Thursday, December 24, 2009

UNDER CONSTRUCTION

Share


Kalau anda melihat blog ini sedang dalam keadaan hodoh dan tak tentu arah, semacam mengalami gempa bumi atau apa, bermakna saya sedang melakukan kerja-kerja menaik taraf. Anda tak perlu panik. Cuma cuba lah datang lagi ESOK. Tapi kalau anda rajin nak tengok perubahan demi perubahan tidak terancang, sila refresh page ini semahu-mahunya..
Terima Kasih.

Tuesday, December 22, 2009

PRA MATANG

Share
Dua minggu lagi akan mencapai usia lebih dewasa.. Dua minggu lagi akan mencecah umur 22 tahun.. Dua minggu lagi akan meletakkan angka 22 dalam ruangan umur dalam setiap form. 7 tahun lagi akan berkahwin.. Eh? Err.. Bukan kah dulu saya bercita-cita mahu ke jinjang pelamin semasa berumur 25? Heh.. Manusia berubah kan?? Apa kelas laki-laki berkahwin secara pantas. Tak seronok lah dunia.

Baik lah, umur 22 memang bukan satu jangka usia yang menarik untuk diraikan. Tapi tak salah kalau anda rajin nak buat surprise party... Saya mesti akan surprise punya.. Jangan risau.. Kalau pun saya takda perasaan sangat, saya tetap akan terkejut bila anda buat surprise party.. Saya janji. Cuma jangan baling telur, baling tepung ke apa.. Itu perbuatan tidak seronok.. Kalau baling duit tu seronok lah. Boleh buat.. Saya sentiasa bersifat terbuka.. HAHAHA... Kenapa tak suka orang baling telur dan tepung? Kerana ianya bersifat pembaziran.. Kan elok kalau kau buat cekodok atau roti canai dengan bahan-bahan tersebot? Sekurang-kurangnya saya kenyang di hari jadi.. Kedua, telur adalah perkara bercirikan makanan paling saya tak suka. Jangan bagi telur pada saya. Itu annoying. Makan telur setengah masak pon jangan berada di depan saya.. Nanti saya muntah. Bunga telur pon saya tak suka sebab meyemak. Bunda suka kumpul. Cis!

Perubahan? Mungkin pada umur 21 tahun saya masih mampu mentengok cerita Hagemaru.. Tapi pada umur 22 tahun saya tak akan lagi menonton cerita annoying sebegitu rupa. Itu kan perkara berciri kanak-kanak? Mana ada lelaki 22 tahun melakukan hal ehwal kanak-kanak bukan? Paling tak sedar diri pon menonton Spongebob saja.. Eh, kau kena sedar, lawak Spongebob kadang-kadang memerlukan pemahaman dan tafsiran tahap tinggi.. Sebab tu kanak-kanak 5 tahun menonton Spongebob kadang-kadang tidak ketawa. Kerana mereka gagal mentafsir lawak Spongebob dan Patrick.. Juga Squirtword.. Juga Jerry.. Hah.. Dah.. Spongebob pada saya adalah sebuah pelawak bertaraf dunia.. HAHAHA... Sebuah pelawak yang suka mentangkap obor-obor dan tinggal di rumah berbentuk nenas.. Ya, saya sekarang berumur 21 tahun.. Baik lah.. Baik lah... T________T

Umur 22 tahun juga bermakna saya sudah cukup dewasa.. Perlu menjadi dewasa secara total.. Perlu berfikiran dewasa juga secara total. Bukan lagi remaja yang berfikir ‘bila agaknya nak kawen dengan wanita idaman’.. HAHAHA.. Cinta bukanlah perkara penting buat usia ini.. Tak jatuh cinta pon bukan perkara abnormal atau paranormal.. Tak jatuh cinta kan perkara paling indah dalam dunia.. Tak perlu memikirkan hadiah apa nak bagi masa hari jadi.. Tak perlu fikir berapa jumlah duit yang perlu dibazirkan.. Tak perlu fikir hati dan perasaan orang lain yang kadang-kadang annoying utnuk difahamkan dan diambil tahu. Tak perlu fikir macam mana nak ngorat Azweenda bila dah jatuh cinta.. Eh... ? Eheh.. Bukan senang menghapuskan sisa-sisa tragedy ‘admirer di hari penamaan calon’ itu. HAHAHA.. Baiklah.. Ini tak perlu tercatit di sini.. Anda boleh padam sekarang.. <--- [Backspace]

Baik lah, cukup cerita pra-harijadi... To be continue on 05 January insyaAllah.. Mari buat revision hari-hari cuti saya. Cuti kali neh tidak lagi membazir. Maksud saya tidak lagi kebosanan sebab dah ada group baru untuk dijadikan penghibur.. HAHAHA.. Cuti kali neh banyak aktiviti dengan Ex-SKBK.. Ini pertubuhan tidak rasmi.. Aktiviti apa kami buat? MAKAN. Hahahaha... 10 tahun tak jumpa dan kemudian bertemu di Facebook (I love u FB!) adalah perkara manis sekali. Berpisah ketika kerdil dan berjumpa ketika bersaiz XL juga adalah manis.. HAHAHA... Semua manis.. Punya excited nak jumpa kawan-kawan sekolah rendah sampai hari pertama menjejakkan kaki di bumi Bukit Kapar, terus pergi Hari Kantin sekolah rendah. Lepas tu pergi melawat seluruh sekolah macam YB. Dan semua benda terasa kecil... Blok kecil, surau kecil, cikgu kecil.. HAHAHA.. Seronok lah mengenangkan kenangan-kenangan kanak-kanak riang dulu.. Heh... Kemudian aktiviti lainnya semua berunsurkan makanan... Makan Soto di gerai, makan lemang made by Hj. Saibani masa Raya Haji, makan McD secara rakus, makan KFC dan mengabaikan diet, main bowling, melawat rakan sakit.. Anda tahukah ini semua manis..? HAHAHA.. Dan cuti semester depan akan ke PennState USA bersama mereka.. Hooray! Kita kan GENG! Bas sekolah.. HAHAHA...

Kemudian macam biasa aktiviti lazim semasa cuti adalah menserbu rumah cikgu-cikgu SMKSKI yang selalu di hati.. Rumah Ayahanda Wazir pada hari ke tujuh cuti... Rumah Ustazah Salimah pada minggu ke-2 cuti.. Makan tomyam dan tempoyak ikan bilis memang selalu menggagalkan diet saya.. HAHAHA.. Beberapa hari lepas bermalam di rumah Ayahanda Wazir.. Sangat lah meriah saya rasa.. Seronok. Dan of course lah diet terancam dengan dinner secara rakus malam itu.. Belum tambah lagi McD jam 12 malam.. Sesi cerita tergempar dan meluahkan amarah yang kritikal. Fuh..~ Sesi tersebot memang membawa kesan di hati... Rasa menyirap darah perjuangan betul lah.. Tapi Ayahanda Wazir kata, kena sabar.. Jadi sabarlah.. Sabar... Tapi plan untuk berjumpa dengan individu tak sedar diri terbabit sentiasa ada.. Tindakan susulan? Tangan, kaki dan silat seni sentiasa tersedia.. HAHAHA...

Baiklah.. Cukup dah.. Ahad neh akan bertolak kembali ke hutan Sintok.. Ke ‘First Choice University’ yang memang sebenarnya merupakan pilihan terakhir dalam senarai 8 universiti pilihan. Kau tanya sesiapa pun memeang mereka meletakkan UUM sebagai pilihan terakhir.. HAHAHA.. Tapi seronok tahu tinggal di hutan.. Boleh jumpa serangga aneh.. Boleh jumpa lecturer aneh.. Orang aneh.. Penyapu aneh pon ada.. Bangunan aneh? Kalau dah setiap semester sesat mesti lah aneh bukan? T_________T Sekian saja update saya.. Maaflah mentinggalkan blog secara sengaja.. Esok lusa buat lagi. Ceh. Iktakimas!~

Friday, December 11, 2009

RAKSASA TIDAK KACAK, TAHU?

Share
Saya sedang mengkasihankan diri sendiri.. Macam apalah hidup dalam kelemahan macam neh.. Tak bersemangat waja langsung menikmati kehidupan selama dua minggu lagi.. Lepas dua minggu dah tak ada kehidupan lagi. Dah mati dah. T___________T Maksud saya, kehidupan akan dirampas oleh kematian.. Ni apa neh?!! Kehidupan akan diganti dengan kesibukan dan kematian akal maksud saya.. Suka sangat mencakap mati secara sinis. Cis. Walaupon memang jiwa dah mati sedikit demi sedikit sebab result tak berapa nak membanggakan. Baik, mari kita mengkasi warning kepada semua. Tentang satu perkara tegas warna merah.

+ Perhatian semua. Realize lah anda bahawa sekiranya anda gagal sebanyak 3 kali dalam mana-mana matapelajaran, secara automatic anda akan kehilangan ‘Honour’ atau title ‘Kepujian’ dalam ijazah anda. Maksud saya, ijazah anda tidak akan berbunyi seperti berikut: Bachelor of International Affairs Management (BIAM) (Hons). Saya serius. Kecuali anda rasa nak meletak title jugak, boleh letak (Horr) di hujung, mungkin. Bermaksud.. HORROR.. HAHAHA.. Ini saya tak serius. Jangan terpedaya pergi memintak dekat Dekan nak title Horror ke apa. Gila.

Tak sangka cuti akan berakhir dalam masa dua minggu. Semalam mentengok calendar dan terasa cepatnya pusingan dunia sekarang. Sebulan mana ada perasaan sangat kan? Sekelip mata saja dah habis cuti. Kan seronok jadi kanak-kanak Sijil Pelajaran Malaysia, lepas habis SPM terus cuti berbulan-bulan lamanya macam dah tak ada kehidupan lepas tu.. HAHAHA... Dulu sewaktu saya muda seusia mereka, waktu cuti memang waktu menggemokkan diri. Makan tidur, makan tidur takda rasa bersalah. Maklumlah sebelum tu mana pernah memfikir tentang kegemukan. Sebab memang tak pernah gemok. Tapi sekali gemok, hambik kau! Mesti rasa sedih setiap kali mempandang cermin sebab bentuk muka dah tiada.. Bentuk badan lagi lah disaster. HAHAHA..

Semenjak itu lah saya mula menggunakan seluar jeans bersaiz perkasa. Saiz 32 maksud saya. Perkasa tu lebih suci bunyi dia berbanding raksasa bukan.. HAHAHA... Seluar lama kalau pakai dah macam mentempah maut ke apa ntah. Dah tak boleh nafas secara normal. Mesti macam orang kena asma. Diri sendiri terasa selekeh dengan kegemukan.. Terasa saya tergolong dalam kalangan mereka yang kurang gaya penampilan diri. Saya serius neh.. Padahal saya secara realitinya seorang metroseksual.. Bukan MetroAhad. Metroseksual saya kata.. Jangan mensamakan saya dengan akhbar. Baiklah, jangan mengarut sangat.


Raksasa yang ber'taubat'

Selepas beberapa bulan, akhirnya diri sendiri tewas dengan kata-kata orang ramai. Mana boleh menterima saja kata-kata orang bercorak penghinaan kan? Jadi bermulalah kehidupan sehat sepanjang hari mulai hari tersebut. Jogging, sit up, badminton, kurang makan, kurang keluar, kurang gula dan sebagainya. Bunda marah sebab mengaplikasikan cara hidup atlit. HAHAHAHA... Saya tak peduli sangat dah. Biarlah bunda marah asalkan hidup lebih bermakna.. Akhirnya berjaya menturunkan 10kg dalam sebulan. Terasa sayalh insan paling berjaya di muka bumi.. Takyah masuk The Biggest Loser dah.. Macam apalah pertandingan berciri karut marut tu. “Ya Allah, gemoknyaaa orang tu..”.. "Astaghfirullahal’azim... Makan apa dia neh sampai segemuk badak.”. Cis, menjatuhkan air muka sendiri. Menjatuhkan air peluh dari muka tak apa lah jugak.

Baiklah. Di university berat selalu turun naik. Kadang-kadang dipuji kurus. Kadang-kadang dipuji tak berapa kurus.. HAHAHA.. Hidup di university mana konsisten sangat. Tapi tak pernah lah terjadi lagi tragedi pengembangan tidak terkawal.. Setiap hari turun naik tingkat empat macam terseksa gila. Tapi tak mengapalah asalkan hidup sihat. Cewah, macam entri kementerian kesihatan lah ending dia.. HAHAHA... Jangan gunakan lif, gunakan tangga. Baik lah, adik-adik semua jangan makan dan tidur saja. Nanti badan berbentuk raksasa. Sekian terima kasih.

Tuesday, December 8, 2009

SAYA ADA BROADBAND. KAU ADA? =P

Share

Saya sayang Celcom.. HAHAHA

Finally the biggest secrets of magicians code revealed! Cewah.. Mana ada.. Finally saya dapat beli broadband saja.. HAHAHA.. Semalam pergi Celcom Centre Bandar Baru Klang selepas 2 hari tertangguh.. Memang berniat nak register broadband. Dari semester satu dah teringin nak pakai broadband.. Tapi fahamlah waktu tersebot mana pandai manage belanja sangat.. Duit dalam akaun ada 2 ribu lagi pon dah mula makan megi takut sangat duit habis.. HAHAHA... Semester dua dan tiga pulak rasa beli broadband tu membazir.. Belum waktunya.. Masih boleh bergantung dengan wireless free dekat kolej. Semester dua memang musim darurat.. Nak makan pon tak lepas.. Tapi Alhamdulillah lah jugak boleh survive dengan megi hampir sepanjang semester.

Tapi bila masuk hujung sem neh, dah rasa susah kat rumah bila takda internet connection.. Kena pakai dial up yang super mahal.. Mana boleh.. Nanti bunda serang saya sebab bil melambung.. HAHAHA... Jadi hasil pengkumpulan duit dan bantuan dari kakak sikit, dapat lah register Celcom Broadband –Student Package, 384kbps, RM50/month. Ehem.. Orang susah mana boleh pakai pakej RM98 sebulan.. T_______T Register di Celcom Branch dan beli modem sendiri memang mahal sikit. Saya ingat Celcom bagi modem sekali.. Sambil hulur advanced payment RM50. “Kak, modem sekali kan?”.. “Tak aah, modem kena beli sendiri”.. Blur.. Tak puas hati.. Tapi tak cakap sebab kesian akak tu busy. Kalau register kat luar tu RM199 siap semua.. Tapi saya mana mempercaya sangat kedai-kedai luar neh.. Kang kena tipu karang, naya.. Sebab tu lah rajin sangat register kat Celcom Branch.

Lepas tu keluar pergi tengok modem..

“Ni, kalau beli modem je, berapa?” – Saya.

“Beli modem saja, mahal la bang..” – Cina.

“Saya tanya berapa?”- Saya.

“Abang sudah register dekat dalam ke bang?”- Cina

Saya pandang muka dia.. Kerut dahi sikit.

“Okey la abang, okey, harga dia RM299.” – Cina. Dia takut agaknya.. HAHAHA..

“Apasal mahal sangat? Saya tengok kedai satu lagi, dia bagi RM200 je?”- Saya. Padahal mana ada saya survey.. Memang modem tu mahal RM300 lebih sebenarnya.

“Mana ada abg... Ni sudah less punya, RM299.” - Cina .

Saya diam... Saya tau dia nak tipu.. Less seringgit kau buat lawak ke apa.. Kang kalau kena terajang cina ni kang, naya dia neh... Saya diam.. Lama..~ Dia pon diam.. Muka dia cuak sikit. Saya kan muka sombong maksimum.. HAHAHA..

“Oke la abg! Oke.. Saya kasi RM200. Oke aaa abg? Kalau abang register sini aaa abg, saya boleh kasi RM265 siap modem sekali..” – Cina. HAHAHA.. Lagi mahal.. Saya register free, cuma bayar advance payment. Beli modem RM200, baru RM250. Hahaha..

“Malas la register sini.” – Saya. Muka sombong keluar duit. HAHAHA..

Selesai. Membeli dengan muka ketat memang memberi keuntungan... HAHAHA... Bawak motor laju-laju balik rumah. Terus bukak laptop nak try.. Cewah, modem sepadan dengan laptop.. Hitam selalu menawan.. Klik! Klik! =p





Not bad lah speed dia. Acceptable walau pon dekat rumah neh takda line 3G (Ni dah report dekat kementerian). Tak payah susah-susah register pakej RM98. Pakej 384kbps pon dah cukup.. Tapi kalau kau kaki download movie macam apa tah rajin, jangan beli 384kbps punya lah.. Nanti kau jugak tension.. HAHAHA... Pergi beli Streamyx.. Habis cerita. Baik, entry TAMAT. Nak mandi. Isk..

Monday, December 7, 2009

SAYA MANUSIA MACAM ANDA

Share
Kelmarin ke rumah Ustazah Salimah.. Bercerita tentang sesuatu.. Ada perkara baru anda tahu? Perkara yang tak pernah terlintas.. Dan funny lah juga..

“Ustazah tak tahu Hakim macam mana?” – Seseorang.

Ada orang mengkata saya ‘high profile’ untuk mereka yang ber’taste’ tinggi.. Ini bukan cerita berciri riak. Saya tak terasa nak riak pon.. Ini cerita benar sekali.. Dan saya pon tercengang lah.. Apakah hal tiba-tiba saya menduduki kelas masyarakat sebegitu rupa.. Sejak bila saya mentunjuk ketinggian profile? Sejak bila saya menjadi pilihan mereka yang ber’taste’ tinggi. Ini semua annoying atas beberapa sebab.

1. Saya bukan orang kaya. Mereka yang bertaste tinggi biasanya memilih anak orang kaya. Ini saya tegas sekali.. Keluarga saya sederhana saja.. Senang pon tidak.. Golongan ‘high profile’ neh biasanya mereka yang kaya raya.. Saya tak kaya.. Sumpah TIDAK. Jadi kenapa saya dikelaskan sebegitu?

2. Berpakaian kemas tak semestinya kaya. Kalau kau jumpa orang jual ikan pakai neck tie ke apa takkan kau nak consider dia orang kaya kan? Mesti lah tidak.. Saya memang dari dulu suka kekemasan.. Saya perfectionist.. Tanya lah kawan-kawan sekolah rendah saya, sampai ke sekolah menengah, sampai ke university. Mereka berkongsi pendapat yang sama.. Kalau side baju, selagi tak tajam, saya tak pakai.. Seluar lagi lah dahsyat.. Kalau bunda gosokkan baju saya tak licin, saya pergi gosok balik.. Baju kotor saya tak pakai walau sekejap. Memang itu sifat saya dari kecik... Main bola pon asyik betulkan baju.. Sebab tu kalah.. HAHAHA... Ini bukan tanda saya high profile mind u..

3. Muka saya memang sejak lahir macam neh.. Bukan sombong.. Bukan high profile.. Semua orang cakap saya sombong.. Memilih kawan.. Sampai takut nak tegur.. Mana ada.. I’m free to make friend with anyone.. Cuma memanglah memilih kawan tu perlu.. Takkan kau nak berkawan dengan penagih ke apa.. Mesti lah tidak kan? Itu biasa lah.. Dan saya tak suka berkawan dengan mereka yang terlebih sosial.. Saya tak suka dan malu melakukan perangai bertentangan dengan adat Melayu.. Heh.. Mana nak cari lelaki Melayu terakhir macam saya? HAHAHA... Jangan kata saya sombong sebab tak senyum dengan makhluk lain.. Kadang-kadang saya senyum jugak.. Cuma kalau senyum dengan orang yang saya tak kenal, saya senyum ala kadar dan tunduk memandang bumi. Takkan kau nak senyum dengan orang tak kenal sampai dia pun segan? Nanti dia fikir lain. Ish.

4. “Cikgu dulu takut nak cakap dengan Hakim.. Dia lain... Tengok jalan pun tersusun je....”.. Ini Ayahanda Wazirlah cakap.. HAHAHA.. Ini pon orang pandang sebagai ciri high profile.. Sebenarnya saya memang jalan sebegitu rupa sejak dari form 4.. Langkah saya selalu tersusun.. Salah satu sebabnya saya seorang ketua pengawas dulu.. Jadi imej kena jaga.. Jalan seorang pemimpin neh lain, anda kena faham.. Kalau kau pemimpin tapi jalan kengkang, nanti orang gelak.. Dekat situ dah hilang rasa hormat.. Semua kena jaga.. Jalan kena cepat.. Tapi bunda pernah pesan, naik motor jangan pintas orang tua secara tak bertamadun.. Itu saya bawak waktu berjalan.. Saya jalan laju.. Tapi kalau ada orang lebih tua dekat depan, saya takkan pintas.. Saya ikut belakang saja.. HAHAHA.. Ini serius.. Tak tipu.. “Hakim, awak ni macam nak merompak saya je jalan dekat belakang”- Cikgu.. T___________T

5. Mereka yang cakap semua neh mesti tak berkawan dengan saya.. HAHAHA... Sebab mereka yang berkawan dengan saya mesti mengaku macam-macam.. Mereka pernah kutuk saya ke apa.. Semua buat pengakuan rela hati.. Mereka yang tak pernah kenal saya memang akan mengkata saya macam-macam.. Semua bersifat kesombongan.. Tapi janganlah menilai manusia dari sudut luaran.. Kadang-kadang mereka lain dari tanggapan kita.. Sebenarnya saya funny.. Sebenarnya saya banyak cakap.. Sebenarnya saya mesra.. Kau tak percaya? HAHAHA.. Tanya lah mereka yang kenal saya..

6. Orang high profile biasanya tidak menggunakan adat Melayu.. Hidup serba ‘import’.. Ini bertentangan dengan saya. Saya menjunjung tinggi adat Melayu. Sampai bila-bila pon saya pegang adat Melayu.. Warisan Dijulang, Martabat Gemilang.. Cewah.. Ini bukan nama program ke hah? T___________T

Jadi pengkelasan saya sebagai manusia ‘high profile’ adalah tidak berasas.. Sebab utamanya kerana mereka yang mengkata sedemikian rupa memang tak pernah mentegur saya. Dan memang saya sebenarnya bukan manusia sebegitu rupa. Percayalah.. Saya sedang merayu neh.. Tolonglah mempercaya saya... Tapi saya dah tak terasa ganjil dah bila orang mengkata saya sombong.. Itu semua perkara ‘kurang penilaian’.. Jadi itu bukan masalah bagi saya.. Saya tidak terjejas.. Cuma jangan lah cakap saya ‘untuk orang bertaste tinggi’.. Ni macam mengkelaskan saya sebagai ‘barang’ ke apa ntah. Saya tak selesa. Harap maklum.

Monday, November 30, 2009

BUKAN KISAH CINTA

Share
Semalam ia kembali menyelinap dalam fikiran... Lemah rasanya bila kehilangan sesuatu yang bermakna. Langit direnung jauh.. Setiap bait katanya kembali menerjah.. Setiap irama suaranya mengisi memori.. Setiap gerak gerinya melakar senyum sendiri.. Ia datang di waktu kemuncak.. Yang mana ia tiada sebelumnya, dan tiada selepasnya.. Ia istimewa.. Selepas bertahun mencanang angan-angan.. Ia tiba sebagai realiti.. Walaupun hanya pinjaman.. Ia mengubah rasa.. Ia mengubah kehidupan.. Ia memberikan sejuta keceriaan.. Yang sebelumnya tidak pernah singgah dalam kehidupan...

Mengapa tidak saja melepaskan ia pergi..? Hanya satu jawapan... Ia tidak pernah melakukan kesalahan.. Malah ia sentiasa membahagiakan.. Di mana jejak kebahagiaannya?? Tiada... Kerana ia cuma satu.... Pergi bersamanya.. Hilang dan terpadam... Namun rasa itu kekal di sini.. Menjadi kenangan.. Yang tidak pernah luput.. Yang tidak pernah berganti.. Saat kata-kata ini ditulis.. Terasa lemahnya akibat sebuah kehilangan.. Biarpun setahun sudah ia hilang.. Mengapa terlalu singkat masanya..?? Masih banyak impian yang belum terlaksana.. Impian sedari kecil... Di mana dapat diluahkan impian yang menjadi beban ini??

Setakat kehidupan ini.. Ianya tidak berganti.. Mana mungkin.. Mana mungkin ada lagi wajah kehidupan sepertinya.... Mana mungkin ada lagi senyuman sepertinya.. Mana mungkin ada lagi panggilan sepertinya.. Mana mungkin...

Rasa ini tidak seperti yang kalian jangkakan.. Tidak seperti yang kalian fikirkan.. Kerana ia bukan sebuah kisah CINTA.... Yang menerawang bebas tidak tahu mana daratannya... Ia bukan kisah KEKASIH... Tidak sama sekali.. Ia kisah pengharapan yang pergi..

Saturday, November 28, 2009

CONTENGAN SABTU

Share

Bismillah~

Habis dah cerita raya.. HAHAHA.. Tetiba ending macam simple gila.. Nur Kasih pon serupa lah ending dia macam apa ntah.. Menyampah aah meng’ending’kan cerita sesuka hati macam tak cukup roll film dah.. Mengspoilkan keadaan betul.. Cubalah buat Adam dengan Nur berselisih 18 kali tak perasan-perasan kaa.. Tak pun buat lah Nur dengan Aidil nak menikah tetiba Adam datang depan pintu ke apa.. Kan ada feel sikit.. Baru lah bersifat suspen-lega.. Baru lah puas hati mentengok cerita bersiri yang buat semua orang meninggalkan keperluan duniawi 1 malam.. HAHAHA... Baiklah.. Baiklah.. Ini bukan ulasan drama..

Semalam tak berperasaan sangat bila raya.. Bukan semalam sajalah.. Setiap tahun pon mana ada feeling raya haji.. Raya haji kan perayaan paling tak ada feeling sekali.. Tak berwarna warni.. Tak riuh rendah.. Tak bersemangat serbu rumah kawan ke apa.. Pergi masjid, balik, breakfast, lepas tu terbongkang depan TV.. Itu saja cerita raya haji... Lebih baik kita mencerita lemang.. Lemang yang dikatakan tak berapa nak jadi hari tu sebenarnya not bad.. Ada lah rasa lemang.. Adalah rasa lemak.. Kira tak adalah dipandang sepi di balik cabinet dapur.. HAHAHA... Tapi lemang tetap bukan keutamaan.. Bila lawan dengan ketupat palas, lemang pasti kalah.. Ketupat palas selalu menang tanpa bertanding.. HAHAHA... Naseb baik lah ketupat palas ayah saya dilarikan makcik saya... Dia kata nak belajar buat ketupat palas sama-sama.. Alih-alih dia pergi ambik semua bawak balik.. Kami pon pelik.. Dia neh hilang pertimbangan ke apa.. Bernafsu ketupat lah dia neh.. HAHAHA...


Lemang not bad made by Hj. Saibani. HAHAHA


Kuah Kacang Fantastic Forever made by Bunda


Salty Rendang HAHAHAHAHAHA...

Kami redha sajalah ketupat palas hilang.. Kami pon mensantap lemang lah sepanjang hari.. Kawan-kawan saya datang beraya pon dijamu lemang... Malam pon dinner lemang.. Sedih lah hidup bertemankan lemang.. Tak seronok langsung memakan lemang.. Rendang bunda pulak terlebih masin.. Ntah apa kena ntah semua benda jadi tak tentu arah sangat raya haji neh.. HAHAHA...


We leaved SKBK at 12, and met again at 21. Semua dah besar.

Oke, berhenti cerita lemang.. Kang bosan.

Ohya, ini entry yang ke-100.. Terima kasih readers yang mengikuti entry-entry saya sejak entry pertama, sampai entry ke seratus neh.. =)

(Pos Laju sampai. Away~)


Parcel dari Perak

Sambung. Baru dapat parcel tadi.. HAHAHA.. Cuti neh segala buku bacaan yang dibeli semenjak awal sem hari tu baru dapat dibukak... Kalau tak silap 7 buku untuk semester neh.. Buku-buku lain berpuluh-puluh buah ada dalam kotak di kolej.. Tak larat dah nak simpan.. Dan buku-buku neh sentiasa travelling merentas negeri.. HAHAHA.. Kami main tukar-tukar buku.. Perak ke Selangor, Selangor ke Penang, Penang ke Kedah.. Cuma Terengganu saja tak jadi hantar sebab peminjam tak berani tanggung risiko kerosakan buku.. HAHAHA... Saya memang sangat caring sama buku.. Kau pinjam, kau tanggung lah segala kemungkinan calar balar buku segala, lepass tu kalau saya detect, sila ganti buku baru.. Tak kira..


Mencari Jalan Pulang - Kassim Ahmad

Kembali kepada parcel.. Sebelum cuti hari tu saya pesan pada rakan saya, nak pinjam buku Mencari Jalan Pulang - Daripada Sosialisme kepada Islam oleh Kassim Ahmad. Tapi malangnya dia balik dulu lepas tu lupa nak bagi buku tersebot.. Nak ke tidak, saya paksa dia hantar jugak.. Lepas tu kirim Buku Dilema Melayu.. Buku neh terbitan baru.. Saya lagi suka terbitan lama (1970) sebab cover dia cantik sikit berciri kematangan.. Saya carik di MPH Klang dah takda stok dah.. Jadi tanya orang merata-rata kot ada dekat area mereka.. Alhamdulillah dekat Perak masih ada.. Jadi terbanglah 2 buah buku ke Selangor.. HAHAHA.. Thanks to Ezzaty.


Dilema Melayu - Tun Dr. Mahathir Mohamad

Sekian saja lah cerita raya tak seronok neh... Mari membaca buku.. Membaca Amalan Mulia.. Iklan tidak berbayar ini dibawakan oleh ICEMANZWALKING. Noktah.

Thursday, November 26, 2009

SAYA FAILED SUBJEK 'LEMANGISTIK'

Share Salam Aidiladha buat semua.

Pernah kah anda membuat lemang? Saya kata LEMANG, bukan LEMPANG. Lemang adalah masakan tradisi orang Melayu yang semakin dilupakan.. Malah dalam keluarga saya, bukan setakat dilupakan, malah memang tak pernah aah teringin nak buat lemang.. HAHAHA.. Lemang dan keluarga kami memang tidak serasi. Kalau kau cakap rendang, ketupat, ketupat palas, kuah kacang, masak lodeh ke apa semua tu memang expert lah.. Kalau lemang kami mesti terpinga-pinga.. Tapi raya haji neh ayah saya bersemangat tetiba membakar lemang.. Ehem.. Oke, Failed.. Mana ada orang buat lemang pergi padatkan beras wahai ayah?? Mana ada... T______T Bunda pon kebisingan lah sebab tak berapa jadi.. Masak 5, satu saja menjadi lemang.. Yang lain ntah nak cakap pulut panggang ke apa ntah tak pasti sangat.. HAHAHA..


Ada gaya kan? Kan? HAHAHA..

Tapi ayah kata; “Takpe lah.. Baru pertama kali buat.. Kira okey lah..” Ayat biasa lah bukan? Naseb baik bunda menerima alasan tersebot tanpa bicara.. Kalau tak memang perang berkorban jiwa raga lah dapur rumah kami.. HAHAHA... Petang neh ayah akan mencuba sekali lagi.. Jadi doakan lah ayahanda saya neh menerima bakat membakar lemang tetiba.. T________T Tapi actually lebih baik bakar lemang dari buat ketupat.. Pertama, sebab dia cepat masak. Dari kau pergi anyam ketupat satu malam, esok pagi nak masuk beras lepas tu malam baru rebus, pagi esoknya baru siap, lebih baik buat lemang kan? Secara tidak langsung, raya terasa lebih meriah bila bakar lemang guna kayu api.. Rumah pon meriah aah dengan asap berkepul-kepul masuk.. HAHAHA... Habis semua baju dekat ampaian bau asap.. Baik, orang paling bising mesti lah bunda.. Takyah explain...


Ini abang ipar saya, bukan ayah.. Hoho..

Sabtu neh merancang pergi beraya dengan kawan-kawan sekolah rendah. See, how sweet bila semua jumpa balik selepas 10 tahun tak pernah nampak muka.. Tahu-tahu semua dah besar.. We leaved SKBK at 12, and met again at 21. Almost 10 years. Hari tu pergi SKBK mentengok keadaan sekolah rendah kecintaan kami (Eceh).. Rasa semua benda dah kecik.. Bangku, blok, meja, kelas, toilet, surau semua dah kecik dah.. HAHAHA... Semua tergelak bila ingat zaman kanak-kanak yang takda masalah.. Waktu zaman kanak-kanak semua manis.. Saya pon manis tak nak kalah.. HAHAHA... So hopefully menjadi.. Jumpa balik Jamal, Arbi, Dedey, Farah, Sa’adiah, Melati, Ali, errr... Semuah aah oke? Oke? Tak ingat dah siapa lagi kawan saya masa sekolah.. Saya masa sekolah rendah, mereka kata saya melayan perasaan sendiri.. Biasa lah, orang yang jadi rebutan ramai mesti control kan?? Main bola pon nak men’smart’... Oke, fine, move! Bola sepak tak bermakna kalau sepak asyik miss saja.. Ehem.

Esok akan mengupdate gambar secukup rasa. Kalau connection selaju cahaya lah.. Kalau tak kau mimpi lah.. (Bermakna macam memang takkan update lah bukan?) HAHAHA... Biasanya hari raya haji memang tak banyak aktiviti sangat. Jadi tak janji mengupdate panjang. Se u soon readers.. Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua.. Selamat melakukan ibadah korban.. Semoga ‘pengorbanan’ itu sentisa mendapat barakah Allah SWT. Amin~ Iktakimas!

Tuesday, November 24, 2009

SUMMARY PART 2

Share
18/11/2009, 10 Malam, Bas Ekspress Pancaran Matahari.

Selama neh saya bahagia sungguh balik ke kampong dengan bas Pancaran Matahari. Tapi malam tersebot sangatlah tak keruan Cina-cina yang duduk berkumpulan di seat 5B-6B. Tak pasti lah mereka neh dari keturunan mana macam tak pernah menunggang bas ekspress ke apa ntah.. Sumpah kagum dengan ability mereka menjaja cerita bahasa kantonis yang paling tidak enak didengar selama berjam-jam tanpa henti. Sumpah saya kagum.. Saya tak rasa bas tersebot bising macam kau naik kontena ke apa.. Tapi ntah kenapa mereka bercakap macam nak pergi buat tunjuk perasaan. Punyalah kuat sampai orang depan saya dah jelling-jeling pon mereka membuat muka tembok saja. Kau memang tembok lah.. Kau memang tembok..

Dalam hati saya, kerana saya seorang pencinta keamanan, cuma mampu mensumpah seranah dalam hati saja.. Langsung takda niat nak pergi cari gaduh lempang muka sepak terajang semua ke apa.. Tiada oke.. Tiada.. Tapi bila saya diam, mereka lagi bising.. Lagi seronok aah mereka mencerita hikayat Hang Li Po ke apa semua saya tak kesah dah... Yang penting hati tetiba dah membara-bara dah.. 2-3 call saya angkat semua dah provoke suruh sound direct dekat cina-cina kurang pengajaran moral tersebut. Tapi saya cuba bertenang saja.. “Oke saja.. Takde ape.. Biarlah..”.. Semua ayat tersebot cuma mentenangkan diri saja.. Anda percayalah bahawasanya pada waktu dan ketika itu, hati saya sangat lah panas.. Fakta: Mereka tidak berhenti bercakap walau sesaat.

Akhirnya saya mencapai botol air.. Minum.. Ehem.. Konon nak mensejukkan hati sikit lah.. Tapi tak tahan dah. Saya tutup botol, pegang dan hempas pada kerusi si cina lelaki paling becok dalam bas tersebot. “Hoi! U bising apasal?? Semua orang tidur, U tak nampak? Tak pernah naik bas Ekspress? U nak bising macam ni, U keluar!”.. Dia terkedu.. Orang depan menyampuk “Entah..”.. Itu saja dia cakap.. HAHAHAHA.... Dia neh takda semangat melawan betullah.. Semua orang pandang. Cina tu cakap “Saya punya suara, kuat kaa abang?”.. Saya jawab “Kuat lah, STUPID!”.. “Oh, ok, sorry-sorry.. Saya diam sekarang.. Jangan marah aa abang..”.. KAHKAHKAH.. Kemudian mereka diam saja sampai Klang tak bercakap-cakap.. KAHKAHKAH... Sampai KL, orang depan ucap thank you.. Ya, Welcome lah kau takda daya tahan diri lah tadi nak mensound dia... HAHAHA...

Saya memang pantang sikit bila berhadapan dengan orang takda rasa hormat dengan orang lain.. Please lah.. Kalau pon ini negara demokrasi, kau tak reti nak hormat orang lain? Tak reti tengok semua orang dah menjeling tanda protes macam tu, kau nak cerita macam petir lagi?? Nasib baik lah botol tak sampai muka.. HAHAHA... Tak tahulah mereka neh pandai menilai body language ke tidak.. Orang depan dia pon dah sampai pandang belakang, dia boleh lagi nak cerita tanpa perasaan bersalah... Sedih betul melihat manusia ber’attitude’ begini.... Tentu anda ingat kan tragedy kuih tart?? Saya memang dilahirkan dengan sifat tak boleh tahan dengan manusia ‘rude’.. Maaf lah.. Tangan saya sentiasa ada kalau kau nak.

Saturday, November 21, 2009

SUMMARY PART 1

Share
Mereka paksa saya update. Memanglah orang boleh cakap, blog kita, suka hati lah kita nak update ke tidak.. Tapi kadang-kadang kita kena realize, bila readers baca blog kita, dan ingin tahu kehidupan kita.. Atau sekadar suka baca tulisan kita, itu bermakna kita berkongsi dengan sesuatu dengan mereka. Itu bermakna kita bertanggungjawab terhadap kehendak mereka.. Alangkah bahagianya mendapat seorang blogger prihatin macam saya.. HAHAHAHA... Ya, paragraph ini bersifat kepujian diri sendiri.. HAHAHA.. Tetiba. Maaf kurang berselera mengupdate sejak musim peperiksaan akhir.. Kau faham lah bila musim exam mana ada perkara bahagia sangat nak cerita. Kalau setiap hari bersifat percutian bolehlah menconteng blog rakus-rakus. Mesti setiap hari indah.. Mesti setiap hari seronok.. Mesti setiap hari boleh snap gambar.. Dekat sintok kau nak snap apa? Monkey?

Sekarang saya rangkumkan semua aktiviti saya sejak exam pertama..

2/11/2009 : Exam Modern World History – Tak tertekan sangat dengan exam neh.. Sebab history is always in my heart.. HAHAHA... Cuma baca sekali dua, lepas tu pergi exam.. Dekat sini yang tertekan sikit sebab 4 esei kena buat dalam masa 2 ½ jam. Serius tangan lenguh.. Dua tiga kali stretching tangan sampai akak pengawas tu tanya; “Lenguh tangan ke dik?”.. Saya jawab; “Tak, lenguh kaki kak..” Dia gelak.. HAHAHA... Tak dapat jawab perfectly sebab tak cukup masa.. Tapi cukup kot untuk dijadikan paper harapan. InsyaAllah.. Carry mark superb! Dr. K pon superb sebab serang student cakap “U idiot!” KAHKAHKAH.

5/11/2009 : Exam Statistic for Social Science – Sekarang kau boleh gelak. Serius saya tak pandai math.. Serius... Benda neh buat saya stress sampai sekarang.. Kau rasa fail ke pass?? Orang kata stat punya paper marking guna sample saja.. Result semua ikut sampel paper.. Bila dengar macam tu rasa boleh tahan lega sket.. Tapi kalau satu-satu dia marking, boleh sedia belajar stat lagi sem depan.. T_________T Bunda, saya perlukan enfagrow lebih.. Kalau anda ada anak, sumbatkan enfagrow banyak-banyak supaya pembelajaran lebih berkesan bila sel-sel otak bersambung... T____T

12/11/2009 : Exam Political Theories – Secara realitinya subjek neh antara bukti bahawa course saya tiada buku. Serius takda buku.. Semua kena search dekat library atau internet semata-mata.. Kau fahamlah bila masuk library takyah fikir belajar dah.. Mesti tidur.. Mesti.. Jadi ikhtiar dengan internet saja. 3 malam mengkaji teori.. Kadang-kadang rasa semua dah masok otak. Kadang-kadang rasa semua benda confusing. Lepas tu tengok soalan semua tepuk dahi... Soalan Prof. Abdad memang sumpah nak buat orang failed. T__________T Carry mark saja la yang jadi harapan.

14/11/2009 : Exam Malaysian Foreign Policy – Ini dah boleh menari girang dah.. HAHAHA... Tapi bukan lah paper harapan sangat. Sebab carry mark rasanya tak berapa nak rasa macam terror.. Horror ada lah.. HAHAHA... Tapi final dia senang.. Kalau kau concern dengan Malaysian political situation lah.. Kalau dekat Facebook kau dah cakap tak ambik port dalam politik, kau boleh nangis sekarang.. HAHAHA..

15/11/2009 : Exam Nationalism and Ethnic Conflicts in The International System - Kau tengok gila panjang tajuk dia.. HAHAHA.. Dan panjang lah jugak mengucap bila habis final dia... Sumpah susah.. Sekarang kau bayangkan belajar benda yang scholar kat luar pon tak boleh selesaikan.. Kau bayangkan belajar conflict ethnic sampai kena tahu Anthropology dan ntah apa benda aneh semua masok.. Sekarang kau fikir pulak apa kaitan diplomat dengan Anthropology?? Takda masa nak kaji antropologi Cik Puan Rie Nakamura oii.. T___________T Tolong aah....

17/11/2009 : Foreign Policy – Nak diikutkan, faham. Tapi bila jawab macam tak berapa confident sangat. Jadi akhirnya guna fakta Malaysian Foreign Policy. Lecturer asek curik-curik baca menjadikan keadaan sangat tak selamat.. Saya tak suka lecturer tahu saya menggoreng sebelum mensemak kertas.. Saya tak suka.. Sebab nanti mesti dia mengkasi warning; “Awak tulis apa tu? Apa kaitan dia dengan soalan??”.. Kalau dah tanya macam tu dah mula aah kelam kabot carik salah dekat mana.. Lepas tu suka hati cakap; “Ni mesti tak baca neh”.. Suka hati dia saja cakap tak baca.. Punyalah mentahan ngantuk nak kasi masok otak subjek dia neh.. Alahai...

18/11/2009 : Organizational Leadership – “Ice breaking itu maksudnya aisnya dipecahkan! Ya??!”.. “Mana ‘absent’nya (attandence). KAHKAHKAH... Sumpah saya tak pernah miss gelak dengan lecturer neh.. Saya tak faham macam mana dia boleh dapat title ‘Dr.’.. Sumpah teruk English dia.. Bila lecture mesti melalut jauh gila sampai tertidur-tidur.. Dia tanya, kau jawablah apa pon, dia mesti kata ; “Ya, ya, betul itu.. Bagus!”.. Kelas dia satu-satunya yang saya mintak izin keluar nak tidur.. Sumpah ngantuk.. Kelas dia neh aaah yang assignment sampai 6. Orang lain buat 2.. Dia buat sampai enam.. Lepas tu semua benda dia lupa sendiri.. Final? Ehem... Ini lah satu-satunya paper yang penuh semua pages.. :P

Semua neh adalah keadaan sewaktu exam yang saya tetiba sunyi tak sentuh blog tu.. Masa exam memang takda nafsu sangat nak berblogging.. Biasalah kehidupan messy memang dahsyat sekali.. Nak tengok mata lebam masa neh aah.. Nak tengok jerawat naek pon masa neh aah.. Nak tengok semua orang jadi kelawar pon masa neh jugak... Kira masa neh memang semua benda terbalik. Semua benda aneh... Dan writer pon rasa entry neh aneh.. Bersambung esok.

Sunday, November 8, 2009

SEBUAH DOA

Share
Andai aku memberikan dikau sebuah cinta..
Tiada apa yang aku impikan sebagai balasan..
Melainkan seorang kekasih..
Yang mencintai Tuhannya lebih dari mencintaiku...

Andai aku memberikan dikau sebuah kasih..
Biarlah dibalas dengan hadirnya seorang kekasih..
Yang mengasihi kedua ibu bapanya..
Lebih dari mengasihiku..

Andainya aku memberikan dikau sebuah sayang...
Tiada apa yang aku harapkan..
Melainkan seorang kekasih..
Yang menyayangi diri dan maruahnya...
Lebih dari menyayangiku...

Dan...

Andainya kau menerima diriku...
Biarlah aku berbahagia dengan seorang insan solehah..
Yang tidak leka dan lalai..
Kerana diriku....

Ditulis oleh:
Khairul Hakim
21/10/2009

Tuesday, November 3, 2009

SURAT UNTUK KAU LILO!

Share
*Ini buat sahabat saya yang sedang bercinta.. HAHAHA.. Tetiba kan Lilo..~

Terpengaruh dengan Lilo menulis pasal cinta... Kau tahu Lilo, sejak aku buat blog neh, aku rasa tak mungkin lagi aku tulis entry pasal cinta... Sampai aku kawen nanti pon belum tentu aku menulis pasal cinta dalam blog neh Lilo.. Sebab sebelum aku buat blog neh, aku terkecewa dengan dahsyat sekali.. Tapi tidak lah sampai menanges-nanges tertonggeng tunggang langgang semua.. Rasanya tak perlu lah kan sampai macam tu hodoh gila perangai.. Tapi tragedi TIGA RAMADHAN tahun lepas memang terpahat dalam hati.. Sejak tu, aku tutup blog lama aku.. Buat blog neh..

Sejak dalam kekecewaan tu kan, aku mula menapak semula... Dari awalnya aku hilang arah seketika, akhirnya aku dapat bangon.. Berjalan.. Dan kemudian berlari.. Semakin hari, semakin kuat... Semakin laju aku berlari.. Tinggalkan memori-memori lepas.. Meletakkan segala cerita duka jauh ke belakang.. Bukan untuk dilupakan.. Tapi untuk ditinggalkan.. Waktu tu kan Lilo, kehidupan aku belum banyak berubah.. Masih terpengaruh dengan diri aku yang lama.. Diri aku yang sebenarnya bukan diri aku.... Kau faham ke Lilo..?? Aku tak rasa kau faham.. Tapi kau mesti boleh mentafsir kan...

Hari demi hari, satu demi satu bukti dan petunjuk yang datang... Akhirnya aku tahu apa sebenarnya yang berlaku.. Aku tahu apa punca dan sebab aku ditinggalkan macam tu... Aku tahu.. Segala apa yang aku dengar dari kawan-kawan sendiri, akhirnya berjaya disangkal... Dan menariknya, kawan-kawan aku sendiri sedar tentang apa yang berlaku.. Tak susah kan merungkai rahsia?? Marah?? Tidak.. Aku tak marah.. Jauh sekali berdendam.. Aku redha.. Dan aku relakan.. Aku mendiamkan segala cakap-cakap orang.. Aku mendiamkan segala kritikan-kritikan orang.. Bukan sebab aku takut.. Tapi bagi aku, kalau aku tak salah tak payah menjaja cerita.. Oke, paragraph ini bukan untuk meluahkan perasaan.. Move Lilo, MOVE..

Sejak dari detik tu, aku berazam untuk melupakan semuanya... SEMUA sekali... Dan dari hari ke hari... Aku nampak sinar yang jauh lebih terang dalam kehidupan aku... Aku nampak laluan yang lebih luas dan penuh barakah dalam kehidupan aku... Sejak itu aku dapat rasakan perubahan dalam diri aku sendiri.. Aku semakin maju melangkah.. Bukan senang Lilo melangkah dan menjadi orang yang baru.. Yang jauh lebih kuat... Yang jauh dari keburukan masa lalu... Bukan senang melepaskan diri dari semua tu..

Setahun berlalu... Aku rasa hampir lengkap aku bertransformasi... Hampir mencapai apa yang aku impikan dalam kehidupan.. Bukan keseronokan duniawi semata-mata yang aku dambakan... Tapi ketenangan hati dan kehidupan... Kehidupan yang lebih baik bersama keluarga aku sendiri... Terutamanya mak ayah aku sendiri... (I LOVE YOU, MOM & DAD..) Aku cukup tenang dengan kehidupan aku sekarang... Seriously.. Aku dapat pergi jauh dari keburukan dulu.. Alhamdulillah, Allah masih sayang... Masih ada ruang luas untuk aku bergerak dan berubah... Aku tahu, ini hikmah dari apa yang berlaku..

Lilo, aku cakap merepek-repek ni, kau faham ke?? HAHAHA.. Apa yang aku nak beritahu sebenarnya, cinta boleh membawa kepada kebaikan dan keburukan... Dalam kita menyayangi sesama insan, ingatlah apa yang utama adalah agama dan maruah diri.. Malu perkara penting dalam setiap diri manusia.. Kerana itu lah perlindungan yang memisahkan antara cinta suci dan cinta nafsu... Cinta boleh merubah dari kebaikan kepada keburukan dan sebaliknya.. Bergantung kepada macam mana kita menentukan haluan setiap perhubungan.. Binalah hubungan kerana Allah.. Semaikan hubungan bersulam iman dan taqwa... Semoga hubungan sesama insan tersayang diberkati dan dirahmati oleh-Nya.. Amin.. Selamat berbahagia LILO!! :D

Kau carik lagu ni Lilo, download.. Syahdu..~

Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai

Tika kasih melestarikan sayang
Semuanya indah dipandang mata
Pabila rasa benci terbit di hati
Rasa kasih dan sayang pun menyisih

Tanda kasih yang abadi
Dalam senang jua dalam kesempitan
Kasih Ilahi tiada bersempadan
Tak memilih siapa tidak berakhir
Kekal selamanya

Di antara dua kasih
Di maqamnya yang berbeza
Mudah dijumpa namun sukar untuk diperlihara
Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman
Namun nafsu menodainya

Terkadang kasih kita sesama insan
Bisa mengundang keredhan Tuhan
jika insan menghargainya
Dan memuliakannya

Kasih sayang Allah kekal selamanya
Kasih manusia hanya sementara

Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai

Lagu : Antara Dua Kasih (UNiC)

Friday, October 30, 2009

EXAM MOOD

Share
Semalam study. Tapi faham lah study di bawah paras mood sebenar akan mensebabkan anda cepat bosan.. Baru baca 1 bab dah tak dapat fokus.. 2-3 hari neh mood tidak stabil.. Kurang semangat sebab tidak mensasarkan DEAN LIST untuk semester neh.. Jadi apsal kau tak cuba aim untuk DEAN LIST? Sebab semester neh macam annoying dan lost semua benda. T_________T . Isnin neh akan mula menduduki final exam. Modern World History.. Seriously saya suka history.. Tapi tak berani mensasarkan apa-apa.. Semua subjek pon tak mensasarkan apa-apa.. Cuma berazam melakukan yang terbaik dalam sisa-sisa masa yang ada. Jadual exam saya adalah seperti berikut :


(Klik untuk paparan lebih besar)

Sila ambil perhatian.. Kalau tiada apa-apa contengan dari saya di sini, bermakna saya memang sebok sekali. Dan pada waktu itu, makan minum tidak terjaga.. Tidur adalah perkara abnormal.. Dan otak saya dalam keadaan pending dengan urusan duniawi yang lain. Harap maklum.. HAHAHA... Anggap saja anda semua tahu musim peperiksaan adalah menseronokkan sebab semua jadi gila macam rajin ke apa ntah. Pergi dewan peperiksaan sambil mulut terkumat kamit menghafal nota, muka lesu dan sebagainya. Ini perkara normal di sini. Jadi dengan itu gunakanlah LOREALmenexpert untuk penjagaan wajah semua.. HAHAHAHA annoying.. T_________T Saya akui, saya mula berasa kurang normal sekarang.

Subjek GFPA2233 dan GFPP2623 yang berkedudukan HAMPIR sekali itu memang perkara paling menakutkan dalam jadual saya semester ini. Seriuously pasti akan bergelumang dengan tekanan menstudy dua subjek tersebot.. Foreign Policy juga subjek menakutkan.. Dengan kata lain, semester ini saya mengambil subjek yang membunuh jiwa sendiri.. T_______T Padan lah muka saya kan? Kan? Sila doakan saya untuk peperiksaan 3 minggu neh... Ampun dan maaf buat semua yang mengenali diri saya.. Selamat maju jaya.. Gambatte!!!!~~~

Wednesday, October 28, 2009

PLEASE, JADI COOL.

Share
Hey! Kalau saya nak jadi macam 7 tahun lepas masa tu saya seorang yang membenci perempuan boleh tak?? Sebab apa hah Hakim tetiba cakap macam neh?? Sebab apa? Sebab stress gila berurusan dengan perempuan semua benda tak kena.. Mensakitkan hati betul lah.. Boleh tak nak cakap perempuan is a kind of complicated things??! Boleh tak?? Dah aah buat salah tapi tak mengaku salah lepas tu siap boleh tunjuk hebat gila macam apa ntah... Apsal susah sangat nak mengekspresikan rasa bersalah tersebot?? Apsal? Jatuh maruah ke apa kalau mengaku salah lepas tu insaf?? Hah? Hah??

Oke sekarang saya memberitahu anda bahawa saya memaksudkan perempuan yang ber'type' sebegitu. Yang dah salah tapi tak mengaku lepas tu tunjuk hebat nak tentukan lagi semua benda. Kalau anda tak tergolong dalam golongan itu, jangan terasa.. Jangan emo tetiba bagi komen tak tentu hala meroyan ke apa.. Takyah oke? Takyah.. Kang kena serang karang.. HAHAHA... Semalam seperti mana yang tercatat dalam FACEBOOK, mood saya berada dalam keadaan disaster... Mood saja disaster.. Muka tak disaster.. Bila sebut perkataan yang gila terok macam neh tolong jangan kaitkan muka saya sekali.. Pelase.. Muka saya cool gila siap boleh bergelak ketawa dengan roomate pasal Azweenda.. HAHAHA...

Saya tak pernah lagi jumpa prempuan yang memang supercool... Yang rileks saja apa jadi pon dekat sekeliling dia.. Yang saya jumpa selalu menggelabah tetiba bila ada benda dia tak suka padahal benda tu extremely bodoh untuk dia tetiba melatah tak tentu hala... Lepas tu pergi buat muka, sumpah saya tak suka.. Seriously saya akan berlalu pergi dengan kejam sekali kau nak cakap apa, cakaplah.. Saya bukan berada di situ untuk melihat muka serupa dinding takda emosi.. Saya ada di situ untuk bercakap dan ber'discussion'. Saya tidak dilahirkan untuk berada dengan sesiapa pon di tengah-tengah orang ramai dan kemudian pergi tanya elok-elok "Eh.. Kau kenapa ni..? Kau oke ke tidak..? Apsal tetiba macam ni..? Apsal.. Jangan lah macam ni.... Risau aku..".. Bukan.. Bukan... Oke?? Takda masa nak berlakon filem hindustan.

Saya kejam lah bukan? Percayalah saya sebenarnya kejam gila... Sebab hati saya dicabar.. The other side, saya penyayang... HAHAHA.... Jadi kesimpulannya jangan lah mencabar saya.. Kau berani cabar, kau berani lah tanggung.. Saya tidak menampar orang.. Tidak.. Tangan saya tak pernah naik ke muka sesiapa kecuali anak-anak buah saya yang pergi penyek-penyekkan kuih tart masa raya dulu.. Tapi saya boleh psiko orang sampai nangis-nagis 3 hari.. Serius neh... Jadi silalah takotkan saya.. Saya tak kesah kau kata sombong ke apa... Yang penting please, jangan cabar kesabaran.. I am a really cool one..... Tapi sekali saya marah.. Tunggang terbalik dunia kau nanti. INI WARNING!

Saturday, October 24, 2009

24 OKTOBER

Share
Ke kelas pagi neh… Tapi tak berapa hidup otak kau kan Hakim? Malam tadi tak berapa faham dengan situasi. Entah kenapa… Kesalahan apa?? Di mana?? Entah apa punca yang menjadi kemarahan.. Tapi dalam samar-samar keadaan tersebut, masih cuba menenangkan… Tapi akhirnya tergugat kesabaran.. Dengan sopan mengundur diri untuk seketika. Biarkan ketenangan mengambil alih.. Lampu di padam… Mendengar alunan tarannum Ustaz Fakhrul Radhi.. Akhirnya terlelap.. Dengan persoalan di benak fikiran.. Siapakah diri ini di sudut sana?

Pagi ini, di kampus, satu mesej menerjah.. Cuba difahami… Tapi hati tidak menerima….. Perlukah? Sedangkan diri ini bukan orang yang menjadi maksud setiap bait kata dalam catatannya? Pesanan itu tidak dipadam.. Masih dalam simpanan.. Dan fikiran terus melupakan apa yang terjadi.. Bait senyuman menjadi bekal meneruskan hari…

********************************************

Petang neh ke Alor Setar.. Beli tiket balik.. Hohoho.. Tarikh kepulangan dinanti adalah pada 18hb November 2009. Ingat nak merasa naik SANI EXPRESS… Punya aah mengidam bas mewah tersebot.. Tapi tak dapat sebab kena bertolak dari Alor Setar karang dah aaah malas…. Cancel.. Naik Pancaran Matahari.. Rasanya blog neh dah boleh jadi promoter bas Pancaran Matahari dah ntah brapa kali sebut nama dia dalam setahun. HAHAHA… Tapi percayalah bahawasanya keadaan di Shahab Perdana tadi adalah bosan tak terkata.. Takda berebut beli tiket.. Takda orang lalu lalang bawak beg besar ke apa.. Semua smooth gila.. Tak seronok.. Kalau macam cuti tetiba masa H1N1 hari tu seronok sket sampai gaduh sama manager bas.. HAHAHA…

Sebenarnya seminggu lepas dah pergi keluar beli tiket.. Tapi kaunter kata tiket 18hb tak bukak lagi.. Kau lah Hakim semangat waja pergi beli tiket awal sangat.. Buang minyak saja.. HAHAHA.. Ini yang kita kata semangat kekampungan kau faham? Setakat duduk UiTM sana kau jangan kata faham… Saya terajang anda karang… Setiap hari balik rumah makan nasik mak masak nak kata faham semangat kekampungan… Belajar duduk jauh sejauh 400 kilometer baru kau faham semangat kekampungan.. Baru kau rasa betapa takut tiket habis tak boleh balik karang.. Baru kau faham macam mana nak buat kerja gila beli tiket hari ni, padahal esok nak balik macam Sam buat dulu.. Akhirnya tak dapat kena naik keretapi 12 jam. HAHAHAHA… Padan muka ngkau Sam. HAHAHA…

Malam neh akan mengadap assignment lagi.. Lagi.. Lagi dan lagi… Assignment adalah makanan ruji sekarang… Sebab tu kurus.. Kira-kira assignment adalah makanan kesihatan lah bukan? HAHAHAjanganikuthakimketawasebabtakkelakar. Baiklah.. Baiklah… Saya tahu annoying.. Sila pergi Hakim.. Sila pergi….

Friday, October 23, 2009

NILAI SEBUAH KELUARGA

Share
Pengelibatan saya sebagai ketua jentera pilihanraya kampus tempoh hari memberikan saya satu peluang untuk mengenali seorang junior yang berasal Negeri Sembilan, dan kini menetap di Ipoh Perak. Pertama kali saya berjumpa dengannya adalah pada majlis berbuka puasa lebih kurang sebulan yang lepas. Melihat raut wajah dan cara makannya pada waktu itu jelas menunjukkan dia bukanlah seorang anak yang datangnya dari sebuah keluarga yang biasa.. Saya tidak pernah mengenalinya sebelum itu.. Dan jangkaan saya tepat.

Bapanya seorang Hakim Mahkamah Tinggi di sebuah negeri di utara tanah air. Awalnya pada jangkaan saya, dengan pendapatan sebulan bapanya yang hampir bersamaan dengan jumlah keseluruhan pinjaman PTPTN kami (mengikut dakwaan rakannya yang boleh dipercayai), tentu kehidupannya sebagai anak perempuan bongsu dalam keluarga dilimpahi kemewahan. Saya menjangkakan kehidupan di rumahnya cukup serba serbi sebagaimana kehidupan mewah anak-anak orang kenamaan lain.

Namun dua sesi perbualan saya dengannya dalam masa dua minggu cukup memeranjatkan. Betapa hebat didikan seorang ayah terhadap keluarga dan anak-anaknya.. Hampir semua jangkaan saya terhadap junior saya ini meleset.. Kekayaan yang dinikmati tidak sepenuhnya diaplikasikan dalam kehidupan mereka. Adakah anda menjangkakan keluarga semewah ini tiada walau seorang pembantu rumah? Malah junior saya ini yang membantu ibunya memasak.. Adakah anda menjangkakan dengan melihat keadaan sekeliling, di mana rumah-rumah yang buruk dan usang sekalipun menggunakan ASTRO, tetapi keluarga semewah ini tidak menggunakan perkhidmatan ini? Adakah anda menjangkakan anak dari keluarga mewah ini mengambil laluan untuk ke tingkatan 6 berbanding kolej-kolej swasta yang menjadi pilihan keluarga mewah lain? Dan adakah anda menjangkakan anak-anak yang hidup dalam kemewahan seperti ini tetap mengambil pinjaman PTPTN?

“Aini sendiri cakap dengan ayah, tak payah lah ambik ‘maid’.. Biar Aini yang tolong mama masak.. Dah besar pun, takkan lah tak boleh tolong..”

“Aini kesian tengok ayah.. Sedih sangat..”

“Aini bukan ada duit sangat abang.. Ayah yelah…”

Tiga dialog di atas malam semalam membuatkan saya terdetik.. Seorang anak yang hidup dalam keluarga mewah jarang sekali mempunyai rasa seperti itu dalam diri mereka kalau bukan kerana didikan seorang ayah dan ibu yang baik dan hebat. Dari penceritaan junior saya ini, jelas menunjukkan keluarga ini mengamalkan cara hidup yang cukup bersederhana, mesra dan penuh kasih sayang... Bukan tidak pernah bertemu dengan keluarga mewah sebelum ini, tetapi cara hidup anak ini cukup mengkagumkan.. Pakaiannya yang biasa dan tidak berjenama, cara petuturannya yang biasa dan pergaulannya yang biasa cukup menarik untuk diperhatikan. Malah cara penceritaannya tidak langsung tergambar kehidupan yang mewah dalam keluarganya.

Berbanding dengan anak-anak biasa yang sering bermewah-mewah walaupun keluarga mereka adalah keluarga yang sederhana. Anak-anak meminta duit dari ibu bapa untuk memenuhi tuntutan gaya terkini yang mahal dan membebankan… Baru berada di semester satu, tetapi sudah berkereta dan sebagainya yang semuanya dari hasil titik peluh dan penat lelah ibu bapa berkerja. Namun anak-anak seperti ini jarang sekali memikirkan betapa susah ibu dan bapa mereka mencari duit. Kehidupan junior saya ini cukup memberi saya kesedaran.. Betapa benar ayahanda Wazir pernah berkata.. “Anak yang hebat datangnya dari benih yang hebat!”

Friday, October 16, 2009

OTAK TEPU YEAY~!

Share
Akhirnya... Akhirnya.. Akhirnya... Akhirnya kau update jugak Hakim.. Ingatkan kau dah mati ke apa tak pernah update blog.. HAHAHA... Tahukah anda saya tidak berselera mentaip di dalam blog sejak 2 minggu yang lepas.. Saya terasa hidup serba kekurangan dan syahdu sekali bila terpaksa mengadap assignment yang tak sudah-sudah dari awal semester sampai ke akhir. Semester ini assignment setinggi gunung. Saya tidak berhiperbola sekarang.. Saya serius mengkata bahawa semester neh assignment terlalu banyak sampai rasa annoying gila setiap hari mentaip assignemnt.

Kalau macam sesetengah IPTA/S yang letak assignment banyak yang tak berapa banyak lepas tu takda final paper tak apa jugak... Dekat sini ngkau ambik lah 7 subjek sekali pun, pergi matilah takda belas kasihan dekat ngkau mesti ambik paper final 7 jugak... (Kau tengah geram Hakim.. Kau tengah geram..) Lepas tu paper minor macam tak sedar diri takda air muka ke apa ntah pergi bagi assignment sampai 6. Padahal bukanlah menggedik sangat sebenarnya nak ambik paper tersebot.. Lepas tu lecturer annoying kelas pukul 8 dia pergi datang 8:30 lepas tu tak pandai bukak komputer kena ambik masa setengah jam kemudian ada hati nak habiskan presentation hari tu jugak.. T__________T Sedih betul hidup sebegitu rupa.

Seriously sekarang kebekuan otak... Memang tepu gila.. Sampai menyampah tengok assignment... Exam 02 November.... Tapi satu huruf dalam buku pon tak tengok lagi.. Serius tertekan dengan exam sekarang... Bila nak baca buku? Bila nak prepare? Bila nak refresh otak..?? Bila? Bila?

Saya
Benci
Assignment.


TAMAT

Friday, October 9, 2009

SEDANG MENJADI KOALA

Share


Pizza ini mewakili perasaan lapar.. T________T

Hari ini Hakim terasa letih.. Semalam juga letih.. Esok, lusa tulat, minggu depan, dan bulan depan juga letih.. Hidup dalam keletihan memang tak seronok kan? Semester ini assignment memang super banyak sampai sekarang masih tak dapat habiskan assignment-assignment yang serupa muntah meloyakan itu.. Nak memulakan kerja menaip I.N.T.R.O.D.U.C.T.I.O.N juga berasa sangat berat sekali macam koala sakit.. Ahh.. Kau memang pandai mencari perumpamaan Hakim.. "Penat Sekali Umpama Koala" KAHKAHKAH... Tak kelakar.

Hari neh saya berazam untuk mensiapkan assignment Modern World History yang bertajuk Voyages of Discovery itu. Tinggal 5 muka surat saja lagi. Tapi seriously berotak kosong. Saya pandang screen, screen pandang saya... Sejak akhir-akhir ni otak saya tak kreatif untuk mengarang ayat bahasa Inggeris. Dr. Khairul cakap, assignment yang banyak memang membantutkan perasaan. Err.. Kecuali perasaan ingin meratah makanan itu memang takkan terbantut aah.. HAHAHA... Kecuali anda sedang on diet seperti saya memang akan sengaja membantutkan perasaan nak makan. Ehem.. Padahal malam tadi baru tergoda makan nasik goreng diet kepala hotak kau Hakim.. T________________T

Ahad ini ada 3 presentations. Saya benci sekali membentang secara pukal seperti ini. Nanti mesti akan berkata-kata annoying di depan sambil memandang-mandang ceiling mencari ayat yang boleh digoreng.. HAHAHA... Tapi segoreng mana ayat saya sekalipon, saya tetap membentang dengan penuh keyakinan umpama YB.. Ini petua kau tahu..? Kalau membentang secara yakin, orang lain akan impressed walaupon kau bercakap tentang perkara tidak logik.. Sebab mereka bukan faham sangat apa yang mereka belajar.. HAHAHA.. Tapi kalau ngkau buat fakta dah lah bodoh cerita pasal Tun Dr. Mahathir rujuk buku Lim Kit Siang, lepas tu cakap sekejap kau guna English, sekejap Melayu semua orang kata kau annoying gila.. Lepas tu buat lawak bodoh tak jawab soalan orang memang confirmed! REJECT!

Ohya, dah berapa lama ntah tak berYAHOO MESSENGER. Sekarang saya tidak beryahoo messenger lagi.. Kerana itu tidak lagi relevan.. HAHAHA.. Tidak, saya maksudkan, terasa malas sekali nak sign in YM. Sekarang kalau bukak browser MUSANGAPI itu sure tekan FACEBOOK.. Nak mencari bahan juga sure tekan Facebook dulu. Meluah perasaan juga di dalam Facebook.. Bergaduh juga dalam Facebook... Semua facebook.. Terasa addicted sekali sama facebook tercinta.. HAHAHA... Kau jangan kata; "Eh, Facebook tu Yahudi punya, jangan guna!".. Saya cukup menyampah dengan semua ini.. Kau guna Windows? Intel? Itu ayahanda kau punya? Bukan, itu juga Yahudi punya.. Janganlah pergi donate dekat Yahudi.. Kau main duduk diam saja.. Banyak cerita.

Sehingga minggu depan akan sibuk sekali tak boleh dikacau. Pilihanraya Kampus dan assignment akan mengisi hari-hari saya yang tak cukup indah dan kasihan sekali ini.. T________T Minggu depan juga akan pergi mentimbang berat mana tahu dah ada kemajuan saiz pinggang ke apa.. HAHAHAHA... Waktu di kolej memang perlu berkurus-kurusan supaya bila balik nanti boleh menikmati masakan bunda dan membesar dengan seimbang.. HAHAHA... Ohya, bila saya memakai baju kemeja annoying yang saya beli tempoh hari waktu makan di Pizza hut, saya perasan seperti kurus sekali.. HAHAHAHA... Lihatlah! Lihatlah!! KAHKAHKAH...



Sampai di sini saja.. Esok lusa tiada sebarang update.. Minggu depan mungkin.. Tengok keadaan saya yang miskin ini.. Mari Facebook!! :p Saya sentiasa di Facebook dikala susah atau senang.. HAHAHA... Iktakimas.!~

Wednesday, October 7, 2009

SUBHANALLAH

Share
Saya peroleh sepucuk emel dari orang jauh. Sesudah baca emel tersebut,saya buka Al-Qur'an terjemahan kegemaran saya..

Subhnallah. Ini bukan kebetulan bukan? Emel tersebut berbunyi begini

"subhanallahh. . waktu-waktu gempa di indonesia :

Di Tasik 15:04 ,

(Surah Al Hijr,surah ke 15,ayat keempat)

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri,melainkan sudah ada ketentuan yang ditetapkan baginya"


Di Padang(gempa pertama) 17:16 ,

(Surah Al-Israa',surah ke 17,ayat ke 16)

"Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri,maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu(agar mentaati Allah) tetapi bila mereka melakukan kederhakaan di dalam negeri itu,maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan(hukuman kami) kemudian Kami binasakan sama sekali(negeri itu)"


Di Padang(gempa kedua) 17:58 ,

(Surah Al-Israa',surah ke 17,ayat 58)

"Dan tidak ada suatu negeri pun(yang derhaka penduduknya),melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami siksa(penduduknya) dengan siksa yang sangat keras. yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab Luh Mahfuz"


Gempa di Jampi (ke esokkannya dr padang) 08:52...

(Surah Al-Anfal,surah ke 8 ayat 52)

"(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan pengikut Firaun dan orang-orang yang sebelum mereka.Mereka mengingkari ayat-ayat Allah,maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya.Sungguh Allah Maha Kuat lagi keras siksaNya"

Sumber: http://eelyakhadeeja.blogspot.com

Tuesday, October 6, 2009

ENTRI INI BOSAN. JANGAN BACA.

Share
Assalamualaikum.

Betapa malas lah nak update... Serius jangkamasa nak mentaip ayat pertama dengan kedua adalah selama 12 jam.. Saya taip, saya padam, taip, padam, taip, padam sampai bosan taknak dah tulis.. HAHAHA.. Rupanya saya sedang mengidam Pizza Hut petang tadi.. Jiwa tak tenteram sangat sebab dah sebulan berhasrat suci nak makan pizza. So, petang tadi pergi berkejaran ke Jitra makan Pizza.. Tapi mood spoiled sebab waiter macam apa jadah punya sombong.. Tak nak senyum rasa nak simbah dengan sup saja lah muka dia.. Dah aah tak cantik kau nak buat muka kenapa? Ingat kau jadi waiter tu dah besar sangat pangkat macam diplomat? Membakar jiwa betul lah si waiter WANITA neh.. Belum cukup umur dah pandai buat muka serupa tapak kasut saiz 8 saya. Ceh.

Oke, move. Tiada gambar di Pizza Hut sebab hati panas malas nak angkat kamera. Semalam ke ekspo konvo UUM. Sebenarnya malas nak pergi meredah gerimis malam-malam. Tapi sebab ada integrasi terpaksa aah mengkorban masa tak berfaedah pergi ekspo tersebut.. Saja lah mereka nak nampak ekspo tersebot penuh.. Lepas tu rasa macam segala aktiviti dia dapat sokongan seluruh universiti aah.. Plastik saja semua... Sign attendance kemudian pergi merayap tak tentu hala seluruh tapak ekspo.. Tak mahu tengok konsert sebab kau tak tengok lagi dress up saya macam mana.. HAHAHA.. Tak logik langsung nak pergi tengok konsert terkinja-kinja.. Butakan mata.. Butakan mata...

Kemudian terjumpa Lilo (Bukan nama sebenar) HAHAHA... Dia neh ntah berapa kali ntah nampak saya tapi saya tak pernah nampak dia.. Lepas tu pergi panggil nama penuh; "Khairul Hakim!" .. Macam pergi masuk klinik ke apa ntah.. Hahaha... Saya cuba scan muka dia.. Macam kenal, macam tak kenal.. Tetiba; "Lilohoney!"- Saya. Tetiba rasa bodoh sebab panggil dia Lilohoney.. Cuba scan memory carik nama sebenar dia apa... Oke, fine, saya admit, tak tahu nama sebenar dia.. HAHAHA... Bercakap 4-5 patah sebab segan tanpa mensebut nama dia... Kalau tak segan pergi ajak minum teh sekali ke apa.. Eheh.. Gurau saja.. Dia pon nampak macam takut muka macam apa ntah.. HAHAHA... Kemudian pergi.. Baik kenalkan Lilohoney.. Seorang blogger juga. Berkawan juga dari blog.. Kan Lilo kan? Kan? Nama kau sebenarnya apa hah? HAHAHA..

Baik, tak banyak cerita di ekspo.. Sebab ekspo tersebot serius bosan. Penat kaki pergi jalan seluruh tanah jajahan dengan hujan renyai-renyai tambah lapar semua. Tak guna betul lah. So, decide cepat-cepat balik nak makan. Oke, sidai muka di cafe Kak Mona...



Selesai... Oke, entri ini berciri bosan. Completely bosan... Sigh..

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus