Monday, June 13, 2011

AL-FATIHAH BUAT ZULHELMEE

Share
Bangun dari tidur petang semalam saya terbaca 1 SMS dari Ira SKBK ; "As-Salam, Hakim, kawan ko ni, emi budak Telok Gong meninggal, eksiden. Baru je meninggal.." .. Cepat-cepat saya tengok profile Zulhelmee Saidin.. Tak ada apa-apa post... Saya reply SMS tersebot; "Emi mana? Zulhelmee Saidin ke?".. Dia reply; "Ha'ah, Zulhelmee Saidin..".. Innalillahiwainnailaihiraji'un...



Pagi ni tengok paper Berita Harian.. Memang ada berita arwah.. Teruk keadaan kemalangan tu nampaknya... MyVi bertembng dengan Hilux.. Saya cukup kenal arwah. Kawan saya waktu sekolah menengah di SMKTIS dulu.. Anak gayong, memang pernah bersilat sama-sama dulu... Baik orangnya.. Suka bergurau.. Muda sangat rasanya dia pergi.. Tapi itu lah janji Allah.. Maut itu tidak tercepat atau terlewat walau sesaat.. Semoga rohnya berada dalam kalangan hamba Allah yang beriman.. Amin..

Al- Fatihah.~

Apa pun, walaupun ajal maut itu dah pun ditentukan, berhati-hatilah waktu memandu.. Selengang mana jalan yang kita lalu, beringatlah.. Sejak bawak motor hari-hari pergi kerja ni, menempuh jam hari-hari, dalam keterpaksaan selit menyelit, kadang-kadang saya berhenti.. Ingat pesan bunda; "Hati-hati bawak motor.. Jadi orang yang sabar..".. Walaupon kadang-kadang sakit hati tengok pakcik depan ikut bontot bas sepanjang jalan, saya cuba sabar.. Sampai traffic light, cepat-cepat pergi depan..

Untuk semua readers juga, yang sekolah, yang berkerja, hati-hati... Seronok bawak laju.. Tapi beringatlah.. Semoga kita sentiasa berada dalam lindungan Allah S.W.T.. Ingat orang-orang tersayang.. :)

Berita : Klik SINI

Saturday, June 11, 2011

KERJAYA SUMPAH HEBAT!

Share
.. ialah kerjaya sebagai seorang student praktikal.. :) (Gelak lah)

Untuk 2-3 hari neh saya rasa saya semakin gembira berada di SUK. Bukan lah sebelum tu tak happy, tapi orang kata tak kenal maka tak cinta.. Tapi kalau asal kenal terus mencinta tu pon memang dah lari konsep jugak lah kan boleh lah kasi pelempang sedas dua... Alhamdulillah saya semakin kenal staff-staff (macam lah ramai sangat KAH KAH KAH) dekat department tersebot and i am happy to be there.

A picture of Sultan Selangor taken by me. :)

Kerja semua penat.. Mana ada kerja tak penat.. Hari paling memenatkan ialah hari-hari.. Hari-hari penat !@#$%^&*. T__T Sebenarnya hari kerja terpaling penat waktu saya dengan Fadhli pergi kompleks Karangkraf kejar-kejar Sultan ambik gambar yang akhirnya mencetuskan pertanyaan; "Apahal nak ambik gambar sampai 400 keping siap 2 kamera bawak?".. Padahal yang kita snap muka yang sama jugak.. T__T Dan hari tersebot jugak kena marah dengan seorang pakcik sebab ambik gambar sultan dekat sangat ntah apahal jeles ke apa ntah. Tapi ignore saja lah pakcik tersebot.. Sultan pon takda hal apa hal pulak dia nak semak-semak.. Panggg kang..~

Shah Alam from 19th floor. Taken by me. :)

Setiap pagi akan mendaki bangunan sebanyak dua puluh satu tingkat memang penat tapi seronok.. Seronok sebab boleh sapa-sapa orang.. Eh, semenjak dekat SUK saya dah kurang pendiam dah.. HAHAHA.. Tolong percaya kejap bolehhh? :P Tapi memang betul.. Seminggu dekat SUK, Seminggu jugak orang tanya; "Staff baru ke? Dari mana?" dan soalan dari mana tu memang menyampah lah nak jawab sebab when i said i am from UUM mesti orang dengar UM atau UKM seolah-olah UUM itu tak pernah wujud dalam peta Malaysia.. T____T

Makan free. Taken by me :)

Kerja kerajaan memang tak lengkap kalau tak ada makanan. Makanan sentiasa wujud.. Tak kira lah dekat office sebelah atau dekat mana-mana event.. So bila supervisor tanya; "Nak ikut tak pergi program YB _______?" saya mesti teruja nak tengok menu apa dalam senarai KAH KAH KAH.. Dah lah menu sedap.. Soto yang tak pernah suka pon jadi suka.. Kerja kerajaan memang ajaib kadang-kadang..

My Lagenda 115 ZR biru mata hitamku. :)

Satu lagi perkara ajaib - Belum pon seminggu masuk kerja terus dapat motor baru ajaib tak ajaib tak? HAHAHAHA... Lagenda 115 ZR biru mata hitamku..T__T Sebenarnya saya kurang berniat nak beli warna biru sebab macam aneh dengan rim-rim sekali dia bantai kaler biru.. Kan macam kaf lam ya nga. Tapi bila tengok orang pakai cantek lah pulak so then saya pon sebat lah Lagenda biru mata hitamku ini.. So far memang saya admit dia adalah menawan.. Sekian. Tolong jangan argue. Siapa argue saya tampar.

Iya lah, saya happy berpraktikal.. (Berapa kali nak cakap) Even berpraktikal secara solo pon still rasa seronok dan even tak ada gaji pon tetap seronok jugak.. T___T Percayalah kerja itu menyeronokkan, mengenyangkan dan mengujakan. Sekian..~

Wednesday, June 8, 2011

DENGARLAH PEREMPUAN

Share Ini entri yang disimpan selama 2 bulan di dalam draf. T___T



Dalam dunia sekarang kalau kita tak dengar istilah "kesamarataan" antara lelaki dan perempuan memang tak sah.. Tak salah. Cuma kena lah tengok atas konsep apa kesamarataan itu dituntut oleh mereka yang bernama PEREMPUAN. Lebih penting, kesamarataan ini tidaklah mengganggu 'sifat semulajadi' seorang perempuan tersebut. Jujur, sesetengah cara perempuan menunjukkan kemamuan beliau untuk bersaing dengan lelaki amat memualkan.

Saya terangkan dalam konsep perhubungan. Hari ini bila perempuan itu berada dalam sesebuah perhubungan, akan ada bisikan-bisikan dari orang-orang sebelah menuntut supaya hubungan itu dipraktikkan dengan jaminan 'HAK'. Malangnya HAK ini selalu sekali mengheret seseorang perempuan itu bertindak melampaui batas semula jadi seorang perempuan itu sendiri. Contoh: Hak untuk dilayan 'seperti seorang perempuan'. Bermaksud, seseorang perempuan itu menuntut untuk dirinya dilayan pada tahap sepatutnya sebagai seorang yang lembut pekertinya, bahasanya dan kudratnya.

TETAPI! Malangnya tuntutan ini tidak bertepatan langsung dengan cara dirinya bertindak. Sesetengah perempuan yang menuntut hak ini kadangkala meletakkan dirinya secara melampau di atas. Mereka ingin dijunjung dan dihargai secara melampau. Mereka mahu dianggap sebagai seorang puteri sedangkan pada hakikatnya sikap mereka tidak lah menunjukkan 'keputeriannya'. Lebih parah lagi, atas tanggapan lapuk 'perempuan itu lemah', ia dijadikan lesen untuk memastikan seorang lelaki itu memenuhi tuntutannya. Kalau tidak, lelaki akan dianggap bersalah, tidak bertanggungjawab dan sebagainya.

Duit. Ada mereka yang bergelar perempuan berani mendakwa; "Duit dia duit aku.. Duit aku, duit aku..". Dakwaan ini tidak lah seratus peratus salah. Tetapi cara penyampaian yang angkuh dan keras ini seringkali merobek rasa hormat lelaki pada seorang perempuan itu sendiri. Dalam satu ikatan yang sah antara lelaki dan perempuan, memang tanggungjawab seorang lelaki untuk menyara seorang perempuan. Malah adalah haram seorang suami bertanyakan pendapatan isterinya. Tetapi dalam sebuah hubungan yang belum lagi sah, tuntutan ini saya anggap sebagai sampah. "Your money is yours, my money is mine.".. Sesekali berkongsi dan memberi itu tidak salah.

Siapa di atas, siapa di bawah. Hakikatnya lelaki itu di atas, dan perempuan itu di bawah. Tetapi telah diletakkan satu jaluran kaedah tentang bagaimana mana konsep ini harus diguna pakai. Lelaki itu berada di atas bukan untuk menjadi 'raja' dan perempuan itu berada di bawah bukan untuk menjadi 'hamba'. Lelaki berada di atas untuk menentukan corak kehidupan, membuat keputusan dan menguruskan keluarga, lebih berusaha, dan memastikan kesinambungan yang baik antara semua aspek kehidupan berkeluarga atau organisasi.

Perempuan pula berada di bawah lelaki sebagai pendokong paling setia. Mereka berada di bawah untuk menyambut bila mana seorang lelaki itu mungkin tergelincir atau kurang mampu menanggung beban. Mereka ini diberikan kemampuan untuk kadangkala menjadi lebih tabah daripada lelaki. Mereka ini diberi kemampuan untuk kadangkala mengatur dan merancang dengan lebih rapi hasil kealpaan seorang lelaki. Mereka ini dengan lebih mudah dikatakan pengisi kekosongan seorang lelaki. Ya, isu siapa di atas dan siapa di bawah ini seringkali disalah tafsirkan.

Dan isu ini juga seringkali menjadikan seorang perempuan itu hanyut. Hanyut dengan tanggapan bahawa perempuan tidak boleh lagi berada di bawah. Hanyut dengan tanggapan mereka mesti berdiri sama tinggi dengan lelaki, dan bertindak lebih hebat dari seorang lelaki. Keinginan ini selalu membawa kepada SIKAP YANG MENCALARKAN KEINDAHAN seorang perempuan itu sendiri. Mereka rasakan berada di bawah itu adalah penghinaan.. Mereka merasakan berada di atas itu adalah ciri seorang perempuan alaf baru yang hebat penampilannya. Mereka seringkali lupa, Allah memberikan kedudukan ini kepada mereka sebagai hiasan kecantikan..

Bagi seorang lelaki sikap ini menghakis 'keindahan' seseorang perempuan. Biarlah secantik mana seseorang perempuan itu, biarlah seayu mana wajah seorang perempuan itu, namun andai tiadanya kelembutan, tiadanya sifat menghormati, tiadanya sifat merendah diri, maka tiadalah lelaki memandang mereka itu sebagai seorang perempuan sejati. CANTIK bagi seorang lelaki itu secara jujur tidaklah bergantung pada wajah sebagai aspek utama. Tetapi sikap dan nilai seorang perempuan itu yang akhirnya akan menentukan hati tertambat atau tidak.

Beringtlah, kecantikan dan istimewanya seorang perempuan itu adalah kemampuannya mendamaikan hati lelaki, menyejukkan pandangan lelaki, mengisi kekosongan lelaki dan sentiasa meletakkan dirinya pada tempat yang disediakan untuknya dengan sepenuh hati yang ikhlas dan bangga. Bukan dengan meletakkan diri pada setinggi-tinggi kedudukan, menuntut junjungan dan meminta kemewahan. Isu lelaki akan menyusul kemudian.. Till then.. :)

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus