Thursday, March 26, 2009

SEDANG BERCINTA SAMA PENIMBANG

Share
Tengok sekarang. Kan saya cakap, jangan percaya sangat bila saya cakap tak mahu menghapdet blog. Saya kadang-kadang mentipu sedikit. Entah kenapa tak berapa pasti sangat.

Telah kenaikan berat badan sebanyak 5 kilo. Kenapakah pon tak berapa nak faham sebab macam ganjil sikit bila tak makan tapi telah menaikkan berat badan mendadak-dadak macam dipam-pam jadi bulat macam seekor musang (aik?) keobesitian. Nak cakap telah memakan kentaki berlebihan tidak, nak cakap asyik duduk dalam bilik tidak, nak cakap mencuri-curi makan pun tak berapa nak betul sangat sebab memang takda makanan untuk dicurik. Semua orang sedang kemuflisan tahukah?? Jangan tanya "Eh kau gemuk, memakan apakah?". Sebab saya tak tahu telah memakan apa sampai menjadi kegemukan 5 kilo lebih tinggi. Ini adalah sebuah keganjilan tak diterima akal.

Eh, tahukah anda bahawa saya telah mentipu anda?? HAHAHAHA. Ingat memakan Mi Sedaaap perasa sambal goreng yang memang gila sedap tersebot boleh mentingkatkan berat kaa?? Terasa sedih hiba pilu semua tau bila melihat manusia memakan megi setiap hari sambil meminum air mineral. Rasa macam menitik-nitik air mata tau bila mensumbat megi dalam mulut. Zaman Jepun pon boleh makan ubi kayu tau?? Kenyang sikit kot. Tak berapa pasti sebab lahir dalam era separa millenium. Tapi for sure sedap sikit bila makan dengan kopi (Ya Allah, punya sedap aku cerita neh). Oke, admit. Ekonomi GAWAT. Turun 5 kilo. Belt kena tarik lagi 1 lubang, jam tangan super cantik menawan kalbu pon kena tarik 1 lubang. Lubang hidung tak boleh tarik sebab dah cukup kembang. GF marah. Eh? (Pening sikit)

Saya tak tahan nak balik kampung. Sebab di kampung boleh makan sedap-sedap tanpa fikir soal duit dalam akaun ada berapa atau membentang bajet 6 bulan untuk makan sepinggan nasi ayam. Seksa macam kena serang zionis ke apa ntah sekarang neh. Sekarang macam rajin sikit bila ada majlis-majlis dalam kolej, atau program melawat ladang ayam organik sebab boleh makan free.. HAHAHAHA.. Eh, ngkau tak rasa ini perbuatan bertahap cendiakawan kaa dalam keadaan ekonomi meruncing neh (eceh! Ayat ekonomi). Bijaksana lah bukan? Oke, mari tiru taktik dan strategi saya. HAHAHAHA. Pedulik apakah rasa macam pengemis asalkan perut takda bunyi-bunyi waktu study dan mentekejutkan orang sebelah sampai tertanya-tanya "LAPAR SANGATKAH DIA NEH?". Malu tu oke?

Oke, entri lapar selesai. Akan menghapdet lagi bila rasa perlu. Esok akan membeli tiket balik. Saya tahu tiket naik harga lagi. RM140 pergi balik. Macam standard kapal terbang. Sekarang balik kampung boleh membangga diri sebab naik bas adalah perkara dato'-dato'. Maksud saya 'KAYA'. Bukan roti kaya. Betul-betul kerja orang kaya.. Ma, anak ma sekarang orang kaya. Sila bangga. Ini perli. Harap faham. Sekian, terima kasih. Iktakimas..

Monday, March 23, 2009

MEMBELA MUSANG

Share Entry ini bersifat keanak-anakan sedikit.

Jangan menganginkan kepala kalau ngkau datang dan mentengok entry pasal ayam TIADA. Sebab bukan tak nak buat entry pasal ayam. Tapi sebab memang tak tengok ayam. Sebab apa lagi tu jangan tanya. Sebok sangat. HAHAHA... Mintak sori banyak-banyak. Ayam kena quarantine sebab akan dibawak keluar. Mereka kata, takut kalau kami masok, akan mensebabkan ayam-ayam terkena penyakit dan mati di tempat kejadian. Macamlah kami pesakit HIV bawak penyakit ke hulu ke hilir dan membahayakan makhluk-makhluk lain. Oke, frust sikit sebab tak dapat tengok ayam. Dua tiga hari ni saya rasa, saya tak suka bela ayam. Sebab saya dah ada binatang lain yang seronok dibela.Binatang tersebot adalah KIMIRULE. Kimirule bukan sejenis siput atau lintah bulan ke apa.. Kimirule adalah seekor... Seekor... Seekor apa ntah tak berapa pasti sangat sebab memang bintang tersebot tak ada nama spesifik. Jadi belasahlah letak beliau adalah seekor musang bertamadun.


Apalah punya cantik musang macam neh.. HAHAHA.. Tukar-tukar! Kita letak beliau sebagai... Err... Apalah punya susah nak identify beliau sejenis apa... Letaklah apa-apa. Jangan babi hutan cukup. Oke, sila ke FACEBOOK untuk beli satu dan bela. Seronok serius cakap. Kumpul duit dan buat rumah cantek-cantek sampai jadi banglo maya dan mengkumpul rakan taulan dan jiran tetangga. Boleh bertanding lari berhalangan atau main piring terbang, softball, hardball semua ada.. Macam-macam ada senang cerita. Bela sementara stok maseh ada. Seronok.. Err.. Menatang kaler cream baju hijau hidung pink tersebot adalah musang milik Kak Kiiina bernama Pika-pika. Beliau kaya. Boleh panggil Datin Pika. Rumah punya besar, perabot punya cantik siap flower semua ada. Entah apa dia buat ntah sampai kaya sebegitu rupa.. HAHAHAHA.. Semangat namampos cerita pasal persatuan musang facebook neh. Kalau anak buah saya baca mesti kemalu-maluan saya dibuatnya.. HAHAHA.. Cubalah cerita pasal Need for Speed kaa, Far Cry kaa, barulah nampak gagah perkasa sket.



Tengok-tengok, mereka bersuka ria lari berhalangan.. HAHAHA.. (Ya Allah, engkau buat tebiat kaa apakah Hakim..??) HAHAHA.. Oke, cerita musang belaan tamat. Nanti kalau cerita lebih-lebih histeria ngkau cakap aku melalut ke apa.. Saya nak mintak tumpang laluan untuk sebulan. Bermakna, sebulan saya tak update blog. Sebab nak fokus exam final. Ini saya cakaplah. Padahal nanti belum tentu saya tahan tak update blog sebulan. Saya bukan boleh percaya sangat tak sentuh blog. Seminggu tak update pon macam nazak dah. Kalau sebulan takut tak dapat nafas atau kena sawan ke apa.. HAHAHA.... Kalau ngkau datang dan takda entry baru jangan cakap " Update! Update!" atau "Bersawang dah blog neh..". Itu perbuatan tak faham bahasa. Kalau takda entry baru, tutup laptop dan tidur atau pergi main musang bertamadun dalam facebook.. HAHAHA... Minta laluan.. LALU TUMPANG! LALU TUMPANG!

Thursday, March 19, 2009

RINDU AYAM

Share


Esok akan pergi ke ladang. Entah bila ada ladang pun tak tahu. Maksud saya, ladang orang lain. Ladang ayam RFC. Sebenarnya saya rindukan ayam. Saya memang suka ayam. Dulu-dulu saya bela ayam kaler-kaler. Hijau, kuning, oren. Ada jual di pasar malam, seringgit satu. Beli secara pukal. Sebab.. Cantik. Kalau letak dalam kotak ramai-ramai, macam meriah. Tapi sebenarnya saya ada tragedi dengan ayam kaler oren. Waktu saya bagi makan, ayam lain semua duduk depan saya. Tapi ayam kaler oren ni hyper aktif. Berlari-lari. Lari bawah kaki saya. Kemudian, tiba-tiba dia tiada. KENA PIJAK. Mati.

Sebelum dia mati.. Maksud saya masa dia nazak, saya sempat pegang dia. Saya mintak maaf.. Depan kubur dia.. Saya cakap, saya tak sengaja.. Saya sayang dia. Kemudian, saya doakan dia berada dalam kalangan ayam-ayam yang beriman. Macamlah ayam ada kategori musyrik dan beriman. Kemudian bacakan Al-Fatihah 3 kali. Ucap kalimah syahadah semua cukup. Tak cukup akal betul. Mak saya marah. Sebab saya pijak ayam.. Bukan saya sengaja. Saya mintak maaf ayam.. Cerita ni saya kongsi dengan semua kawan-kawan saya.. Mereka gelak. Tak guna. Saya cerita betul ni.

Sekarang... Saya takda ayam lagi. Sebab.. SAYA SUKA MAKAN AYAM. Dengan erti kata lain.. Ayam saya sudah habis dimakan. OLEH SAYA.. HAHAHAHAHAHA. Esok akan mempergikan diri ke ladang dan melepaskan rindu dengan ayam. Bela ayam seronok tahukanh? Selain dapat makan daging ayam, kita dapat jugak pijak ayam.. HAHAHA. Aktiviti ni jangan ikut sangat. Berdosa. Sampai sekarang saya teringat ayam oren saya.

Ini preview sahaja. Kisah saya dengan ayam saya. Esok lusa akan apdet lagi dengan gambar ayam banyak-banyak. Tidur.

Wednesday, March 18, 2009

CONTENG PAGI RABU

Share
Adoi. Bangon jam 7 pagi. Kelas pukul 8. Bermakna telah lambat bangun. Tapi entah kenapa boleh rileks sekejap lagi atas katil. Rasa macam berat sangat nak pergi kelas. Tapi takut ada quiz. Oke, batal niat tak murni tersebut. Keluar bilik dan masuk balik. Sembahyang subuh emergency dan pergi mandi. Takda breakfast, takda minum, takda madu, tiada apa-apa. Kenapa perlu dibuat perkara yang memang tak pernah buat? HAHAHA. Parasit. Hari ni pakai baju putih sama neck tie cream. Siap smart-smart. Tunggu bas pukul 7.45 pagi. Bas sampai pukul 7.50.. Bagus. Sejak report dekat Dr. Faiz bas semacam cepat SIKIT. Atau mungkin nasib baik SAHAJA. Dan corak pemanduan pulak macam cepat BANYAK atau dengan kata lain BAHAYA. Yang berdiri kelam kabut. Macam gempa bumi. Kesian (Saya nak cakap padan muka tapi tak sampai hati). Tapi pedulik apalah bukan?? HAHAHA.

Rasa macam tunggu final countdown kat dataran merdeka. Sampai DKG 2. Jalan secara cepat sambil mentengok jam GA BLUE saya... Rasa cantik sangat jam tersebot. Sempat lagi puji jam dalam waktu-waktu kritikal macam ni. Bermakna menarik hati betul jam neh. Sambung jalan laju-laju. Berpeluh. Sampai DKG 3. Takda orang. Sunyi. Senyap. Hati saya kata mereka dah masuk kelas agaknya. Suspen sikit masa ni. Jalan ke kelas. Sampai pintu kelas. Kelas gelap. Student tak ada. Toleh pintu..................

KELAS ADN1013 EN. KHADAFI ROFIE
DITANGGUHKAN..

Bebal. Tak guna.
******************************







Hey,
Someone give me diz note book.
Green colour.
I think i know who.
Thanks a lot. Like it pretty much.
Nice handmade.

Macam faham.
Ekonomi gawat.
HAHAHAHA

p/s: Pic projek saya sudah upload. Klik sini. Tak nak sudah. Tak paksa. Er.. Tengoklah sekejap. :P He..

Friday, March 13, 2009

SAYA SUKA-SUKA TAIP

Share
Nak taip apa neh? Otak kosong.

Saya sebenarnya tak nak menaip lagi. Sebab kan semalam punya semalam punya semalam (1, 2, 3.. Oke, cukup-cukup!) saya dah taip entry baru dan mempublishkan entry tersebot? Jadi kenapakah saya macam sawan sangat nak tulis lagi padahal entry saya sejak akhir-akhir neh macam kesian?? Sebab.. Sebab... Sebab saya takda sebab.. Saya cuma macam nak menconteng. Saya tak suka conteng dinding bilik saya. Nanti ma kata "Jangan jadi sakai!". Jadi saya conteng dalam neh. Bukan keseronokankah membaca blog saya yang selalu diconteng? Bukankah satu kenikmatan menghayati contengan kesian saya? Mengapakah saya terasa keriakan yang dibuat-buat? Harharhar.. Jangan riak. Masuk neraka nanti. Sawan. Err.. Sakai tu apakah?

Lupakan soal sakai. Tak masok periksa final nanti. Err.. Oke, exam final just around da corner. Tapi jadual exam masih tak tengok lagi sebab akan mensakitkan hati sebab HEA akan mentukar-tukar jadual sebab mereka suka buat aktiviti ubah-ubah sebab mereka rasa seronok sebab akan mensusahkan pelajar. Banyaknya sebab. Harharhar. Macam kelakarlah.. Perasan. Oke. Memang tak rasa nak mentengok jadual. Lupakanlah perasaan nak tengok jadual exam kecuali rasa besok adalah hari peperiksaan. Sebelum studey week, jangan tengok. Jangan. Saya memberi amaran neh. Jangan tengok. Semester lepas macam ni lah. Excited sangat mentengok jadual sampai termimpi-mimpi tarikh balik kampung lepas tu beli tiket secara tiba-tiba dan secara tiba-tiba jugak tarikh exam kena tukar dan mereka ternganga-nganga. Ambik kau. Jangan gelojoh.. Buruk padahnya.. Harharhar... Bukankah pengalaman itu mengajar? Eceh!

Dah nak dua bulan tak balik kampung.. Rupa kampung tu entah macamana pon tak berapa ingat sangat dah. Dah ada 3G kaa? Dah ada pasaraya kaa? Dah ada Jusco ka?? Menara pencakar langit kaa?? Oke.. Tipu sangat. Tak baik tipu sangat kan? Nanti nampak macam tak natural warkah saya neh.. Harharhar. Tipu sikit-sikit cukup. Oke, move. Jangan banyak mengarot. Err.. Saya rasa nak balik kampung sekarang. Saya rindu ma saya.. Saya rindu bilik saya... (Ya Allah, janganlah bersikap macam kewanitaan nak rindu-rindu tu semua.) Saya rindu rabbit saya walaupon saya tak pernah jaga.. Lantaklah.. Sebab rabbit tu pon akan mensebabkan saya rasa macam ingat-ingat kampung sikit. Naseb baek tak cakap rindu teddy bear ke apa.. Kalau tak sure histeria.. Harharhar.. Saya lelaki oke? Saya lelaki. Harap maklum......... Iyalah. Lelaki sejati. Jangan banyak tanya sangat! Lempang karang!! Harharhar.. Kasar.. Kasar..

Sejak akhir-akhir neh rasa jarang sangat telefon ma. Ma pon tanya-tanya kenapakah... Eh, bukan setiap dua hari saya call kah ma?? Ma nak mentipu kaa atau cuba membuat hiperbola lagi?? Harharhar... Takdalah.. Mana mungkin ma mentipu.. Ma berhiperbola sahaja.. Kan itu hobi ma.. Ma kan ibu paling mensenangkan hati di dunia... Walaupon kadang-kadang ma suka buat suspen macam membuat gulai asam campur breeze sampai berbuih-buih atau tiba-tiba memarah saya secara mengejut.. Padahal bukan salah saya.. Harharhar.. Ma tak boleh jadi polis tau ma? Nanti akan membuat pertuduhan secara membuta tuli. Bahaya. Hey, rindulah sama ma saya. Sekarang saya takda dalam rumah, ma senang sikit sebab akan membasoh basoh baju secara sedikit-sedikit... Dan memasak pon akan sedikit-sedikit. Err... "Ma saya tak penat lagi!!" Ya Allah, ayat iklan lagi. Move! MOVE!! Ma, tumpang lalu...

LALU TUMPANG! LALU TUMPANG!

********************
Satu ketika, kamu selalu bersamaku..
Tak pernah walau sekali kamu melukanku..
Malah kamu seakan cuba melindungiku..
Bersamamu, aku mampu berdiri..
Bersamamu, aku mampu berjalan gagah..
Bersamamu, aku berjaya menjejakkan kaki ke sini..
Namun kini, kamu....
Kamu tidak lagi mampu begitu...
Aku memahami...
Mungkin kerana jarak dan waktu yang telah kita lalui...
Dan.. Kekuatanmu tidak lagi berganti..
Aku redha... Aku terima.. Namun aku yakin..
Aku akan terus ada bersamamu..
***********************

Saya tidak memotifkan puisi tersebot kepada seorang perempuan, seorang penjual ubat kuat atau apa-apa yang lain kecuali kasot saya. Harharhar.. Jangan kata saya ada seorang kekasih hati atau apa... Lempang nanti. Kasot saya uzur sangat.. Bila hujan, saya akan berjalan dengan tumit saya. Kerana tapak kasot saya bocor. Bukan setakat bocor. Tapi terbelah dua tapak dia.. Ma dah kata, beli kasot baru, tapi saya tak mahu beli sebab akan mensebabkan pembaziran.. Sekarang saya telah terpadan muka sebab kasot saya dah buat hal. Tapi saya mendoakan supaya kasot saya dapat bertahan sampai hujung semester. Hey kasot, bertahan! Cuba bertahan dalam hujan atau panas! Engkau kritikal! Saya faham.. Tapi tolonglah faham, duit saya tak banyak nak beli baru! Hey, bertahan dan hujung semester nanti aku buang kau!! Harharhar.. Nanti malam kena gam kasot lagi. Dah 6 kali. Oke, harap simpati. Harharhar.. Er.. Tolong tambah ayat "sampai hujung semester" pada ayat last puisi tersebot...

Oke, kita masok perenggan baru. Perenggan baru ini adalah untuk mengucapkan sekian terima kasih.... Sebab akan mentutup laptop dan mentidurkan diri... Sebab hari neh macam takda aktiviti kecuali main game FAR CRY atau mencuci pinggan mangkuk... Mencuci baju malas sekali... Apa lagi mencuci cadar tilam, stokin, atau mencuci mata.. Aik?? Harharhar... Iyalah... Mata perlu dicuci sebab tidur secara banyak.. Eceh.. Cover banyak. Oke, sekian terima kasih..

1... 2... 3.. SLEEP!!~

Monday, March 9, 2009

ATOK-ATOK KU SAYANG~

Share
Ya Allah, lamanya tak berblog. Mintak sori sebab lama tak sentuh blog.. Kena lupa blog sekejap, kalau tak nanti entry merepek sangat.. Err.. Padahal sebelum ni memang merepek pon.. Harharhar... Oke, cerita pasal projek lagi. Mari-mari berbosan sama saya.. Saya baru baca blog bapok UUM tadi neh.. Err.. Oke, tak payah cerita yang itu. Lari topik nanti. Dahlah saya anti bapok.. Dahlah bapok tu takda.. Err.. Oke oke, saya berenti sekarang. Mari cerita projek.. Jangan cerita bapok, tak seronok.. Takda makna, disgusting dan sebagainya.. Bapok ni.. Err.. Shadap Hakim! Shadap!! Oke, mulut tutup.

Tahukah berapa kali saya cuba buat entry neh? Tahukah berapa kali saya delete dan tulis balik entry neh? Saya pon tak kira. Tapi banyak kali jugak. Sebab semua saya tulis macam formal sangat. Macam surat rasmi ke apa ntah. Sebab dah sebulan bergelumang dengan surat-surat rasmi sana sini. Sampai menyampah tengok letter head. Sampai naik muak mengadap muka pengetua. Dahlah sakit hati hati berminggu-minggu sampai luka-luka, nanah-nanah.. Erk.. Macam jijik pulak. Oke, saya tipu. Takda nanah. Macam kotor sangat. Loya tekak kau.. Harharhar.. Mukadimah ni macam panjang sangat. Padahal cuma nak bagi hint 'PROJEK SAYA DAH SELESAI LALU RASA SENANG HATI'. Kan senang cakap macam tu. Cuba jangan buat ayat bunga-bunga Hakim. Orang susah paham. Harharhar..


Project Manager

Semalam pergi Rumah orang-orang tua Kuala Nerang. Naik bas punyalah pening. Pakcik bas tu ntah badmood ke apa ntah bawak bas macam nak terbang. Semua senyap sunyi rasa seram dengan bas yang macam nak terbalik.. Ni kalau terbalik memang projek killing lah ni.. Masin mulot. Dush! Dush!.. Naseb baik tak jadi terbalik. Sempat sampai sana dan melepaskan muntah beramai-ramai... Ya Allah.. Apsal jijik sangat entry neh.. Mesti pakcik bas tu terasa hati dengan kami.

"Teruk sangat ke apa aku bawak bas neh?"
- Monolog si pakcik bas.

Harharhar.. Serius pening.

"Maaf pakcik, kami bukan sengaja nak muntah depan bas pakcik.. Tapi pakcik bawak bas memang terok."

Harharhar.. Cukup lah kutuk pakcik neh.. Kesian dengan muka humble dia.

Oke, sampai sana dan berjalan masuk ke rumah orang-orang tua tersebot. Macam buruh india pulak masok kampong tersebot, jalan kaki dengan bawak tin cat kanan kiri.. Naseb baik tak pakai kain pelikat ke apa.. Harharhar... Tapi seronoklah jalan ramai-ramai macam kesian sangat hari tu. Oke, sampai sana dan masing-masing buat kerja masing-masing. Malas cerita panjang-panjang. Bukan nak buat laporan ke apa. Nanti kena bentang bajet semua kan lagi haru biru entry neh kau nak baca. Buat sakit mata. Seronok berborak bagai dengan nenet-nenet sana. Mereka suka sangat merapu.


"Tok Wan, ubat ni boleh makan lagi?" - Kami. "Boleh! Baru beli lagi" - Tok Wan.

Padahal expired date tahun 2007. Tok Wan neh dah tua-tua pon nak menipu lagi. Harharhar.. Sekejap lagi kata buah limau dalam rumah dia dah sepuluh tahun. Padahal kami yang petik tadi.. Harharhar.. Segar dari ladang. Pandai Tok Wan tipu. Naseb baik orang tua. Kalau kanak-kanak dah lama kena lempang. Tak baik tipu. Tuhan marah Tok Wan.. Tok Wan neh single lagi. Tak pernah kawen lagi. Tapi comel.. Harharhar.. Tak tahulah kalau dia tipu jugak belum kawen lagi. Dia bukan boleh percaya sangat. Takpa.. Orang tua.. Orang tua.. Rumah dia Ya Rabbi.... Macam tak larat tengok. Kesian. Pergi try tengok rumah orang-orang tua neh.. Fikir 50 tahun akan datang.. Kita mungkin jadi macam mereka. Sedih dengar cerita-cerita nenet-nenet neh kena hantar situ.

Nenet lain cakap tak berapa nak faham. Susah sangat otak neh nak proses bahasa pujanga orang-orang tua neh. Cuma boleh angguk-angguk, haaaa haaaa, gelak sama-sama walaupon tak faham nenet-nenet tu buat lawak apa. Jaga hati orang kata.. Kami cat rumah dia, siap bagi arahan macam dia pulak project manager.. Ni macam dah mencabar kredibiliti saya neh.. Siap tanya kenapa lambat sangat nak habis cat lagi.. Harharhar.. Merepek betol lah. Dahlah panas terik. Nenet tersebot lagi buat panas hati.. Tu belom dia suruh kemas rumah dia lagi tu.. Nenet neh betol lah.. Harharhar... Seronok layan. Bila bagi cenderahati, siap pilih pulak.. Ya Allah... Macam-macam... Memang betol, bila dah tua, perangai macam budak-budak.. Kena layan macam tu.. Dalam hati sumpah sedih...

Bila balik, mula lah sesi jejak kasih. Nenet-nenet tersebot nanges tak sudah...

"Esok-esok mai la lagi naa.. Jangan lupa tok.." - Nenet-nenet.

"Tok Wan, ingat balik apa kami pesan" - Kami.
"Ingat-ingat, tak nak rokok, makan ubat, sembahyang, bersihkan rumah.. " (Dengan suara tua tersekat-sekat) - Tok Wan.
"Tok Wan sedih ke?" - Kami.
"Tak, Tok Wan tak sedih." - Tok Wan. Padahal air mata Tok Wan dah bertakung.

Oke, sedih. Semua sedih. Tapi saya tak berapa sedih. Kena hepi sebab projek jalan dengan jayanya.. Harharhar.. Takda perasaan ke apa ntah budak neh. Harharhar...



Hulurkan Bantuan, Sinarkan Harapan 2009
Rumah Orang-orang Tua Islam Tanpa Waris
Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus