Saturday, October 20, 2012

HAKIKAT LELAKI DAN PEREMPUAN MODEN

Share
Isu ini bukan isu popular untuk di'like' oleh muda mudi. Bukan isu perkahwinan main-main, bukan isu pakwe makwe atau isu putus cinta. Ini isu yang saya tuliskan kerana bosan dengan sikap sesetengah orang kita.. Mungkin ada antara anda yang sinis berpandangan, orang muda yang belum berkahwin tak selayaknya bercakap soal rumahtangga, keibu bapaan dan sebagainya. Maka saya tidak menuntut anda terus membaca. Butang 'X' ada dipenjuru kanan. Sila klik.

Saya mulakan dengan golongan muda mudi. Kerana saya rasa penentu kehidupan masa depan bermula pada usia muda, bukan pada usia kanak-kanak. Zaman kanak-kanak tak pernah faham erti kekayaan, kesusahan, dosa, pahala, rintangan, persefahaman, cinta dan sebagainya. Cuma pada usia muda remaja baru kita mengorak langkah untuk berfikir. Dan tindakan-tindakan di usia muda ini yang menentukan corak hidup kita pada masa depan, atau sekurang-kurangnya untuk satu jangka masa panjang.

Wednesday, July 4, 2012

UNTUK KAU YANG SEJENIS DENGAN REDZA! (IRMA)

Share
.... Sambungan... (Tu dia tajuk bukan main)


“Tercipta engkau dari rusuk lelaki.....”

Saya tidaklah beranggapan wanita itu dicipta dari rusuk lelaki. Jelas dalam Al-Quran menyatakan proses kejadian manusia itu daripada segumpal darah (sperma dan ovum) yang bersatu. Hanya hawa yang diciptakan dari tulang rusuk Adam kerana Hawa tidak beribu dan berbapa. Tapi tak apa, itu orang kata simbolik. Simbolik ini juga ada maknanya. Maknanya ialah, perempuan itu dicipta supaya dekat dengan lelaki. Sebagai penenang... Dekat di hati untuk dikasihi. Dan perempuan juga ‘milik’ lelaki. Mestilah kan, kalau dah perempuan milik perempuan, mungkin boleh lah sokong Ambiga KAH KAH KAH!

Baik.. Intro separa ilmiah di atas adalah permulaan kepada satu lagi entry berjela-jela seperti yang telah dijanjikan. Bagaimana seharusnya lelaki mendidik wanita. Untuk entry kali ini, saya sertakan petikan lirik dari lagu yang sama;

“Akalmu senipis bilahan rambut.. Tegakkan lah ia, dengan limpahan ilmu.. Jua hatimu bak kaca yang rapuh.. Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh... Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok.. Jika datangnya dari kayu yang bengkok, begitulah peribadi yang dibentuk... Didiklah wanita dengan keimanan, bukannya harta.. Mahupun pujian, kelak tidak derita.. Berharap pada yang binasa..”

Jadi saya simpulkan begini.. Eh, dah masuk kesimpulan dah?! Kau Hakim memang malas betul nak buat entry yang bagi kelebihan dekat perempuan! KAH KAH KAH!.. T___T Maksud saya apa yang saya dapat simpulkan daripada lirik di atas yang kau gelabah sangat kenapa? T__T Begini ya pembaca sekalian. Tanggungjawab lelaki dalam mendidik wanita melalui pengamatan saya ialah:

1. Memimpin
Memang sifat lelaki seharusnya mampu memimpin. Wanita ini sehebat mana pun mereka, sebenarnya mereka ada kekurangan pada akal. Maka melalui akal yang ‘kekurangan’ ini, mereka selalu melakukan kesilapan. Maka adalah tanggungjawab lelaki untuk memimpin wanita supaya kesilapan ini tidak berlaku. Ingat, bukan dengan harta, tapi dengan keimanan dan ilmu... Kalau kau bagi harta sebagai ‘agen penyayang’ maka binasalah kau akhirnya nanti. Percayalah.. Ini memang betul... Unfortunately, akal lelaki sekarang pun banyak yang tak betul jugak.. Isk.

2. Tegas
Tegas bukan bermaksud kau kena tangan-tangankan dia atau kaki-kakikan, atau parang-parangkan, atau tinju-tinjukan. Di makan-makankan pun jangan juga nanti menjadi tong, kau jugak susah. Tegas bermaksud....... tegas bermaksud tegas lah kau nak maksud apa lagi KAH KAH KAH.... Tegaslah pada perkara-perkara wajib. Kalau dia keluar dengan tidak sempurna pakaiannya, maka tegaslah untuk melarangnya. Kalau dia membeli mengikut nafsu gila, maka tegaslah untuk menolaknya. Kalau dia melakukan apa sahaja yang bertentangan dengan agama, maka tegas lah melarangnya. Kau jangan jadi lembik. Mak saya cakap lelaki lembik, perempuan pijak-pijak.. Kau nak kena pijak? Sakit tahu tak.. T__T


3. Berlemah-lembut.
Dah kata tegas, nak lemah lembut pulak lah kan? Kau dah kenapa Hakim buat entry tak semenggah macam ni.. T_T Sebenarnya begini, tegas itu bermaksud TETAP PENDIRIAN. Tetaplah pendirian atas perkara yang wajib dipertahankan seperti maruah keluarga dan maruah isteri. Tapi dalam ketegasan itu, perlu dilakukan dengan lemah lembut... Kerana simbolik wanita dicipta dari rusuk lelaki itu menuntut. Rusuk itu bengkok, maka untuk meluruskannya perlu dibuat berhati-hati. Kalau tidak, patah! Maka begitu jugalah halnya wanita. Perlu dididik dengan lemah lembut, kerana mereka ini berhati lembut. Tapi jangan lembut sangat sampai kena pijak. Ah perempuan ni kerja nak pijak orang je..... Kau fahamkan maksud point ni? Tak faham? Lailahaillahllah... Maksudnya berlemah lembut lah dalam menasihati perempuan supaya dia tidak rasa terpaksa, malah memahami apa tujuan sesuatu nasihat itu.. Pahe dok?!

4. Menjadi bijak.
Baik, untuk menjadi bijak................. Minumlah Enfagrow! 8D KAH KAH KAH. Tak, tak.. Menjadi bijak ni bermaksud, kau nak bentuk perempuan kena lah ada strategi.. Mula-mula kau buat dia rasa selesa.. Apa dia buat pun kau puji.. Bangun pukul enam belas tengah hari pun kau puji dia anak dara harapan. Tak apa.. Bagi dia rasa SELESA. Bagi dia rasa SELESA dulu, itu yang penting... Dah sebulan dua, bila dia dah syok tu kau cakaplah pulak, “Saya harap nanti suatu hari, saya ada isteri yang selalu buatkan sarapan untuk saya.. Yang kejut saya bangun tidur pukul enam...”.. Ha, maka kalau diikutkan otak yang normal, dia akan mentafsir maksud itu dengan baik sekali. Tapi kalau dah cuba cara ini berkali-kali, masih gagal memandangkan dia tu si pentidur tegar, maka kau cakap lah kejam sikit macam “Mak saya dulu pernah tikam kakak saya sebab kakak saya bangun pukul doblas”.. Kau tengok lah dia melompat macam mana nanti. Kalau gagal jugak? Kalau gagal jugak kau tikam je terus biar tak payah bangun.. KAH KAH KAH!

5. Mengasihi
Ini naluri perempuan.. Memang mereka ingin dikasihi... Maka kasihi lah mereka.. Belailah mereka dengan cinta dan kasih sayang... Berilah perhatian kepada mereka supaya hubungan itu tidak seperti kayu. Jangan disakiti fizikal dan mental mereka... Kalau kau rasa ada tanggungjawab dan kau pemegang amanah Allah, maka layanilah mereka sebaik mungkin, apabila mereka melunaskan segala tanggungjawabnya kepada anda seperti yang disebutkan dalam sabda Rasulullah. Naluri ini fitrah.. Islam juga agama fitrah.. Maka jangan kita nafikan fitrah wanita yang ingin dikasihi... Sedangkan Islam sendiri menuntut kita memenuhi fitrah manusia secara baik. Siapa kita untuk menafikan fitrah kurniaan Tuhan bukan?

6. Imam
Haa! Ini yang perempuan cari sangat. Sedangkan perempuan berupa hantu juga mendambakan lelaki untuk menjadi imamnya. Ini bermaksud, tanggungjawab ‘menjadi imam’ ini sangat-sangat perlu. Imam ini bukanlah setakat menjadi imam solat, tetapi perlulah mempunyai serba sedikit ilmu agama untuk diajarkan kepada isteri.. “Didiklah wanita dengan keimanan..”.. Kena ingat ungkapan ini. Keimanan itu boleh ditingkatkan. Maka lelaki seharusnya mampu untuk membantu meningkatkan keimanan isteri melalui ilmu-ilmu agama yang dimiliki. Ini tanggungjawab, kau kena ingat... Didiklah mereka dengan ilmu-ilmu ini supaya mereka menjadi ‘wanita hiasan dunia’ yakni wanita solehah... Kalau kau nak lah.. Kalau nak perempuan jadi Lady Gaga, kau boleh lah didik dia macam syaitan. Tapi nanti kalau dekat kubur kena soal, jangan ketuk pintu kubur sebelah tanya jawapan... Tanggunglah sendiri...


Cukup. Kalau nak disenaraikan semua tanggungjawab lelaki, nanti meroyan sampai ke Pluto. Sebab tanggungjawab lelaki ni terrrrrrlampau banyak. Itu pun, kalau kita sedar tujuan kita diturunkan ke bumi.. Untuk menjadi khalifah. Dan menjaga kaum hawa juga.. Jadi saya simpulkan di sini.... Tanggungjawab lelaki terhadap wanita itu berat.. Maka bersabarlah.. Perlu diingat, membentuk wanita bukan semudah ABC... Kerana kita bermain dengan psikologi.. Kita berhadapan dengan fikiran yang kadangkala kurang rasional, kita berhadapan dengan nafsu. Jadi untuk melunaskan tanggungjawab, perlu berstrategi.. Supaya fikiran yang tidak rasional itu boleh ditenangkan, psikologi itu boleh ditimbal balik dan nafsu itu boleh ditundukkan.....

Sekian lah saja dua entry untuk tatapan semua. Ohya, mungkin ada yang sedang membaca, adalah mereka yang pernah bersama saya suatu ketika dulu. Maafkan saya kalau saya tidak mengaplikasikan semua ini selama kita berhubungan. Pengalaman dulu dan sekarang jauh bezanya ya.. Sesungguhnya apa yang terbaik itu datangnya dari Allah, dan yang kurang itu datangnya dari kelemahan saya sendiri selaku hamba-Nya yang serba kekurangan. Mohon maaf untuk segalanya.. Semoga sama-sama berada di jalan yang lurus, dan menerima redha dan barakah-Nya... Till then... Wassalam.. :D

*Gambar hiasan; Credit sepenuhnya kepada The Kliker and Wedding & Portrait Photography (Photographer rasmi Perkahwinan Irma-Reza). Superb!

Friday, June 29, 2012

DENGARKANLAH WANITA..

Share Ceh tajuk tak nak kalah... T__T

Sebenarnya beginilah. Saya menulis entry ini kerana berasa kasihan dengan insan-insan sekaum dengan saya yang bila jalan dengan makwe, kena bawakkan handbag makwe dia.. Kesian dengan insan sekaum dengan saya yang bila keluar, asyik dia kena belanja dan makwe pulak nafsu shopping macam raksasa.. Lagi kesian keluar dengan makwe tapi kau bukan dianggap macam pakwe, macam kuli ada lah kena buat itu ini, ikuttttt jek kata dia.. Kesian sebenarnya lelaki-lelaki bermalasah macam ini... Bodoh pon iya juga.. T__T



Baik, semuanya berpunca dari kekeliruan antara sayang dan kebodohan.. Eh mana boleh cakap bodoh.. Kena cakap kurang cerdik.. Okay, bila sebut relation antara lelaki dan perempuan, saya suka memetik rangkap lagu ini;

“Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki untuk dialasi.. Bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat di bahu untuk dilindung.. Dekat jua di hati untuk dikasihi.. Engkaulah wanita, hiasan duniawi”

Perempuan selalu mentafsirkan lirik ini secara bias apabila mengambil cuma 2-3 ayat dari lirik tersebut. Dekat dibahu untuk dilindung, dekat jua dihati untuk dikasihi dan wanita hiasan duniawi. Kerana ayat ini menggambarkan hak mereka yang sepatutnya mereka dapat. Jadi atas hak ini, mereka merasakan diri mereka perlu diangkat. Kemudian keluar lah ayat di Facebook “Wahai lelaki dengarkanlah”... “Wahai lelaki sedarilah tanggungjawabmu” and what so ever lagi lah ayat-ayat menuntut dia. Ya, betullah apa dalam lirik itu sebutkan, TAPI.. Pengaplikasiannya salah. Salah sebab kau terlupa kaitkan dengan beberapa ayat sebelumnya..

“Bukan dari kaki untuk dialasi”; bermaksud bukanlah dicipta untuk dilayan seperti raja dan menjadikan lelaki umpama hamba.

“Bukan dari kepala untuk dijunjung”; bermaksud bukanlah diciptakan perempuan untuk diagung-agungkan, diangkat sehingga menjadi riak dan takbur, dipuja-puja dan sebagainya.

“Tapi dekat di bahu untuk dilindung, dekat jua dihati untuk dikasihi”; bermaksud perempuan ini bersifat ‘lemah’ dan adalah tanggungjawab lelaki untuk memberi perlindungan dan kasih sayang kepada mereka.

“Engkaulah wanita hiasan duniawi”; Sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah kau faham tak? Perhiasan bermaksud wanita ini indah ciptaannya, diberikan kelembutan pada dirinya, diberi ketulusan dalam hatinya.. Tapi ini depends jugak kepada macam mana dia menjadikan dirinya perhiasan. Kalau dah dia buat diri dia jadi macam Lady Gaga kau nak cakap perhiasan jugak, meh sini aku lempang KAH KAH KAH. Move.

Baik, ini lah yang perlu diberi perhatian. Walaupun wanita itu dicipta untuk dikasihi, disayangi, dilayan baik, dicintai dan dilayan sebaik mungkin, tapi perlulah ada tatacara yang sepatutnya, supaya mereka tidak berperasaan ‘demand’. Dan tidak juga menjadikan ‘si pelindungnya’ kelihatan bodoh. Apatah lagi meletakkan diri mereka melebihi ‘si ketua keluarga’ itu sendiri. Ini dah salah konsep kau tahu tak? Salah ni.. Go back and practice. Hah... Tapi lelaki satu hal juga.. Sebab kau sayang, kau ikut semua benda dia mintak. Sebenarnya kau ada penyakit kau tahu tak? Penyakit yang semakin menular di mana hilangnya maruah seorang lelaki sebagai pendidik dan pemimpin. Sebab apa hilang? Sebab kau sandarkan cinta pada nafsu. Kau tak sandarkan cinta pada tanggungjawab. Kalau kau nak tahu tanggungjawab lelaki, mari sini aku cerita.

Tanggungjawab lelaki mestilah memimpin! Dah kata dah tadi kan.. T__T Memimpin itu bukan lah memimpin tangan makwe atau memimpin tangan pakcik OKU melintas jalan. Itu pondan pon boleh buat.. Sebagai lelaki perlu ada sifat kepimpinan untuk menjalankan salah tanggungjawab yang diamanahkan, iaitu memimpin dan melindungi kaum hawa. Rasulullah ada bersabda pada khutbahnya yang terakhir;

“.... maka mereka jugak berhak diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia”



Petikan khutbah terakhir Rasulullah ini menceritakan bagaimana lelaki bertanggungjawab terhadap perempuan. Dilayan dengan lemah lembut, dikasihi dan sebagainya. Dan jangan dilupa pada ayat yang berbunyi; “... sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia”. Di sini telah meletakkan syarat wanita yang bagaimana perlu dilayan seperti yang diamanahkan. Dan ayat sebelum petikan di atas juga berbunyi;

“Wahai manusia, sebagaimana kamu mempuyai hak ke atas wanita kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak....”

Nampak apa yang disebutkan? “Sekiranya mereka menyempurnakan hak ke atas kamu” bermaksud, sekiranya mereka telah menjalankan tanggungjawab sebagai wanita seperti mana yang dituntut, termasuk menjadi seorang yang menenangkan, mendamaikan, pengasih, menghormati suami/lelaki, menjaga maruah dan sebagainya seperti yang dituntut. Maka mereka ini layak dilayan dalam suasana kasih sayang. Kasih sayang ialah mencintai dengan jiwa kerana Allah. Bukan bermaksud bawakkan handbag dia masa jalan, bukan bermaksud kena suap-suapkan dia tak tentu pasal (dia ada tangan woi). Bukan juga bermaksud kena turutkan semua benda yang dia nak. Ya, perempuan ni selalu mengikut nafsu, maka kalau kau ikutkan nafsu Sembilan dia tu, masak lah kau.. KAH KAH KAH. Kau ingat kau Naruto?

Baiklah. Tidak adil pula menyentuh terlalu banyak tentang wanita, tapi tak menyentuh pula hal lelaki sebanyak namblas perenggan macam ni. T__T Tapi kena fahamlah jugak entry panjang-panjang ni bukan semua orang nak baca. Jadi apa kata kita sentuh tentang cara seharusnya lelaki mendidik wanita pada entry akan datang. Hah. Saya simpulkan dulu entry ini. Kesimpulannya begini pembaca kesayangan sekalian, antara lelaki dan wanita itu ada hak yang ditetapkan. Kalau si perempuan menjalankan tanggungjawabnya ke atas lelaki dengan sempurna, maka hendaklah si lelaki menjalankan tanggungjawabnya ke atas perempuan dengan sempurna juga.

Hak-hak seorang wanita yang boleh dituntut juga sudah disebutkan. Nyatanya hak ini tidak ditegakkan secara melampau sehingga mengagungkan wanita itu, atau meletakkan wanita itu di tempat yang berlebih-lebihan ‘tingginya’ (bukan dicipta dari kepala untuk dijunjung, mind you!).. Semuanya ada cara yang terang dan jelas. What you give, you get back. Kau sempurnakan, maka akan aku sempurnakan. Perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik juga. :) Sekian, jumpa lagi dalam entry akan datang. Till then...~

**Gambar diambil daripada http://www.flickriver.com
dan http://faizpictures.blogspot.com

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus