Wednesday, January 28, 2009

KANAK-KANAK RIBENA CERITA

Share


Macam dah lama sangat tak memblog pasal diri sendiri. Tadi berbreakfast sama bunda, cerita pasal saya kecik-kecik yang macam dah habis punya susah nak jaga. Tak mahu makan NESTUM walaupon beli sikit punya mahal. Panjat tingkap tingkat atas dan kemudian membuat satu terjunan berani mati sampai nanges takda bunyi punya sakit.. Ni tak tahulah betul ke tidak.. Sebab saya rasa saya jatuh takda nanges langsung pon.. Kadang-kadang bunda memang suka buat cerita berhiperbola macam tu. Lepas tu audiens akan dengar sikit punya excited sampai mulut ternganga meleleh air liur dan terbeliak biji mata.. Ni la mengarut macam bunda jugak.. Harharharhar....

Dulu masa kecit-kecit, saya rasa macam nak jadi doktor.. Entah kenapa saya pon tak berapa nak pasti sangat. Sebab dulu kecit-kecit memang ikut lah cakap bunda.. Kalau dengan kawan-kawan dan rakan taulan pulak cakap nak jadi Power Rangers, Ultraman Taro, Spiderman dan lain-lain la superhero zaman prasejarah.. Ni cerita kanak-kanak lah neh.. Masa otak tak berapa nak kembang sangat.. Err.. Kira tak berapa nak mengikut perkembangan kepala yang besar.. Apa neh? Tak faham? Tak payah faham. Naseb baik tak cakap nak jadi Sailormoon atau Catwoman.. Harharhar.. Tak lawak sangat. Sambung.. Dulu rasa macam jadi doktor tu memang dah habis pandailah tu.. Tapi perangai masa tu macam tak nak ada kerja. Pergi maen masak-masak dengan anak jiran sebelahlah, jadi samseng pengawas sekolah lah, Sebok modify beskal lah.. Kira macam jatuh cinta sangat nak buat kerja-kerja manusia tak berapa nak ada masa depan.. Harharhar..

Saya memang tak boleh lupalah masa sekolah tadika dulu, Cekgu Anum pernah suruh kami buat lukisan pasal bandaraya.. Saya buaat lukisan tersebot di rumah.. Bukan saya yang buat pon.. Kakak saya buat. Punya cantiklah pulak dia buat macam takda standard kanak-kanak pra sekolah. Tapi still bawak jugak dengan rasa bangga sangat. Kemudian hantar tersengih-sengih dengan cekgu. Kemudian cekgu panggil.

"Hakim, lukisan ni siapa buat?" - Cekgu.

"Saya buat"- Saya. Saya tipu. Ingat cekgu buduh sangat lah macam saya. Harharhar.

"Oh.. Cantik. Awak buat untuk cekgu lagi satu. Cekgu nak simpan kat rumah.

Hah! Sudah! Menggelabah sangat lah masa tu. Cekgu siap bagi masa tak payah belajar lagi. Buat lukisan sampai siap.. Mulalah macam-macam.. Serombong asap jadi macam straw, landasan keretapi entah mana arah tuju pon tak berapa nak logik, buat motor dahlah tak berapa pandai.. Harharhar.. Tak guna betullah. Saya benci lah cekgu neh. Harharhar! Berani dia menkantoikan saya di depan orang ramai.. Harharhar..

Lepas tu masuk Taekwondo darjah 3. Baru berlatih sekali, malam tu dah pasang angan-angan nak jadi hero.. Jalan-jalan dan kemudian ada orang jahat ragut beg perempuan kemudian dikejar oleh saya.. Penjahat lari laju, saya ambik shortcut tunggu tepi bangunan. Lepas tu penjahat sampai, saya rembat dia punya perut dan jatoh tergolek.. Kemudian perempuan tersebot datang ucap terima kasih dan saya berlalu pergi dengan muka takda perasaan konon macam power sangat.. HARHARHAHRHAR.... Ni macam angan-angan wajiblah bagi seorang kanak-kanak lelaki yang belum cukop umur kan? Harharhar... Macam banyak sangat angan-angan lah saya masa zaman prasejarah dulu. Macam malu sikit sekarang neh bila cerita balik. Jangan gelak.. Tolong jangan gelak. Itu kan angan-angan berciri kemurnian hati.

Kemudian bila macam besar sikit, mula lah pandai bercinta monkey (Saya elergic betullah sebot MONKEY neh). Buka bercinta dengan monkey. Dengan manusia berbaur monkey sikit. Dia budak SMA Hishamuddin. Macam lah bagus sangat nama sekolah tersebot. Harharhar... Kemudian putus cinta masa Tingkatan 2, frust dan mula berjinak-jinak sikit dengan lagu putus cinta Siti Nurhaliza.. Dengar lagu tiap malam macam dah takda perempuan lagi dalam dunia neh. Padahal dia bukanlah cantik sangat macam snow white ke apa.. Harharhar.... Ni kalau cerita macam mana jatuh cinta dengan dia neh rasanya dah boleh fikir nak tutup blog neh.

Blog Ini Ditutup Kerana Owner Terasa Malu-malu Monkey Sangat. Harap Maklum.

Harharhar... (Jangat sebut monkey lagi.. Jangan sebut)

Sekarang bila dah besar sangat neh, dah mula fikir ke depan.. Kadang-kadang apa yang kita nak macam susah sangat nak dapat... Kadang-kadang rasa senang jugak macam nak ais krim Cornetto kaa, Beli baju jenama B.U.M kaa... Senang lah tu... Ingat zaman kecit-kecit macam seronoklah bukan.. Harharhar... Rasa kelakar dan malu sikit.

Friday, January 16, 2009

MALU-MALU MONKEY

Share
Engkau buat apa hah monyet? Tak guna punya monyet.. Saya terpaksa bermuka malu kerana monyet sekarang neh.. Monyet sekarang tak tahu malu. Datang tempat orang dan memalukan orang tahulah... Sekarang apa jadi? Terpaksa mengkonkritkan muka kerana malu dimalukan monyet!! Monyet! Engkau blah skarang!

Tadi kami nampak segerombolan monyet sedang memakan selonggok sampah.. Takda makanan agaknya. Kawan-kawan saya melahirkan rasa kagom melihat monyet makan sampah. Hek eleh.. Padahal monyet-monyet tersebot memang jadi penduduk tetap kat sini.. Nasib baik dia tak buat perkampungan dan buat kenduri kendara atau perayaan ponggal kat sini. Kalau tak, kan haru biru tempat ni... Tiba-tiba... Seorang manusia, mengajuk bunyi monyet.. Kemudian seorang lagi mengajuk.. Saya rasa bunyi mereka buat tak real. Huduh oke? Giliran saya.. "Aaak!! Aaak!" Monyet pandang.. Dan.. Seorang kakak tiba-tiba keluar blok. Pandang saya macam saya pelik sangat.. Ni sekarang bermakna saya sudah berada dalam perasaan malu tak terbendunglah oke?? Ini malu GILA neh.. Nanti kalau dia cerita "Hei, engkau tau, budak sem 2 pakai kopiah tadi tu berlagak macam monyet. Terkejut aku!". Kan lagi malu??

Eh! Engkau senonoh sikit boleh tak Hakim??!! Terasa bengap tak terkawal lah sekarang neh.. Kakak tu pon satu. Dari tadi engkau tak nak keluar.. Time tengah buat perkara unpredictable tu jugaklaa engkau nak keluar.. Kalau boleh buat saman malu terhadap monyet memang saya dah saman 4 juta..10 juta kaa... 35 juta pon boleh... Ini malu sepanjang semester oke?? Sumpah tak pandang dah muka akak tu.. Hadoi... AKU BENCI ENGKAULAH MONYET! Pergi main jauh-jauh boleh tak? Kalau ada machine gun kan seronok. Boleh shoot kepala monyet-monyet tak guna tersebot. Kemudian tanam anak-anak dan keturunan mereka hidup-hidup.. Tak kiralah jahiliah kaaa atau apa. Yang penting saya tak malu sangat lepas neh.

KAHKAHKAHKAHKAH!!!

Thursday, January 15, 2009

FORUM

Share
Saya telah melancarkan forum! Sila lawati:

Icemanzwalking Communities


Keahlian anda sangat-sangat dialu-alukan. Terima kasih.

p/s: Ini iklan saya.. Tidak dibayar. Mana ada orang bayar iklan yang dibuat sendiri? Eheh~.. Sila-sila...

Monday, January 12, 2009

TRAGEDI ISNIN

Share
Nak nanges terbahak-bahak dan teguling-guling.. Kemudian menghantuk kepala pada dinding keras dan mati di tempat kejadian. Hiperbola! Hiperbola!! Jangan percaya. Saya tipu.. Tapi rasa sangat bersalahlah terponteng kelas pagi neh.. Tak guna betol henpon saya. Kenapa mati secara tiba-tiba.. Selalu kan beliau yang mentekejotkan saya bangon tidur? Kenapa kau mati?? Kenapa? Tunjuk perasaan?? Merajok?? Atau engkau memang teringin nak masok tong sampah? Tahu tak engkau telah mencalarkan imej baik saya?? Sangatlah tak mengenang jasa.. Teringin makan pelempang? Nanti kalau lecturer tanya kenapa tak datang kelas, engkau nak datang tunjuk surat tunjuk sebab atas dasar tanggungjawab? Takda kan? Jadi silalah jalankan tugas.. Jangan pandai-pandai tunjuk perasaan suka hati nak mati waktu pagi. Waktu pagi sangat mustahak.. Tahu tak engkau, betapa penatnya buat assignment sampai 5 pagi? Tak boleh harap.

Errr....

Apalah buat ayat emo sama henpon.. Har har har... Ini kes kecewa tak tentu pasal lah ni... Har har har.... Macamlah henpon saya pandai ABC dan nanges tersedu-sedu baca entry untuk beliau neh.. Har har har.. (Banyak ketawa supaya emo hilang). Pagi neh bangon lewat oke? 9.30 a.m. Itu adalah waktu kelas pagi saya TAMAT. Bukak mata dan nampak bilik sangat terang benderang, gila indah lah pagi neh.. Baik punya time saya bangon pagi.. Har har har.. (Gelak lagi!! Gelak lagi!! Gila emo saya sekarang).. HAR HAR HAR... HAR HAR HAR... Kenapa saya bangon lewat?

Kerana buat assignment dari 12 pagi sampai 5 pagi. Ini semua kerja gila dari seorang lecturer skema lah ni. Masok kelas TIBA-TIBA buat presentation.. Ni apa ni? Introduction takda, apa pon takda tiba-tiba presentation. Ni kes nak buang masa lah ni.. Atau dia tak faham nak ajar apa? Har har har.. Jahat.. Jahat. Berdosa ni.. Har har har.. Kemudian tiba-tiba suruh buat assignment. Aik? Gila surprise lah lecturer neh.. Kemudian minggu ni datang, semua drop kelas dia.. Har har har.. Padan muka.. Ingat senang kaa buat kelas ajaib? Tahukah keajaiban tersebot buat kami sakit jantung tiba-tiba? Kelam kabut dan tak faham apa-apa pon boleh juga. Ni apa kelas neh?

Kerana cellphone saya mati tiba-tiba. Cellphone? Skema. Har har har.. Itu kan saya sudah bebelkan dari tadi.. Ini entry untuk dialah ni.. Kenapakah beliau mati tiba-tiba? Lembik. Tak guna punya henpon. Ni yang teringin beli baru neh... Err.. Bukankah itu dipanggil TAMAK HALOBA?? Har har har.... Jangan-jangan. Duit sangat berharga oke? Ingat pesan bonda. Ingat pesan bonda.. Tunggu henpon neh nazak nanti baru beli. Ingat oke? Jangan beli henpon baru.. Jangan beli... Err... Tiba-tiba rasa SONY ERICSSON sangat cantik menawan kalbu lah.. Pergi survey! Eheh..~ Tak istiqamah langsung.

Letih memerangi nyamuk dan angin sejuk. Ini bukan sejuk biasa oke? Ini sejuk menusuk kalbu dan tulang temulanglah i tell u... Apa kes laaa buat assignment luar bilik.. Depan pejabat.. Ingat sangat tenang dan damailah tu. Sekali ambik kau. Padan muka.. Dengan nyamuk durjana lagi mencari darah.. Macam takda darah orang lain.. Saya tengok budak India sorang tu rileks semacam.. Kenapa aku jadi mangsa neh? Ngkau jawab sikit nyamuk! Jawab! Err... Macam merenglah sikit hari ni.. Asyik cakap sama benda bukan manusia.. Har har har... Dush!~ Bahaya, bahaya.. Tahukah anda bahawa saya sedang pening dan tak berapa betol?

Macam panjanglah entry neh.. Jangan muntah. Jangan muntah.. Kalau muntah, jangan datang sini lagi. Pergi main jauh-jauh.. Har har har.. Nanti blog saya kotor. Macamlah cantik sangat blog neh.. Sem ni sangat penat. Gila penat.. Serius. Macam nak cepat-cepat grad lah.. Boleh tak kalau ambik semua 121 jam kredit sekaligus? Kan cepat grad.. Har har har... Tak pasal-pasal kena lempang dengan TNC.. Har har har... Atau macamlah saya gila pandai macam Sufiah Yusof.. Err.. Pandai kaa macam tu?? Eheh... Ni kalau tak berhenti, lagi muntah darah kau orang baca neh.. Heheh.. Jadi sila berhenti. Bye-bye~ Iktakimas. Sekian terima kasih.

Thursday, January 8, 2009

PRESENT!! PRESENT!! (UPDATEDversion)

Share
Lambat... Biasalah kan bila saya lambat update?? Bukan perkara besarlah.. Saya kan memang suka buat kau orang rimas-rimas dan berjanggut-janggut tunggu entry saya.. Macamlah seronok sangat baca entry merapu saya kan?? Har har har.. Apalah salah sesekali bercakap BESAR.. Seronok.. Bukankah saya kata umur 21 adalah masa untuk menseronokkan diri?? Tapi tak boleh terlalu seronok. Bahaya... Nanti jadi lupa diri.. Kan lupa diri tersebot adalah perlakuan tidak bermaruah?? Har har har.... Saya merapu. Stop!!


Celebrate besday sangat seronok.. Lagi-lagi kalau ada surprise.. Surprise adalah seronok bila kita memang tak boleh jangka.. Tapi kalau dah jangka, buat-buat tak terjangka untuk menjaga hati pembuat surprise tersebot. Kalau kata " Alaaa.. Aku tau dah engkau nak buat semua ni.." itu adalah kejam. Nanti kalau dia kecewa dan nangis berguling-guling kan bahaya?? Errr... Kalau jadi tragedi tersebot nak buat apa?? Errr.. LEMPANGlah laju-laju sampai diam.. Tragis...! Habis cerita. Har har har.... Paragraph ini tak seronok.. Jangan baca.. Jangan baca..!!

Back to da topic... Semalam celebrate besday di PIZZA HUT. (Macam takda tempat lain..).. Sangat datuk-datuk lah jalan ke Alor Setar sedangkan Jitra pon ada Pizza Hut. Mengada-ngadalah... Mereka. Bukan saya... Saya duduk diam-diam... Sayakan baik. Tak mahu cerita suasana mencelebrate saya punya besday.. Nanti entry akan jadi gila panjang sampai muntah-muntah untuk dibaca... Kan kesian macam tu. Kita cerita pasal hadiah HARI JADI Oke?? Mari! Mari!! Tengok hadiah!! (Macam banyak..... dan sangat bencilah buat ulasan barang peribadi sendiri.)




Jam tangan ni sangat stylo... Besar dan seronok dipakai... Jam lama burok. Err... Sudah bersaralah jam tersebot.. Har har har... GA Blue adalah brand ganjil untuk sebuah jam tangan.. Tapi tak kesah lah.. Asalkan nampak sangat smart dan bergaya... Saya kan memang seorang pen'smart'... Jam ini memang menepati citarasa... Gila cun i tell u.. Bila pakai beliau, sangat bersinar-sinarlah rasa dunia... Rasa macam semua orang pandang tangan saya... Rasa popularlah pakai jam tangan tersebot.. Har har har.... Over hakim... OVER!! Thanks to: Ezzaty.


Ini apa..?? Apa?? Apa nama dia??? Entah. Bukan toyol for sure. Si biru kepala goyang ini comel.. Simple. Tapi seronoklah ada sebagai penjaga meja.. Tapi beliau cepat mati... Beliau makan cahaya.. Baru hidop.. Kalau gelap, mati tak goyang-goyang lagi dah. Apalah punya si biru kepala goyang. Macam lembab sikit hidop dia. Kesian kau.. Har har har.... Nak bagi nama apa?? Errr.. Errr... Suggest!! Suggest!!! Thanks to: Eja.

Lain-lain?? Simpan... Bukankah akan menjadi sebuah keriakan kalau tunjuk semua hadiah?? Dan bukankah kau orang akan muntah-muntah baca entry yang gila panjang??? Saya kan blogger yang pentingkan kebajikan para readers.. Kan?? Kan?? Bukan baik hatikah saya?? (Sebenarnya saya sudah malas menaip... Ini satu pagi oke?? Otak beku). PENAT. Saya ada lagi 9 kad besday dan dua hadiah.. Gila kaa mo ulas tiap satu?? Saya bukan pengulas barangan peribadi... Kan saya dah pernah buat sekali. Cukuplah..

Nak cakap apa lagi??...
Aaa...
Aaaaa...
Aaa..

Ucapan Hari Jadi belum buatkan?? Sila buat.

Ucapan Hari Jadi

Bismillahirrahmanirrahim...~

"Alhamdulillah, dengan izin dan kuasa-Nya, saya mampu berada di bumi Allah ini untuk tahun ke 21.. Sesungguhnya tanpa kekuasaannya, tanpa roh dan nyawa yang diberikan-Nya, maka saya mungkin tiada lagi di muka bumi ini, menghirup setiap nafas milik-Nya, menjalani kehidupan dan tanggungjawab yang diamanahkan-Nya. Alhamdulillah... Syukur padamu Ya Allah...

Ayah dan Bonda, jutaan penghargaan dan terima kasih atas segala pengorbanan kalian. Sesungguhnya kalian yang menjaga dan membesarkan saya... Menjalankan tanggungjawab dengan sepenuh hati... Dari saya sekecil telapak tangan, hinggalah sekarang.... Pengorbanan kalian tidak pernah putus. Walau sesaat cuma... Kalian adalah hidupku..... Terima kasih atas kasih sayang dan segala pengorbanan kalian yang tiada berkesudahan.. Tidak akan terbalas jasa kalian walau sejuta tahun nyawa ini dikandung badan. Terima kasih ayah... Terima kasih bonda........

Rakan-rakan yang dihormati... Tahun yang lepas adalah tahun yang cukup menggoyahkan diri saya.. Dugaan yang datang bukan satu.. Terlalu banyak.. Berada di negeri orang dengan dugaan yang menimpa menjadikan semangat saya luntur, jatuh tersungkur. Tapi dengan semangat kalian, akhirnya saya bangun... Meninggalkan kenangan silam.. Merangkak kembali dan berlari.. Saya lebih bahagia... Sangat bahagia waktu ini.. Terima kasih untuk kalian... Semoga kalian terus bersama untuk lanjutan umur akan datang. Terima kasih."

Para readers...... Sila Komen! Har har har har....

******************************


Entry ini Habis...............

Tuesday, January 6, 2009

TAG TAK SERONOK.

Share
Kak kiiinaa adalah tukang ugut.. Har har har..... Beliau Telah mentagged saya. Bukankah sya kata takkan layan tag??? Iyalah.. Tapi beliau kata kalau tak buat, maka beliau takkan mengkomen lagi di sini... Kak Kiiina kan memang suka merajok.. Harharhar.... Ini adalah tag beliau.

Describe 10 things about the person who tagged you.

  1. Beliau adalah seorang Kak Kiina.
  2. Beliau adalah comel.. Err.. Iyalah, comel. Dia memang comel.
  3. Beliau adalah promoter yang baik..
  4. BELIAU ADALAH TUKANG UGUT..
  5. Beliau memang malas mengreply PM org secara cepat.
  6. Beliau seorang student USM.
  7. Beliau memiliki JENTERA PENGANGKUT. Baru beli.
  8. Beliau juga lemah stamina.
  9. Beliau pernah menjadi ibu kepada anak-anak ayam dalam reban. Saya ada bukti!! Har har har...
  10. Beliau.... MANJE SAMA BOYFREN BELIAU... Harharhar....

Now u have to describe 10 things about yourself.

  1. Saya adalah baik hati.
  2. Seorang student UUM (Universiti Untuk Menyusahkan)
  3. Suka merapu dalam entry..
  4. Suka kaco Kak Kiiina.
  5. Saya adalah seorang yang berjalan laju-laju. Jalan lambat-lambat adalah pemalas.
  6. Saya jelita dan putih melepak.. Harharhar.. Saya tak cakap.. Orang cakap..
  7. Saya adalah lelaki.. Tak lembut oke? Lembut hati sahaja. Gila kaaa mo jadi pondan?
  8. Saya adalah seorang senyap. Bukan sombong... Bukan alien... Adoi...
  9. Saya perfectionist.
  10. Saya suka cakap. Diam-diam bermakna bisu. Bisu tak seronok.
At the end, you need to choose 5 people to be tagged and list their names.

Zaty.
Eja.
Sha.
Ulya.
Khai.

Sudah Kak Kiiinaaa... Sila komen secara panjang lebar. Anda didenda.. Harharhar... Padan muka.!!! Saya mo pergi celebrate besday. Nanti update. Hakhakhak.. Bye-bye~

Sunday, January 4, 2009

Selamat Hepi Besday!!!

Share
21 tahun kadang-kadang rasa macam tua.. Saya dah tua.. Har.. Har.. Har.. Rassa gelilah perkataan tua tersebot.. Tarik balik.. Saya muda. Muda adalah perasaan yang sangat seronok... Umur 20 tahun rasanya seperti umur yang gila tak seronok. Jadi bila sampai umur 21 tahun, saya harap boleh jadi sangat seronok. Seronok boleh didefinisikan kepada 2 iaitu:-

1. Seronok secara individu.
Seronok secara individu bukan kerana syok sendiri atau buat-buat seronok walaupon tak seronok. Seronok secara individu adalah seronok berseorangan menikmati hidop tanpa dicampuri keseronokan orang lain.. Errr... Bermakna, seronok itu adalah hak milik sendiri-sendiri dan dibuat sendiri-sendiri......... Bukan gila oke?? Seronok jenis ini menyebabkan saya senyom-senyom sendiri dan kemudiannya tertidur.. Kata lainnya adalah bahagia.. Bukan GILA oke...?? Saya ulang, bukan GILA...

2. Seronok secara beramai-ramai.
Seronok beramai-ramai bermakna keseronokan bersama mereka yang dinamakan keluarga, sahabat handai dan rakan taulan... (Kenapa saya rasa ayat saya sangat sastera... Har har har...)... Seronok jenis ini pon seronok. Kerana boleh berkongsi seronok sama mereka... Menyambut seronok dan berseronok... Apa neh?? Apa-apalah.... Saya ada kawan yang mereng, gila sikit, pandai, tak berapa pandai dan sebagainya... Maknanya, kawan-kawan saya adalah variety.. V.A.R.I.E.T.Y.. Macam sangat ramailah bukan?? Padahal....

Esok saya sudah 21 tahun.. Selamat Hari Jadi!!! Seronoklah ada hari jadi... Sangat seronok... Er... Untuk makluman saudara saudari, ini bukan entry hari jadi... Ini entry pra-harijadi.... Adakah word tersebot???? Har har har... Entry haari jadi akan ditaip esok.. Atau lusa... Kerana saya adalah sangat bizi... BIZI.. BIZI... Kelas sangat pack dan penat.. Oke?? Sila.. Sila wish hepi besday kat saya.... Sekian terima kasih... Sudah.

Friday, January 2, 2009

MELANCONG DI KOTA SESAT..

Share
Pergi ke kelas adalah sebuah perbuatan penat.. Perbuatan penat bermakna sangat penat. Dan sangat penat adalah tidak seronok dan tidak baik untuk kesihatan.. Perbuatan lebih penat adalah pergi ke kota sesat untuk datang ke sebuah kelas.. Siapa arkitek?? Siapa? Siapa?? Saya teringin berjumpa si arkitek yang merekacipta kota sesat ini. Saya teringin melakukan soal siasat di mana dia bersekolah, bagaimana mendapat idea membina sebuah kota sesat yang gila sesat tersebot... Bagaimana beliau berfikiran sangat kreatif dengan membina kota sesat... Sesat adalah gila dan sangat malu oke??



Saya maksodkan kota sesat tersebot adalah para bangunan di UUM. Bangunan di UUM sangat pening... Jangan kata student UUM tak pernah sesat dalam bangunan sendiri.. SUMPAH pernah.. Canselori adalah kawasan PUZZLE.. Sekejap nampak tangga, sekejap tangga hilang.. Sekejap ada bangunan.. Sekejap bengunan hilang.. Bermakna, itu adalah sesat. Berapa kali saya kata sesat?? Bukankah banyak kali?? Bermakna saya melakukan extra penekanan terhadap kesesatan di UUM.. Har har har...

"Jumpa saya di bilik 1.3 FKBM" - Lecturer.
"Baik.." - Student.

Itu bermakna perbuatan malapetaka. Tadi kelas PROCESS WRITING.. 2.6 FKBM.. Saya, Ezzaty, Ija dan Zul berekspedisi ke FKBM.. FKBM adalah.... Adalah... Bangunanlah bukan.. Iyalah, bangunan.. Tapi tak tahu apakejadah FKBM punya makna... UUM suka guna kata pintas.. Errr.. Singkatan kata... Kata singkat... Apa-apalah.... Sambung.. Kami naik tingkat dua... 2.1, 2.2, 2.3, 2.4, 2.5, 2.6 -----> (Sign board).. Kami pon pergi jalan.. 2.1.... 2.2..... 2.3.... 2.4.... 2.5.... 2....??? Aik?? Mana bilik 2.6?? Mana? Mana?? Kami patah balik... Kira balik dari mula sampai akhir... Mana tahu tiba-tiba bilik 2.6 timbul.. Errr.. Takda... Bilik 2.6 adalah bilik invisible..... Tak jumpa... Di manakah?? Tiba-tiba jumpa tangga...



Kan saya kata, bangunan UUM adalah PUZZLE... Tiba-tiba ada tangga... Kami turun tangga.. Tiba-tiba jumpa bilik 2.6 di tingkat satu... Apakah hal?? Kenapakah tingkat 1 ada bilik di tingkat dua...?? Apakah hal?? Mengapakah tidak melakukan persambungan secara terus dengan wing sebelah sana?? Apakah hal?? Mengapakah mesti naik dan turun tangga berulang-ulang kali... Apakah hal?? Balik kelas kami keluar dan turun tangga diketuai oleh seorang perempuan... Kami ikot belakang... Maksod saya, ikot dari belakang.. Tiba-tiba dia berhenti... Dalam bangunan, atas tangga..

" Ni kat mana ni" - Si perempuan.
" Entah.. Takda jalan kaaa??" - Zul.
" Kan aku cakap, gerenti sesat.." - Hakim.. (Sayalah tu.)
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Eh, kat sini rupanya..." - Zul setelah TERJUMPA jalan secara tidak sengaja..

Har.. Har.. Har...~ Tak tipu oke?? Silalah buat lawatan sambil belajar ke UUM.. Sila kuatkan stamina dan minda... Mencari bilik di UUM adalah perbuatan yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental.. Dan... Sumpah seranah itu adalah senaman mulot.... Silalah sumpah arkitek hebat tersebot... Silalah.. Silalah.... Har.. Har... Har... Tak guna punya arkitek..

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus