Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Friday, January 20, 2012

HIDUP UMPAMA RODA

Share

Hadiah-hadiah sempena 24th birthday tempoh hari.. Terima kasih semua, :)

Kalau hidup seperti roda mestilah seronok. Tak payah fikir masalah, tak payah sebok nak kurus, tak payah mengidam Blackberry atau melayan keinginan memakan Maggi. Sekian sahaja isi yang berkenaan dengan tajuk. Isi seterusnya macam biasa, MEREPEK.

Satu, dua.. MULA!

.... Tak tahu nak mula.. Okay, fine.. T__T Memang lepas berbulan-bulan menganak tirikan blog, kehidupan sebagai seorang blogger akan menjadi hidup segan mati tak mahu.. Masih seorang blogger kah saya? Masih mempunyai keinginan berblogging kah saya? Jawapannya ialah masih.. Jangan ditanya bila lagi nak kembali aktif? Jawapannya tak ada jawapan. Oh, sedih.... Apa kata kita ulang skrip yang lama;

"Idea tu ada, nak tulis tu yang tak ada idea.."

Berhenti garu kepala kau sekarang.. Maksud saya, ada benda saya nak cerita, tapi nak olah cerita supaya menjadi sesuatu yang boleh sekurang-kurangnya membuatkan orang tersenyum itu susah. Sebuah entry kalau dibaca tanpa mendatangkan kesan itu adalah memalukan. Lebih baik bagi kucing baca sekurang-kurangnya dia mengiau seakan-akan gembira sedangkan dia menyumpah seranah jugak tak tahu nak baca macam mana. Merepeknya aku tulis......

Sebenarnya bila dipandang-pandang junior-junior yang aktif sungguh berblogging ni buat saya jeles jugak kadang-kadang. Walaupon ditepeknya sebijik gambar berukuran gergasi dewa raja semata-mata, sekurang-kurangnya lebih bermakna daripada isi belog yang latest updatenya adalah entry namblas bulan lepas... Latest sangat.. Nak nangis dipandang kadang-kadang... Nangislah kejap.. T_______T Sedih lah kan blog..? Punyalah penat mekap blog kacak-kacak lepas tu tinggal...

Okaylah, kita anggaplah ini permulaan baru.. Permulaan baru yang ke-23... Besok-besok kalau tinggal lagi blog neh, kita mulakan pulak permulaan baru yang ke-24. Macam tak biasa. Bai.

Friday, December 10, 2010

MERAMPAS KEKASIH RAKAN

Share
Perkara yang paling tidak boleh lupa semasa sekolah rendah adalah pengalaman merampas kekasih rakan. Bukan apa, rakan bercinta, saya pon teringin bercinta.. Entah kenapa nak bercinta dengan orang yang sama jugak.. Macam aneh.. Mungkin sebab perempuan lain lambat matang, atau semuanya maseh mentah menjamah keropok lekor dengan sambal sedap agaknya. Comot.T_____T Jadi saya yang sudah matang dan perempuan yang sudah matang tidak memakan keropok lekor ya. Kami makan aiskrim. Siapa-siapa makan aiskrim boleh consider dia matang sekarang.

Perasaan ketika itu adalah manis. Dalam bercinta tak ada pahit, semua manis.. Kalau tak manis pon kena berlakon macam manis sebab takut nanti kekasih merajuk mintak clash. Jadi segala perkara perlu manis.. Ayat kena manis.., muka kena manis, senyum kena manis, bau kena manis.. Kalau tak tau bau manis tu macam mana, boleh cuba lumur badan dengan air gula lepas tu suruh emak hidu.. Mesti emak cakap manis anak aku dan menghadiahkan sebijik penampar. T____T “Gula mahal bodoh! Gula mahall!”.. Okay, banyak sangat merapu.. Move.. Move..

Masa sekolah rendah tak ada SMS.. Kalau ada mesti cekgu-cekgu sukar mengawal aktiviti bercintaan. Jadi cara terbaik untuk menghidu aktiviti ini adalah melalui pengeposan surat menggunakan perantaraan orang tengah.. Kalau nak tahu, sebab ini lah cekgu ajar kita cara tulis surat tak rasmi dulu.. Sebab senang dia nak tangkap nanti.. Cuma dia tak ada lah ajar buat surat tak rasmi letak bedak Johnson ‘n’ Johnsons atau perfume kakak ke apa.. Atau menyelitkan lirik lagu Siti Nurhaliza. Nanti murid-murid berasa hairan dan terbocor strategi. Haa.. Macam saya, surat saya ditangkap dulu baru lah saya menjadi suspek.. Bila dah ada bukti kukuh baru cekgu mendakwa di sebuah pondok.


“Sekarang saya tanya, awak berdua bercinta ke?” – Cekgu. (Maseh nak tanya sedangkan bukti ada dalam tangan. Tak faham betul.)

“Takde lah cikgu.. Kawan saje..” – Saya. (Maseh nak berdalih sedangkan bukti dah ada dalam tangan cikgu. Tak faham betul.) T______T

“...................” (Geleng geleng) – Perempuan.

“Tak apa, kalau tak nak mengaku saya bagitau mak ayah awak.” – Cekgu. Ugut. Suka tau dia ni.

“Ye cikgu.......” – Saya mengaku.. Senang sangat menyerah kalah. Tak boleh bawak mahkamah. Tak thrill.

“......................” (Angguk-angguk) – Perempuan.. Bisu? Entah.. HAHAHAHA..

Mendapat amaran pertama.. Alah.. Amaran pertama je kot... Amaran pertama kan bermaksud boleh buat sekali lagi tapi jangan sampai dapat amaran ketiga. So, sambunglah bercintahahahaha.. Adik-adik jangan ikut perangai macam ini.. Nanti emak-emak kategorikan belog abang jadi adult site lepas tu flag belog neh lepas tu belog neh lenyap lepas tu tak dapat lah abang cerita benda-benda macam ini lagi.. Lagipon bercinta di alam sekolah macam annoying gila.. Perjanjian macam-macam.. Orang dewasa pon tak nak buat perjanjian macam-macam:

“Kalau Hakim periksa dapat no.1, **** bagi 1 surat. Kena balas. Kalau nombor dua, bagi dua surat.. Kalau nombor tujuh, dapatlah tujuh surat.. Balas tau. Ada ubi ada batas, sudah baca harap balas”

Tengkorak diaaaa.. Dah lah prestasi belajar di sekolah rendah tak memberangsangkan. Naseb baik kejadian tak berlaku waktu darjah lima sebab darjah lima saya dapat nombor tiga puluh sembilan... Bayangkanlah kalau tiga puluh sembilan surat tu macam mana seksa nak balas. Tapi saya tak dapat surat dah lepas tu.. Tak ingat lah dapat nombor berapa.. Mungkin tersingkir dari peperiksaan agaknya sebab tu tak dapat surat.. Atau dia sendiri gagal menyiapkan surat sebanyak nombor peperiksaan. Boleh jadi juga.

Percintaan tanpa hala tuju akhirnya berakhir di tingkatan dua. Sedang orang lain dibuai asyiknya cerita Winter Sonata, kami akhirnya bercerai jua, ceewah... HAHAHA.. Sejak dari itu saya menjadi addicted dengan lagu Siti Nurhaliza.. Mengenang naseb setiap malam.. Sebenarnya tak sedih sangat sebab perempuan memang ramai dalam dunia.. Tapi sengaja mencari sedih. Banyak menonton cerita Melayu macam ni lah jadinya... Tak ada jiwa kental. Jadi adik-adik, jangan diikutkan sangat perasaan sewaktu remaja. Kerana zaman remaja itu sangat annoying keadaannya.. Semua benda nak cuba.. Semua benda nak suka kalau boleh semua perempuan cantik dia nak lamar jadi isteri nanti lima belas tahun lagi. Tapi kalau bercinta waktu darjah dua tu siapa nak jawab?

Thursday, September 9, 2010

MARI MASAK RENDANG

Share
Langkah pertama, pastikan anda bangun tidur awal-awal.. Bukan pukul 3 petang untuk memasak rendang. Nanti nahas sebab panas di bulan Ramadhan kadang kala sungguh extreme.. HAHAHA.. Sediakan sejumlah daging mengikut jumlah ahli keluarga.. Macam saya, saya menggunakan 11 kilogram daging lembu segar dari ladang yang diimport khas dari California. Percaya tak? Percaya tak? T____T Tak lah, beli segar dari pasar saja.

Selepas dibasuh, letakkan ia di dalam kuali besar atau kawah. Bukan kawah gunung berapi.. Cubalah jangan berfikiran annoying sangat.. Ini kawah untuk memasak. Keringkan sedikit air yang tinggal. Err.. Jangan dibuang kalau tiba-tiba air menjadi banyak.. Sebab hampas daging yang berguguran itu sangat lazat bila masak nanti.



Seterusnya.. , masukkan santan segar sebanyak ____ kilo. (tak ingat).. Tapi saya rasa sebanyak 6 kilo.. Sebab bag plastik ada enam. Jadi pastikan santan ini pecah minyak. Jangan lupa, kacau perlahan-lahan supaya tidak hangit di tepian pantai kawah tersebut. Rujuk gambar di bawah dan lihat lah orang lalai menyebabkan ia sedikit hangit-hangit tahi ayam... T_____T



Sediakan rempah-ratus yang perlu seperti bawang putih, bawang merah, kunyit, cili kisar, garam, gula, gula merah, serbuk jintan putih, kulit kayu manis dan sebagainya. Sebolehnya, kisar menggunakan lesung batu yang super heavy.. HAHAHA.. Tapi kalau dah lenguh sangat, tak apa.. Guna saja khidmat saudara terdekat. Yang penting, ianya hand made. Bukan blender made. Baru heaven rasa dia.



Apabila sudah pecah minyak, masukkan rempah ratus yang disebutkan ke dalam masakan. Pada masa ini, ia akan berbau lebih enak berbanding bau daging tadi.. Warnanya juga sudah boleh menggugat rasa. Tapi apalah sangat godaan sekawah rendang.. Tak tercabar langsung hati ini.. Hmm... Bila nak buka.. Bila nak buka....



Kacaukan rendang dan bahan-bahan tadi sehingga sebati. Kemudian, biarkan ia kering menjadi sekawah rendang yang asli. Eh, biarkan tu bermaksud kau tunggu lah dia kering sambil mengkacau-kacau ia... Bukan tinggalkan ia kesekawahan menanti tibanya waktu ia mengering. Nanti dia syahdu lalu hangit.. Apa aku merepek ntah. Jadi apabila sudah siap, ia akan kelihatan seperti ini..



Siap! :) Menunggu hari esok untuk diratah.. :D

Tuesday, September 7, 2010

MALAM 7 LIKUR

Share “Nanti kau dah kawen, takde pelita dah rumah ni Kim..” – Kak Mie.

Memang setiap tahun, lepas abang saya kawen, amanah menyalakan pelita di rumah berada di bahu saya. Anak buah? Oh, mereka useless... HAHAHA... Tak ada lah, walaupon memang ya. Okay, macam biasa, pelita adalah satu fenomena di bulan Ramadhan.. Tanpa pelita tak ada lah pelita. T______T Annoying..



Tempoh hari macam yang saya gembar-gemburkan, maka berlakulah aktiviti pemasangan pelita. Kalau dulu, pelita dekat rumah boleh mencecah sampai 100 bijik. Tapi sekarang sebab saya melakukan pembahagian kawasan, maka jumlah dah reduced menjadi 30 bijik sahaja di kawasan rumah saya. Termasuk rumah sebelah, 60 bijik. Okay.. Kalau kau rasa pasang pelita tu kerja mudah, sebenarnya tidak. Sebab sedikit sebanyak kerja ini memerlukan sedikit ilmu architecture yang hanya diperoleh melalui pengalaman.. Eceh.. HAHAHA... Mari saya ajar. Teruskan baca...

1. Pemasangan pelita dahulukala menggunakan kayu pokok ____________ (lupa nama dia).. Yang macam dahan kelapa sawit tu.. Tapi sekarang mana ada dah orang nak pergi hutan carik kayu tersebot. Sekarang semua beli.. Tapi tak apa.. As long anda tak pakai lampu menggantikan pelita. Nanti saya murka.. Peliharalah warisan tradisi kita. Okay, pemilihan kayu haruslah cermat. Pastikan tak bengkok.. Pastikan maseh kukuh sebab anda nak ketuk dia nanti. Dan.... Cat lah ia dengan warna kegemaran.. Supaya kayu tersebot boleh digunakan untuk Ramadhan-ramadhan akan datang. Please lah jangan cat biru muda.. Sungguh Kaf Lam Yaa Nga rasanya.



2. Kemudian, saya nasihatkan, pilih kayu yang paling pendek sebagai penanda. Maksudnya, bila kita cacak kayu nanti, semua akan ikut ketinggian kayu tersebot supaya pelita kita tak tinggi – rendah. Bila menyala pelita nanti, mereka akan kelihatan kemas. Tapi kalau anda rasa anda lebih gembira pasang pelita bersepah-sepah, suak hati lah. Saya tak suka. Dan, gunakan tali nylon untuk pastikan kayu-kayu pelita ini berada dalam koordinasi yang tepat dan lurus. Kedudukan paku juga haruslah selari. Architecture kan bunyi dia? HAHAHA..



3. Jarak antara satu kayu dengan kayu yang lain juga perlu sama. Ini tak payah lah guna kalkulator nak kira.. Kira guna pancaindera saja.. HAHAHAHA. Hasilnya adalah seperti di bawah. Kemas.



4. Untuk kelihatan lebih tradisional, gunakan pelita yang dibuat daripada zink. Sebab? Tak ada sebab lain selain dari menjadikan pelita kelihatan lebih tradisional. Panjut pon boleh jadi alternatif pelita. RM1.50 saja. Jadi tak payah lah bagi alasan macam-macam. Ohya, memandangkan minyak tanah semakin mahal, anda boleh gunakan minyak diesel.. Serius.. Minyak Diesel, bukan petrol.. HAHAHA...



Err.. Cabaran utama bagi mereka yang memasang pelita adalah bila sumbu pelita mula pendek.. Nak betulkan balik.., Ya Allah... Sumpah tensen.. Dengan minyak, dengan kotoran-kotoran melekat dekat kuku.. Benda ni lah yang selalu melemahkan jiwa saya.. HAHAHA.. Akhirnya anak-anak buah menjadi kuli.. Okay, anak buah, sekarang boleh kata anda useful.. :p

Bila malam menjelma...



Kan indah malam-malam Ramadhan dengan pelita? Jadi pasanglah pelita di rumah anda.. Jangan malas. Sekian.

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus