, 2010

UPDATE PANTAS

Share Cuma orang tak ada idea saja yang update sebegini rupa.. T_____T

Template
Masa cuti adalah masa terbaik menukang belog.. Daripada belog tak berapa menambat hati kepada belog yang lebih riang suasananya seriang kota keriangan... atau riang-riang.. Riang-riang adalah serangga, mind you. It’s a right time untuk mencuba sebarang gadjet... Bercakap pasal menukang belog, ramai blogger yang tanya whether template icemanzwalking neh satu hasil kerja handmade atau membelasah template lain.. Jawapan dia ianya handmade dan imagination made.. HAHAHA.. Tak, tak.. Sebenarnya waktu mula-mula membangunkan icemanzwalking saya guna Sunshine Template yang column-column dia macam yang anda semua nampak. Lepas tu sepanjang 2 tahun membelog, saya dah ubah hampir 95% dari template asal.

Semalam setelah menjejakkan kaki ke bumi Klang, bumi bertuah saya terus berfikir apa nak buat dengan belog kegemaran.. See.. Blogger sejati memang macam ini kaedah dia.. Mana-mana tempat pon dia fikir belog.. Lepas tu apa yang paling penting macam mana nak tingkatkan prestasi belog supaya mendapat lebih ramai readers setia, dapat lebih ramai pengomen tegar dan dapat menewaskan Hanis Zalikha (Blerggghhh!)HAHAHAHA. Jawapan dia tak mudah.. Kita perlu bekerja keras.. Dan pastikan belog kita mesra pembaca...

Readers Friendly
Mesra pembaca tu bermaksud anda tak payah buat belog yang menyusahkan orang lain.. Macam anda bubuh blink-blink items dekat blog yang orang pandang pon sampai penink-penink.. T_____T Lepas tu tak payah letak background ada benda merayap-rayap macam rama-rama, kupu-kupu, lembu kucing lagi entah hape benda pon nak letak.. Kalau blogger seorang hawa tak apa boleh consider she is feminine enough, tapi kalau lelaki........... Sungguh tidak macho.. T_____T Plus, ayat-ayat SMS memang tak payah cerita mesti terus tekan ‘X’ punya... Dan.. Dan.. Dan.. Eh dengar ni benda aneh.... Dan tak payah lah buat entry dengan tulisan kecik besar kecik besar.. T____T Sumpah saya kagum dengan ability dia nak buat tulisan macam itu..

Sepanjang berblogwalking memang nampak banyakkkk hasil kerja blogger-blogger tegar.. Some of their idea boleh diikut.. Macam icon-icon untuk sidebar, atau shoutbox versi Facebook.. Boleh buat belog anda lebih menarik.. Cuma saya rasa ragu-ragu sama ada shoutbox versi Facebook itu buat orang selesa atau tidak.. Macam susah nak berblogwalking.. So, pendapat anda adalah diperlukan guys.. :) So then saya boleh buat belog ikut keselesaan raders, bukan ikut suka hati nak mekap belog siap cakap INI BELOG AKU, AKU PUNYA PASAL NAK BUAT APA.. Baik kau buat belog lepas tu set dia jadi private.. Tapi lepas dah private tak payah la tampal-tampal dekat shoutbox orang suruh datang melawat kau nak buat lawak apa sebenarnya.. HAHAHAHA..

Nuffnang
Nuffnang tak update earning sejak semalam... Setiap minggu kan semua nuffnanger mesti excited nak tengok earning masing-masing.. Lepas tu analytic pon cuma berupdate dari pukul 10 pagi, bermaksud usaha berblogwalking sejak 7-10 pagi tak terekod dalam data.. Lepas tu dah mula rasa bosan, lepas tu tak duduk depan laptop dah, lepas tu tidur, lepas tu unique visitors terus merudum secara pukal.. T______T Tak apa, usaha lagi.. Kan usaha tangga kejayaan.. Sila redha...

Oke, sampai sini saja. Next enry, coming soon..

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus