Saturday, September 26, 2009

MEREKA HAPPENING!

Share
Raya ke tiga dan keempat tiada cerita. Sebab tu tidak berupdate. Saya mengisytiharkan raya tahun ini adalah yang teburuk sekali dalam kehidupan saya. Di dalam Facebook juga terconteng di dinding saya bahawa raya tahun ini adalah yang terburuk, ter’damn’ dan sebagainya.. Sampai Cikgu Yan pergi pujuk saya supaya cool down. Tahap tidak seronok raya kali ini adalah kritikal. Sumpah tak rasa raya. Kalau tak raya pon takpa.. Puasa sepanjang tahun. Ingatkan puasa tahun ini saja tak seronok. Rupanya terbawa-bawa waktu raya.. Kesian kau Hakim. Pergi raya rumah kawan pon macam pergi kenduri arwah duduk diam tak cakap apalagi nak ketawa.. Astaghfirullah..

Cuma nasib baik raya ke-5 hari tu pergi ke rumah junior saya dan terhibur hati.. HAHAHA.. Oke, boleh gelak sekarang.. Ibu dia happening... Seriously happening, tak berhenti cakap sampai tak sempat nak mensampuk.. Asyik gelak saja sampai lenguh pipi, senak perut semua aah.. Ayah dia pon happening dan.. Err.. Pening... Asyik tanya saya nama jalan di Bukit Kapar sampai terdiam-diam cuba lukis peta dalam otak dari mula-mula sampai, sampai nak balik.. HAHAHA... Saya pon terdiam nak mengingat nama saudara mara saya sebab dia pergi tanya.. Bab saudara mara di sini memang fault sikit sebab saya tak rapat dengan saudara sebelah ayah. Apa lagi kalau dia tanya saya nama-nama jalan sumpah saya tak arif dengan kampong sendiri.. HAHAHA... Jangan tanya saya tentang jalan-jalan di Bukit Kapar kerana saya pasti akan memberikan anda direction yang amat SALAH! HAHAHA...


Anda pernah makan laksa goreng?? Selain di Sunway Pyramid, anda juga boleh dapatkannya di sini.. (IKLAN) HAHAHA... Sedap sekali sampai tambah dua kali.. Cuma tak sempat tambah kali ketiga, tetiba spoiled sebab terletak limau secara banyak sampai masam dan membantutkan rasa.. HAHAHA... Maaf makcik tak dapat habiskan.. Tapi kalau makcik bagi plastic hari tu, sure kami tapau bawak balik.. HAHAHA... Oke
, ini bukan gelojoh, ini gurau nama dia.. Kemudian duduk di meja makan lebih kurang setengah jam bersoal jawab tentang jalan lagi dengan ayah dia.. Astaghfirullahal’azim.. “-,- Ibu dia pulak pergi bermain padan-padan saudara sama rakan saya..; “Eh, ngkau anak si xxxx tu yaa? Patutlah putih... Anak-anak dia memang putih-putih... Ayah ngkau pon putih kan..?”... “Ngkau jiran dia? Laa.. Saudara ke?”.. Oke, oke, finelah mereka saudara ke apa... Saya memerah otak mengingat jalan, mereka pergi bergembira main padan-padan saudara, baju semua.. Hish..~ HAHAHA..


Kemudian ibu dia beri arahan penyelamat suruh kami pergi makan kuih di ruang tamu... Rakan saya dengan pantasnya bangun nak pergi duduk depan.. HAHAHA.. Oke, Faham. Sesi soal jawab ini memenatkan kau tahu? Dah aah tergelak-gelak sampai senak tak ingat nama jalan, terlupa nama saudara mara semua...HAHAHA... Ehem.. Baik, anak
mereka si Azira tu pergi sambung promote kuih raya dia.. Ya Allah.. HAHAHA.. Habis semua dia pergi kenalkan nama kuih.. Dan saya perlu makan SEMUA naseb baik sedap kalau tak tahun depan tak nak datang dah.. Err.. Oke, satu lagi, Azira, sila letak ais bila bagi air gas kalau tak nak kami kena potong kaki minum air gas pure+biskut Nestum kamu.. HAHAHA... Biskut Nestum kamu tu manis teramat tahu? Tapi kami makan jugak sebab sedap.. Oke, fine, semua benda kau kata sedap Hakim sebab kau lapar. HAHAHA...



10:15 malam baru bergerak balik. Ibu dan ayah dia tak habis-habis gelak. Memang happening lah mereka neh.. Walaupon ayah dia bermuka seram tapi cool..HAHAHA..Abang dia? Saya cuma nampak sebelum balik dia pergi keluar bilik pakai boxer oke, oke, oke takyah cakap Hakim takyah!!! HAHAHA.. Anyway, terima kassssih Azira sekeluarga. Baik, Ahad neh baru bergerak ke rumah cikgu-cikgu.. Rumah Ayahanda Wazir pon masih tak terjejak lagi.. Masalah transportation memang menggugat kelancaran beraya. Nasib baik ada kau Hanis.. Nasib baik... Nanti bila JAZZ aku keluar, aku bawak ngkau pergi beraya satu Malaysia oke? HAHAHA.. Baik, akan ke Sg. Buloh beraya ke rumah kakak petang neh. Update? InsyaAllah..

Blogging mood : 45%.
Photography : Credit to Hanis.

Monday, September 21, 2009

DIARI RAYA 2

Share
Gambar-gambar raya ke-2.. Sedang dalam pembikinan sebuah blog khas untuk gambar saja.. Tak mahu lagi guna Fotopages. InsyaAllah dalam bulan 10 mungkin siap.. :)















Sunday, September 20, 2009

DIARI RAYA

Share
Just dropping a few first pics... Will be update later.. :) Thanks for visiting.. Hari ini akan ke Bangi Selangor. Kampung nenek sebelah mak.. So tak berapa nak sempat update panjang-panjang.. Petang nanti balik dan akan mengupload a few more pics.. Tunggu saja oke? :P TQ. -KIMIZ-









Thursday, September 17, 2009

SALAM AIDILFITRI

Share


Ramadhan kian berlalu, Syawal kian menjengah..

Readers,
Di kesempatan ini, ingin saya mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua yang setia bersama-sama saya sepanjang diri saya berada di dunia jurnal maya ini. Mungkin sepanjang 4 tahun saya menulis, ada sedikit sebanyak penulisan saya yang menyinggung perasaan anda semua. Ampun dan maaf saya pinta dari semua..

Sesungguhnya kita sebagai manusia tidak pernah terlepas dari sebarang kesalahan kepada sesama manusia. Samada kita sedari atau tidak, segala tindak tanduk dan perlakuan kita kadangkala ada mengguris perasaan orang lain. Termasuk diri saya yang sudah 4 tahun berada dalam dunia blogging ini. Segala penulisan, dakwaan, teguran dan sebagainya yang saya coretkan di sini, pasti sesetengahnya ada menyinggung perasaan anda semua.

Oleh itu bersempena lebaran ini, saya menyusun sepuluh jari, memohon kemaafan semua di atas segala ketelanjuran saya sepanjang saya berada di dalam dunia maya ini.. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri.

SALAM AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR & BATIN

Ikhlas dari saya:

Wednesday, September 16, 2009

LIVE DARI MAKMAL

Share
Sekarang saya sedang berada di lab COLGIS DKG5.. Penjaga lab sedang sebok dengar lagu raya. Sumpah dia tak sabar nak balik raya. Saya juga. HAHAHA.. Malam esok akan bertolak balik dan sampai pada Jumaat. Pagi.. Rasa lega sebab semua persiapan untuk diri sendiri dah settled up. Cuma tinggal persiapan kat rumah saja tak tahu macam mana. Hari tu telefon bunda, bunda kata dia dah basuh semua sarung kusyen+sofa. Dan langsir sekali.. Bila cakap pasal langsir, sure benci. HAHAHA.. Saya tak suka pasang langsir. Sebab sangat mensusahkan tangan dan hati. Rasa panas hati sangat bila mempasang langsir style kuno itu. Itu belum tambah lagi dengan penyangkut dia yang hilang tu.. Bunda rajin sangat. Hish!

Tanya bunda pasal ayah. Tak tahulah persiapan ayah macam mana. Setiap tahun rasanya belum ada lagi baju Melayu baru untuk ayah. Kalau saya ada duit cukup banyak, saya belikan baju untuk ayah. Setiap tahun ayah Cuma dapat kopiah baru saja. Heheheh.. Kesian. Tapi tak apa kot. Sebab ayah bukan jenis yang suka sangat pakai baju Melayu. Pakai jubah setiap tahun.. Err… Sepanjang tahun kot. :P Tapi nanti kalau ada duit lebih, bila-bila, akan beli sesuatu juga untuk ayah. Eh, ayah saya sporting tahu? Dia lah yang selalu buat reban kurang sempurna untuk ayam warna-warni saya dulu.. HAHAHA.. Tak pernah cerita tentang ayah dalam blog.. Tetiba.

Saya benci nak ke kelas esok. Rasa macam otak dah ada di kampong saja. Tapi harus pergi. Sebab…. Err.. Tiada sebab sebenarnya.. Cuma nanti rasa bersalah kalau ponteng kelas tanpa tujuan munasabah. Walaupon kelas Malaysian Foreign Policy tak ambik attendance. Datang Hakim.. Datang.. Kemudian habis kelas esok terus ke kedai gunting rambut di Changlun. Takut nanti balik semua kedai gunting rambut tutup. Nanti huduh lah muka saya di pagi raya. Eheh… Packing pon tidak lagi… Banyak barang kena bawak balik.. Kuih raya bunda, kopiah abang, kopiah Haikal, baju raya, baju tak raya….. Terpaksa bawak beg besar.. Tak suka sangat oke? Rimas nanti.

Blog neh tak berciri raya lah bukan? HAHAHA.. Sebenarnya berniat nak tukar header semua.. Tapi tak sempat sebab assignment banyak sampai 8 assignment dalam 2 minggu memang membunuh jiwa lah.. Sampai ke PWTC hari tu terpaksa buat assignment dalam bas.. Rasa nak muntah tahu? Pening kepala. Ohya, lupa.. Saya kata tak jadi pergi bukan? Maghrib hari tu Abg Hakim kata saya kena pergi. Penting. Baik, pergi jugak bawak assignment dan laptop sekali berjuang mensiapkan dia dalam bas. Sigh.. Life neh sangat terok tahu? Seriously semester ini penuh dengan assignment beribu ribu lemon. Dan kelas yang kurang pemahaman juga ada beribu ribu lemon.. HAHAHAHA… *Sigh lagi*

Baik, mata saya pedih. Tak cukup tidur sebab assignment juga.. Astaghfirullahal’azim betul lah. Tadi mensiapkan assignment sambil bersahur. Tinggal satu assignment lagi. Esok hantar. Dan lepas cuti, ada 4 tasks lagi… Anda mampu bayangkan macam mana kehidupan saya? Terima kasih kerana keperihatinan anda… HAHAHA.. Baik, cukup.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
SEPULUH JARI DISUSUN
AMPUN MAAF DIPOHON

MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Tuesday, September 15, 2009

BAJU TRAUMA

Share
Saya tidak akan ke Sungai Petani membeli baju melayu lagi sebab Sungai Petani adalah bandar tidak berdaya maju ke apa ntah.. HAHAHA.. Pembuangan masa betul lah ke Sungai Petani padahal baju-baju di sana tak up to date langsung. Baju Melayu yang dijual sumpah menggunakan kain yang sama macam tahun lepas. Rasa macam nak meruntuhkan butik itu saja.. Dan Village Mall walaupon cantek gila tapi tidak mengandungi apa-apa.. Serius jangan pergi Village Mall nanti engkau menyesal. Terutamanya kalau ngkau student UUM yang memang jauh gila nak pergi Sungai Petani, please lah.. Kalau tak nak meroyan di sana, jangan pergi Sungai Petani.. Jangan pergi.. Please.

Jadilah bijak seperti saya yang cuma pergi bershopping di Jitra saja. Walaupon pasaraya Aneka itu sungguh sukaneka bunyi dia (maksud saya berbunyi murah), tiada penggunaan perkataan ‘mall’ yang konon macam gagah berani, tapi sekurang-kurangnya di sana baju-baju dia cantik dan mentarik perhatian. Lepas tu banyak pulak tu.. Baju Melayu kau tak payah nak jalan sepanjang jalan raya tepi pasaraya. Dalam situ saja dah berlambak baju cantik. Saya cakap serius.. Jeans, t-shirt super cantik dan kasut masut juga ada dijual.. Saya tak pasti penggunaan penjodoh bilangan kasut masut itu betul atau tidak. Saja membayangkan keadaan kasut yang banyak tanpa menggunakan hiperbola. HAHAHA.. Annoying.

Petang tadi saya baru bershopping di sana selepas kecewa tak terkata pegi Sungai Petani tapi tak membawa pulang baju Melayu. Di pasaraya Aneka (HAHAHA) keadaan dia sangat meriah. Dan parking juga meriah semua orang salah masuk jalan one way dia pergi buat two way termasuk saya.. HAHAHAHA.... Gila.. Jalan besar tapi buat one way.. Meng’cofused’kan betul lah. Niat saya nak pergi beli jeans. Jadi terus ke tingkat 2 Pasaraya Aneka (HAHAHA) itu mencari jeans B.U.M. Saya tidak menggunakan jeans selain dari jenama B.U.M Equipment dan DIESEL saja. Kau bagi lah jeans jenama Lois berharga lapan ratus sekalipun, saya tak mahu. Sebab jeans-jeans lain semua mensusahkan saya keras namati ke apa ntah. Nak ke toilet susah.. Err.. Baik, move.





Jadi untuk kali pertama dalam tempoh 3 tahun, saya mentukar jeans. Bunyi dia macam kesian.. Tapi memang kesian. Ini pon selepas sedar bila cuba mengkenakan baju t-shirt baru saya dengan jeans lama. Sumpah jeans itu kelihatan sangat buruk sekali. T_____T Kenapa saya tak mentukar jeans selama 3 tahun? Kerana saya mengingat pesan bunda; “Kaya macam mana pon, buat cara orang miskin..”.. Bunda oh bunda.. HAHAHAHA... Jadi ini dia jeans baru saya.. Jeans lamaku, selamat tinggal. Nanti aku bawa ngkau pergi kayuh swan dekat tasik Jitra saja oke? HAHAHA..

Keluar dari kedai tersebot, saya memandang mandang tingkat 1. “Baik Hakim, pergi cari baju Melayu pergi!!”.. HAHAHA.. Saya turun dan mengusya baju Melayu kelabu.. Tapi memang seriously susah nak jumpa baju Melayu berwarna kelabu cantik. Rakan saya yang suka tidur bila dalam kereta tu suruh saya carik di Pekan Rabu.. Tapi saya insaf tak mahu pergi Pekan Rabu parking depan Istana nanti kena kejar dengan pegawai istana lagi.. HAHAHA.. Jadi mentawaf lah di tingkat satu cari baju Melayu kelabu.. TIADA. Apa ntah tak mengikut citarasa langsung designer sekarang neh.. Tetiba saya terpandang satu baju kelabu. Tapi tak berapa cantik. Cuma kain dia cantik.. Beli? Tak.. Siapa nak beli baju tak cantik.. HAHAHA...





Cuma saya terpegang baju coklat muda dan automatik sangat menarik hati warna coklat dia. Walaupon terbayang-bayang penulisan saya dalam entry sebelom ini bahawasanya saya trauma sama baju coklat.. HAHAHA.. Believe it or not, saya telah membeli sepasang baju melayu coklat trauma tersebot.. Omaigod lah.. Apa dah jadi ntah.. HAHAHA.. Telefon bunda mengkata saya beli baju coklat.. Bonda kata; “HAAAAAAAAAAA” dengan suara yang sangat riang sekali. KAHKAHKAH.. Kemudian mencari sampin RM135 tapi tak beli sebab nanti bunda sakit jantung bila tahu. Jadi beli yang RM45 saja.. Cukup miskin lah bukan? HAHAHA..

Baik, apa yang saya dapat di Sungai Petani? Sehelai t-shirt biasa-biasa dan sehelai kemeja saja.. Err.. Kemeja tersebot tetiba saya tefikir, macam mana nak pakai waktu raya?? Eheh.. Annoying lah sebab dia.. Sebab.. Sebab dia.. Err.. Takyah bagitau aah kan? Kan? HAHAHA.. Nanti anda akan rasa saya gila sebab sepanjang hidup saya, tak pernah membeli kemeja berupa itu untuk beraya.. Bunyi dia teruk. Tapi memang teruk. HAHAHA.. Jadi untuk keseluruhan perbelanjaan raya ini, sudah menelan belanja berjumlah RM270. Bunda adakah ini perbelanjaan berciri kaya? Kalau bunda kata ‘YA’ saya janji tak buat lagi.. Tapi bunda, macam mana nak berbelanja secara miskin kalau saya cakap nak beli jeans, bunda kata; “Beli jeans jangan murah-murah. Sekurang-kurangnya RM80”. ??? Bunda saya memang confusing orangnya.. HAHAHA..





Baik, tinggal songkok saja belum beli. Songkok juga dah mencecah umur 3 tahun tak pernah tukar. Tapi takkan keluar lagi dah.. Duduk saja. Nanti cari di kampong halaman saja. Sekian terima kasih.. Ingat, jangan pergi Village Mall. Useless.

Monday, September 7, 2009

MINGGU SEDIH

Share
Mentengok entry di bawah mempunyai komen sebanyak KOSONG memang menyakitan jiwa. Tapi tak kisah lah sebab entry itu tiada makna apa-apa.. Lainlah kalau budak tersebot anak saya. Anda tak mengkasi komen cakap dia comel memang nahaslah jawabnya.. HAHAHA... Maaf tak mencampakkan sebuah entry baru sejak beberapa hari yang lepas.. Assignment banyak dan sangat killing lah.. Sepatutnya malam neh akan bergerak ke PWTC Kuala Lumpur untuk majlis berbuka bersama TPM. Tapi terpaksa tolak sebab assignment dengki tak bagi siap hari ni.. Saya sedih sekarang.. Menangis sederas sungai. T________T

Rezeki bulan puasa memang banyak.. Lepas 2 tawaran yang saya kemukakan hari tu, sekarang tambah lagi 1 tawaran dari Abg Hakim. Tawaran bertanding dalam pilihanraya kampus.. Merebut kerusi MPPUUM.. Tapi saya tolak.. Saya tak mampu beri komitmen terlalu besar setakat neh.. Sedangkan keadaan hidup tanpa komitmen sekarang pon dah porak peranda tak cukup nafas, apa lagi kalau jadi MPP.. Maknanya anda akan mentatap entry blog skema lah lepas tu.. HAHAHA.. Tiada lagi penulisan berciri humor yang tak berapa nak jadi neh.. HAHAHA.. Anda akan dapat ayat begini; "Saya telah mengusulkan cadangan kepada Tan Sri VC untuk meruntuhkan Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM kerana perpustakaan tersebut USELESS, tidak futurisristik, *&%$& dan akan digantikan dengan perpustakaan setaraf dengan perpustakaan di UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS.".. Hahaha... Annoying. Mesti kau bosan nanti.


Khamis ini akan bergerak ke Singai Petani melakukan aktiviti kurang berfaedah dan penat. Shopping raya.. Saya tak suka mendriving jauh.. Apa lagi kalau rakan saya di sebelah tidur rasa nak hentam kepala dia dengan absorber saja.. Dah lah j
auh, sekurang-kurangnya bagi lah semangat sikit berborak ke apa.. Ini tidak, asal saya driving saja, tidur.. Asal saya driving, tidur.. Pergi Pekan Changlun yang 10 minit jauh pon dia boleh tidur.. Oke, tak payah cerita pasal dia.. Ohya, confirm akan menyarung baju Melayu kelabu kali neh.. Bunda juga tanya hari tu nak baju warna apa sebab dia nak tempah kain Samarinda sedondon dengan baju saya.. Saya belum cakap dengan bunda lagi.. T______T Bunda, nak kain kelabu oke? Kelabu.. Bukan coklat.. Bunda asyik suruh saya beli baju coklat saja sejak saya darjah enam. Trauma.



Minggu lepas saya ke Pekan Rabu mencari kopiah untuk anak buah saya si Haikal dan ayah dia. Punyalah tragik perjalanan ke Pekan Rabu hari tersebot.. Tiada parking.. Pergi parking depan istana, kemudian kena panggil dengan pegawai istana, tapi lari sekuat mungkin takut kena saman ke apa ntah.. HAHAHAHA... Siap boleh mengketawakan pegawai tersebot.. Kemudian turun naik Pekan Rabu sampai penat mencabar hati nak buka cepat... Apsal ntah kopiah tersebot tak menarik langsung warna dia.. Akhirnya membelasah beli tak kira dah cantik ke tidak.. Sempat jugak pergi usya baju Raihan dan beli sehelai.. Cuma songkok saja tak jadi beli sebab harga dia membunuh jiwa. RM53... Ni songkok taraf apa ntah.. Ah, Hakim, kau mengada pergi usya songkok baldu tu apsal..?? HAHAHAH...

Minggu depan balik! Yeay!! Dan saya tahu tak sempat berbuka di rumah Ayahanda Wazir dan Pn. Salimah macam yang saya rancangkan sama Hanis. Sedih lagi.. T___T .. Balik 17hb, 11.15 malam, Alor Setar ke Klang. Takyah tanya naik bas apa.. Of course PANCARAN MATAHARI yang tak sedap nak tidur tu.. Saya tertanya-tanya apa fungsi lampu biru yang direct menyuluh kepala. Saya tertanya-tanya apa fungsi dia pergi pusing KL dulu sebelum turun Klang.. Bas ini annoying lah.. Naseb baik ruang beg dia sebesar kapal takyah risau kena rebut tempat letak beg.. HAHAHA... Kalau naik Transnasional sure dengar ayat annoying; "Beg bawak masuk bas. Tak muat dah". Saya tak suka buat kerja bodoh. Oke? Naik bas neh kau bawak kereta pon boleh sumbat.. HAHAHA..

Dah, bakal mengupdate lagi sebelum cuti raya.. InsyaAllah.. Entri sedih ini TAMAT.

Friday, September 4, 2009

KRUKUDILU

Share Ini bukan si gajah macam yang selalu jadi maskot blog neh... Orang lain.. Kau tengok saja.. Comel gila..

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus