Saturday, May 30, 2009

KHIDMAT PESANAN RINGKAS

Share
1. Pertamanya, mintak sori kalau anda merasakan entry di bawah (SUKA AKU=KECEWA!) adalah KEJAM. HAHAHA.. Sumpah tak berniat nak sakitkan hati siapa-siapa..Orang yang berkaitan pon tak tahu blog neh wujud. Jadi, secara automatic entry di bawah tidak mengguris perasaan dan kalbu sesiapa.. HAHAHA.. Cuma monolog diri saya untuk tatapan anda semua. Eceh. Takyah bomoh-bomoh semua aah.. Oke? Oke? Kau bomoh, saya bomoh balik mintak tolong sumpah ngkau jadi kentaki ke apa, sedap.

2. Hari ni akan pergi ke Johor melawat kakak yang dah melahirkan anak buah saya yang ke 40. Err.. Sebenarnya tak berapa sure sangat berapa anak buah saya sekarang. Tapi yang pasti lebih dari 38 orang lah. Jadi saya minta laluan 2 hari. Tak update blog. Dan blog neh akan berada di luar pemantauan saya selama saya berada di sana. Takyah ambik kesempatan nak buat kotor dalam blog neh.. Takyah ambik kesempatan nak serang blog neh.. Looser nama dia.. Duduk baca baik-baik.. Oke? Maaf tak dapat menulis cerita seronok sebab memang takda benda seronok sejak dua tiga hari neh.. Otak dah tepu tak dapat buat ayat seronok dibaca. Takyah baca aah blog neh.. Takyah baca.. Keluar semuaaa!! HAHAHA..

3. Tahniah Ayahanda Wazir, atas anugerah Perkhidmatan Cemerlang sempena hari guru. Takyah tanya macam mana boleh dapat. Takyah tanya layak ke tidak dia dapat. Kau takyah jeles ke apa.. Kalau ngkau tengok kerja dia, kalau ngkau tengok macam mana dia melayan anak-anak didik dia, ngkau tahu kenapa... Sepanjang saya bergelar pelajar sekolah, cuma dia yang jalankan kerja secara ‘outstanding’.. Hebat. Apa-apa pon program bawah dia, mesti menjadi dan di luar jangkaan.. Tahniah ayahanda wazir, tahniah..! Anak-anakmu sentiasa bersama...

4. Reunion tak jadi. Kalau bukan saya yang plan, memang takkan jadi.. Takyah buat dah reunion sampai 2015 nanti.. Takyah carik kawan.. Takyah susah-susah nak jumpa.. Ngkau orang memang payah lah kan nak jumpa? Serupa YB dah sekarang.. Nak ajak keluar makan pon kena call secretary ke apa.. Meh sini muka ngkau! HAHAHA... Nyampah lah.

5. Semalam pergi tugu kenangan semanis madu. Maksud saya sekolahlah.. Asal sebut sekolah mesti macam sweet.. HAHAHA.. Setiap kali datang, mesti soalan yang sama keluar. Macam mana dengan ‘tu’? Takyah tanya aah.. Takyah... Dah takda apa-apa.. Takyah ingat semua.. Takyah cakap sayang dulu nampak cool, dulu nampak padan ke apa.. Takyah.. Dah sebelah sana nak pergi kat lelaki lain, nak cakap apa? Kan? Kan? Pedulik apakah... Bukankah cinta itu melalaikan? Eceh.. Nyampah aah ngkau Hakim.. Kau keluar skang! HAHAHA...

6. Dah.. Dah.. Cukup! Takyah buat entry panjang.. Dah lah tak seronok entry macam neh.. Lain kali takyah tulis entry dah lah kan? Takyah.. Baik, stop blogging sampai bebila..

-TAMAT-

Wednesday, May 27, 2009

SUKA AKU = KECEWA!

Share


Mintak maaf
lah!

Tak perasan kau suka aku.
Sampai hari ni, kau kecewa..
HAHAHA..

Tak sengaja.
Asyik buat body language..
Mana aku faham maksud kau!
Aku ingat ngkau tengah menggedik ke apa.

Siapa suruh tak cakap.
Atleast aku tahu..
Walaupon aku takkan suka kau!

Eheh..
Kesian kau.. :P


Carilah lain...

Entry neh takyah 'read more'. Takyah..

Monday, May 25, 2009

BLOGGING MOOD = 0%

Share
Selamat Hari Minggu


Entry neh sepatutnya dipublish semalam. Tapi tak sempat.. Kesian iekabean 3 kali hantar SMS suro update.. HAHAHA.. Mintak sori lah. Sepanjang cuti cuma duduk dalam rumah.. Panas kat luar sampai kena serang migraine 5 hari berturut-turut. Jadi memang tak boleh keluar... Jadi bila tak keluar, bermakna susah nak cari topic untuk update blog. Takkan nak cerita pasal migraine setiap hari kan? Buat apa cerita pasal sakit. Tak seronok.. Sebab tu saya diam tak tengok blog.. Ehem.. Saya suka Ahad sebab macam bahagia.. Asal Ahad mesti bahagia.. Asal hari lain mesti naik hysteria sebab bosan.. Entah kenapa hari lain mesti rasa dunia macam sunyi sepi dan sama setiap hari. Serius bosan..



Ini rumah saya. Bukan penjara.. Memang aah bukan.. Mana ada penjara cantek warna oren sakit mata macam ni kan? HAHAHA... Warna rumah neh idea saya.. Kenapa oren? Sebab saya rasa oren macam ada energy.. Macam blog ni lah jugak.. Ada warna kuning sebab itu energy.. Warna terang adalah energy.. Tapi merah takyah masuk.. Takyah... Sejak daru dulu saya tak suka merah.. Interior design pon saya reka. Sampai ayah saya pening tetiba pelan dia semua tak jadi.. HAHAHA.. Mintak sori.. Pelan dia berciri veteran.. Rasa tak relevan dah nak aplikasikan dekat rumah baru.. Jadi saya sama bunda lah tukar pelan bagi dekat kontraktor rumah.. HAHAHA.. Semalam memang tetiba rasa nak ambik gambar rumah. Motif? Kot ngkau nak datang rumah ke apa, silalah carik rumah oren menyala dekat KG BUKIT KAPAR kalau nak.. HAHAHA..(Ni memang takda idea betul nak update neh.)





Ingat cerita kasut nazak? Ngkau tahu, kasot tersebut masih gagah perkasa.. HAHAHA.. Akhirnya dia bertahan sampai akhir semester.. Pergi ucap tahniah dekat dia.. Bunda suruh buang kasot tersebot.. Tapi tak mahu.. Sebab banyak memori dengan kasot.. Tak, saya tak bermaksod bercinta dengan kasot ke apa.. Tapi kasot neh saya guna sejak dari Form 6.. Kasut neh ketua pengawas pakai, kasot neh bawak pergi exam STPM, kasot neh bawak pergi sekolah tercinta yang ada kenangan sebanyak novel. Jadi takkan buang.. Kalau dia ada nyawa, mesti dia tahu semua kenangan-kenangan saya. Semua tahu, kenangan saya yang paling hebat dalam hidup adalah Form 6.. Satu-satunya yang masih ada dengan saya sejak dari Form 6 sampai sekarang ialah kasot..



Sidai muka. 3 petang, Meru. Pergi minum dengan Hanis. Semalam pergi rumah Cikgu Wazir.. Tetiba dia bukak cerita form 6 tahun neh.. Dia cakap ; “Form 6 tahun ni ramai. Sampai 5 kelas... Tapi semua cikgu cakap Form 6 tahun korang lah yang paling best. Bincang-bincang pon, memang korang jugak yang paling best. Form 6 korang ni mesra dengan cikgu, cikgu takyah mintak tolong pun, korang tolong.. Semua cikgu cakap diorang tak jumpa lagi Form 6 yang boleh ganti korang.. Yang paling ramai masuk university pon, batch korang la. Form 6 yang paling membanggakan”. Hati saya tetiba tersentuh.. Ya Allah, banyaknya kenangan dalam form 6. Memang kalau diikutkan, Form 6 kami cukup aktif. Mesra dengan cikgu.. Cikgu dengan kami macam kawan. Sampai ada cikgu yang kami panggil ‘kakak’ . Lepas tu bukak Majalah sekolah yang latest. Tengok ucapan ketua pengawas.. Rubbish! Semua tiru ucapan saya. 98%! Panas hati.. MEMANG FORM 6 SEKARANG TAK TAHU BERDIKARI KE APA? Useless!

Ehem.. Ada plan nak buat reunion awal bulan depan. Apsal ntah asal cuti semester mesti ada reunion.. Tapi macam seronok. Liputan akan ke udara nanti. Masih dalam rancangan.


PERJUMPAAN SEMULA PELAJAR FORM 6 ‘06/07 SMKSKI
Ulu Yam/ Sg. Congkak/ Sg. Tekala
6/13 Jun 2009
9.00 am
Sila hadirkan diri. Amaran tahap 6.

Thursday, May 21, 2009

RENJATAN SMS

Share Hari neh kurang darah. Pucat tetiba. Sakit jantung. Sebab neh:

SMS pertama dari ALYA:



SMS balas dari saya:



SMS balas dari ALYA:



SMS balas dari saya:



SMS balas dari ALYA:



Bermakna saya telah DITIPU.

Meh sini muka ngkau ALYA!! Comel! Rasa nak lempang! HAHAHA..

Wednesday, May 20, 2009

BLOG INI HIPOKRIT!

Share
Blog neh kalau sesiapa sedar tiada kisah sedih. Bermaksud blog ini hipokrit. Blog sudah pandai berhipokrit canggih lah. HAHAHA.. Sebab itu lah blog ini berbeza dari yang lama. Sebab blog lama ada semua unsur hidup.. Unsur hidup ada banyak. Gembira, sedih, marah, tiada perasaan.. Maksud saya emosi keseluruhan yang perlu ada dalam hidup seorang manusia. Bila satu unsur jelas TIADA, bermakna itu adalah hipokrit. Jadi saya mengklsifikasikan blog ini hipokrit. Ramai tanya kenapa blog neh lain sangat dari yang lama? Jawapan dia kerana blog ini adalah baru.......... Baik, tak kelakar. Jawapan dia kerana blog ini adalah sebuah transformasi.. Transformasi adalah perubahan. Jadi ada kalanya blog yang bertransformasi akan ada kelainan. Kalau buat blog sepuluh, tapi asyik benda sama kita ulang, baik takyah ada blog.

Lagi.. Sebenarnya bila satu unsur hidup tercicir dari blog, bermakna blog tersebut bukanlah mewakili kehidupan penulis yang cuba dikongsi di alam maya. Memang.. Sebab untuk blog neh, tujuan dia hanya untuk menceritakan perasaan selain dari perasaan sedih. Jadi sebab itu entry sedih TIADA ditulis. Untuk masa ini, blog ini sedang mentanam perasaan hipokrit. Berapa kali saya tegaskan, BLOG INI SEDANG BERHIPOKRIT. Tapi cerita yang ditulis, BENAR. Cuma kadang-kadang perasaan itu TIPU. Faham? Tak faham sudah. Dari segi ayat, saya tak pasti sama ada ayat-ayat di sini mampu diserap ke dalam perasaan anda atau tidak (sila respon di ruang komen). Tapi setakat neh, saya tak pernah terima aduan orang tergeliat urat kepala cuba nak faham ayat saya.. Tak pernah. Jadi saya anggap ayat dalam blog neh DIFAHAMI. Noktah.

Sambung.. Ada sebab kenapa saya perlu simpan cerita sedih. Pertama, sebab saya sudah puas bersedih. Semester satu adalah kesedihan teramat-amat sampai tak cukup air mata nak jatuh ke pipi. Eceh! Cuma saya tidak pernah bercerita di blog. Saya demam masuk wad sampai sipi-sipi nak kena HEAT STROKE pon tiada dicerita dalam blog.. Saya putus cinta TIADA cerita. Saya tensen subjek DIPLOMASI tapi akhirnya dapat B pon TIADA cerita. Banyak perkara tidak dicerita. Kerana waktu itu, sedih terlalu banyak sampai tak larat cerita. Sebab itu, blog baru tiada cerita sedih yang menunjuk rasa susahnya hidup. Susah takda duit pon saya cerita dalam nada emosi yang SUKA. Saya tidak sedih.. Siapa pernah nampak entri sedih dalam blog neh? Angkat tangan!! Tiada.. Bagus... Kalau ada bermakna anda betul-betul menghayati penulisan saya sampai angkat tangan tiba-tiba depan PC. HAHAHAHA...

Sebab kedua, kerana kadang-kadang menyembunyikan perasaan sedih itu adalah sebuah kekuatan.
Siapa mahu dipandang lemah? Tidak. Bukan bermakna sedih itu tanda dia lemah. Tapi dalam sesetengah perkara, sedih itu bermakna lemah dan menjadi kegembiraan orang lain. Kau faham? Tak faham.. Baik, takyah cerita aah.. Semua tak faham.. Kau makan apa? Maksud saya, bila kita rasa sedih kerana perbuatan seseorang yang JAHAT, bermakna orang itu akan gembirajahat mentengok kita macam lemah kerana konon-konon diri dia bermakna sangat dalam hidup kita sampai kena sedih bila dia tiada padahal tak.. HAHAHA.. Ayat neh pon boleh kata hipokrit jugak ikut penilaian masing-masing. Tapi sekarang seriously happy sebab hidup aman tenteram tanpa masalah. Takyah sebok hal orang lain.. Takyah usya-usya blog orang lain.. Sebab macam tak malu dah lari nak pergi usya-usya macam.. Ahh.. Kau diam. HAHAHA.


Sebab ketiga, takyah cerita sebab memang takda sebab lain. Selain sedih, sesetengah cerita lain pon tak akan dicerita dalam blog neh. Contoh dia, cerita cinta yang buat kita meluat tengok memang takyah cerita.. Sayang-sayang dalam blog sampai rasa nak muntah pon tidak akan berlaku.. Cerita pasal girlfriend sendiri pon TIADA. Sebab pertama, memang TIADA. Dan sebab kedua kerana itu adalah privacy mutlak. Bermaksud kalau ada pun TIDAK akan diceritakan sebab malu. Saya kan penuh dengan perasaan malu. Tapi bila baca blog orang lain yang ada cerita cinta dia, boleh layan jugak kalau dia pandai olah cerita jadi menarik sampai rasa addicted dengan blog dia.. Maksud saya bercerita tentang cinta dan kekasih hati itu tidak SALAH. Tetapi pengolahan harus secara bercerita kepada readers, bukan mentulis touching-touching macam blog tu dia sorang baca dengan kekasih hati dia. Ahh.. Malas aah cakap pasal benda neh... Nanti ngkau kata; “Suka hati lah, blog aku!!”... Sekarang saya cerita tentang blog saya. Bukan blog ngkau. Mind u! Apsal terasa? Move! Move!!


Kadang-kadang cerita sesuatu perkara macam GEMBIRA tak ingat dunia kan? Padahal ada masanya dalam cerita tersebut ada cerita tak gembira. Contoh dia bila cerita pasal projek. Cuma cerita pasal birokrasi, lembab dan penat semata-mata. Padahal sebenarnya ada cerita Timbalan Pengarah tak cantik muka kemek boikot projek, ex-officio berlagak pandai padahal bodoh, dan cerita saya marah sebab AJK kerja lembab. Tapi tak cerita dalam blog. Sebab saya tak mahu readers tahu tentang halangan yang melemahkan saya. Yang saya mahu readers tahu adalah kekuatan, kerja keras dan kejayaan saya selain hal-hal peribadi ringan untuk tatapan umum. Itu adalah hipokrit. Saya admit. Tapi itu jenis hipokrit perlu. Blog ini memang dibina berlainan dari blog lama. Kerana saya mahu hidup dalam satu kehidupan baru. Blog lama adalah sejarah. Kalau nak tahu SANGAT, pergi tengok blog lama. Tapi jangan seret isi blog lama ke sini.. Kang saya ban kang nangis sedih pulak.. Pergi baca dan simpan dalam hati. Takyah nak luah kat sini. Saya mengkasi warning neh.. Warning tahap 5. Bermakna BAHAYA. Jangan buat. Kalau buat, MATI. Eh, mati pulak.. Sebenarnya nak cakap “SIAPLAH!”. Mana boleh bersifat kasar tetiba. HAHAHA..

Ini adalah jawapan kepada persoalan “Why your blog is seems totally different?”. Kerana ramai yang masih bertanya kenapa penulisan saya berubah secara extreme. Jawapan dia, kerana blog neh berhipokrit. HAHAHA.. Blog yang hipokrit. Bukan saya.. Kerana saya tahu semua perkara dalam diri saya. Tapi blog TIDAK. Jadi blog neh hipokrit. Nak marah, marah blog. Err.. Takyah buat aah.. Kang macam tak berapa siuman marah-marah depan PC kang. HAHAHA.. Ini bukan entry serius kan? Baik, tak sure. Tapi yang sure, ini bukan entri sedih. Kalau tetiba nak buat entri sedih, saya mengkasi warning seminggu awal oke? HAHAHA... Sekian, terima kasih.

Tuesday, May 19, 2009

MAAF

Share
Maaf!



Sebab tak update. Bukan tak nak update.. Tapi sebab... Ada sebab.. Yang logik. Tapi mungkin mengundang marah. Atau setidak-tidaknya mengundang rasa tak puas hati.. Saya kan manusia. Ada silap yang pastinya dari kebodohan diri sendiri. Bukan senang memuaskan hati semua pihak kan? Susah. Jadi konklusinya, saya kadangkala perlu memikirkan diri sendiri lebih dari memikirkan orang lain. Supaya tak rasa pressure. Pressure kadang-kadang buat saya berubah sikap sekejap. Sekejap. Berbalik kepasa sebab kenapa tidak punya entry baru selama tiga hari. Tiga hari adalah lama kepada mereka yang addicted dengan blog. Sebab...

Semalam saya bergegs keluar. Sebab nak buat sesi fotografi dekat luar sekejap.. Sebenarnya rasa tak sedap hati.. Macam ada perkara yang akan jadi. Tapi tak layan perasaan sangat. Saya pergi keluar. Tapi hati rasa lain.. Kamera Canon Power Shot A580 dalam raga motor.. Ya, pergi naik motor.. Sebab kereta kakak bawak.. Kalau ada kereta, naik kereta lah. Sebab panas sangat. Baik, lupakan soal kereta dan motor.


Rasa jauh sangat nak sampai destinasi.. Sebab hati tak sedap... Hati rasa gundah. Ada yang tak kena. Atau mungkin ada yang bakal berlaku. Perkara tak baik... Mungkin.. Tak pasti sebab saya manusia.. Tak boleh ramal..

Sampai.

Ambil kamera.. Hala pada objek. Tekan butang ON. Kamera diam.. Lupa bawak bateri.. Hakim, kau..

.stupid.

Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU

Share
Bismillahirrahmanirrahim



Yang berusaha Puan Hjh Jamaliah Bt Basri, Pengetua SMK Sungai Kapar Indah. Yang dihormati, PK1, Pn Hjh Amiah Bt. Hassan, PK Hal Ehwal Murid, Pn Hjh Roosmawaty Bt Ibrahim, PK Kokorikulum En. Periasamy a/l Karuppan, Yang dihormati Yg Mulia Raja Kamaruddin Raja Rasshidi, naib YDP PIBG, AJK-AJK PIBG, Penyelaras-penyelaras bidang, barisan guru-guru yang diraikan seterusnya para pelajar yang saya hormati sekalian. Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Illahi, kerana dengan limpah kurniaNya, dapatlah kita berhimpun pada hari ini di dataran kebanggaan kita yang tebentang megah, bagi meraikan insan yang telah berusaha keras, mengerah kudrat, memerah keringat dalam usaha menurunkan ilmu kepada kita semua. Merekalah guru-guru berjasa yang amat kita sayangi.

Pelajar yang saya hormati sekalian,



Perlu kita ingat bahawa guru merupakan titik awal pengaliran ilmu di dalam diri kita semua. Tanpa pengorbanan guru, mungkin tiadalah pada hari ini kita melihat lahirnya seorang doktor, jurutera, peguam dan sebagainya. Peranan guru masa kini bukan sahaja terletak pada tanggungjawab untuk menurunkan ilmu sahaja, malah berperanan juga sebagai insan yang membentuk sahsiah dan akhlak kita semua. Peranan dan tanggungjawab guru sememangnya cukup besar tidak kira jika dilihat dari aspek mana sekalipun. Dari peranan mereka untuk mendidik hinggalah kepada tanggungjawab mereka untuk membentuk diri kita, segalanya memerlukan pengorbanan yang besar, tulus, ikhlas dan mantap selain kesabaran yang cukup jitu.

Oleh itu, wajarlah untuk kita semua sebagai seorang pelajar, menghargai pengorbanan guru-guru bukan sahaja pada hari keraian seperti ini, malah pada setiap masa dan ketika. Penghargaan pula bukanlah dalam bentuk hadiah dan pemberian semata-mata, tetapi cukuplah dengan kejayaan dan kecemerlangan kita, yang saya yakin merupakan hadiah paling berharga buat guru-guru- yang amat kita sayangi.

Guru-guru yang diraikan,



Selaras dengan tema sambutan hari guru tahun ini iaitu “GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG” saya mewakili para pelajar SMKSKI dengan ini melahirkan harapan dan impian untuk melihat jalinan kerjasama antara guru-guru, pihak pentadbir dan pelajar sendiri dalam usaha meralisasikan salah satu antara misi SMKSKI iaitu mendidik insan supaya patuh pada ajaran agama dan mengamalkan nilai murni selain visi sekolah iaitu berusaha ke arah kecemerlangan ilmu dan sahsiah. Ini hanya akan tercapai melalui usaha gigih para guru, pihak pentadbir, dan pelajar dalam mengaplikasikan setiap ruang dan peluang yang ada tanpa menoleh ke belakang. Saya percaya dengan misi dan visi serta azam yang membudayai jiwa setiap tenaga pengajar dan pelajar di sini, matlamat tersebut pasti akan terus meniti kejayaan.

Saya juga berharap agar guru-guru dapat memainkan peranan semaksima mungkin dalam membentuk jati diri, sahsiah dan akhlak pelajar bagi membuktikan peranan guru-guru sepertimana yang disebutkan dalam tema sambutan hari guru tahun ini, seterusnya melahirkan generasi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Akhir kata dari saya, semoga guru-guru SMKSKI mampu untuk terus melahirkan para cendekiawan dan ilmuan yang dihormati yang akan meneruskan kegemilangan sistem pedidikan yang tiada berkesudahan. Selamat hari guru kami ucapkan, dan semoga pengorbanan kalian mendapat rahmat dan diberkati oleh Allah SWT. Sekian terima kasih.

p/s: Teks di atas adalah ucapan sempena sambutan Hari Guru 2007 SMK. Sg. Kapar Indah yang diucapkan oleh saya selaku Ketua Pelajar merangkap Ketua Pengawas SMKSKI 2006/2007.
***************************************

Tak mahu buat entri emosi. Setiap kali buat entry pasal sekolah mesti rasa emo sampai lompat atas katil tutup muka sambil nangis mentitis-titis air mata sampai muka hodoh gila aaah.. Kau tipu.. HAHAHA.. Tapi memang emo.. Memang emo.. Sekurang-kurangnya mesti ada air mata bergenang mentengok gambar sekolah. Kalau baca teks ucapan sendiri dalam majalah sekolah lagi aah syahdu ngkau tahu? Sumpah tak tipu saya berasa syahdu mentengok teks ucapan sendiri.. Cuma manusia yang ada nilai cintakan guru dan sekolah saja akan rasa macam neh.. Kalau ngkau datang sekolah pergi panjat pagar lari sekolah lepas tu kena tangkap cekgu disiplin kena sebat bontot memang aah kau kata BENCI SEKOLAH. Tu siapa-siapa pun tahu.. Memang takda masa depan sangat. Saya sumpah tak respek student perangai macam neh. Lepas tu pengecut jerit; “Hoi ketua pengawas poyo!!” lepas tu pergi menyorok dalam kelas. Tu tak payah jadi lelaki ngkau pergi mati lagi seronok.. Terjun bangunan ke apa kan thrill sket kan? Dari jadi maknyah takda te... Haa.. Cukup! Cukup!! Kang mula aah ceramah Belia Harapan Negara saya neh karang.. HAHAHA.

Bukan senang jadi cekgu.. Saya pernah jadi cekgu sampai tensen sebulan tak berhenti. Sampai rasa nak pergi mati aah tensen... Nasib baik sedar diri dosa banyak.. Tak jadi pergi mati.. HAHAHA.. Sumpah, jadi cekgu tak senang.. Susah.. Susah.. Perangai student makin lama makin melampau.. Cekgu bukan mengajar SAHAJA.. Tidak.. Kau kena ubah.. Cekgu perlu mendidik, membentuk dan membina sahsiah.. Ngkau kena faham.. Mendidik dan mengajar berbeza... Ngkau masuk kelas depan, memang seronok.. Ngkau masuk kelas belakang, takda skill, baik ngkau baling buku kat muka sorang-sorang student baru diam. Kalau tak ngkau tensen. Serius.. Kalau ngkau memang ada skill, takpa.. Ngkau pergi jadi cekgu.. Kalau tak, baik ngkau kerja pasar malam ke apa lagi seronok tak tensen.... Kalau berani cakap aah jadi cekgu SENANG.. Cakap aah cakap!

Bila kita merasa, baru kita tahu, macam mana susahnya jadi cekgu.. Sebab itu, jadi cekgu ni pekerjaan paling mulia.. Ngkau jadi engineer, jadi diplomat, jadi doktor? Bagi saya itu semua 2nd class... Jadi cekgu jugak yang paling saya sanjung.. Bukan sebab saya pernah jadi cekgu.. Bukan.. Tapi sebab saya sedar betapa susahnya jadi seorang cekgu.... Saya mentulis secara keseriusan neh.. Memang, GURU adalah pekerjaan paling mulia.... Sampai bila-bila pun saya sanjung guru-guru saya.. Sampai mati..

TERIMA KASIH CIKGU!!!!

Wednesday, May 13, 2009

DIARI RABU

Share Krekk... Krekk.. Krekk... Cakar-cakar meja sebab tension.. Berapa lama dah duduk depan laptop neh tapi tak dapat-dapat idea nak taip entry.. Apsal ntah rasa macam idea tak mahu keluar.. Krekk.. Krekk... Krekk... Kang saya hempas laptop ni kang.. Eh, apsal nak hempas laptop.. Hempas lah kepala sendiri kan? Kan? Krekk... Krekk.. Krekk.... Ya Allah, beku betol otak neh.. Apsal tetiba tak kreatif dengan blog sendiri.. Penat kaa atau memang otak tak berapa lancar nak kena servis neh?? Krekk... Krekk.. Krekk..

Lap meja kejap.. Kesian meja nangis sakit.

Mari lah.. Mari saya taip jugak entry.. Walaupon tak bermutu, taip jugak sebab takot nanti kang kalau malas-malas update, kang terus tak update sebulan dua.. Kang merana pulak ngkau orang tak tahu nak baca apa.. Sekali kalau dah merana kang sebok pulak suruh update.. Kalau dah suruh-suruh nanti karang keluar lah entry merepek lagi.. Lepas tu cakap saya kuat merepek lah pulak.. Apsal banyak sangat songeh ngkau? Err.. Tapi memang kena ikut songeh lah bukan? Kang kalau tak ikut kang mula lah blog tak ramai orang baca kang nangis sedih karang... Ngkau tengok lah ni Hakim dah mula nak buat perenggan takda faedah neh.. HAHAHAHA... Macam lah tak faham taktik buat entry panjang.

Baik, mulakan entry dengan kejadian aneh hari neh. Hari neh pergi Jusco Bukit Tinggi.. Ngkau kan tahu hari ni RABU.. Tapi apsal Jusco punyalah penuh dengan orang ramai macam pergi shopping raya? Sampai bawak troli pon boleh eksiden dengan troli orang lain.. HAHAHA.. Apa kes ntah sampai semua jadi tak tentu arah.. Sampai terlanggar punggung orang lah.. Sapa suruh dia tonggeng dekat jalan sempit kan? Bengang gila muka akak tu bila punggung dia kena langgar dengan troli saya.. HAHAHA.... Saya pon ntah nak rasa malu pon ada, nak gelak pon ada.. Gila aah akak tu bengang.. Nasib baik troli takda kamera rakam tragedy langgar punggung orang.. HAHAHA.... Rupa-rupanya hari neh J-CARD Day.. Patutlah orang ramai bernafsu buas pergi beli barang sampai tonggeng-tonggeng sampai kena langgar punggung dia dengan troli.. KAHKAHKAH.. Tak tahan lah nak gelak kat sini.. KAHKAHKAHKAH!!! Tu belum lagi tragedi ada troli tersangkut dekat kaki orang, troli terlanggar patung pakaian semua.. Ya Allah, banyak betul tragedi troli hari neh.

Lepas tu ada pulak family neh pergi naik lif.. Satu family naik satu lif dengan troli-troli dia sekali naik.. Pergi tingkat 4. Bila sampai tingkat 4, tetiba mereka tak keruan.. Nak keluar, tapi tak sabar-sabar takut sangat pintu lif tertutup. Semua keluar tapi troli tak keluar.. Pintu tutup. Lif dah jerit; “Door closed! Door closed!”.. Mereka pon jerit..; “Hey!! Hey!!”, tapi tercegat kat luar tak mahu pergi ambik troli. Ha, Kau jeritlah sampai pagi lif takkan naik. HAHAHAHAHA... Saya gelak dalam tu dengan bunda.. KAHKAHKAH!! Ngkau tahu dia beli pampers sampai sepuluh ntah nak buat apa ntah.. Memang bernafsu buas betul lah manusia zaman sekarang bila shopping.. Tak faham betol.. Saya takda lah pergi shopping ke apa.. Cuma mengada-ngada datang Jusco bawak bunda pergi jalan sambil pendam hasrat makan Tako Tao... Tako Tao bukan macam Lego ke apa.. Bukan.. Tako Tao adalah makanan sedap sampai mentitis-titis air mata kalau tak dapat makan.





Lepas tu bunda nampak pulak Dorayaki.. Bunda tanya; “Eh, tu bukan kuih Doremon ke?”.. Saya cakap; “Ha’ah”. Bunda suruh beli.. Bunda neh memang macam comel lah bila berkawan baik dengan Doremon.. Bunda saya memang macam tu.. Dulu dia tengok Pinggu ada satu cerita bila adik Pingu tu hilang, bunda pon pergi nangis sama dengan Pingu.. HAHAHA.. Sentimental tak kena tempat bunda saya neh... Dah lah dulu suka tengok Teletubbies merah. KAHKAHKAH... Setiap pagi tengok Teletubbies sambil goreng cekodok... Sekarang dah takda Teletubbies sama Pingu, bunda berlaih arah lah pergi tengok Ninja Turtle. Power Rangers pon kekadang bunda layan jugak.. Sampai cucu dia pon tahu nenek suka tengok Power Rangers setiap petang. Oke, cukup cerita bunda berhati remaja. HAHAHA.. Ehem. Akhirnya bunda tak makan pon Dorayaki tersebut.. Dia kata saja beli sebab nak tengok. Macam cantik.. Nasib baik RM 1.60 sebijik. Tak lah rugi sangat.. Lain lah kalau Pizza Meal 5 RM 46.70 belum masuk Government tax tu bunda tak makan. Memang nanti saya bagi ceramah sama bunda pasal amalan membazir sahabat syaitan kang.. HAHAHAHA... Bunda saya baik.. Selamat Hari Ibu bunda.. HAHAHAHA..



Oke, habis cerita dah.. Dah tak payah pening-pening dari pagi sampai malam fikir nak update apa.. Cuma sekarang pening nak fikir macam mana nak buat background picture baru.. Sumpah penat fikir dah seminggu dah.. Kena tukar neh.. Kena tukar.. Header dah cantik jelita semua, takkan background lama kan? Kan? Nak pergi tukar neh... Esok kaa.. Lusa kaa.. Minggu depan kaa... Bila dapat idea, saya tukar oke? Saya tahu memang sekarang pon dah cukup cantik... Terharu neh.. Terharu.. Tapi takpalah.. Sya kan blogger prihatin yang berusaha keras memenangi hati para readers kan? Kan? HAHAHA.. Nyampah aah Hakim neh.. Kau pergi tidur sekarang!

Sunday, May 10, 2009

WALIMATUL URUS~

Share
PENGUMUMAN

~Walimatul Urus~
Dengan ini dimaklumkan, bahawasanya saya, dengan tulus ikhlas dan berbesar hati menjemput anda semua ke kediaman saya beralamat di LOT 5311 JLN PAYA BARAT, KG. BUKIT KAPAR, 42200 KLANG SELANGOR bagi menyerikan majlis perkahwinan saya pada hari AHAD, 14hb JUN 2009. Semoga dengan kehadiran anda semua, majlis ini akan bertambah seri d
an diberkati.
~Insya-Allah~



Ehem!! Macam seronoklah bergurau tak lucu macam neh.. HAHAHA. Maksud saya, majlis perkahwinan rakan saya. Seronok betul mentengok anda semua menterbeliakkan biji mata bila baca pengumuman neh. HAHAHA.. Saya tak kawen lagi.. Tidak.. Entry majlis pertunangan pon tak pernah terpublish, tiba-tiba pulak timbul entry jemputan kenduri kawen.. Kang sakit jantung anda kang tetiba plak kawen Hakim neh.. HAHAHA.. Baik, tenangkan fikiran dan tarik nafas dalam-dalam. Jangan pergi mati sakit jantung dulu ke apa.. JANGAN.. Kang saya kena saman... Tiba-tiba keluarga anda tuntut 3 juta kang, memang sampai mati tak kawen-kawen karang.. Oke, kau berhenti merepek Hakim.. Lempang nak? HAHAHA..

Tadi Faten hantar kad jemputan kawen dia.. Seri pengantin dekat muka dia dah ada. (Eceh, ini pembodekan nak duduk dekat meja makan beradab nanti neh. Udang besar! Udang besar!! HAHAHA) Buat pertama kali lah terima kad jemputan kawen kawan sendiri.. Sedangkan isteri fantasi kanak-kanak saya pon tak pernah hantar kad kawen dia.. HAHAHA.. Sebenarnya saya rasa janggal bila kawan sendiri nak kawen dah.. Ngkau fahamlah, rasa baru semalam lah pergi sekolah rendah bertepuk tampar semua. Tiba-tiba dah nak kawen.. Ngkau tak rasa janggal..? Ngkau tak rasa tiba-tiba macam ada satu revolusi besar dalam diri sendiri..? Errr.. Iya, saya fahamlah bukan saya yang nak kawen ke apa.. Tapi saya rasa macam tiba-tiba dah besar sampai boleh kawen semua.. HAHAHAHA... Macam tak berapa logic lah perasaan tak sedar diri dah besar neh. Ngkau dah besar Hakim.. Ngkau boleh pergi kawen sekarang.. Pergi kawen.. Pergi!!~~ Jangan jeles! HAHAHA...

Ngkau tahu, bila tengok dia kan, memang tak sangka lah beliau neh nak kawen dah.. Dah lah tak macam dewasa langsung.. HAHAHA... Muda remaja macam baru lepas tahap kanak-kanak ribena. Tetiba nak kawen.. Kalau lah saya jadi bakal suami dia ke apa, mesti saya confused nak jadikan dia isteri sekarang ke tidak.. HAHAHA.. Tapi itu fizikal dia lah.. Dalaman dia siapa yang tahu kan? Lagipun sejak masing-masing bawa haluan sendiri pergi sambung belajar, banyak dah perkembangan yang kami tak tahu. Tapi.. Bila dah ada yang bersedia nak jadikan dia isteri, bermaksud dia berkelayakan lah untuk bergelar isteri kan? Ngkau jangan lah cakap lebih-lebih Hakim.. Kang suami dia datang pukul pulak kang.. HAHAHA...

Realitinya, saya dan semua kawan-kawan saya dah besar.. Bila satu dah setapak ke depan, saya tahu akan ada lagi yang menyusul nanti. Mungkin sebulan dua lagi.. Atau setahun dua lagi.. Bila jodoh dah bertemu, ke jinjang pelamin jugak akhirnya.... Baru lah saya sedar tanggungjawab semakin berat dari tahun ke tahun.. Sampai masanya, mungkin giliran saya. Tapi kalau diikutkan, saya memasang impian untuk belajar ke tahap MASTER sebelum berkahwin. Itu perancangan.. Kalau ditakdirkan lebih awal dari itu, kita perlu terima.. Tapi setakat neh, borang masih dijual.. Ngkau pergi isi sekarang.. HAHAHAHA..

Untuk Bakal Pengantin:

Bismillahirrahmanirrahim..



Cik Nurul Faten Atiqa,

Semoga perkahwinan kamu membawa seribu pengertian dalam hidup.... Jadikan perkahwinan ini sebagai tapak untuk kamu terus meneroka kehidupan yang lebih dewasa bersama suami tercinta.. Kami mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan kalian berdua. Ikatan persahabatan antara kita semua, kami harapkan akan terus kekal abadi.. Walaupun satu hari nanti, kita bakal bersuami dan beristeri masing-masing. Bersahabat itu indah. Semoga kalian terus kekal bahagia sehingga ke anak cucu... Amin~


p/s: Liputan tentang majlis Cik Faten Atiqa akan dipublish selepas 14 JUN neh.. Harap maklum. Terima kasih..

.

Saturday, May 9, 2009

WANITA IDAMAN

Share
Ehem.. Tak payah Tanya saya pergi berjogging ke tidak hari ni.. Jawapannya TIDAK SAMA SEKALI. Sebab saya belum rasa nak menghabiskan waktu pagi di jalan raya berlari-lari riang seorang diri sekeliling kampong. HAHAHA… Saya masih belum didatangi mood bersukan. Nak keluar pergi renew lesen pon punyalah malas sebab rasa.. MALAS lah.. MALAS. Takkan malas pon tak paham? Kenapa saya begitu pemalas setakat 3 hari di kampong neh? Sebab kampong neh terasa sangat menawan hati dan bernostalgia sekali.. HAHAHA.. Bila tengok kanak-kanak mengkayuh basikal pergi sekolah waktu pagi, bila tengok mak ayah budak pergi ambik anak-anak dia waktu petang.. Nostalgik.. Nostalgik..



Dari pagi tadi saya merenung laptop kesayangan. Bukak Photoshop.. Pandang screen tapi tak tahu nak buat apa. Dah lama sangat tak main dengan PS. Sebab kau fahamlah orang sebok macam mana. Tapi teringin sangat nak cari CS4 konon nak canggih lah.. Padahal tak pernah sentuh lagi. HAHAHA.. Akhirnya selepas 3 jam merenung, baru dapat ilham sikit pergi buat header. See?? Ngkau tengok ilham saya. Cantiklah kan? Kan? Tak payah cover.. Cakap “Cantik lah!! Ya Allah jatuh hati betul!”. HAHAHA.. Secara keseluruhannya, header neh much more better dari yang lama.. Striking.. Signifikan.. Kau carik lah apa dia signifikan yang saya maksudkan.. Bukan saja-saja letak membabi buta ke apa. Err.. Tak.. Bukan saya letak babi. Bukan. Maksud saya, saya takda letak elemen-elemen dalam header tanpa arah tuju. Semua ada makna.. Kecuali paper clip sama paku tekan tu memang takda makna lah.. Ngkau fikir sampai kiamat pon takkan jumpa apa signifikan dia… Ngkau jangan pulak buat cerita mengarut macam saya pernah makan paper clip sama paku tekan masak asam pedas waktu kecik-kecik ke apa. Main family-family dulu pon tahu makan maggi campur pucuk pakis segar dari kebun kelapa sawit I tell you.. HAHAHAHA…

Oke, lupakan pasal header. Punyalah panjang paragraph berciri membazir neh. Semalam ada manusia PM saya, dia tanya, bila nak buat entry pasal CIRI-CIRI WANITA IDAMAN? Baru teringat saya pernah berjanji nak buat entry tersebot lah bukan? Mari. Kita cerita CIRI-CIRI WANITA IDAMAN:

1. Orang kampong. Bila saya cakap orang kampong, ngkau kena ingat, saya TIDAK bermaksod orang sekampung. Berapa kali saya nak cakap.. Kenapa orang kampong? Sebab orang kampong SAHAJA yang ada ciri-ciri kelembutan semulajadi, cirri-ciri wanita sejati, dan sebab saya sendiri berasal dari kampong yang bernostalgia sekali.. HAHAHA.. Tak habis-habis mempromosi kampong sendiri berciri nostalgic.

2. Tidak berpendidikan tinggi. Kenapa? Sebab orang kampong yang berpendidikan tinggi sedikit sebanyak cirri-ciri kekampungan dia akan terhakis. Bila masuk bandar, dia akan berubah. Tak banyak, sikit. Dan wanita berpendidikan tinggi kebanyakannya asyik menegakkan dakwaan mereka punya hak setaraf dengan lelaki. Bila macam neh, mulalah kerja dia asyik melawan suami. Ingat, Syurga isteri di telapak kaki suami. Mind U!! HAHAHA.. Seronok betol ada kuasa veto neh. HAHAHAHA…

3. Pemalu. Bila dia adalah seorang pemalu, bermakna dia sentiasa malu. Eh, apa neh? Maksod saya, dia pemalu. Eh.. Malu lah! Apsal takda ayat boleh elaborate benda neh? HAHAHA.. Tapi jangan sampai malu sangat sampai mensusahkan saya. “Abang, malu lah nak pergi masak, abang masaklah..Ehehehe..”. Kau memang menempah pelempang tangan kanan yang super power neh! HAHAHA... Sifat malu neh penting.. Apa guna kelembutan tanpa kema...... Err.. Apa guna kelembutan tanpa perasaan malu kan? HAHAHA...

4. Cantik. Kalau lelaki cakap takda mementingkan paras rupa, kau jangan pergi dekat dia. Sebab dia penipu besar. Walau macam mana pon, kecantikan adalah pilihan setiap insan. HAHAHAH... Kenapa perlu cantik? Supaya mampu menambat hati suami. Kalau ngkau pakai selekeh pergi Jusco pon macam pergi kedai runcit nak beli ayam sekilo, sure suami ngkau pon meluat. Perempuan neh bila dah beranak pinak, mulalah malas nak bergaya ke apa.. Lepas tu suami pulak jenis diam. Sekali tahu-tahu dah kawen lagi satu. PADAN MUKA. Pergi lah ngorat apek kedai ubat ke apa lepas tu..

5. Ciri-ciri cantik yang pertama ialah berkening lebat. Ngkau kena tahu beza kening lebat dengan kening tebal. Kening tebal bermakna kening yang berketinggian lebih dari 1cm. Macam cerita HEGEMARU tu.. HAHAHA.. Kening lebat berciri biasa, cuma lebih gelap dan terbentuk cantik. Sebab apa kening penting, sebab... TIADA sebab.. Cuma saya suka. Nampak lebih cantik.. Ehem.. Menggoda pandangan betullah.

6. Berambut panjang dan lurus. Err.. Hitam! Kalau pergi kaler rambut perang, merah, hijau, kuning ke apa, saya pergi jadikan badut sarkas ke apa lagi seronok. HAHAHAHA... Ngkau tahu, fakta menunjukkan wanita beramabut panjang lebih menonjol ciri kelembutan dia berbanding wanita bermbut pendek. Wanita berambut pendek lebih kuat melawan dan menonjolkan diri dia konon kuat. Fakta mana saya dapat? Saya pergi kaji sendiri.. HAHAHA.. Peduli apakah..

7. Berkulit cerah. Penting jugak atas dasar memikat hati suami. Tapi jangan cerah sangat macam opera cina ke apa. Kang terkejut-terkejut saya dibuatnya bila bangon pukul 3 pagi tiba-tiba dia pun bangun mengejut. Ya Allah apsal macam seram neh? HAHAHAHAHA.... Kalau tak cerah pon, berkulit kuning langsat pon okeylah.. Jadilah.. Adoi...

8. Menerima nasihat. Dengan kata lain, menganggap suami sebagai SUAMI, dan bukan sebagai rakan taulan ke apa. Maksud saya, dia tidak menonjolkan diri dia macam tahu segala benda sampai suami tak payah nak ajar apa-apa. Berlagak pandai lah... Sebab ngkau kena tahu, lelaki bersifat memimpin.. Sentiasa mahu rasa diperlukan dari setiap aspek kehidupan si wanita. Eceh, tak sukalah buat ayat fakta doctor falsafah neh. HAHAHAHA... Wanita seharusnya sentiasa meminta pandangan suami.. Percayalah, suami suka! Tapi ngkau jangan lah pergi shopping complex mentengok baju sambil tanya suami “Abang, baju ni cantik tak??” sampai 4 jam. Meh sini muka tu! HAHAHAHA...

9. Pandai masak.. Tanyalah mana-mana lelaki pon, mesti dia suka perempuan pandai masak.. Mana ada suami suka isteri asyik mintak makan KEHEPSI setiap hari kan?? Tak berapa normal lah tu. Ngkau jangan cakap pandai masak telur goreng atau masak nasi. Kang kena kang. Benda tu tak kelakar. HAHAHA.. Sampai sekarang saya tefikir, macam manalah kawen tapi isteri tak pandai masak dan TAK MAHU BELAJAR MASAK. Ya Allah.. Tak berfungsi lah...

10. Suka berkongsi. Dengan kata lain memahami dan menyokong segala tindak tanduk si suami. Bermakna, wanita kena ada rasa ingin berkongsi minat dengan suami.. Kalau tidak pun, ambil tahu apa suami suka dan banyak bertanya tentang perkara yang suami suka. NOKTAH!!

Siap jugak akhirnya.. Ngkau tolong jangan letak komen, “Inilah lelaki, asyik nak sempurna semua. Padahal diri sendiri pon tak sempurna.” Ngkau memang nak kena lah macam tu. Bila saya kata ciri-ciri wanita idaman, bermakna saya mengimpikan wanita sebegitu, bukan saya kata MESTI macam tu. Ngkau letak komen tak cukup akal macam tu, ngkau siap.. Sedarkah bahawa saya sedang mengkasi amaran? HAHAHA... Oke, cukup.. Kang kejap lagi boleh tersembam atas keyboard pulak kang. Ngantok. Mari tidur wahai mata..... ENTRY HABIS.

Wednesday, May 6, 2009

LIVE DARI KAMPUNG!

Share
Macam seronok tak melihat-lihat blog sehari suntuk. Kalau di kolej asyik tengok blog sendiri sampai bosan rasa nak bakar je blog neh. HAHAHA.. Masakan saya mampu berbuat demikian kan? Untuk pengetahuan semua, saya sedang berada di kampong dan bergembira.. HAHAHA.. Dan pagi ini saya ada terdengar bunyi ayam.. Ya Allah betapa bernostalgianya bunyi ayam tersebot. Malam tadi buat pertama kalinya dalam masa 4 bulan, saya merasa asam pedas buatan bunda.. Bunda memang understanding masak asam pedas bila tahu anak dia nak balik. Terima kasih bunda… Esok buat sambal udang, lepas tu masak Tom Yam, lepas tu Nasi goreng kari pulak yaa bunda? HAHAHA…

Semalam perjalanan 7 jam dari Changlun ke Klang tak seronok sangat sebab kaki sakit sebab angkat barang kelmarin dari tingkat 4 pergi tingkat 1. Ntah kalau duduk tingkat dua puluh mesti patah pinggang terus. Tapi nasib baik dia ada sampai tingkat 5 SAHAJA.. HAHAHA.. Suka sangat berhiperbola tak berapa lucu macam neh. Oke, tapi dalam bas semalam bukanlah tak seronok langsung.. Seronok jugak bila mengelamun tengok keindahan Selangor negeri tercinta. Lepas tu bas tu pergi pusing KL pulak. Lamanya tak nampak KLCC waktu malam. Lamanya tak nampak kesibukan kotaraya dan kehidupan malam penuh warna warni di KL. Kalau di Kedah, pukul 9.30 malam pun dah gelap. Orang Kedah neh tidur awal ke apa ntah. Balik pukol 10 malam dah nampak macam pukol 12 tengah malam. Tak seronok.. Memanglah, mana ada orang seronok duduk di negeri orang bukan??

Pagi neh saya pergi keluar rumah sekejap.. Sejuk. Walaupon saya duduk dalam hutan di Kedah sana, saya tak rasa sejuk macam di kampong. Kedah panas lah. Serius neh.. Kedah panas GILA. Di kampong sejuk dan berudara segar dari ladang HAHAHA.. Tadi rasa-rasa mahu pergi berjogging dua kilometer macam sebelum jadi perantau.. Eceh.. Tapi membatalkan niat sebab rasa-rasa nak pergi buat sarapan pagi dengan bunda, lepas tu kemas rumah, kemas bilik, kemas pakaian dan mensapu rumah… Ehem.. Oke, oke, saya tipu anda semua.. HAHAHA.. Saya malas sebenarnya. Malas.. Puas hati? HAHAHA… Pagi tadi dengar bunda membebel menyampaikan laporan keadaan semasa keluarga.. Macam-macam bunda cerita. Oyyaa…! Jiran saya sudah mendirikan rumah tangga. Ya Allah, mari saya cerita kenapa perkara neh mentarik perhatian.

Pertama, sebab dia pernah jadi rakan sepermainan saya. Masa zaman purbakala kanak-kanak dulu, dia kawan baik saya.. Kami selalu pergi main pondok-pondok dekat belakang rumah dia. Sebab belakang rumah dia ada kebun kelapa sawit. Waktu tu macam biasalah saya jadi ayah, dia jadi ibu. Anak TIADA. Tak berapa pasti kenapa. Mungkin sebab kami berlakon jadi ibu bapa mandul ke apa ntah.. HAHAHAH. Seronok sampai bunda carik tak jumpa-jumpa sampai Maghrib. Lepas tu bila balik, bunda belasah saya di bilik mandi sambil menjadikan gayung sebagai senjata rasmi. Untuk pengetahuan semua, kepala saya sudah lali dengan gayung sebab selalu diketuk tragis sama bunda. HAHAHA.. Oke, kembali kepada jiran saya.

Sebab kedua, dia adalah sebaya. Tapi sekarang saya tak tahu macam mana rupa dia. Sebab dah lama sangat tak jumpa walaupon duduk sebelah rumah.. Tahu-tahu dah kawen dengan sapa ntah.. HAHAHA.. Nasib baik.. Kalau tak habislah sebab bunda kata dia pernah berniat nak menjodohkan saya dengan dia. Kalau perkara tersebot terjadi maka malapetakalah sebab akan menghancurkan prinsip anti-kekasih hati sekampung. HAHAHAHA… Saya pon takdalah rasa pernah terjatuh cinta dengan dia ke apa walaupon kami pernah main family-family sama-sama.. HAHAHA.. Lepas 15 tahun, akhirnya dia jadi isteri orang.. Alhamdulillah.. Akhirnya ngkau kawen secara realiti jugak HAYATI.. HAHAHA…

Habis cerita jiran saya. Saya tengah fikir nak buat apa cuti neh. Saya berniat mahu pergi rumah cekgu-cekgu. Tapi belum tentu bila. Tapi pastinya banyak benda dalam rancangan.. Termasuk rancangan mentukar template.. Tapi kalau rajin aah.. Kalau tak, kau duduk lah tengok blog neh tak berubah-ubah sampai bosan.. HAHAHA… InsyaAllah, blog akan up to date dengan cerita setiap hari.. Entry berkualiti mentarik perhatian gred A tak dapat ditaip lagi setakat neh.. Banyak pengaruh buku lah neh.. Ngkau tengoklah semester depan saya tak mahu tengok buku.. HAHAHA.. Setakat neh, ngkau bacalah entry miskin neh.. Kalau ngkau bosan, tak payah baca.. Campak dalam longkang ke apa.. HAHAHA.. Oke, kita sambung esok InsyaAllah..~

Saturday, May 2, 2009

3..2..1.. GOING HOME!!

Share


Agenda:
Balik Kampung Bukit Kapar, Klang, Selangor Darul Ehsan.

Tarikh: 05 Mei 2009.
Hari: Selasa.
Bas: Golden Diamond. Transnasional pergi main jauh-jauh. Sempit.
Seat: 6A. Single seat! Yahoo!!
Masa Bertolak: 1.30 petang.
Masa Tiba: 8.30 malam.
Tempat: Klang Sentral, Meru.

Maklumat neh takda motif melainkan untuk melahirkan rasa keterujaan saya untuk balik ke kampung terchenta. Kenapa saya suka bas di atas? Sebab dia best.. HAHAHA.. Luas. Tak sempit macam Transnasional. Lepas tu Transnasional suka berhenti. Sebab student cina asal jalan jauh mesti nak pergi toilet. Entah apa dia makan pon tak tahu. Kalau naik bas neh, ngkau pergi merayu lah driver dia, sumpah takkan berhenti. HAHAHA.. Ngkau tahan lah sampai Klang.. Dia berhenti sekali SAHAJA. Untuk solat. Lepas tu, jalan tak ingat dunia. Lepas tu seat dia punyalah luas. Seat kapal terbang pon tak seluas itu.. Semangat betol mentipu anda semua. HAHAHA..

Single seat. Memang wajib. Siap mintak sama akak kaunter nak single seat. Sebab saya pernah balik duduk sebelah perempuan. Dahlah sombong. Tak tegur langsung.. Saya lagilah mimpi nak tegur dia. Saya kan pemalu orangnya. (Ya Allah meluat).. Asyik mengeluh lambat sampai. Kang saya terajang muka dia kang.. Lepas tu tidur secara dangerous pulak tu asyik terlentok-lentok.. Dah lah seat sempit. (Transnasional! Transnasional!)... Lepas tu sumpah tak nak naik Transnasional duduk berdua. Dengan lelaki? Kau memang. HAHAHA.. Kalau lelaki tulen takpa.. Kalau GAY ke apa? Mati lah ngkau kena goda sepanjang perjalanan.. Geli namampos lah!! Lagi satu kalau single seat ngkau nak buat apa pon suka hati. Kalau duduk berdua, ngkau kena ada sifat jaga hati dan perasaan. Tak seronok langsung sebab takda privacy. Nak makan keropok pon serba salah sebab takut orang sebelah mintak. HAHAHAHA...

Saya sedang merenung tiket mengalahkan membaca buku Political Science. Exam Isnin neh!!




Friday, May 1, 2009

AL-KISAH KOTAK ITU

Share
Semalam ada tragedi.. Sumpah akan ingat sampai mati.. Tragedi neh tak pernah jadi sepanjang saya kat sini. Tak pernah.. Kalau setakat chinese mintak tolong sebab henfon dia jatuh dalam lubang tandas atau kena kejar dengan monkey sampai kena lari pergi tingkat 5 tu biasa lah.. Tapi tragedi semalam memang tak boleh lupa. Lain sangat. Sampai hingar bingar satu blok.. Sampai tersenak-senak perut. Sampai tak boleh tidur sampai 5 pagi. Serius... (Banyak cakap lah ngkau neh hakim, cerita je lah!!)

Oke, saya cerita. Semalam Man Soya (Dia jiran saya. Bukan penjual soya.) pergi outing. Jadi mereka yang lain pesan, "Man, carik kotak". Maksod mereka, mereka mahukan kotak besar untuk diisi barang-barang dan pakaian sebab sekrang nak balik kampung dah. Bilik kena kosongkan. Jadi Man Soya dengan konfiden kata "OK". Mereka pun OK. Sebab pada mereka Man neh paham lah bahasa dan bolehlah mentafsir keadaan sikit. Semua senang hati. Mereka tak sangka akal Man neh kadang-kadang problem sikit. Mereka tunggu... Sambil cerita tentang keterujaan balik kampung.. Cerita pasal zaman sekolah lah.. Cerita pasal girlfriend bagai.. Kemudian Man balik.. Mereka ke bilik sebelah. Nak tengok kotak. Dan.. Tiba-tiba.. Mereka mengilai ketawa macam kena sampuk ke apa ntah. Sebab ini..



KAHKAHKAHKAH!!!! Ngkau explain sket nak buat apa dengan kotak neh?? HAHAHAHA.. Sumpah lawak.. Dia nak suruh pergi buat origami ke atau nak suruh kami buat bakar sampah. Tak tahan betul mentengok kotak Listerine tersebot.. HAHAHAHA... Bisku Tiger pon ada.. Macam-macam ada.. HAHAHAHA.. Kau tahu sampai 5 pagi tak boleh tidur sebab semua orang offer kotak tersebot pada jiran-jiran lain...

"Engkau nak kotak?"- Rasul.
"Ha, ngkau jual ke?"- Bean.
"Tak, free.. Aku ambik kejap."- Rasul. Dia pergi ambik kotak.
"Nah, buat letak laptop, KAHKAHKAH!!"- Rasul. Sambil hulur kotak Colgate.

KAHKAHKAHKAHKAH!!!~~ Satu bilik gelak lagi. Sampai pagi. Ya Allah, senak perut. Sabar lah dapat kawan macam Man neh. Prihatin namampos.

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus