Showing posts with label syawal. Show all posts
Showing posts with label syawal. Show all posts

Saturday, September 11, 2010

AIDILFITRI PERTAMA

Share
Macam biasa, bila bukan giliran Abang Long beraya dekat kampung, Aidilfitri akan menjadi sungguh tidak Aidilfitri. Sungguh plain rasa dia.. Pakai baju punyalah berseri pon macam kehilangan daya gembira.. Hari ni solat sunat Aidilfitri terlewat sebanyak ......... 2 rakaat.. T________T Sumpah, ini lah kali pertama saya datang masjid waktu jemaah dah masuk tahyat akhir.. Adeh.. Dah lah baju sikit punya striking.. Memancar-mancar rasanya orang yang tak berapa nak pantas datang masjid neh.. T___T


Ayahanda sedang mengetuai takbir raya & tazkirah


Okay, tak apa.. Majlis bermaaf maafan didahului dengan alunan takbir dan sedikit tazkirah. Tapi saya tak dengar tazkirah.. Sebok dengan gambar.. HAHAHA.. Jangan tiru perlakuan tidak bertanggungjawab ini. Selepas tu, baru lah majlis bermula... Ohya, ini adegan air mata...




Kemudian kami pergi beraya........ di dapur.. T__________T Eh, jangan ingat beraya di dapur tu tak seronok okay..? Seronok!..... Oke, tak seronok... Fine, fine! Nak buat macam mana.. Kalau ditinggal rumah neh raya pertama, maka bunda akan terlantar di katil pada malam hari.. Eh, bukan sebab dia tak dapat ikot lalu merajuk.. Tapi rumah ini menerima kunjungan yang luar biasa setiap kali raya pertama.. Jadi bunda memerlukan ramai assistant untuk urusan dapur. Kalau tidak, dia pasti pengsan. HAHAHA..

Tak ada sesi bergambar seluruh family.. Perkara-perkara wajib hanya dilakukan bila abang Long sudah pulang dan mengawal segala aktiviti.. Jadi mintak sori lah okay.. Hari ini akan membuat kunjungan bersejarah.. InsyaAllah kalau ada yang perlu dikongsi, maka saya tidak lokek.. Kalau tak ada... Heh.. Oke, tak apa.. Sekian.. :)

Thursday, September 9, 2010

MARI MASAK RENDANG

Share
Langkah pertama, pastikan anda bangun tidur awal-awal.. Bukan pukul 3 petang untuk memasak rendang. Nanti nahas sebab panas di bulan Ramadhan kadang kala sungguh extreme.. HAHAHA.. Sediakan sejumlah daging mengikut jumlah ahli keluarga.. Macam saya, saya menggunakan 11 kilogram daging lembu segar dari ladang yang diimport khas dari California. Percaya tak? Percaya tak? T____T Tak lah, beli segar dari pasar saja.

Selepas dibasuh, letakkan ia di dalam kuali besar atau kawah. Bukan kawah gunung berapi.. Cubalah jangan berfikiran annoying sangat.. Ini kawah untuk memasak. Keringkan sedikit air yang tinggal. Err.. Jangan dibuang kalau tiba-tiba air menjadi banyak.. Sebab hampas daging yang berguguran itu sangat lazat bila masak nanti.



Seterusnya.. , masukkan santan segar sebanyak ____ kilo. (tak ingat).. Tapi saya rasa sebanyak 6 kilo.. Sebab bag plastik ada enam. Jadi pastikan santan ini pecah minyak. Jangan lupa, kacau perlahan-lahan supaya tidak hangit di tepian pantai kawah tersebut. Rujuk gambar di bawah dan lihat lah orang lalai menyebabkan ia sedikit hangit-hangit tahi ayam... T_____T



Sediakan rempah-ratus yang perlu seperti bawang putih, bawang merah, kunyit, cili kisar, garam, gula, gula merah, serbuk jintan putih, kulit kayu manis dan sebagainya. Sebolehnya, kisar menggunakan lesung batu yang super heavy.. HAHAHA.. Tapi kalau dah lenguh sangat, tak apa.. Guna saja khidmat saudara terdekat. Yang penting, ianya hand made. Bukan blender made. Baru heaven rasa dia.



Apabila sudah pecah minyak, masukkan rempah ratus yang disebutkan ke dalam masakan. Pada masa ini, ia akan berbau lebih enak berbanding bau daging tadi.. Warnanya juga sudah boleh menggugat rasa. Tapi apalah sangat godaan sekawah rendang.. Tak tercabar langsung hati ini.. Hmm... Bila nak buka.. Bila nak buka....



Kacaukan rendang dan bahan-bahan tadi sehingga sebati. Kemudian, biarkan ia kering menjadi sekawah rendang yang asli. Eh, biarkan tu bermaksud kau tunggu lah dia kering sambil mengkacau-kacau ia... Bukan tinggalkan ia kesekawahan menanti tibanya waktu ia mengering. Nanti dia syahdu lalu hangit.. Apa aku merepek ntah. Jadi apabila sudah siap, ia akan kelihatan seperti ini..



Siap! :) Menunggu hari esok untuk diratah.. :D

Tuesday, September 7, 2010

MALAM 7 LIKUR

Share “Nanti kau dah kawen, takde pelita dah rumah ni Kim..” – Kak Mie.

Memang setiap tahun, lepas abang saya kawen, amanah menyalakan pelita di rumah berada di bahu saya. Anak buah? Oh, mereka useless... HAHAHA... Tak ada lah, walaupon memang ya. Okay, macam biasa, pelita adalah satu fenomena di bulan Ramadhan.. Tanpa pelita tak ada lah pelita. T______T Annoying..



Tempoh hari macam yang saya gembar-gemburkan, maka berlakulah aktiviti pemasangan pelita. Kalau dulu, pelita dekat rumah boleh mencecah sampai 100 bijik. Tapi sekarang sebab saya melakukan pembahagian kawasan, maka jumlah dah reduced menjadi 30 bijik sahaja di kawasan rumah saya. Termasuk rumah sebelah, 60 bijik. Okay.. Kalau kau rasa pasang pelita tu kerja mudah, sebenarnya tidak. Sebab sedikit sebanyak kerja ini memerlukan sedikit ilmu architecture yang hanya diperoleh melalui pengalaman.. Eceh.. HAHAHA... Mari saya ajar. Teruskan baca...

1. Pemasangan pelita dahulukala menggunakan kayu pokok ____________ (lupa nama dia).. Yang macam dahan kelapa sawit tu.. Tapi sekarang mana ada dah orang nak pergi hutan carik kayu tersebot. Sekarang semua beli.. Tapi tak apa.. As long anda tak pakai lampu menggantikan pelita. Nanti saya murka.. Peliharalah warisan tradisi kita. Okay, pemilihan kayu haruslah cermat. Pastikan tak bengkok.. Pastikan maseh kukuh sebab anda nak ketuk dia nanti. Dan.... Cat lah ia dengan warna kegemaran.. Supaya kayu tersebot boleh digunakan untuk Ramadhan-ramadhan akan datang. Please lah jangan cat biru muda.. Sungguh Kaf Lam Yaa Nga rasanya.



2. Kemudian, saya nasihatkan, pilih kayu yang paling pendek sebagai penanda. Maksudnya, bila kita cacak kayu nanti, semua akan ikut ketinggian kayu tersebot supaya pelita kita tak tinggi – rendah. Bila menyala pelita nanti, mereka akan kelihatan kemas. Tapi kalau anda rasa anda lebih gembira pasang pelita bersepah-sepah, suak hati lah. Saya tak suka. Dan, gunakan tali nylon untuk pastikan kayu-kayu pelita ini berada dalam koordinasi yang tepat dan lurus. Kedudukan paku juga haruslah selari. Architecture kan bunyi dia? HAHAHA..



3. Jarak antara satu kayu dengan kayu yang lain juga perlu sama. Ini tak payah lah guna kalkulator nak kira.. Kira guna pancaindera saja.. HAHAHAHA. Hasilnya adalah seperti di bawah. Kemas.



4. Untuk kelihatan lebih tradisional, gunakan pelita yang dibuat daripada zink. Sebab? Tak ada sebab lain selain dari menjadikan pelita kelihatan lebih tradisional. Panjut pon boleh jadi alternatif pelita. RM1.50 saja. Jadi tak payah lah bagi alasan macam-macam. Ohya, memandangkan minyak tanah semakin mahal, anda boleh gunakan minyak diesel.. Serius.. Minyak Diesel, bukan petrol.. HAHAHA...



Err.. Cabaran utama bagi mereka yang memasang pelita adalah bila sumbu pelita mula pendek.. Nak betulkan balik.., Ya Allah... Sumpah tensen.. Dengan minyak, dengan kotoran-kotoran melekat dekat kuku.. Benda ni lah yang selalu melemahkan jiwa saya.. HAHAHA.. Akhirnya anak-anak buah menjadi kuli.. Okay, anak buah, sekarang boleh kata anda useful.. :p

Bila malam menjelma...



Kan indah malam-malam Ramadhan dengan pelita? Jadi pasanglah pelita di rumah anda.. Jangan malas. Sekian.

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus