Saturday, October 30, 2010

MOVE! MOVE! HP? DiGi?

Share
Sebab Miss PinkPolkadots kata blog neh bersawang, jadi saya kena buktikan, yang saya komited untuk kembali menyerlah. HAHAHA.. “Hey! Aku komited lah! Aku komited!”.. Kadang-kadang otak dah tak berapa hebat nak mengayat dalam blog. Biasanya symptom neh datang bila kita kena buat assignments yang membunuh sebanyak lapan puluh dua muka surat.. T_____T Buat assignment pasal PROTON. Tapi pages mengalahkan annual report PROTON. Dan.. Err.. Anda yang jadi group members saya, I am sorry atas segala kecerewetan saya sepanjang mengedit assignment. Saya tak suka assignment kelam kabut.. Alignment, ejaan, jarak ke tak jarak, format, isi kandungan semua kena betul. Front page pon kena professional. Jangan letak benda mengarut-ngarut dengan font yang aneh-aneh. Nanti saya delete jaa semua tu. HAHAHA. Kalau rasa macam saya cerewet, okay, sem depan tak payah carik saya.

Minggu lepas menteman rakan mencari netbook.. Asalnya nak cari notebook, tapi faham-faham lah, di kala semester nak melabuhkan tirai, duit pon dah tak berapa nak melabuhkan poket. Untuk membuat pelaburan bijak, saya suggest dekat SSMN, beli je netbook... Jadi selepas beberapa rundingan, dia agreed. Heh.. Err. Sbenarnya saya yang admire dekat net book neh.. HP Mini 210.. Hohoho... Kalau lah dulu saya ada pendedahan lebih pasal laptop, mesti saya tak akan carik laptop yang sebesar bas neh.. T_________T



So.....,
Hensem kan? RM1400 dengan warranty 3 tahun. Jangan tanya free gift lah.. Pada saya itu tak penting. Sebab most of the gifts bukannya boleh pakai pon.. Dia kasi paling murah punya.. Dan semua gifts yang saya dapat masa beli laptop Acer ni pon sejak hari pertama lagi saya dah buang dalam tong sampah. Sangat useless. Kenapa netbook? Sebab dia kecik dan sebab dia HP.. Hoho.. Bila kecik macam dah tak payah lah nak angkut dengan penyiksaan laptop besar-besar kan.. Since we are travelling banyak-banyak, Selangor – Kedah – Selangor- Kedah dan dia pon bukan lah orang yang tahu duduk diam-diam dalam kolej, netbook adalah pilihan yang sesuai. Kecik, ringan dan mudah.

Kenapa HP..? Sebab saya tak pernah ada pengalaman dengan netbook. Jadi bila tak ada pengalaman, lebih baik kita cari pengeluar yang betul-betul berpengalaman dan berkepakaran tinggi. Mereka yang berkepakaran selalu menyediakan produk yang kompetitif di pasaran. Semakin tinggi pengalaman mereka, semakin baik produk yang keluar. Hey, saya ada cakap ala-ala economist tak? HAHAHA. Sebenarnya untuk pelaburan RM1400, lebih baik carik produk yang betul-betul berkualiti so then kita tak akan menyesal di kemudian hari. Memang ada laptop RM1500.. Lagi puas hati, screen besar. Tapi kalau dah laptop sepatutnya harga RM2500 jadi RM1500, bayangkanlah berapa banyak dia reduced specification dia kan... Nak bagi murah.. Jadi, kualiti.... ‘0’.. Kosong. Itu yang kena format empat puluh lima kali tu. T____T

Sekarang tengah sebok carik DiGi Easy Prepaid.. Err.. Saya nak terminate CELCOM Postpaid sebab saya rasa tak senang dengan bil mereka.. Mula-mula okay saja, tapi bulan ni tetiba satu nombor subline saya sampai RM191.90.. Macam annoying sangat padahal sampai je SMS kata dah sampai 90% penggunaan 20 jam percuma tu, terus tak pakai dah.. So, tak payah lah teruskan. Lagipon macam tak seronok setiap bulan ada debaran bil. HAHAHA.. Let’s move to DIGI.. Digi Easy Prepaid bagi kita FREE Call dan SMS selama 60 jam, setiap bulan untuk 3 orang pilihan. Err.. CELCOM bagi 20 jam saja okay... ;p Tak payah risau dengan bil yang macam meroyan saja sistem dia tu..


*Maxis?? Err.. Sorry, belum terbukak hati.. ;p

So, selamat datang DiGi.. Kita tengok adakah DiGi always the smarter choice atau the choice to be throw away macam CELCOM postpaid.. Heh..~ Ohya, memandangkan pek sim neh macam susah nak carik, for those yang dah pakai prepaid DiGi tu, anda boleh tukar jugak ke plan baru neh.. Tapi untuk DiGi Campus, mintak sori, anda tak boleh.. Sila beli sim baru.. :p Kesiannn..~ Tak apa, bukan mahal sangat. Kalau Blackberry boleh beli, takkan sim RM10.80 tak boleh.. Ngeh ngeh... :p Apa guna Phone mahal tanpa credit kan? Demi penjimatan hebat, boleh lah fikir-fikirkan dan selamat beramall...~ Maklumat lanjut, sila klik sini.

UUM tengah sebok dengan pesta konvo.. Selamat berpesta kawan-kawan di sana.. Tahun depan turn kita konvo pulak..... Uuuppsss...~ Sorry yang ambik course 4 tahun.. Hee.. Tolong carikkan blazer dekat dewan TSO... Semester depan ada grand dinner.. So saya dah pening-pening nak pakai baju apa.. Tema Oscar pulak tu.. Dah siap survey-survey kedai online dah... Tapi.. Hey, Khairul Hakim macam tak berapa nak pandai sangat berfesyen yaa.. Mintak sori atas kekurangan ini.. T______T Dia cuma tahu iron pakaian setajam pedang dan bersiap sekemas CEO saja.. Lain-lain dia tak tahu.. Pilih warna pon macam tak berapa kacak sangat. Sebab balik-balik warna gelap, balik-balik warna gelap.. Naseb baik ada baju hungu sehelai buat penyedap mata.. T_______T

Oke, ini kira rekod lah kan buat entry banyak-banyak.. Harap-harap tak malas dah.. Sekian.

I AM HERE! FINALLY....

Share
Hai blog.. Hai kawan-kawan.. Hai readers.. Hai cikgu-cikgu.. Hai hai hai.. Bertemu lagi dalam blog saya yang julung-julung kalinya berupdate. Oke, saya tak akan cerita kenapa saya tak update secara konsisten. Semua orang tahu Khairul Hakim memang selalu “BUSY MACAM OBAMA”.. Walaupon saya tak suka Obama, tapi tak kesah lah, tahap kesibukan saya setanding. Ehem.. Untuk pengetahuan semua, saya baru saja melepasi bulan Syawal.. Heh.. Tak, tak.. Saya baru melepasi bulan penuh ujian.. Since naik cuti raya hari tu, tetiba semua lecturer nak buat midsem test.. Jadi otak dan jiwa saya pon ter’test-test’ dan stress menghadapi hari-hari yang sungguh unbelievable tersebut.

Kadang-kadang saya ada dua test dalam sehari. Err.. Itu kira boleh ampunlah. Cuma yang tak boleh dimaafkan bila ada satu hari saya terpaksa mengadap oral test, midsem, dua assignments dan presentation yang super tension. Presentation tu sungguh dahsyat yaa.. Anda kena tahu. Ini satu-satunya presentation yang pernah buat saya dilanda demam. Heh.. Bila budak-budak international affairs kena present pasal ekonomi...., PUK! PUK! PUK! Tepuk dahi...............~ T_____T Tapi tak apa, saya berjaya membentang dengan jayanya.. Alhamdulillah.. :)

Too many things happened since I’m ‘deliberately forgot’ to update my blog. Heh.. Bukan setakat tak update blog, tapi blog-blog dalam senarai kewajipan untuk dilawat pon macam dah tak menarik perhatian sangat. Saya prefer lagi baca website-website penuh informasi – WTO, PBB, PROTON, IMF, CHE DET, FACEBOOK.... Eh? HAHAHA.. Oke, Facebook tak boleh tinggal sebab nanti mati takde communication dengan dunia luar. HAHAHA. Eh, tapi akhirnya my knowledge dalam economy macam dah going better lah kan.. Atleast saya dah boleh cakap pasal economic of scale, pasal currency manipulation, pasal dependency theory, pasal balance of payment etc. etc... Tapi jangan tanya graf, jangan tanya matematik sebab nanti saya boleh membunuh anda tanpa sebab munsabah.. I warn you.., sila takut.

Oke, kasi saya chance nak lupakan pasal study. Let’s get back on track!~

Masuk hari neh dah berpuluh kali orang tanya; “Siapa winner PERADUAN PUJI MEMUJI RM 50?”.. Taraa... Sebenarnya keputusan dah ada sejak raya pertama lagi.. Cuma... Saya tak ada masa nak update pasal itu.. So sekarang saya nak umum... Ehem.. Pemenang PERADUAN PUJI MEMUJI RM50 jatuh kepada.......


A simple entry, tapi ada nilai-nilai keikhlasan dalam memuji.. Err.. Saya tak bermaksud anda-anda yang tak berapa menang tu tak ikhlas.. Heh.. Cuma beliau ada rezeki lebih.. Sebenarnya blog neh bersaing hebat dengan 1 lagi peserta.. Tapi saya rasa ada ciri-ciri kemenangan yang lebih pada blog neh.. Okay, DONE yaa.. Tahniah untuk pemenang.. Hadiah dah menyusul.. ^^ Anda yang join peraduan ni tapi tak berjaya, terima kasih jugak sebab atleast apa yang anda tulis tu boleh saya terkembang-kembang. HAHAHAHA. Eh, seronok jugak baca orang punya tanggapan dekat kita.. Heh~

Hidup di semester lima macam biasa.. Err.. Lumrah menetap di hutan, anda faham lah okay.. Tak ada hiburan dan tak ada hiburan.. Dan hiburan pon tak ada.. T____T Setiap hati ialah kelas, bas, lectures, assignment (kadangkala), makan dan tidur. Tapi tak apa.. Kita kena fikir positif; “Kalau orang hutan boleh hidup dalam hutan, takkan kita tak boleh”.. Kita kena pasrah.. T___T Tinggal 1 sem saja lagi.. Dan lepas tu boleh hidop di bandar.. Atau sekurang-kurangnya di kampung yang ada kehidupan.. HAHAHA.. Ohya, sem depan saya macam heaven sebab cuma ambik 3 subjek saja.. 2 daripada 3 subjek tersebut, paper 1000, which mean paper untuk mengkumpul pointer.. Tapi sem depan jugak saya ada misi besar untuk dilaksanakan.. Err.. Tak, yang penting bukan kawen.. :p

Kelas dah habes.. Dan semuanya nampak heaven sebab dah tak payah gosok baju pergi kelas. HAHAHA.. Tapi kena berhempas pulas untuk final.. So, sebagai alasan yang kukuh, saya kena pergi skang.. Heh.. Iktakimas...~

Friday, October 1, 2010

UPDATE LAJU-LAJU

Share
Akhirnya...~

Oh, sumpah sejak raya kedua, ketiga, empat, lima, enam dah tujuh memang kekurangan mood untuk menulis entry yang enak-enak.. Padahal Aidilfitri berlalu dengan sepenuh riang ria macam kota keriangan.. Saya kalau boleh nak update gigih-gigih setiap hari sepanjang raya.. Tapi nak buat macam mana.. Malas lebih gigih bertakhta di hati.. T_____T

Ehemm.. Pertamanya saya mintak sori sebab keputusan PERADUAN PUJI MEMUJI masih belum diumumkan.. Ada dua penyertaan yang bertanding secara sengit sampai tersenget-senget saya nak pilih salah satu.. Saya harap bila dah diumumkan nanti, kedua-dua blog ini akan dapat menang secara bersama.. Setiap seorang akan dapat RM50.. Tapi.. Tapi.. Itu harapan saya lah.. Malangnya tidak mungkin.. HAHAHAHA.. Jadi, andainya anda tewas, jangan lah anggap anda tidak berjaya memuji.. Sungguh, pujian anda sangat hebat sampai kadang-kadang terasa "rupanya kehidupan saya neh aneh"... Jadi anggaplah yang tewas itu kurang bernasib baik..

Kawan-kawan ex-SKBK, saya dah empat belas kali tulis entry tentang baraan 13 kereta, 35 orang dan 16 buah rumah yang super havoc yang kita buat sampai mengundang air mata... T_____T Tapi ayat-ayat saya sering kali menyentuh hati.. Saya jadi tak berapa tabah nak mencerita tentang anda.. Dan, saya rasa.... Gambar-gambar dari DSLR itu macam susah untuk di'edit'.. Jadi, dengan jiwa yang kurang tabah jugak, saya membatalkan niat menyiarkan cerita tersebot.. Tapi ingatlah, anda-anda semua memang BEST. Dan anda semua antara manusia-manusia yang hadir menyerikan NEW LIFE saya.. Raya saya menjadi lebih hebat setiap tahun.. THANKS! :)

Cikgu-cikgu saya.. Macam biasa, saya merasa sungguh kecewa tak dapat beraya di rumah anda.. Tak berkesempatan.. Tapi Alhamdulillah, rumah Ayahanda Wazir, Ummi Salimah dan Cikgu Hanafi saya masih sempat. Err.. Rumah ummi itu pon saya pergi dengan kawan-kawan sekolah rendah jugak.. Dan, saya rasa berdosa memaksa beliau untuk stay di rumah menjelang 9.30 malam.. Sebab sungguh seksa nak jumpa.. Tapi tak apa, dah mintak maaf.. HAHAHAHA.. Cikgu-cikgu sekalian, Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.. You are always in my heart.. Tak pernah lupa dalam setiap doa-doa saya InsyaAllah.. :)

Ohya, pulang dari kampung hari tu, saya diserang SAKIT RUMAH (home sick) secara serius. Bukan saya saja, seluruh warga Ex-SKBK yang bergembira semasa baraan pon mengalami situasi yang sama.. Gambar-gambar hari raya tiba-tiba menjadi sesuatu yang sungguh menyakitkan... Tak boleh tengok.. Dan, lebih serius ada yang menangis-nagis sepanjang 5 hari.. Heh..~ Emosi kan baraan kita? Oke, saya cuba untuk mentulis tentang baraan tersebut.. Tapi tak janji... Anda yang terasa nak tengok betapa havoc baraan tersebot, boleh terus ke FACEBOOK saya.

Raya Haji nanti saya balik. Tak kira.. Even waktu tersebot masih dalam musim final exam.. Tapi tak apa... Saya rasa ketupat palas dan rendang made by bunda lebih berharga waktu tersebot.. Lagipon, saya tak nak gagal menyertai takbir raya di rumah.. T___________T Meruntun jiwa nanti..

Oke, entry ini siap.. Berdoalah semoga entri ini satu permulaan baik untuk saya membuang sifat malas terhadap blog.. T_____T Amin..~

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus