Wednesday, October 29, 2008

Transformers.. Erk!! Transformasi!! Sebuah Transformasi Kehidupan.

Share
Selamat kembali ke dalam kehidupan. saya. Pindah. Kan seronok dapat sebuah rumah baru. Rumah yang sangat ceria ala-ala sebuah TADIKA KEMAS. Walaupon secara konklusinya saya sememangnya telah melanggar tatatertib dan perlembagaan yang saya cipta sendiri dalam dunia bloggers. Dulunya saya seorang yang sentiasa mempertahankan blogdrive. Tapi sekarang saya telah menjadi seorang pengkhianat blogdrive secara total.. Ahahhahahahah.. Lantak kamu lah.

Kenapa saya berpindah?? Suka hatilah.. Ahahahah.. Padan muka. Kalau saya katakan saya berpindah kerana.. Kecewa? Tipulah.. Saya berpindah kerana inginkan sesuatu yang baru?? Mungkinlah.. Apa-apa lah.. Yang penting saya tidak lagi bersama blog yang lama.. Biarkan blog itu menjadi sebuah tapak kenangan.. Mulakan hidup yang baru.. Blog yang baru.. Kenangan yang baru.. Huarhh!! Saya memang suka memotivatedkan diri sendiri.. Itu kan lebih baik dari duduk merenung masalah dan berdukacita tak sudah-sudah.

Blog ini saya katakan tidak cantik. Tidak cantik dan tidak kreatif. Boleh kaa?? Secara selamba saya mengkritik hasil kerja orang. Sebab itu saya tidak suka sama blogspot. Saya agak buduh sama blogspot. Saya tidak suka blogspot. Tapi kerana saya sudah bersama blogspot, saya kena cakap "Alahai... Cantiknya blog ni.. Alahai.. Seronoknyaa guna blogspot...".. TERPAKSA owkey?? Tidak secara sengaja. Haih... Secara keseluruhannya, saya agak excited untuk memulakan perjalanan baru sebagai seorang blogger. Maksud saya........ Saya tidak bermaksud apa-apa.. Iktakimas.

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus