Thursday, June 21, 2012

CINTA LELAKI PEKAK DAN PEREMPUAN BUTA

Share
"Cinta terbaik adalah cinta antara lelaki pekak dan perempuan buta"

Bukan lah maksud saya, kalau nak bercinta tu kena cari pasangan yang pekak atau buta. Kang stress jugak lah kena belajar bahasa isyarat ke apa... Tak payah, tak payah. Sebenarnya ini cuma satu bayangan kepada bagaimana mendapatkan hubungan yang lebih tenang dan kurang halangan.

Baik, kita sentuh dulu perihal sikap perempuan.. Well, semua orang tahu perempuan mempunyai nilai sensitiviti yang tinggi. Kadang-kadang tu sampai tak masuk akal jugak sensitif dia. Lelaki minat dekat ayam pun nak jealous. Padahal ayam bukan boleh diajak kahwin pun. Apa lagi kalau lelaki yang dia suka tu bergambar sebelah perempuan. Kau tengok lah daripada perempuan Melayu terakhir boleh jadi Super Saiya tahap tiga.

Sesetengah perempuan pulak suka betul jadi inspektor atau detektif. Dia bukanlah terpengaruh dengan cerita Detective Conan atau Inspector Gadget.. Tapi memang sikap dia suka nak mencari, menyelidik, memerhati apa yang pasangan dia buat dekat luar. Dia pergi cek Facebook, dia pergi cek email, dia pergi cek sana sini. Lepas tu bila jumpa something yang dia rasa tak kena, hah, mula lah meroyan sendiri. Ini memang saya tak berapa nak faham sangat apa tujuan dia. Dia cari sakit hati sendiri, meroyan sendiri.

Sebab itu apa kata saya sarankan perempuan sebegini untuk menjadi BUTA. Kadang-kadang sesetengah perkara yang kita nampak tu, tak macam yang kita fikirkan. Mungkin bila anda nampak pasangan anda bergambar dengan seorang perempuan lain, sebenarnya perempuan tersebut cuma kawan rapat masa sekolah dulu. Atau mungkin jugak dia bergambar dengan nenek dia yang memang super awet muda. Siapa tahu kan? Tapi anda pulak sebab dah tak rasional sangat terus dalam hati menuduh pasangan anda curang, tak berhati perut, tak guna, hampeh, bangang dan akhirnya akan cakap ayat lumrah, "Lelaki semua sama!".. Jangan cepat sangat buat kesimpulan....

Dan janganlah jadikan hidup anda macam warden penjara. Setiap masa nak kena perhatikan pasangan anda. Setiap masa nak kena tengok apa pasangan anda buat, siapa komen status Facebook dia, siapa yang dia mesej setiap hari macam lah dia tu penjenayah. Lepas tu pergi tanya pulak "Eh yang komen nama Farah tu siapa?".. "Bang yang komen nama Zainab tu siapa?".. "Bang yang like gambar abang nama Puvaneswary tu siapa"... Kalau seratus perempuan yang pergi komen status dia, boleh jadi gila nak kena jawab. Jangan lah buat penderaan macam tu, jangan lah.. T__T



Cara terbaik ialah cuba memandang apa yang berlaku depan mata dengan mengutamakan tanggapan yang positif. Cuba bina kepercayaan terhadap pasangan seikhlas mungkin. Dan yang lebih baik, buat-buat tak nampak.. Buat-buat buta.. *__* Kau fahamkan buta macam mana? Ha, buat... Selagi mana pasangan anda memberikan perhatian yang sepatutnya, jangan layankan sangat apa yang anda curigakan, apa yang anda nampak. Cuba tepis segala persepsi negatif daripada apa yang anda nampak. Sambil tu, percayalah, jodoh itu di tangan Tuhan...

Lelaki! Memang lelaki ni diberikan sikap yang kurang sensitif. Kadang-kadang cool, kadang-kadang cold. Ini memang sikap dia. Sikap dia malas nak ambik tahu hal remeh temeh. Malas nak terangkan sesuatu pertanyaan berjela-jela.. Sedangkan perempuan nak penerangan yang meyakinkan dia. Jadi dua sikap berbeza antara lelaki dan perempuan ni, bila bertembung, ditambah pulak sikap perempuan yang suka membebel dan sikap lelaki yang ego, hah, kau tengok lah apa jadi. Perang nuklear cakap kau... Tak percaya cubalah cari pasal dengan lelaki.. Kau membebel pasal apa-apa lah.. Pasal durian ke, pasal belacan ke. Saja bakar-bakar.. Kau tengok apa jadi.. Kah kah kah..

Jadi untuk lelaki, cara terbaik ialah.. Cuba jadi pekak... Biarkan lah perempuan nak membebel pasal apa... Biarkan dia cakap sampai penat. Dah penat nanti kau offer lah KFC ke apa.. Nanti diamlah dia... Jangan didengarkan sangat apa yang dia cakap kalau rasa tak perlu.. Kadang-kadang perempuan ni emosi terlebih.. Sesekali dia meroyan tak tentu hala tu, biarkan lah.. Boleh jugak sesekali dengar DJ baru daripada DJ radio je sepanjang naik kereta.. KAH KAH KAH.. Tapi kalau sesuatu tu dirasakan perlu dibincangkan, jadilah lelaki yang rasional. Cuba dengarkan suara hati mereka supaya mereka rasa dihargai dan diambil perhatian. Tapi kalau dia meroyan pasal kucing dia lari ikut jantan, kau tak payah lah ambil berat sangat. Kau sumbat je mulut dia dengan serbuk peledak.

Panjangnya lah entry kau kan KIM.. =') Entah yang membaca ni faham ke tidak.... Kesimpulannya begini ya para pembaca sekalian. Dalam hubungan, jangan rumitkan keadaan dengan perkara-perkara yang tak perlu. Kalau setakat nampak pasangan borak dengan perempuan lain, tak payah nak serang tetiba.. Borak je pun... Ambil mudah.. Nescaya hubungan akan jadi lebih mudah. Lelaki pulak, jangan tanamkan ego tinggi-tinggi... Sesekali layankan lah apa pasangan anda nak bebelkan. Kalau dia bebelkan perkara-perkara yang tak masuk akal, buat-buat tak dengar je lah.. Jangan layankan sangat. Nanti kau jugak yang tak tahan rasa nak bagi tangan.

Paling penting, bersederhana. Jangan ada rasa memiliki dalam cinta. Well, setiap orang ada yang mereka boleh kongsikan, ada yang tidak.. Jadi hormati pasangan anda. Jangan nak korek semua benda atas alasan, dah bercinta, semua benda kena bagitahu... No. Jangan ganggu privasi pasangan anda. Cuba hormat. CUBA HORMAT. InsyaAllah, kalau masing-masing diberi kelapangan dan kelonggaran, takde lah stress sangat hubungan tu. Till then...~

Monday, January 23, 2012

KENAPA MESTI PEREMPUAN MELAYU?

Share
Rata-rata lelaki mahukan calon isteri Melayu. Maksud saya tentulah lelaki yang dimaksudkan itu lelaki Melayu. Kalau lelaki bukan Melayu suka perempuan Melayu nak dijadikan isteri, itu boleh jadi malapetaka.. T__T Tapi tak hairan lah sebab sekarang perempuan Melayu dah tak boleh di'recognize' sangat keMelayuan dia. Jadi kalau tetiba kau kena propose dengan India, jangan salahkan ibu mengandung. Dosa tahu?



Baiklah, lelaki yang mahukan perempuan Melayu sebenarnya bukan saja mendambakan perkataan Melayu dalam kad pengenalan semata-mata. Tapi dia juga mengharapkan identiti dan nilai-nilai Melayu yang wujud dalam diri seorang perempuan pilihan. Kalau lelaki pilih seseorang perempuan Melayu, tetiba perangainya tak semenggah seperti Lady Gaga mestilah stress nanti dibuatnya. Apa pula kata mak mertua mendapat menantu kurang siuman perangainya. Bala, bala.. Baik, hari ini saya bawakan nilai-nilai kemelayuan yang didambakan lelaki.. Atau sekurang-kurangnya didambakan oleh saya. Klik Read More sekarang..

1. Lemah-lembut.

Kelembutan adalah senjata utama perempuan Melayu. Tanyalah mana-mana lelaki pon, bila berhadapan dengan perempuan lemah-lembut neh memang boleh menggoncang jiwa habaq hang. Lemah-lembut perempuan ini memang senjata paling hebat untuk memusnahkan kekerasan jiwa lelaki. Sebab tu kalau gaduh dua orang, jangan lah gunakan kekerasan berbentuk lontaran pinggan mangkuk, parang, periuk, belanga, pasu bunga atau peti ais. Silap-silap anda dilontar pula dengan motorsikal atau rim 18 inci daripada spare tyre.. Seeloknya lontarkanlah kata-kata yang lembut didengar dan redha bunyinya. Kau tahu tak pahala dia macammana punya banyak bila taat pada suami...? Kau tahu tak betapa bersyukurnya lelaki bila ada isteri yang selalu memberikan senyuman dan sapaan paling lembut? Tahu tak betapa seronoknya rasa ada isteri yang kata-katanya membelai jiwa? Lahaii stress lah fikir macam ni.. Bila nak kawen... T__T

2. Pemalu

Pemalu ni lah yang paling kritikal sekali dalam kelompok perempuan Melayu sekarang. Mana lagi nak cari perempuan yang tidak melalak-lalak bila ada dengan kawan-kawan? Mana lagi nak cari perempuan yang gagah menyimpan rasa bila dirinya jatuh hati atas dasar malu? Yang pergi bertumbuk belakang sekolah sebab lelaki ramailah. Ya, mungkin gaya kehidupan yang lebih terbuka mendorong kepada terhakisnya perasaan malu. Tak apa lah, kasi chance lah bila dekat sekolah ada hari sukan, boleh jugak nak melalak. Tapi kalau dalam kelas orang tengah khusyuk belajar tetiba yang seorang ni melalak tak tentu hala, kau bolehlah humban dia dari tingkat empat. Itu dah kira GILA hukum dia. Percayalah, sifat malu ini selalu menjadi kebanggaan para suami.. Kalau kau pakai skirt sejengkal dengan rambut macam orang utan diserikan dengan singlet, jangan claim kau ni pemalu.. Aku tumbuk karang pedulikapadayyusketidak.

3. Merendah diri

Kalau kau jenis katik, itu sebenarnya belum cukup untuk ditakrifkan sebagai merendah diri. Merendah diri dalam konteks ini melibatkan jiwa yang sentiasa bersederhana. Yang ini pon memang susah nak cari dalam kehidupan urban sekarang. Rata-rata perempuan semuanya nak setanding dengan lelaki kononnya tak nak dicop sebagai golongan yang lemah. Kalau kau boleh hayati lirik; "Sedarilah insan istimewa, bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan, bahkan sebagai hiasan kecantikan.." mesti kau akan faham kenapa merendah diri dan menjadi lemah lembut itu adalah senjata paling hebat untuk perempuan. Sebab tu jugak kau akan faham kenapa lelaki yang beristerikan perempuan yang selalu merendah diri ini lebih berbangga dalam rumah tangganya.

4. Fesyen.

Eh, kenapa point ni berbunyi agak tersasar dari tajuk? Apa, kau ingat fesyen Melayu ni takde class? Tolong sikit. Kau ingat perempuan pakai kebaya tu tak cun melecun? Kau ingat pakai baju kurung tu kampung? Dan siapa berani kata pakai kain batik tu sungguh ketinggalan? Tau tak betapa cantiknya orang pakai kebaya dengan cara yang betul? Jangan lah tengok orang pakai kebaya macam tak cukup kain, itu boleh buang ke tepi.. Siapa kata pakai kain batik tak power? Kombinasi lemah lembut, pemalu dan merendah diri dengan kain batik memang superb, denngan syarat dia tahu jugak buat kerja rumah. Kalau pakai kain batik tapi kerja dia tidur sepanjang 12 jam di siang hari, maka adalah lebih baik lelaki memperisterikan kuda belang atau keldai. T__T

5. Agama

Paling utama. Melayu dan Islam cukup sinonim. Nilai yang disarankan Islam dengan nilai dan norma masyarakat Melayu sungguh padan. Kalau lelaki memilih perempuan beragama, maka kemungkinan amat besar untuk dapat sekali pakej 4 point di atas. Soalnya, berapa ramai? Berapa ramai yang menjunjung nilai agama dalam kehidupan, dan berapa ramai yang bersedia menempuh kedewasaan dengan nilai agama yang telus dah kukuh? Berapa ramai yang duduk dalam office dan tak pernah tinggal solat? Berapa ramai yang bersedia berkerja dan menjaga solat? Berapa ramai yang keluar shopping tapi tak pernah mengabaikan solat? Jawapannya TAK RAMAI.



Bila mengutarakan entry seperti ini, maka akan ada perempuan-perempuan yang mempersoalkan pula kedudukan lelaki. Maka pada saya, lelaki jugak harus ada nilai-nilai di atas. Terutamanya nilai AGAMA kerana lelaki itu sendiri akan memimpin; "Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok, jika datangnya dari kayu yang bengkok, begitulah peribadi yang dibentuk..." Jadi untuk lelaki, persiapkan juga diri masing-masing sebagai lelaki Melayu untuk mendapat perempuan Melayu. Persiapkan diri dengan agama jika mahupan prempuan beragama. Dan faham memahamilah akan kehendak dan keperluan masing-masing, kerana sesungguhnya hak itu ada bahagian-bahagian yang telah ditetapkan.

"Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka jugak berhak diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina" - Khutbah Terakhir Rasulullah SAW, 9 Zulhijjah tahun ke-10 Hijrah, Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Sekian.

Friday, January 20, 2012

HIDUP UMPAMA RODA

Share

Hadiah-hadiah sempena 24th birthday tempoh hari.. Terima kasih semua, :)

Kalau hidup seperti roda mestilah seronok. Tak payah fikir masalah, tak payah sebok nak kurus, tak payah mengidam Blackberry atau melayan keinginan memakan Maggi. Sekian sahaja isi yang berkenaan dengan tajuk. Isi seterusnya macam biasa, MEREPEK.

Satu, dua.. MULA!

.... Tak tahu nak mula.. Okay, fine.. T__T Memang lepas berbulan-bulan menganak tirikan blog, kehidupan sebagai seorang blogger akan menjadi hidup segan mati tak mahu.. Masih seorang blogger kah saya? Masih mempunyai keinginan berblogging kah saya? Jawapannya ialah masih.. Jangan ditanya bila lagi nak kembali aktif? Jawapannya tak ada jawapan. Oh, sedih.... Apa kata kita ulang skrip yang lama;

"Idea tu ada, nak tulis tu yang tak ada idea.."

Berhenti garu kepala kau sekarang.. Maksud saya, ada benda saya nak cerita, tapi nak olah cerita supaya menjadi sesuatu yang boleh sekurang-kurangnya membuatkan orang tersenyum itu susah. Sebuah entry kalau dibaca tanpa mendatangkan kesan itu adalah memalukan. Lebih baik bagi kucing baca sekurang-kurangnya dia mengiau seakan-akan gembira sedangkan dia menyumpah seranah jugak tak tahu nak baca macam mana. Merepeknya aku tulis......

Sebenarnya bila dipandang-pandang junior-junior yang aktif sungguh berblogging ni buat saya jeles jugak kadang-kadang. Walaupon ditepeknya sebijik gambar berukuran gergasi dewa raja semata-mata, sekurang-kurangnya lebih bermakna daripada isi belog yang latest updatenya adalah entry namblas bulan lepas... Latest sangat.. Nak nangis dipandang kadang-kadang... Nangislah kejap.. T_______T Sedih lah kan blog..? Punyalah penat mekap blog kacak-kacak lepas tu tinggal...

Okaylah, kita anggaplah ini permulaan baru.. Permulaan baru yang ke-23... Besok-besok kalau tinggal lagi blog neh, kita mulakan pulak permulaan baru yang ke-24. Macam tak biasa. Bai.

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus